RSS

Monthly Archives: November 2013

Cuci Darah: Ozone Therapy

Dulu Uncle Chai selalu dengar orang cerita; orang kaya selalu hidup lama, awet muda, muka berseri kemerah-merahan, bertenaga walaupun usia sudah meningkat sebab mereka bayak duit untuk beli vitamins, beli ubat, selalu jumpa doktor dan selalu cuci darah.

Cuci darah? 20 tahun dulu mungkin kaedah ‘mencuci darah‘ adalah agak asing bagi penduduk Malaysia. Tapi sekarang ni, bersepah pusat ‘cuci darah’ ataupun Ozone Therapy kat Malaysia ni.

Uncle Chai ada dengar yang Tun Mahathir adalah salah seorang yang selalu melakukan Ozone Therapy ni. Sejauh mana kebenarannya Uncle Chai kurang pasti. Tapi kalau tengok wajahnya yang berseri2 dan tegang awet muda serta tenaganya yang hebat diusia 80an mungkin ada kebenarannya.

Ramai lagi VVIP yang juga melakukan Ozone Therapy ni. Antaranya menurut kawan Uncle Chai dia pernah terserempak dengan bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi dan beberapa Menteri pusat yang lain di Pusat Ozone Therapy yang dikunjunginya di belakang Hospital Tawakal di Jalan Pahang.

Jika dahulu pusat2 Ozone Therapy ni amat terhad dan harganya tentulah mahal hingga mencecah puluhan ribu agaknya. Sebab itu hanya golongan berada sahaja yang mampu menjalani rawatan Ozone Therapy ini.

Tapi sekarang banyak pusat2 rawatan yang ada dan harganya tidak lagi semahal dahulu. Harga yang paling rendah yang Uncle Chai tau setakat ini ialah di QLife Wellness Centre yang terletak di Wangsa Link, Wangsa Maju. Harganya hanya RM 3,750 untuk pekej basic 10 rawatan. Tambahan RM 600 dikenakan untuk menyuntik Glutathione ke dalam darah yang telah diozonekan.

20131121-092052.jpg

Wellness Center yang melakukan Ozone Therapy ini diperkenalkan oleh kawan Uncle Chai yang membawa bapa mertuanya menjalani rawatan mengubati kakinya yang berlubang akibat luka kencing manis.

Semalam kawan yang sama memberitahu Uncle Chai ada sebuah pusat rawatan Ozone Therapy terletak berhampiran rumah kami di Kota Damansara. Harga pakej 10 rawatannya cukup tinggi iaitu sebanyak RM 8200! Wow mahalnya… Menurut kawan Uncle Chai, mesin yang digunakan sama seperti yang digunakan di Wellness Center di Wangsa Link ni.

Harga rawatan memang berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Sebabnya Uncle Chai tak pasti. Mungkin charge consultation berbeza kot. Apa pun cuma pastikan ahli terapi atau pemilik pusat ozon terapi mempunyai sijil yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan ya.

Selasa lepas selepas pulang daripada bercuti di Golden Palm Tree Resort & Spa, Sepang Gold Coast, Uncle Chai dan isteri membuat temujanji untuk menjalani rawatan. Panggilan pertama untuk rawatan yang dibuat isteri Uncle Chai ke Wellness Center tersebut ditolak kerana hari itu semua waktu rawatan mereka telah penuh.

Tidak berpuas hati Uncle Chai terus membuat panggilan kepada pemilik Wellness center tersebut. Uncle Chai terangkan kepadanya yang kami hanya free hari ini sahaja. Jika esok atau minggu depan seperti yang mereka cadangkan, sorry la. Kami memang tak ada masa. Bukan mudah untuk kami berdua mengambil cuti. Nasib baik pemilik itu memahami situasi orang yang berniaga F & B seperti kami.

Sebagai seorang businessman, sudah tentu alasan yang kami berikan diambil serious oleh pemilik Wellness Center tersebut. Dalam bahasa halus yang cuba Uncle Chai sampaikan pada dia, kalau bukan hari ini, dia akan terlepas satu business daripada kami. Tak lama selepas itu, consultant mereka, En. Zul menghubungi Uncle Chai dan memberikan kami slot rawatan jam 8:00 malam.

20131121-092234.jpg

Pada mulanya kami ingat ingin terus ke Wellness Center mereka daripada Sepang, tapi memandangkan temujanji yang diberikan disebelah malam, kami terpaksa balik ke rumah dahulu. Bagus juga. Dapatlah kami merehatkan badan sekejap.

Dengan bantuan GPS navigator, kami sampai ke Wellness Center tepat pada masa yang dijanjikan. Terima kasih pada GPS Navigator jika tidak sudah tentu kami akan mengambil Jalan yang jauh untuk ke sana.

Kami disambut oleh 2 pekerja wanita dan dihidangkan dengan minuman sebelum Consultant mereka En Zul datang untuk memberikan penerangan lebih lanjut tentang Ozone Therapy ini. Setelah puas hati dengan penerangannya, kami bersetuju untuk mengambil pakej Ozone Therapy + Glutathione sebanyak 10 rawatan dengan harga RM 4,350. The best part, 10 rawatan ini boleh dikongsikan seramai 2 orang. So Uncle Chai dan isteri berkongsi 5 rawatan seorang. Nak cukupkan 10 rawatan seorang kena tambah lagi 4,350 akan datang. Oklah. Tak banyak duit sangkut kat situ kalau kami kongsi pakej.

Antara syarat untuk rawatan ialah perut tak boleh kosong. Actually perut kami tak kosong. Kami ambil lunch tengahari tadi tapi masa tu perut Uncle Chai terasa lapar. So kami dinasihatkan untuk take something light untuk isi perut. Bagus juga. Kami pun ada masa untuk berbincang kerana kami belum buat keputusan siapa yang akan buat rawatan dahulu.

Cadangan asal memang kami berdua nak buat rawatan serentak, tapi kami takut healing effect selepas rawatan. Isteri Uncle Chai memang antibody dia tak kuat. So kami takut kalau dua2 kena healing effect seperti kepala pusing atau mabuk, sapa pulak yang nak drive balik nanti?

Sambil ‘isi perut’ dengan roti canai di mamak berhampiran, kami mengadakan perbincangan berdua siapa yang sepatutnya buat rawatan malam ini. Yang pasti isteri Uncle Chai akan menjalani rawatan. Cuma Uncle Chai sendiri tak pasti akan turut sama menjalani rawatan. Takut kami berdua tak mampu drive balik.

Setelah selesai ‘isi perut’ kami kembali ke Wellness Center. Kedua2 machine Ozone Therapy mereka telah disediakan untuk merawat kami berdua. So Uncle Chai cakap okaylah, dua2 buat therapy sekalilah.

Proses mengambil masa selama 1 1/2 – 2 jam. Proses cuci darah ini dimulakan oleh Uncle Chai dahulu kemudian diikuti oleh isteri Uncle Chai. Cucuk kedua2 belah tangan. Tangan kiri mengeluarkan darah yang ‘kotor’. Uncle Chai ni memang ada phobia sikit bila melibatkan cucuk menyucuk ni. Yalah, kita selalu ‘cucuk’ orang sesekali kita kena cucuk, memang mengerikan. Tambahan pula Uncle Chai tak boleh tengok darah. Boleh pengsan beb…!!!

Bila dicucuk awalnya untuk diambil sample darah memang sakit sikit. Sakit jarum je bukan sakit sangat pun. Nasib baik En. Zul tu melakukan kerja dia dengan lembut dan tidak sekasar nurse hospital gomen. Bila dimasukan jarum untuk sedut dan masuk darah tak terasa pun.

Banyak gila kolestrol yang keluar bersama darah dari tangan kiri Uncle Chai. It’s not a surprise coz Uncle Chai memang dah sedia maklum kandungan kolestrol dalam darah Uncle Chai tinggi. Terpaksalah mereka tak henti menjentik2 tiub untuk melancarkan pengeluaran darah yang tersangkut akibat kolestrol yang kelihatan seperti minyak bercampur dalam darah. Yang memeranjatkan isteri Uncle Chai juga banyak kolestrol dalam darahnya juga.

