RSS

Puteri Balik Bercuti

26 Dec

Petang jadi jam 3:21 Puteri Uncle Chai bersama tiga sahabat lain selamat mendarat di KLIA2. Mereka pulang menghabiskan cuti semester selama dua bulan di Malaysia.
Flight mereka bertolak jam 9:35 pagi daripada Incheon Airport Korea. Oleh kerana flight mereka awal pagi, terpaksalah mereka keluar rumah seawal jam 4:30 pagi.

Kali terakhir Puteri Uncle Chai pulang ialah semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Ketika itu kebetulan semester break mereka.

Bermakna inilah perpisahan yang paling lama antara kami iaitu selama 6 bulan! Belum pernah kami sekeluarga terpisah sebegini lama.

Apa yang paling Puteri Uncle Chai looking forward semasa kepulangan ini. Melepaskan rindu kepada kami sudah semestinya. Dia menangis teresak2 sebaik memeluk Uncle Chai dan isteri. Kerinduan yang amat sangat.

Selain itu seperti biasa, dia tak sabar nak makan makanan Malaysia. Dia dah punya list apa yang dia nak belasah puas2 sepanjang berada di Malaysia ini.

Memandangkan cuti kali ini agak panjang, ditambah pula kena menanggung bayaran sewa rumah yang baru disewa beberapa hari sebelum pulang, dia merancang untuk cari kerja Part time. (Baca post sebelum ini tentang rumah yang dia sewa)

Untuk Uncle Chai dan isteri, sudah semestinya kami mahu menggunakan setiap minit bersamanya sepanjang dua bulan ini dengan sebaiknya.

Kami mempunyai beberapa perancangan mengisi percutian Puteri Uncle Chai antaranya untuk kami sekeluarga bercuti bersama. Buat masa ini dua tempat telah kami pastikan iaitu Langkawi pada 29hb ini dan Penang bulan January nanti.

So sehingga post akan datang, See you guys later.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 26, 2017 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: