RSS

Category Archives: Korea

RM25,000 Sewa Flat di Korea!

Assalamualaikum semua. Dah lama Uncle Chai tak update post kat blog ni. Mungkin ramai yang tertunggu2 post terbaru drp Uncle Chai. Sorry lately ni sibuk sikit. Lagi pun Uncle Chai dah lebih pada vlogging daripada Blogging skg.

Nak tgk vlog2 Uncle Chai boleh subscribe di YouTube channel Uncle Chai dgn click LINK INI

Kalau korang ikut blog Uncle Chai mesti korang tau puteri Uncle Chai sedang buat degree in Applied Chemistry di KyungHee University Global Campus Suwon, Korea.

Pada 21hb Disember lalu, dia baru sahaja selesai final exam untuk first semester. Exam ini juga menandakan berakhirnya pengajian semester pertama dia.

Dia akan pulang bercuti pada 25 Disember selama dua (2) bulan sebelum menyambung pengajian semester kedua bulan March 2018 nanti.

Masuk semester kedua, dia bukan lagi freshmen. Bila bukan freshmen, chances untuk terus duduk dorm atau hostel yang dia duduk sekarang memang susah. Keutamaan dorm diberikan kepada freshmen.

Untuk tengok post tentang dorm yang dia duduk sekarang boleh tengok disini.

22 Disember adalah hari terakhir dia tinggal dorm. Maknanya kena cari rumahlah…

Beberapa bulan sebelum ini, dia telah berusaha mencari rumah dan akhirnya dia jumpa sebuah rumah dua bilik yang jaraknya hanya kira2 5 minit berjalan kali ke University. Kira dekatlah…

Macam mana nak cari rumah sewa di Korea? Satu cara adalah scouting sendiri. Cara ni susah sikit especially sebab kita bukan local.

Cara yang biasa digunakan bukan sahaja di Korea tetapi dimana2 di dunia ialah dengan menggunakan khidmat agen. Ada satu lagi cara ialah dengan menggunakan aplikasi. Cara ni Uncle Chai kurang pasti nama app yang perlu di download sebab dalam bahasa Korea. Kena tunggu puteri Uncle Chai balik baru boleh tanya.

Puteri Uncle Chai cari rumah menggunakan kaedah konvensional iaitu menggunakan khidmat agen.

Rumah yang dia dapat ni adalah sebuah bangunan yang agak baru beberapa bulan siap. Bangunan empat tingkat ini dimiliki oleh sepasang warga Korea yang tinggal ditingkat atas sekali.

Setiap tingkat mempunyai dua unit rumah yang terdiri dari pelbagai jenis. Ada yang 1, 2, 3 dan 4 bilik. Tingkat paling bawah ialah shoplot. Maknanya unit rumah terletak di tingkat 2 & 3.

Puteri Uncle Chai mengambil rumah 2 bilik yang terletak ditingkat 3. Tinggi juga sebab bangunan ini tiada lift. Kenalah panjat tangga hari2.

Unit2 rumah di Korea ni lebih kurang level Flat di Malaysia. Bezanya Flat dia orang tak seteruk Flat kita. Flat dia orang amat selesa.

Rumah atau Flat yang puteri Uncle Chai sewa ni mempunyai dua buah bilik dengan sebuah bilik saiznya kecil sedikit daripada bilik yang lagi satu.

Dilengkapi sebuah bilik air, living room, Kitchen dan tempat mencuci dan menjemur pakaian. Ia dilengkapi Kitchen kabinet, dapur, peti sejuk, washing machine, air-cond di living room dan heater lantai.

Ok itu cerita tentang rumah. Biasa je…apa yang luar biasa? Yang paling luar biasa adalah bayaran yang mesti dibayar untuk menyewa sebuah rumah di Korea. Mahal!

Uncle Chai kongsikan disini pecahan bayaran yang perlu dibuat oleh puteri Uncle Chai untuk menyewa rumah tersebut.

  • Deposit ₩5,000,000 (RM19,000)
  • Sewa Pendahuluan ₩700,000 (RM2,660)
  • Yuran Agen ₩280,000 (RM1,064)
  • Jumlah keseluruhan ₩5,980,000 (RM22,724.00)!