20131121-090411.jpg

Tangan kanan pula menerima darah yang telah diozonekan yang suci macam mahsuri bersih. Kita boleh nampak perbezaan warna pada darah yang bersih dan darah yang mengandungi racun, lemak, kolestrol dsb. Darah kotor yang keluar daripada badan berwarna merah pekat hampir kehitaman manakala darah yang telah dibersih dan diozonekan Merah jernih bersih masuk ke dalam badan.

Lupa pula Uncle Chai nak ambil gambar perbezaan darah yang masuk dan keluar sebab masa proses rawatan dijalankan Uncle Chai tengah syok melayan perlawanan Kelayakan Piala Asia antara Malaysia dengan Qatar melalui Astro On The Go menggunakan Handphone Uncle Chai. Lagi pun, dengan tengok bola dapat hilangkan perasaan takut…hehe

Bukan sahaja darah kita ditapis, dibersihkan dan diozonekan tetapi segala bahan2 toksik dan racun dalam badan juga akan ditapis keluar.

Yang hairannya, setitik toksin pun tak ada keluar daripada darah Uncle Chai. Isteri Uncle Chai ada juga keluar toksin seperti gambar dibawah ini

20131121-090146.jpg

Selepas sejam, pengeluaran darah dari badan pun selesai. Tiub dicabut dan hanya tinggal tiub inlet kemasukan darah yang telah dibersih dan diozonekan daripada mesin. Setelah selesai kemasukan semua darah yang telah bersih tadi, Glutathione pula di inject masuk ke dalam salur darah. Dengan kemasukan Glutathione secara terus ke dalam darah, lepas ni kami akan kelihatan lebih muda dan bertenaga gitu….hahaha.

Mungkin ada yang akan bertanya apa itu Glutathione? Untuk pengetahuan, ini pun kali pertama Uncle Chai dengar dan tahu. Kalau tak silap Uncle Chai, Glutathione ni untuk kecantikan. Untuk awet muda, untuk kulit yang tegang dan cerah. Orang perempuan tentu lebih maklum dalam Hal ini. Untuk suami2 cuba tanya isteri anda tentang fungsi Glutathione ini. Gerenti dia orang tau…

Keseluruhan proses Ozone Therapy ini mengambil masa dalam 2 jam paling lama. Kira sama macam pesakit buah pinggang cuci darah juga. Rasa Uncle Chai mesin yang digunakan juga lebih kurang sama.

20131121-091842.jpg
Selesai therapy kami diberikan report dan penerangan hasil ujian sample darah yang diambil sebelum rawatan tadi. As expected my BMI rendah. Dah tau lama dah. Badan kurus tinggi. The best part report mengatakan organ dalaman Uncle Chai berusia atau berfungsi seperti orang berusia 25 tahun! Patutlah jiwa Uncle Chai sentiasa berasa muda gitu….haha.

Syukur alhamdulillah tiada healing effect selepas therapy. Cuma Uncle Chai ada rasa kepala pusing dan badan melayang sedikit. So Uncle Chai pergi makan dulu sebelum balik dan rasa melayang dan kepala pusing pun hilang bila dah kenyang. Kami selamat sampai ke rumah dengan selamat.

Kami juga telah diberitahu akan healing effect yang biasa dialami selepas therapy ini. Antaranya keletihan dan demam. Ini adalah akibat badan kita yang teperanjat dengan kehadiran darah yang bersih dan tinggi oksigen. Isteri Uncle Chai diserang light fever manakala Uncle Chai tidur nyenyak melebihi normal berjam2 lamanya.

Our next treatment adalah pada 3 December akan datang. Harap2 kami boleh meluangkan masa untuk next treatment tersebut.

Actually apakah kebaikan dan untuk siapa atau penyakit apa yang digalakan menjalani Ozone Therapy ini? Isteri Uncle Chai memang mempunyai masalah dengan allergies pada ubat2an yang teruk. Dia tak boleh ambil sebarang jenis ubat kalau sakit. Baik antibiotic mau pun pain killer. Dan dia juga mempunyai masalah resdung. Harap2 kesemua penyakitnya sembuh. Untuk Uncle Chai pula selain nak buang kolestrol dalam darah, lebih pada nak awet muda ๐Ÿ™‚

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ozone Therapy ni boleh Google atau baca klik DISINI.

