RSS

Monthly Archives: May 2014

Kita Merancang Allah Menentukan

Selepas Bonda dan kakak Uncle Chai check in untuk berlepas ke Istanbul, kira2 jam 2 kami bertolak dari KLIA menuju ke kampung isteri di Batu Pahat. Jika tadi kami menghantar Bonda dan kakak untuk menunaikan umrah, pagi nanti kami akan menghantar ibu Mertua Uncle Chai pula untuk menunaikan umrah. Menurut isteri Uncle Chai ibunya akan berlepas dari Lapangan Terbang Senai di Johor Bahru. Uncle Chai sendiri tak tau detail tentang penerbangannya kerana isteri Uncle Chai tak bercerita apa2 pun. Yang Uncle Chai tau Dia nak pergi umrah.

Kami sampai di rumah ibu Mertua Uncle Chai kira2 jam 5 pagi. Uncle Chai memang tak bawa laju pun. Tak Ada benda yang nak dikejar so bawak relax-relax je. Sesampai kami di kampung, kami disambut oleh ibu Mertua Uncle Chai. Sebaik bersalam dan bertanya khabar, Uncle Chai dikejutkan dengan berita yang Mak Mertua Uncle Chai tak jadi pergi menunaikan umrah. Hah….???

Rupanya permohonan visa umrah rombongannya tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi. Kesiannya…. Memang sebelum ni Uncle Chai ada dengar cerita yang kerajaan Arab Saudi menghadkan pengeluaran visa umrah berikutan ancaman wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) di sana. Terbaru melibatkan satu kes kematian di Batu Pahat ini juga pada seorang jemaah umrah yang baru pulang. Susulan kematian itu pihak Kementerian Kesihatan terpaksa quarantine penduduk kampung seramai 64 orang. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang wabak ini layari laman web Tabung Haji.

Dari riak wajah ibu Mertua Uncle Chai ternampak jelas kehampaannya kerana hajat menunaikan umrah tidak kesampaian. Mana tidaknya, Dia hanya dimaklumkan tentang pembatalan pemergiannya dua hari sebelum berlepas. Setelah membuat persiapan dengan menghadiri kursus dan sebagainya, Dia tak dapat pergi. Inilah yang dinamakan tak ada rezeki.

Memang tepat ungkapan yang selalu diberikan kepada mereka2 yang pergi ke tanah suci sebagai Tetamu Allah. Makna tetamu jika mengikut Kamus Dewan (cheh…banyaklah Kamus) ialah mereka2 yang dijemput. Ramai yang merancang untuk pergi menjadi tetamu Allah tapi tak semuanya dijemput Allah.

Sama seperti Uncle Chai yang merancang untuk pergi menunaikan umrah sejak dari bujang lagi tetapi banyak halangan yang datang untuk Uncle Chai menjadi tetamu. Allah belum nak jemput Uncle Chai lagi. Dan bila Allah dah jemput, macam mana pun akan sampai juga. Semasa Uncle Chai dan keluarga pergi menunaikan umrah pada 2012, perancangan hanya dibuat last minute sahaja. Kami merancang pada bulan January, dan pergi pada bulan March. Itu antara tanda yang Uncle Chai dan keluarga memang telah dijemput. Bukan riak tapi sekadar berkongsi pengalaman untuk menguatkan hujah.

20140605-024911-10151244.jpg

Kenangan sewaktu kami sekeluarga menunaikan umrah dua tahun lalu

Berbalik kepada cerita ibu Mertua Uncle Chai tadi, memang Uncle Chai dapat rasakan kekecewaan hatinya. Sepanjang berada di kampung ternampak kesedihan dan kehibaan hatinya. Walaupun Dia Ada duduk bersama2 anak2 yang pulang berbual dan bergurau tapi hatinya telah ada di tanah haram. Mengikut agensi yang menguruskan umrahnya, mereka akan berusaha untuk menggantikan pemergian mereka pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

So kami balik kampung ni dah Kira macam menziarahi orang tua di kampung walau tujuan asalnya lain. Tak mengapalah, kami sekeluarga pun dah lama tak balik kampung menziarahi mereka. Kami just lepak2, bual2 spend time dengan adik beradik isteri Uncle Chai yang balik.

20140605-031108-11468697.jpg

Kami sekeluarga bersantai di kampung

Kepada ibu Mertua, Uncle Chai doakan agar hajatnya untuk menjadi tetamu Allah akan kesampaian dalam waktu yang terdekat ini. Aamiin…..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on May 29, 2014 in Family, Uncategorized

 

Tags: , , , ,

Mabrur Hendaknya….