*Uncle mengambil kira kadar tukaran pada ₩1,000 = RM3.80

Tu dia…!!! Kesemuanya untuk menyewa sebuah Flat di Korea mencecah puluhan ribu! Sewa bulanan adalah ₩700,000 atau bersamaan RM2,660 sebulan! Sewa ini termasuk bil air dan internet. Bil letrik dan gas kena bayar sendiri. Nota: Lain tuan rumah lain kadar sewa bulanan dan apa yang termasuk dalam sewa bulanan.

Kawan2 puteri Uncle Chai yang menyewa di Seoul membayar sewa ₩700,000 juga sebulan tetapi sewa mereka hanya sewa rumah sahaja. Bil2 lain tidak termasuk dan kena bayar sendiri.

Bayangkan. Sewa RM2,660 sebulan boleh dapat rumah yang bagaimana di Malaysia? Boleh dapat rumah teres dua tingkat lot tepi disesetengah tempat. Boleh dapat sewa sebuah kondo separa mewah di KL ni. Di Korea hanya sebuah rumah taraf Flat!

Deposit sahaja mencecah RM20,000! Boleh buat downpayment beli rumah kat Malaysia.

Tapi apa nak buat. Kami tiada pilihan. Terpaksa juga sewa rumah walaupun melibatkan kos yang ridiculous.

Jadi bagi mereka2 yang akan belajar atau pun bekerja di Korea, kena standby duit banyak.

Uncle Chai kongsikan gambar2 rumah puteri Uncle Chai…..

From the entrance

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 22, 2017 in Daughter, KLIP, Korea

 

Tags: , , , , , , ,

K-LIP Batch 1 in the news AGAIN

Kejayaan demi kejayaan yang berjaya ditempa oleh pelajar2 batch pertama ini sepanjang 6 bulan atau lebih tepat lagi 8 bulan mereka belajar di Kyung Hee University Seoul, Korea. 

Kejayaan yang mereka tempa ini bukan sahaja membanggakan kami ibu bapa tetapi juga pihak Kyung Hee University sendiri. 

Kejayaan mereka sepanjang belajar di sana telah diabadikan dalam beberapa portal berita Korea yang dikeluarkan hari ini. 

Uncle Chai share link portal berita tentang kejayaan mereka dalam link2 berikut. Tapi semuanya dalam bahasa Korea. Yang tak pandai baca maybe boleh guna apa2 aplikasi terjemahan seperti Google Translate. Tapi macam biasalah kalau translate entah apa2 yang diterjemahkan…haha. 

Portal 1:

http://www.dongponews.net/news/articleView.html?idxno=34750

Portal 2:

http://www.yonhapnews.co.kr/bulletin/2017/08/10/0200000000AKR20170810034400371.HTML?input=1179m

Portal 3:

http://v.media.daum.net/v/20170810091708756?f=o

 
6 Comments

Posted by on August 11, 2017 in KLIP, Korea

 

Tags: , ,

Group K-LIP Berpuasa di Korea

Assalamualaikum semua. Hari ini ialah hari pertama berpuasa untuk tahun 2017 ini. Uncle Chai agak sedih puasa tahun ini kerana inilah kali pertama, seumur hidup kami, kami berpuasa tanpa puteri kami. Nothing special puasa hari pertama untuk Uncle Chai especially tanpa anak tunggal kami. So Uncle Chai bukan nak bercerita tentang pengalaman puasa hari pertama  Uncle Chai tetapi puasa pertama puteri kami di perantauan. 

Untuk tiga minggu puteri Uncle Chai akan berpuasa sendirian di Korea sebelum dia pulang menyambut Hari Raya bersama kami. Dia dan rakan2 K-LIP lain kecuali seorang, akan pulang bercuti pada 18 Jun nanti. Kebetulan mereka bercuti untuk dua minggu. So dapatlah mereka berada seminggu sebelum raya dan seminggu selepas raya di Malaysia. 12 hari to be exact mereka akan berada di Malaysia. Mereka akan kembali ke Korea pada 1 Julai. 