Baca pengalaman kedua kami menjalani ozone therapy di SINI

20131121-092401.jpg
Terapi ozon boleh diguna sebagai sebahagian kaedah rawatan holistik merawat:

* Kanser, terutama kanser darah.
* Hypercholesterolaemia (kolesterol berlebihan dalam darah)
* Alahan dan Eczema
* Diabetes
* Darah tinggi
* Penyakit jantung koronari
* Kegagalan hati dan buah pinggang, terutama peringkat awal
* Asma
* Obesiti
* Masalah kulit

 
12 Comments

Posted by on November 21, 2013 in Uncategorized

 

Copy Paste: Puasa Asyura

20131114-015200.jpg

Salam Muharram. Uncle Chai nak kongsikan niat puasa sunat Asyura & kelebihan puasa sunat asyura. Ok, ada yang tanya jika 10 Muharram ni jatuh pada hari sabtu, boleh tak puasa sabtu sahaja, atau puasa hanya pada 10 MUHARRAM sahaja, boleh tak? Jawapannya disunatkan puasa sebelum atau sesudahnya kerana tidak mahu menyamai puasa orang yahudi, mereka berpuasa hanya pada 10 Muharram sahaja. Mereka berpuasa pada hari itu, satu hari sahaja. Sebenarnya jika jatuh pada hari lain pun begitu juga sunatnya. Sehari sebelum atau sehari selepas.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

    NIAT PUASA

    A. Niat puasa hari ke 9 Muharam (Hari Tasuโ€™a) ialah:

    NAWAITU SAUMA GADHIN MIN YAUMI TASU’A SUNNATAN LILLAHI TAโ€™ALA

    ( sumber : shafiqolbu )

    B. Niat Puasa Sunat 10 Muharram (Puasa Sunat โ€™Asyura)

    ู†ูˆูŠุช ุตูˆู… ุนุดุฑ ุณู†ุฉ ู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰

    NAWAITU SAUMA โ€˜ASYURA SUNNATTAN LILLAHI TAโ€™ALA

    Ertinya/Niatnya: โ€œSahaja aku puasa hari โ€™Asyura , sunnah kerana Allah taโ€™ala.โ€

    Nota : Perkataan ghadin bermaksud esok – jadi ada tak ada dalam lafaz maksudnya tetap anda berpuasa pada esok setelah berniat hari sebelumnya.

    C. Niat Puasa Sunat 11 Muharram

    NAWAITU SAUMA FI SYAHRI MUHARRAM SUNNATAN LILLAHI TA’ALA

    Ertinya/Niatnya: “Sahaja aku berpuasa sunat pada bulan Muharram kerana Allah Ta’ala”

    NIAT PADA HARI LAIN SELAIN ASYURA, TASU’A DALAM BULAN MUHARRAM – NIATKAN -SAHAJA AKU BERPUASA SUNAT PADA ESOK HARI KERANA ALLAH TAALA.

Hadith daripada Aisyah: “Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

ุฅูู†ูู‘ู‰ ุฃูŽุญู’ุชูŽุณูุจู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠููƒูŽููู‘ุฑูŽ ุงู„ุณูŽู‘ูŠูู‘ุฆูŽุฉูŽ ุงู„ุณูŽู‘ู†ูŽุฉูŽ ุงู„ูŽู‘ุชููŠ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽู‡ูŽุง
Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim – Kitab Puasa )

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

KELEBIHAN PUASA ASYURA’

Baginda bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. Riwayat Muslim.

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : ” Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka.”

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : ” Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?”. Maka berkata Rasulullah S.A.W : ” Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir’aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !”.