Uncle Chai mengambil cuti 2 hari, hari ini dan esok untuk menghantar bonda ke KLIA malam ini dan ibu mertua Uncle Chai ke Lapangan Terbang Senai Johor esok pagi. Kedua2nya akan berlepas untuk tujuan yang sama iaitu menunaikan ibadah umrah.

Bonda Uncle Chai yang mengikuti pakej Tiram Travel akan ditemani oleh kakak Uncle Chai dan juga abang Uncle Chai yang bertindak sebagai mahram mereka.

Tetapi abang Uncle Chai tidak berlepas malam ini. Beliau akan berlepas pada tengah hari 1 Jun nanti. Bonda dan kakak Uncle Chai akan melakukan ziarah ke Istanbul dahulu so abang Uncle Chai tak berminat nak join ziarah tu. Dia akan straight ke Mekah dan jumpa mereka di sana.

20140604-093018-34218669.jpg

Selfie dengan puteri Uncle Chai sementara menunggu maghrib

Program malam ini ialah berkumpul di rumah bonda Uncle Chai di TTDI Jaya Shah Alam dahulu sebelum kami konvoi ke KLIA. Keluarga Uncle Chai adalah yang pertama tiba di rumah bonda. Sebelum maghrib kami dah sampai so sempatlah kami spend time berbual dan dinner dahulu dgn bonda.

selfie dgn puteri Uncle Chai sementara menunggu maghrib

Jam 9 malam kami semua berlepas ke KLIA. 3 kereta semuanya. 45 minit kemudian kami tiba di KLIA. Flight bonda Uncle Chai pada jam 3 pagi so kami terpaksalah duduk menanguk kat airport tu. Peliknya sekarang KLIA ni dah tak ada kerusi untuk duduk. Berjam-jam jugalah kami berdiri. Untuk menghilangkan bosan dan penat kami semua sibuk bergambar…

20140604-110653-40013150.jpg

Haha….macam kami pulak yang nak pergi….

20140604-110826-40106707.jpg

Bersama isteri tercinta…

20140604-110825-40105517.jpg

Dengan Cucu Izreen pipi tembam

20140604-110826-40106168.jpg

My family….

20140604-110827-40107064.jpg

Enter frame….

20140604-110826-40106452.jpg

FaiRuz Family selfie….

20140604-110825-40105878.jpg

Wife, daughter and sister

Jam 11 lebih semua adik beradik serta anak2 saudara Uncle Chai balik. Maklumlah semuanya bekerja esok. So tinggallah family Uncle Chai menemani bonda dan kakak. Kami duduk lagi 2 jam lamanya sebelum mereka check in jam 1 pagi. Kali ni betul2 duduk dah tak tahan berdiri. Kami duduk atas lantai je ramai2. Dah tak peduli, dah tak ada rasa malu2 org tengok ke apa. Dah penat berdiri. Entah kenapa KLIA tak ada kerusi sekarang.

20140604-112240-40960734.jpg

Duduk bersila atas lantai je. Penat sudah berdiri…

Kami akan meneruskan perjalanan ke Batu Pahat pula untuk menghantar ibu mertua Uncle Chai ke Senai airport pagi nanti. Sebelum berpisah kami sempat ambil gambar terakhir.

20140604-111446-40486113.jpg

Bon Voyage….

Semoga bonda, kakak dan abang Uncle Chai diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah di sana dan memperolehi umrah yang mabrur.

Ikuti post seterusnya kisah kami ‘menghantar’ ibu mertua Uncle Chai ‘menunaikan’ umrah pula….

Wassalam….

 
Leave a comment

Posted by on May 27, 2014 in Family

 

Tags: , , , ,

Mother’s Day: Adat atau Ibadat?

Semalam 11 May 2014 adalah merupakan Hari Ibu atau Mother’s Day yang disambut di seluruh dunia. Ramai yang menyambutnya. Berbagai juga cara sambutannya. Ada yang sekadar hanya mengucapkan ‘Selamat Hari Ibu’ kepada ibu mereka. Ada yang menyambutnya dengan membawa ibunya makan di tempat2 istimewa. Ada yang memberikan hadiah tanda appreciation kepada ibu mereka. Ada yang memberikan bunga. Pendek kata banyak cara sambutan Mother’s Day ni.

Di zaman kehebatan Media Sosial ini ramai yang menghargai ibu2 mereka dengan post kata2 penghargaan dan terima kasih kepada ibu mereka beserta gambar ibu mereka. Memuji2 ibu mereka yang melahir dan membesarkan mereka.

Persoalannya: Sambutan hari ibu dengan segala contoh cara menyambutnya seta penghargaan yang diberikan seperti yang dinyatakan di atas, adakah salah di sisi agama atau ianya dibenarkan ?