Puasa di Korea lebih panjang berbanding di Malaysia. Kebetulan mereka sudah memasuki summer atau musim panas sekarang so siang lebih panjang berbanding malam. 

Waktu subuh di Korea sekarang ialah jam lebih kurang 3:30 pagi. Manakala waktu maghrib sama dengan kita jam 7 lebih. Mereka berpuasa selama 16 jam lebih! 


Semalam puteri Uncle Chai sangat excited kerana untuk pertama kali dia bersahur sendiri. Sebelah petang mereka ke Ittaewon untuk membeli stok makanan halal. Mereka sampai ke hostel jam 11 malam dan terus memasak untuk sahur. Puteri Uncle Chai masak simple untuk dia bersahur. Just omelet dengan nasi dan cili serta kimchi. 

Memandangkan subuh jam 3:30 pagi, puteri Uncle Chai bersahur jam 2 lebih sebelum tidur sebentar dan bangun semula untuk solat subuh. 

Mereka bernasib baik kerana ibu salah seorang rakan pelajar berada di Korea untuk menghantar stok makanan raya untuk anaknya. Dia sampai semalam. Stok makanan raya perlu dihantar kerana anak dia iaitu Sofea tidak bersama yang lain pulang ke Malaysia menyambut raya. Dia menyambung pelajaran untuk 3 bulan di Ewha Women University. 

Sebelum ke Korea, pelajar2 K-LIP menyertai pertandingan Public Speaking yang dianjurkan Kedutaan Korea di University Bandar Utama. Sofea memenangi Grand Prize dan hadiahnya ialah Scholarship untuk 3 bulan belajar di Ewha University. Itulah sebabnya dia tidak pulang bersama lain semasa raya nanti. 

Ibu Sofea memasakan juadah berbuka hari pertama untuk mereka. Mereka dihidangkan ayam goreng berempah beserta nasi himpit dan kuah kacang. Dah macam juadah raya pulakkan….hehe. 


Mereka berbuka secara berjemaah di bilik Sofea. Selesai makan mereka dihidangkan pula kuih raya……


Haha…memang dah macam sambut raya awal pulak. Takut nanti semua stok habis sebelum raya. Kesian Sofea dah tak ada makanan masa raya nanti. Dah la tinggal seorang diri raya nanti. 

Anyway kami parents berterima kasih kepada ibu Sofea kerana memasak untuk juadah berbuka hari pertama untuk anak2 kami. 

Jam 10:00 malam tadi puteri Uncle Chai dah tidur. Awal sungguh. Hari2 biasa dia tidur jam 12. Terpaksalah tidur awal untuk bangun sahur jam 2 nanti. Malam disana pendek sekarang. Jam 2 kita disini masih sedap lena. Kalau bangun Qiamulail pun pukul 4 nanti. 

So Itulah serba sedikit pengalaman pelajar2 K-LIP berpuasa di perantauan untuk pertama kali dalam hidup mereka. Jika hari2 biasa masing2 masak makanan sendiri tapi sepanjang bulan puasa ini mereka merancang untuk memasak beramai2 dan berbuka puasa beramai2. 

Tak jadi masalah untuk masak dan makan bersama kerana bilik mereka semua bersebelahan sahaja. 

Untuk kami parents disini, kami harap mereka tabah berpuasa dalam jangkamasa yang panjang daripada kebiasaan mereka. Next kami hanya tunggu mereka pulang ke pangkuan kami pada 18 Jun nanti. 

Sekian sahaja untuk post ini. Jumpa lagi dalam post yang akan datang. 

 
Leave a comment

Posted by on May 28, 2017 in Daughter, KLIP, Korea

 

Tags: , , , ,

K-LIP – Sudah Tukar ke Lapan Bulan

Dah lama Uncle Chai tak update blog ini. Uncle Chai agak sibuk dan Uncle Chai lebih kepada Vlogging sekarang. Kalau sesiapa nak tengok vlog Uncle Chai boleh subscribe Channel YouTube Uncle Chai di link berikut:

Uncle Chai TV
Minggu lepas Uncle Chai bersama parents kawan2 puteri Uncle Chai iaitu Batch Pertama K-LIP UniKL yang sekarang sedang berada di Korea mengadakan mesyuarat dengan pihak UniKL. 