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(Hari lain juga sangat digalakkan juga)

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat โ€“ Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat โ€“ Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat โ€“ Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat โ€“ Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat โ€“ Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat โ€“ Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat โ€“ Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat โ€“ Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : โ€˜Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taalaโ€™

9. Bercelak
fadhilat โ€“ tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat โ€“ Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat โ€“ Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : โ€˜Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taalaโ€™
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca โ€˜hasbiyallahhu waniโ€™mal wakil wa niโ€™mal maula wa niโ€™mannasiiruโ€™
fadhilat โ€“ Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat โ€“ Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat โ€“ โ€˜Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taalaโ€™
fadhilat โ€“ Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Antara amalan yang digalakkan pada hari `asyura (10 muharram) ialah:

i) Menunaikan puasa sunat sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahunsebelumnya.(Riwayat Muslim)Bagi membezakan amalan puasa sunat pada hari tersebut dengan puasa orangYahudi, maka disunatkan umat Islam berpuasa pada hari 9 dan 10 Muharram,kerana orang Yahudi berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

ii) Membanyakkan amal kebajikan seperti sedekah, membaca al-Quran,melapangkan masa untuk keluarga, memuliakan fakir miskin, menahan marah,menunjukan jalan bagi orang sesat, memelihara kehormatan diri,, mandisunat, sembahyang sunat empat rakaat, menjamu orang berbuka puasa danlain-lain.Mengenai pahala yang akan diberikan di atas kebajikan yang telah dilakukan itu terpulang kepada Allah.SWT.

Puasa ‘Asyura sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan keterangan beberapa hadis, antaranya :

1. ุตููˆู’ู…ููˆุง ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุนูŽุงุดููˆุฑูŽุงุก ุŒ ูˆูŽุฎูŽุงู„ููููˆุง ุงู„ูŠูŽู‡ููˆุฏูŽ ุŒ ุตููˆู…ููˆุง ูŠูŽูˆู’ู…ู‹ุง ู‚ูŽุจู’ู„ูŽู‡ู ุฃูŽูˆู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู‹ุง ุจูŽุนู’ุฏูŽู‡ู – Berpuasalah kamu pada hari ‘Asyura, dan bezalah dengan (puasa) Yahudi, (oleh itu) berpuasalah (juga) sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya ( Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya I/241 ; Ibnu Huzaimah – 2095 – di dalam sanad hadis ini Ibnu Abi Laila yang kurang kuat hafazannya)

2. ุตููˆู…ููˆุง ุงู„ูŠูŽูˆู…ูŽ ุงู„ุชูŽู‘ุงุณูุนูŽ ูˆุงู„ุนูŽุงุดูุฑูŽ ูˆูŽุฎูŽุงู„ููููˆุง ุงู„ูŠูŽู‡ููˆุฏูŽ – Berpuasalah kamu pada hari yang ke sembilan dan hari yang ke sepuluh, dan bezakanlah dengan (puasa) Yahudi. ( daripada Ibnu Abbas r.a. melalui jalan Al-Baihaqi IV/287 – Sanadnya Sahih )

3. ุฅูู†ูู‘ู‰ ุฃูŽุญู’ุชูŽุณูุจู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠููƒูŽููู‘ุฑูŽ ุงู„ุณูŽู‘ูŠูู‘ุฆูŽุฉูŽ ุงู„ุณูŽู‘ู†ูŽุฉูŽ ุงู„ูŽู‘ุชููŠ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽู‡ูŽุง – Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim – Kitab Puasa )

Berdasarkan keterangan hadis-hadis di atas maka dapatlah diambil beberapa kesimpulan, antaranya :

1. Puasa Asyura sunat hukumnya. Ia dilakukan pada hari yang ke sepuluh dari bulan Muharram. Tetapi jika selain 10 Muharram, juga dilakukan sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya adalah lebih baik untuk membezakan antara ibadat Umat Islam dengan ibadat Yahudi.

2. Para ulamak berpendapat tentang derjat puasa Hari Asyura : Derjat I : Puasa tiga hari 9,10,11 Muharram ; Derjat II : Puasa dua hari 9 dan 10 Muharram ; Derjat III : Puasa Asyura hanya sehari iaitu 10 Muharram saja. Namun demikian jika seseorang berpuasa hanya sehari saja (10 Muharram) juga sah, tetapi jika lebih sehari adalah lebih afdhal.

3. Fadhilat puasa Asyura : Siapa yang melakukan puasa Asyura nescaya Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya selama setahun sebelumnya. Namun demikian, pengampunan dosa tersebut terbatas hanya dosa-dosa kecilnya saja, sedangkan dosa-dosa besar hanya akan diampuni melalui Taubat Nasuha.

