RSS

Category Archives: Uncategorized

Puteri Balik Bercuti

Petang jadi jam 3:21 Puteri Uncle Chai bersama tiga sahabat lain selamat mendarat di KLIA2. Mereka pulang menghabiskan cuti semester selama dua bulan di Malaysia.
Flight mereka bertolak jam 9:35 pagi daripada Incheon Airport Korea. Oleh kerana flight mereka awal pagi, terpaksalah mereka keluar rumah seawal jam 4:30 pagi.

Kali terakhir Puteri Uncle Chai pulang ialah semasa Hari Raya Aidilfitri yang lepas. Ketika itu kebetulan semester break mereka.

Bermakna inilah perpisahan yang paling lama antara kami iaitu selama 6 bulan! Belum pernah kami sekeluarga terpisah sebegini lama.

Apa yang paling Puteri Uncle Chai looking forward semasa kepulangan ini. Melepaskan rindu kepada kami sudah semestinya. Dia menangis teresak2 sebaik memeluk Uncle Chai dan isteri. Kerinduan yang amat sangat.

Selain itu seperti biasa, dia tak sabar nak makan makanan Malaysia. Dia dah punya list apa yang dia nak belasah puas2 sepanjang berada di Malaysia ini.

Memandangkan cuti kali ini agak panjang, ditambah pula kena menanggung bayaran sewa rumah yang baru disewa beberapa hari sebelum pulang, dia merancang untuk cari kerja Part time. (Baca post sebelum ini tentang rumah yang dia sewa)

Untuk Uncle Chai dan isteri, sudah semestinya kami mahu menggunakan setiap minit bersamanya sepanjang dua bulan ini dengan sebaiknya.

Kami mempunyai beberapa perancangan mengisi percutian Puteri Uncle Chai antaranya untuk kami sekeluarga bercuti bersama. Buat masa ini dua tempat telah kami pastikan iaitu Langkawi pada 29hb ini dan Penang bulan January nanti.

So sehingga post akan datang, See you guys later.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 26, 2017 in Uncategorized

 

UniKL oh UniKL 

Coming soon…….. 😂

 
Leave a comment

Posted by on July 13, 2017 in Uncategorized

 

Blogging ke Vlogging

Hello guys. Lama Uncle tak update post blog ni sebab sekarang Uncle sudah lebih banyak beralih ke VLOGGING daripada Blogging. Kalau korang nak tengok vlog2 Uncle, korang boleh subscribe di YouTube channel Uncle di link berikut:

👉 Uncle Chai TV 👈

 
Leave a comment

Posted by on June 8, 2017 in Uncategorized

 

Progress Pelajar K-LIP Badge Pertama

Assalamualaikum semua pembaca terutama mereka2 yang berminat mengikuti post Uncle Chai tentang program K-LIP

Maaf lama Uncle Chai tak update blog. Sibuk sangat. Ini pun Uncle Chai baru pulang dari Korea petang tadi setelah berada di sana selama 2 minggu. 

Buat apa Uncle Chai ke sana? Menguruskan puteri Uncle Chai. Puteri Uncle Chai telah berangkat ke Korea pada 9 December lalu bersama 8 lagi pelajar K-LIP. Uncle Chai menyusul seminggu selepas mereka berlepas. 

Maaf nanti jika ada kelapangan Uncle Chai akan post tentang perkembangan mereka bermula daripada K-LIP Exam Level 1 hingga ke hari Graduation tempoh hari, hingga mereka berangkat ke Korea. 

Maybe Uncle Chai backdate post2 tersebut mengikuti tarikh2 ianya berlaku. So rajin2 jengah blog Uncle Chai atau lagi baik subscribe dan follow blog Uncle Chai supaya tidak ketinggalan. 

Wassalam

 
Leave a comment

Posted by on December 30, 2016 in Uncategorized

 

Kerjasama Hantar Anak2 ke Kampus

Pagi ini Uncle Chai mengambil tugas Sofea dan bapanya menghantar mereka ke UniKL MIIT City Campus. Isnin-Khamis Sofea berlatih drive ke kampus. Since hari ini Sofea not driving, instead of bapa dia menghantar mereka, I think adalah baik untuk Uncle Chai menghantar mereka pagi ini. 

Jumaat kesesakan masuk KL tak la teruk sangat. So pagi ni Uncle Chai cuba jalan berlainan instead of jalan yang biasa Uncle Chai ambil melalui Jalan Duta turun ke Jalan Kuching kemudian masuk Jalan Sultan Ismail. 

Uncle Chai melalui Jalan Duta kemudian Jalan Parlimen dan Jalan Raja Laut baru masuk Jalan Sultan Ismail. Ok cantik dan smooth. Cuma tersekat sekejap di pertemuan Jalan Semantan/Jalan Duta. Less than 10 minutes sangkut. Traffic perlahan. Yang lama sikit di traffic light Jalan Raja Laut/Sultan Ismail. Polis lepaskan traffic yang masuk dari Jalan Kuching dahulu. Jalan Sultan Ismail sesak. So ambil masa sikit dan masuk Jalan Raja Abdullah. 