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk meminta nasihat dan bantuan pihak UniKL tentang hala tuju anak2 kami di peringkat ijazah selepas mereka tamat program K-LIP di Kyung Hee University Jun nanti. 

Walaupun mesyuarat kami agak tegang di peringkat permulaan, kami tidak pasti mengapa wujud ketegangan tersebut. Tak semena2 kami dimarahi oleh Mr. Qwon atas sebab yang kami sendiri tidak pasti. 

Outcome mesyuarat tersebut Uncle Chai akan share dalam entri seterusnya. 

Uncle Chai difahamkan oleh seorang pembaca blog Uncle Chai, Farhan namanya, yang program K-LIP UniKL ini sekarang memakan masa 8 bulan bukan lagi 6 bulan di UniKL seperti batch pertama puteri Uncle Chai dahulu. 

Didalam mesyuarat kami, Uncle Chai ada bertanya tentang perkara ini kepada pihak UniKL. Memang benar program ini telah dilanjutkan kepada 8 bulan. 

Tujuannya ialah supaya tiada gap selepas tamat program K-LIP di Korea dengan kemasukan universiti sana nanti. 

Uncle Chai ambil contoh kes batch pertama. Mereka tamat program K-LIP pada bulan June nanti dan peperiksaan TOPIK akan diadakan pada bulan Julai. Kemasukan atau intake untuk program ijazah universiti2 di Korea adalah pada bulan September. Bermakna akan ada gap selama lebih kurang dua bulan. 

Walaupun mereka tidak perlu pulang ke tanah air kerana dalam tempoh gap dua bulan tersebut, pihak Kyung Hee University akan mengadakan kelas bahasa tambahan untuk mereka sebagai ganti kepada kelas mathematics yang tidak dijalankan sebagaimana sepatutnya sepanjang tempoh 6 bulan mereka di sana. 

Sebagai pengetahuan, universiti di Korea mempunyai dua intake. First intake adalah pada bulan Mac dan second intake adalah pada bulan September. So batch puteri Uncle Chai akan masuk universiti untuk second intake

Jadi bila UniKL melanjutkan program K-LIP kepada 8 bulan, maknanya Just nice untuk intake universiti nanti. Contoh pengambilan K-LIP UniKL bulan June, mereka tamat pada bulan Februari tahun berikutnya. Kemudian belajar lagi 6 bulan di Kyung Hee Universiti, bermakna mereka tamat bulan Ogos. Just nice untuk second intake universiti Korea iaitu bulan September. 

Uncle Chai rasa info terbaru tentang program K-LIP yang dilanjutkan hingga 6 bulan ini betul. Jika salah harap pihak UniKL perbetulkan. 

Sekian dulu untuk entri ini. Uncle Chai akan menyusul dengan entri2 lain jika masa mengizinkan. 

 
5 Comments

Posted by on April 30, 2017 in Daughter, Korea

 

Tags: , , , , , ,

Hana Bank Account 

Finally hari ni puteri Uncle Chai telah berjaya membuka local bank account di Korea. So senanglah sikit urusan menyalurkan monthly allowance untuk puteri Uncle Chai

Pembukaan bank account ni boleh dibuat selepas puteri Uncle Chai memperolehi student’s card dan alien card beliau. Untuk allowance bulan January ini, Uncle Chai masukan ke dalam Maybank account dia dan dia buat withdrawal di Korea menggunakan ATM card Maybank di sana. 

Untuk setiap transaksi ATM withdrawal dari account bank Malaysia, kita akan dikenakan double charge. ₩3,600-₩4,000 dikenakan oleh bank di Korea. Manakala bank Malaysia seperti Maybank mengenakan charge sebanyak RM12. 

ATM withdrawal yang dibuat puteri Uncle Chai


₩250,000 bersamaan lebih kurang RM950 (bergantung pada kadar tukaran semasa). 