4. Selain itu juga terdapat beberapa hadis tentang fadhilat hari Asyura, antaranya : ( Barangsiapa yang memberi kelapangan dan keselesaan kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan memperluaskan rezekinya sepanjang tahun ) – (HR Tabarani). Semua hadis seumpama ini derjatnya dhaif (lemah). Imam Al-Nawawiy berkata dalam kitabnya “Al-Adzkar” : Ulama Hadis berkata : Dibolehkan beramal berdasarkan hadis dhaif (lemah) dalam fadhilat amalan selagi hadis tersebut bukan hadis maudhu’ (palsu).

5. Doa pada Hari Asyura :

ูŠูŽุง ู…ูุญู’ุณูู†ูŒ ู‚ูŽุฏู’ ุฌูŽู€ู€ุงุกูŽูƒูŽ ุงู„ู…ูุณููŠู’ุฆู ุŒ ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุฃูŽู…ูŽุฑู’ุชูŽ ูŠูŽุง ู…ูุญู’ุณูู†ูŒ ุจูุงู„ุชูŽู‘ุฌูŽู€ู€ุงูˆูุฒู ุนูŽู†ู ุงู„ู…ูุณููŠู’ุฆู ุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ู…ูุญู’ุณูู†ู ูˆูŽุฃูŽู†ูŽู€ู€ู€ุง ุงู„ู…ูุณููŠู’ุฆู ุŒ ููŽุชูŽุฌูŽู€ู€ุงูˆูŽุฒู’ ุนูŽู†ู’ ู‚ูŽุจููŠู’ุญู ู…ูŽุง ุนูู†ู’ุฏููŠ ุจูŽุฌูŽู…ููŠู’ู„ู ู…ูŽุง ุนูู†ู’ุฏูŽูƒูŽ ุŒ ููŽุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุจูุงู„ู…ูŽุนู’ุฑููˆู’ูู ู…ูŽูˆู’ุตููˆู’ููŒ ุŒ ุฃูŽุฆู’ุชูู†ููŠ ู…ูŽุนู’ุฑููˆู’ููŽูƒูŽ ุŒ ูˆูŽุฃูŽุบู’ู†ูู†ููŠ ุจูู€ู€ู‡ู ุนูŽู†ู’ ู…ูŽุนู’ุฑููˆู’ูู ู…ูู†ู’ ุณููˆูŽุงูƒูŽ ุŒ ุจูุฑูŽุญู’ู…ูŽุชููƒูŽ ูŠูŽุง ุฃูŽุฑู’ุญูŽู…ูŽ ุงู„ุฑูŽู‘ุงุญูู…ููŠู’ู†ูŽ – ( Wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh telah datang kepada-Mu orang yang berdosa ini, wahai Dzat Yang Maha baik, sungguh Engkau telah menyuruh agar memaafkan kesalahan orang yang berdosa, sedangkan Engkau Maha baik dan aku pula berdosa, oleh sebab itu hapuskanlah keburukan yang datang dari sisiku dengan keindahan yang ada di sisi-Mu, Engkau disifati dengan sifat makruf (baik), oleh itu anugerahkanlah kepadaku sifat makruf-Mu itu, dan cukupkanlah daku dengan makruf-Mu itu sehingga aku tidak memerlukan makruf daripada selain Engkau, dengan berkat rahmat-Mu, wahai Allah Yang Maha Pengasih ). ( Doa ini berasal daripada Saidina Ali Bin Abu Talib r.a. sebagaimana dinyatakan oleh ulama Hadis – Mereka berkata : Doa ini bagus diamalkan pada Hari Asyura )

Penjelasan di atas berdasarkan kitab-kitab berikut :

1. Kitab Al-Mughniy – Ibnu Qudamah – Juz IV / 440 – 442
2. Zaad Al-Ma’aad – Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyah – Juz II / 63 – 73
3. Fadhail Al-Syuhur Wa Al-Ayyam – Imam Abdul Ghaniy Bin Ismail Al-Nablusiy – Hlmn. 70 – 75

CREDIT: ARNAMEE.BLOGSPOT.COM

 
Leave a comment

Posted by on November 14, 2013 in Uncategorized