Tapi pada Uncle Chai inilah jalan terbaik untuk Puteri Uncle Chai lalu should she drives on her own nanti. Jika ikut Jalan Duta melalui roundabout turun ke Jalan Kuching mungkin masalah kepada budak yang Lesen P seperti Puteri Uncle Chai. Experience driver pun terkial2 nak lepas roundabout. 

Kami sampai di UniKL MIIT City Campus lebih kurang jam 8:05 am. Just nice sebab Jumaat, kelas mereka starts early at 8:30 am. 

Balik nanti the twins father (Aishah & Shaha) yang akan mengambil mereka. Inilah yang dinamakan kerjasama atau collaboration between parents. Mudah kerja untuk semua…

 
Leave a comment

Posted by on June 10, 2016 in Uncategorized

 

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 2016

Syukur alhamdulillah, Uncle Chai diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan bulan mulia Ramadhan untuk tahun ini. Masih dipanjangkan usia oleh Allah SWT untuk terus beribadat padaNYA. Seperti biasa pada tiap kali Ramadhan, aktiviti pertama untuk malam pertama ialah solat berjamaah dan menunaikan solat sunat tarawikh. Seperti tahun2 sebelum ni, Uncle Chai dan keluarga berjamaah di Masjid Kota Damansara atau lebih dikenali sebagai Masjid Kuning

Seperti biasa juga, bilangan rakaat yang kami kerjakan ialah lapan, disusuli dengan tazkirah sebelum diakhiri dengan witir. Uncle Chai lebih selesa mengerjakan witir di rumah sahaja. Usai tazkirah, Uncle Chai dan keluarga pulang ke rumah. Oh…sebelum tu Uncle Chai nak remind sikit pada semua. Mungkin ramai yang dah tau tapi tak salah untuk tau lagi. Solat tarawikh adalah sunat tetapi majlis ilmu seperti tazkirah adalah WAJIB. Bukan apa, Uncle Chai perhatikan masyarakat sekarang sudah terbalik. Mereka lebih pentingkan tarawikh yang hukumnya sunat dan meninggalkan majlis ilmu yang wajib.Ok cukup sedikit tazkirah dari Uncle Chai

Sebenarnya Uncle Chai sedih sedikit dengan Ramadhan tahun ini kerana tahun ini adalah tahun terakhir puteri Uncle Chai berpuasa dan berhari raya dengan Uncle Chai dan isteri tercinta. Tahun hadapan puteri Uncle Chai akan berpuasa dan berhari raya sendirian di Korea. Hujung tahun ini puteri Uncle Chai akan berangkat meninggalkan kami untuk menyambung pelajarannya ke sana. Tak dapat Uncle Chai bayangkan bila sampai masa itu yaini puasa dan hari raya 2017, kami berpuasa dan berhari raya tanpa anakanda tunggal kami. Seumur hidup puteri Uncle Chai kami tidak pernah berpisah lama. 

Betapa sedihnya tahun hadapan waktu kami berbuka, bertarawikh dan bersahur tanpa puteri tercinta. Mesti lebih pilu bila di pagi raya….

Oklah…tak mau melalut panjang. Uncle Chai cuma nak wish pada semua selamat menjalani ibadah puasa moga madrasah Ramadhan tahun ini akan membawa perubahan kepada kita ke jalan menjadi hambaNYA yang lebih baik. Aameen…..

 
Leave a comment

Posted by on June 6, 2016 in Agama, Uncategorized

 

Tags: , , , , , ,

Fuhh…lama giler tak blogging

Wow lama betul Uncle Chai tinggalkan alam blog ni. Post akhir kira2 21 bulan atau 1 tahun 9 bulan yang lalu. Lama tu… Banyak juga soalan2 yang dikemukakan oleh pembaca2 terutama pada entry Bagaimana Menukar Password Wifi dan Cuci Darah Ozone Therapy. Uncle Chai minta maaflah kerana tak menjawab soalan2 anda semua.

Banyak yang Uncle Chai nak share dengan korang semua peminat-peminat Blog Uncle Chai ni….hehe. Ada ke peminat? Akan ada banyak entry2 yang backdated sebelum entry. So jangan terperanjat pulak kalau tengok banyak post baru yang kebanyakannya sebenarnya backdated. 

Actually Uncle Chai tulis blog ni bukannya apa, lebih kepada untuk rujukan Uncle Chai sendiri dimasa akan datang. Mungkin boleh dirujuk juga oleh Puteri dan isteri tercinta Uncle Chai bila Uncle Chai dah tak ada nanti…

Wassalam… 

 
Leave a comment

Posted by on June 6, 2016 in Uncategorized