Charge yang dikenakan oleh Maybank


Daripada pengalaman Uncle Chai sepanjang berada di Korea selama dua minggu, kadar tukaran (direct conversion) yang dikenakan oleh bank lebih rendah jika dibandingkan dengan money changer. 

Uncle Chai membuat empat ATM withdrawal daripada account Bank Islam Uncle Chai dengan setiap kali withdrawal sebanyak ₩300,000 iaitu jumlah maksima untuk satu2 transaksi withdrawal. Charge yang dikenakan oleh bank Korea seperti yang Uncle Chai nyatakan tadi manakala charge yang dikenakan oleh Bank Islam lebih rendah daripada Maybank. Hanya RM10.60 sahaja untuk setiap transaksi. 


Untuk memjimatkan daripada dikenakan double charge oleh bank Korea dan Malaysia, terpaksalah puteri Uncle Chai membuat withdrawal dalam jumlah yang besar. Tak boleh withdraw sikit2 berapa nak pakai sahaja. Rugi…

Bila dah ada akaun di bank Korea, dia dah boleh buat withdrawal sikit2. Ambil berapa nak pakai sahaja. Tak perlu simpan terlalu banyak cash in hand

Korea Selatan mempunyai jumlah mesin ATM terbanyak di dunia dengan nisbah 278 mesin ATM untuk 100,000 penduduk. Mesin ATM di sana bersepah2 hingga dilorong2 gelap pun ada. Something yang Uncle Chai kagumi. Tak ada rasa tidak selamat atau pun takut untuk keluarkan duit dari mesin ATM. Tidak seperti di Malaysia. Mesin ATM hanya ada di bank atau tempat2 tertentu sahaja. Mungkin kerana crime rate di sana rendah. 


Cute kan passbook dan ATM card Hana Bank Korea ni. Cartoon lagi. Tak pasti nama karektor cartoon ni. Another great thing, puteri Uncle Chai buka account tanpa perlu depositkan sesen pun. Just buka account je. Unlike di Malaysia perlu deposit RM250 minima kalau tak silap. Hana Bank mempunyai Cawangan di university puteri Uncle Chai, KyungHee University. 

Oh lupa pulak. Untuk kirimkan duit kedalam akaun, Uncle Chai perlu buat telegraphic transfer (TT) daripada bank di Malaysia. TT pulak Tak boleh direct ke Korean ₩. Kena buat dalam currency USD. Dalam akaun puteri Uncle Chai it will be converted into ₩. 

Okay sekian untuk post kali ini. Wassalam….

 
5 Comments

Posted by on January 11, 2017 in Daughter, General Knowledge, Korea

 

Tags: , , , , ,

Last Day In Korea


Hari ini adalah hari terakhir untuk Uncle Chai dan isteri di Korea. Flight kami dari Busan ke KL akan berlepas jam 10:35 pagi waktu Korea dan sampai jam 4:10 petang waktu Malaysia di KLIA2. 

Setelah bersiap kami makan simple breakfast dalam bilik. Roti dan doughnut yang kami beli malam semalam selepas dinner. 

Jam 8 kami keluar ke Stesen Sasang yang terletak dihapadan hotel penginapan kami, Sense Motel. Memang benar seperti review yang  Uncle Chai baca tentang Motel ini sebelum buat keputusan untuk menginap di sini. Lokasinya bagus untuk mereka yang akan menaiki kapalterbang untuk pulang. 

Perjalanan dari Sasang Stesyen menaiki Busan-Gimhae LRT menghala Kaya Universiti hanya mengambil masa 6 minit sahaja. Fare hanya ₩1,350 sahaja. 

Satu masalah vending machine tiket di LRT ni ialah kena guna exact amount untuk beli tiket mahu pun top Up T-Money. Uncle Chai hanya perlu top Up seorang ₩2,000 sahaja untuk ke Gimhae International Airport. Uncle Chai tak mau top Up lebih2. Membazir duit dalam tu. Sini pun tak ada machine untuk refund balik baki dalam T-Money

Uncle Chai suruh isteri tukar duit ₩5,000 kepada duit kecil ₩1,000 di Cafe hadapan machine tu. Malangnya mereka tak mau tukarkan. Semalam masa tukar pun Cashier tu dah cakap actually mereka tak benarkan tapi nasib kami baik. Hari ni nasib tidak baik…

Uncle Chai minta tolong dengan seorang lelaki tempatan yang baru lepas top Up card dia. Niat nak tanya dia ada tukar duit kecil. Akibat masalah komunikasi, ayam dan itik, mamat tu pergi masuk dan top Up T-Money isteri Uncle Chai ₩5,000. Hawau….

Then Uncle Chai dapat idea untuk beli one way tiket sahaja untuk Uncle Chai. Jimat! Tak pasal2 beberapa ribu ₩ sangkut dalam T-Money isteri Uncle Chai. Tak apalah. Still boleh guna untuk our next visit. 

Perkara pertama bila kami sampai di Gimhae International Airport, Busan ialah mencari timbang. Kami nak timbang check-In luggage kami. Tengok secara fizikal, dengan kebesaran beg nampak macam melebihi 30kg. Uncle Chai cuma beli luggage 30kg sahaja. Risau juga. Fobia sikit lepas kena bayar RM500 untuk access 10kg masa puteri Uncle Chai pergi Korea tempoh hari. 1kg access kena RM50 tu!

Bila ditimbang, berat beg hanya 25kg! Rasa tak percaya. Tapi lega gila bila tengok it is well beyond 30kg. Kalau tak tepat pun lari 1-2kg je. Bila kami check-in rupanya betul berat hanya 25kg. Maybe walaupun beg kembong dan besar, tapi tak seberat yang dijangka kerana isinya hanya baju2 sahaja. 

Waktu ini jam baru pukul 9 pagi. Kami kena masuk ke departures hall jam 9:45 pagi. So kami ada masa 45 minit. Kami lepak minum di Cafe dalam airport. 

Pemeriksaan masuk berjalan lancar walaupun isteri Uncle Chai terpaksa membuka boots beliau semasa pemeriksaan kerana ada buckle besi. 

Untuk proses pengesahan pasport pula agak lama. Panjang queue. Akhirnya kami sampai Gate 5 ngam-ngam time boarding. 

It was a smooth fly. Betul atau tak Uncle Chai tak berapa pasti. Itu yang Uncle Chai rasa sebab throughout the flight Uncle Chai tidur….haha. Memang Uncle Chai plan untuk tidur sepanjang flight. Takut boring. Thats why Uncle Chai tidur lambat malam semalam. Hanya 2 hours sleep. Layan TV. 

Sampai bila stewardess nak serve our prebook meals mereka terpaksa kejutkan kami. Suami isteri tidur…

Yang  Uncle Chai pelik sikit ialah Uncle Chai  boleh terjaga walaupun stewardess tu kejut dengan hanya memanggil lembut nama Uncle Chai. Sayup-sayup Uncle Chai dengar suara lembut memanggil. “En. Mohd Faisal…En. Mohd. Faisal…” Merdu suara seolah-olah bermimpi…

Akhirnya kami touchdown di KLIA2 5 minit sebelum jam 4. Awal 15 minit daripada schedule. Alhamdulillah…

Bila sampai KLIA bermakna selesai sudah misi kami membantu dan menziarahi puteri kami untuk kali ini. Kami suami isteri merasa puas kerana berjaya melaksanakan tugas membantu puteri kami. Yang tak puas ialah berada di sana. I like the weather. Winter sometimes freezing especially bila hujan atau berangin but I enjoyed it so much. Bila sampai sini terasa panasnya yang amat…..

InsyaAllah jika diberikan kelapangan masa dan rezeki, kami bercadang menziarahi puteri kami lagi bulan March semasa spring nanti. Jika kami pergi tidaklah selama seperti sekarang. Mungkin dalam seminggu sahaja. 

So Uncle Chai harap, pembaca semua enjoy nukilan pengalaman Uncle Chai di Korea terutama kepada mereka-mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke sana mengikut saluran yang dilalui oleh puteri Uncle Chai

Uncle Chai juga harap apa yang Uncle Chai post dan share ini dapat membantu pembaca membuat keputusan samada mahu ke Korea atau ke tempat lain untuk belajar. Uncle Chai juga berharap informasi yang terdapat di sini secara tidak langsung dapat membantu pembaca yang ingin melancong ke Korea. 

Tidak banyak informasi tentang pelancongan yang dapat Uncle Chai kongsikan kerana tujuan Utama ke sana bukan melancong tetapi membantu dan menziarahi puteri kami. Melancong dan berjalan-jalan adalah program sampingan sahaja. 

Sekian. Wassalam

NOTA: Uncle Chai akan share post2 di Korea secara backdated so pembaca kena ikut dan follow blog ini untuk membaca post2 secara kebelakang

 
Leave a comment

Posted by on December 30, 2016 in Daughter, Family, Holiday, Korea

 

Tags: , , , , , , ,

Transit Busan

Bersambung daripada post sebelum ini Last Day In Seoul: Train to Busan kami selamat sampai di Busan jam 4:30 petang. Uncle Chai memang merancang untuk sampai Busan sebelum maghrib. Waktu winter ni siang lebih pendek daripada malam. Maghrib jam 5 lebih. Just nice untuk sampai ke hotel penginapan sebelum gelap. 

Isteri Uncle Chai sebaik turun dari keretapi di Busan

Uncle Chai dihadapan KTX Busan Station


Daripada KTX Busan Station ke hotel penginapan kami di Sense Motel agak jauh juga. Kami perlu menaiki dua subway untuk sampai. 


Dari Busan Station yang terletak 50 meter dihadapan KTX Busan Station, kami perlu mengambil dua subway. Pertama menaiki Line 1 menghala ke Nopo dan transfer (tukar subway) di Seomyeon Station. Perjalanan ini melalui 6 Station.

Kemudian di Seomyeon Station transfer ke Line 2 ke Sasang Station dengan melalui 8 station. Keseluruhan perjalanan mengambil masa 34 minit. 

Mengapa Uncle Chai pilih Motel yang jauh dari Busan Station. Uncle Chai tempah motel menggunakan aplikasi booking.com. Pemilihan berdasarkan review orang ramai dan harga. Selain harga yang berpatutan serta banyak review positif tentang Sense Motel ini, kriteria Utama adalah kedudukannya yang berdekatan dengan Gimhae Airport. 

Uncle Chai tak mau ketinggalan flight. Itu yang penting. Biar ketinggalan bas atau pun subway tapi jangan ketinggalan flight. Mampus….

Beberapa hari selepas booking motel disahkan, Uncle Chai dan pihak Motel ada berkomunikasi melalui e-mail. Pihak motel yang memberikan direction kepada Uncle Chai untuk pergi ke motel mereka. 

Sebaik sampai di Sasang Station, Uncle Chai keluar mengikut exit number 2 sebagaimana direction yang diberikan. Dalam subway ni banyak exit. Kalau salah exit, kelain kita keluar nanti. Jauh juga kena menapak bawah tanah tu untuk ke exit number 2

Bila sampai exit number 2, Uncle Chai dapati tangga untuk naik ke atas tinggi sekali. Tiada lift di situ. Parah nak angkat beg besar dan berat ke atas ni… Uncle Chai minta isteri naik ke atas dahulu untuk letakan beg hand carry kami di atas dan dia perlu turun balik untuk membantu Uncle Chai mengangkat beg ke atas. Memang satu penyeksaan sebagaimana kami lalui semasa hari pertama di Seoul Station seperti Uncle Chai ceritakan dalam post yang lepas. 

Syukur alhamdulillah dalam menunggu isteri Uncle Chai turun kembali, ada seorang wanita tempatan yang baik hati. Dia tau kepayahan yang kami akan tempuh untuk mengangkat beg besar dan berat ke atas. Dia nasihatkan Uncle Chai gunakan lift di sebelah exit keluar ke laluan LRT. Laluan keluar itu adalah diseberang jalan tempat isteri Uncle Chai naik di exit number 2 tadi. 