Uncle Chai sendiri tidak pasti. Berbagai pandangan oleh orang ramai termasuk para ulama tentang sambutan Mother’s Day ini. Apa yang pasti menghargai pengorbanan seorang ibu itu wajib dilakukan setiap saat, setiap detik, setiap hari, sepanjang hayat seorang anak.
20140512-094828.jpg
Ada yang mengatakan memang kita menghargai ibu setiap hari tetapi apa salahnya kita nyatakan penghargaan tersebut lebih sedikit pada hari yg khusus seperti Mother’s Day ini. Penghargaan dan sambutan pada hari Mother’s Day ini tidak berniat untuk meniru sambutan yang dimulakan dan diamalkan oleh orang kafir. Kata mereka…

Pada Uncle Chai, semua ucapan penghargaan dan segala bentuk terima kasih kepada ibu yang kita ucapkan semalam tiada salahnya TETAPI bila ia disertai dengan ucapan Happy Mother’s Day secara tidak langsung kita mengiktiraf Mother’s Day

Antara ucapan yang Uncle Chai terbaca semalam :

“Ya org kata kita tidak harus menyambutnya setahun sekali tetapi ADA KE yang meraikannya setiap hari? Jadi Hari Ibu ini saya bukan utk menyambut budaya barat, cuma HARI INI dimana satu dunia bersatu dan mengucapkan kata2 sayang pada ibu dengan penuh positif…”

Pelbagai alasan yang dikemukakan untuk menyambut Mother’s Day semalam. Masing2 mencipta hujah untuk membolehkan mereka menyambut Mother’s Day tapi tanpa nas atau dalil yang dikemukakan pula…. Di dalam Islam Matlamat tidak menghalalkan cara.

Uncle Chai lebih suka mengambil jalan selamat dalam masalah ini. Seperti kata Ustaz Azhar Idrus:
“Siapa2 yang nak sambut Hari Ibu, sambutlah. Siapa2 yang sayangkan aqidahnya jangan sambut”

Apa yang pasti, menyambut Mother’s Day tidak menepati sunnah Nabi SAW atau dalam erti kata lain Nabi SAW tidak pernah melakukannya. Dalam apa juga upacara, dalam apa juga amalan kita, tentulah kita menginginkan keberkatan di sebaliknya.

Mengapa kita kata begitu? Kalau benar sambutan Mother’s Day ada keberkatannya, ada baiknya, ada rahmatnya, ada keredhaan di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala, semestinya ia telah diajar oleh Nabi SAW.

Sesuatu amalan yang baik, pastinya telah ditunjukkan kepada kita oleh Nabi SAW, atau paling kurang para Sahabat, atau paling kurang para ulama yang muktabar seperti Imam Al-Syafi’i.

Bahkan generasi Salafus Soleh keseluruhannya, mereka tidak pernah menyambut Mother’s Day atau yang seumpamanya. Ini menunjukkan amalan ini tidak ada dalam Islam.

Bahkan bukti yang lebih nyata lagi, amalan menyambut Mother’s Day ini jelas amalan orang kafir, orang Nasrani. Ada siapa yang ingin menafikannya? Tidak boleh hendak menafikan.

Ini jelas satu perbuatan meniru-niru orang kafir, yang mana ia satu perbuatan yang jelas bertentangan dengan Syarak. Kerana Islam menegah kita daripada meniru-niru orang kafir.

Syariat telah mengharamkan kita dari bertasyabbuh (meniru) kaum kafir, bahkan di antara prinsip Islam yang kukuh adalah kewajiban mengikuti jejak Nabi SAW dan dilarang untuk mengikuti atau bertasyabbuh (meniru) orang-orang kafir dan orang-orang yang menyelisihi Nabi SAW.

Nabi SAW bersabda: “Tidak beriman seseorang kamu sehingga keinginannya sesuai dengan apa yang aku datangkan” [Hadis riwayat Muslim.]

Allah SWT pula berfirman:
Apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya” [Surah Al-Hasyr, 59:7]

Oleh itu dalam kekeliruan tentang boleh atau tidak kita menyambut Mother’s Day ini, Uncle Chai mengambil jalan selamat dengan tidak menyambutnya tahun2 kebelakangan ini.

Sudah terang lagi bersuluh dengan apa yang telah Uncle Chai tulis di atas, sambutan Mother’s Day ini bukan satu Ibadah! Kerana jika ianya ibadah sudah tentu ada sandaran nas atau dalil yang menyokongnya.

Maka sahlah sambutan Mother’s Day ini merupakan satu amalan atau adat. Adat siapa….? Adat orang Islam? Sudah tentu jawapannya bukan adat orang Islam.

Kesimpulan yang Uncle Chai boleh buat adalah lebih baik kita meninggalkannya! Takutilah peringatan Nabi SAW di dalam Hadith yang diriwayatkan Imam Ahmad dan Imam Abu Dawud :

“Barangsiapa yang menyerupai (meniru) sesuatu golongan, maka ia tergolong dalam golongan berkenaan”

Nau’zubillah…..

Uncle Chai sekadar menyampaikan apa yang Uncle Chai tahu dan baca. Uncle Chai bukan seorang agamawan tetapi apa yang Uncle Chai kongsikan ini adalah hasil daripada kajian yang dibuat berkaitan isu ini. Mengapa perlu peningkan kepala dengan isu sambutan Mother’s Day ini? Mengapa memperjudikan aqidah kita? Jangan sambut habis cerita.

EVERYDAY IS MOTHER’S DAY. Tak perlu ucapan, hadiah, bunga atau special treat on a specific day, melalui percakapan, layanan, doa, masa yang diluangkan setiap hari itulah sebaik2 cara menghargai ibu2 kita

Wallahua’lam…….

 
Leave a comment

Posted by on May 12, 2014 in Uncategorized

 

Tags: , ,

Air Tangan Isteri

Hari ini Uncle Chai rasa terharu dan bertuah. Kerana apa? Kerana tanpa diduga isteri tercinta Uncle Chai memasak untuk lunch kami. Dah lama kami tak merasa air tangan isteri Uncle Chai. Bukannya dia tidak memasak. Setiap hari dia memasak di restoran kami Fai & Ruz Kitchen. Tapi itu semua untuk pelanggan.

Hari ni beliau memasak khas untuk Uncle Chai dan puteri kami. Lauk dia simple jer… Sambal tumis udang dengan petai dan sayur sawi masak air. Simple yet delicious.

20140509-142547.jpg

Simple yet delicious. Da bomb….!!

Dua minggu lalu pun dia memasak lauk kegemaran kami dan speciality beliau iaitu Kari Daging complete dengan ulam kacang botol serta sambal belacan. Isteri Uncle Chai punya kari memang terangkat beb… Marvelous !

Thank you mommy ….

 
Leave a comment

Posted by on May 9, 2014 in Family

 

Tags: , , , ,

Aqiqah & Potong Jambul Cucu

Hari ini berlangsung dua acara dalam majlis yang diadakan di rumah kakak Uncle Chai yang kedua di Denai Alam, Shah Alam. Menariknya kedua2 acara ini tiada kaitan dengan kakak kedua Uncle Chai tetapi majlis untuk anak2 kakak pertama Uncle Chai. Kakak pertama Uncle Chai tinggal di condo jadi tidak sesuai untuk diadakan majlis2 yang melibatkan ramai jemputan.

Acara pertama berlangsung jam 10 pagi iaitu acara pertunangan anak saudara Uncle Chai Dr. Nurfarhana dengan pasangannya Dr. Nik Fauzan. Ini diikuti dengan majlis Aqiqah dan potong jambul anak2 abang2 kakak Dr. Nurfarhana yang bertunang tadi.

Kakak pertama Uncle Chai mempunyai 3 orang anak. Beliau mendapat 2 cucu dalam tahun ini daripada 2 orang anak lelakinya yang merupakan abang2 kepada Dr. Farhana yang bertunang tadi.

Uncle Chai telah mempunyai 3 orang cucu setakat ini yang semuanya masih bayi lagi. Cucu pertama daripada anak sulung perempuan kakak Uncle Chai yang kedua.

Bila pula Uncle Chai akan mempunyai cucu daripada anak sendiri? Haha….lama lagi. Anak Uncle Chai baru berusia 16 tahun. 10 tahun lagi baru Uncle Chai merasa dapat cucu sendiri agaknya. Ini ruginya jika kahwin lambat. Uncle Chai berkahwin pada usia 30 tahun.

Kebanyakan kawan2 sebaya Uncle Chai anak2 mereka sudah besar. Sudah meninggalkan alam persekolahan. Bahkan ada juga kawan2 yang telah bercucu.

Ini dia 3 orang cucu saudara Uncle Chai. 2 perempuan dan seorang lelaki. Paling kiri Izreen, tengah Firash dan latest edition Audryna.

20140509-140406.jpg
Moga mereka semua menjadi anak2 yang baik dan soleh. Aamiin…

20140509-140733.jpg

Kuzi kambing

20140509-141059.jpg

20140509-141115.jpg

20140509-141126.jpg

20140509-141134.jpg

 
Leave a comment

Posted by on May 3, 2014 in Family

 

Tags: , ,