Dia membawa Uncle Chai ke lift tersebut dan mengarahkan bagaimana untuk pergi ke tempat isteri Uncle Chai menunggu. Tapi arahan yang diberikan dalam bahasa Korea yang sepatah haram Uncle Chai tak faham. Uncle Chai cuma mengagak apa yang dia sampaikan. Uncle Chai faham dia ada mentioned cross the road. Ayam dan itik lagi

Bila sampai di atas, rupanya Uncle Chai keluar di persimpangan jalan yang besar. Tak tau nak cross jalan ke mana. Isteri Uncle Chai pula tidak kelihatan kerana tempat dia menunggu terlindung dengan penutup construction yang sedang dijalankan. 

Setelah cuba menghubungi isteri Uncle Chai menggunakan telefon gagal kerana dia tak dengar bunyi telefon, Uncle Chai gamble je cross ke seberang hadapan. Alhamdulillah gamble menjadi. Memang isteri Uncle Chai ada menunggu diseberang sana. Lega…

Sekarang ada masalah lain. Motel yang dituju tidak kelihatan ditepi2 jalan. Luckily ada WiFi di kawasan tersebut. Uncle Chai gunakan aplikasi Google Map. Rupanya motel tersebut terletak dibelakang deretan kedai yang menghadap jalan besar. 

Sense Motel


Amacam? Meriahkan motel ni? Penuh dengan heart dan lampu berwarna warni. Setelah lihat sekeliling baru Uncle Chai notice yang bangunan2 di Busan memang meriah begini. Penuh dengan lampu. Meriah sungguh pemandangan. Dah macam hari raya…haha. 

Uncle Chai menempah bilik standard double. Kadarnya murah cuma ₩45,000 atau RM170 semalam sahaja. Kadar bilik di Busan ni jauh lebih murah daripada kadar bilik di Seoul. 

Interior Sense Motel ini juga unik. Biliknya juga jauh lebih besar daripada bilik yang Uncle Chai sewa di Seoul lengkap dengan bath tub besar yang boleh masuk 2 orang. TV sebesar2 TV. 80 inci!


Selepas check-in, Uncle Chai dan isteri berehat dahulu sambil Uncle Chai Google mencari tempat makanan halal yang berhampiran. Uncle Chai jumpa 1 restoran Indonesia. Cantik juga. Lain2 restoran sama seperti di Seoul, banyak makanan India dan Timur Tengah. 

Jam 8 lebih kami turun untuk dinner. Kami bertanya di reception mana restoran halal berdekatan. Dia mencadangkan sebuah restoran makanan Arab. Di sekeliling restoran itu banyak juga restoran makanan halal katanya.

Tapi Uncle Chai decided untuk pergi ke restoran Indonesia yang Uncle Chai Google tadi. Reception membantu memberikan tunjuk arah ke restoran tersebut. Kami perlu menaiki LRT yang jaraknya satu Station sahaja. Ok la tu tak jauh. 

Kami mengambil LRT untuk ke sana. Sekali lagi masalah timbul untuk mencari lokasi restoran. Terima kasih pada WiFi yang bersepah2 di Korea ni, Google Map sekali lagi membantu. Ia terletak dihadapan pusat beli belah eMart ditingkat 2. 


Restoran Rindu Kampoeng nama restoran ini. Dimiliki oleh seorang wanita Indonesia yang berkahwin dengan lelaki tempatan. 

Semasa kami sampai hingga kami balik, hanya kami pelanggan yang ada. Pemiliknya bekerja sendirian. Dia masak, dia cashier, dia waitress. Kehadiran kami tidak disedari beliau kerana dia sedang duduk di dapur. 

Biasalah weekdays memang tiada pelanggan. Peak time ialah during weekend. 


Kami order makanan paling simple. Nasi goreng seafood dan teh susu. Bil ₩24,000. Oklah…

Di sekeliling restoran Rindu Kampoeng itu banyak kedai2 lain milik orang Islam. Bukan restoran tetapi kedai2 yang menjual sim kad, rempah ratus dan ayam serta daging. 

Sebelum pulang ke hotel kami singgah di convenient store hadapan motel untuk membeli roti dan doughnut untuk sarapan esok pagi sebelum ke Airport. 

 
Leave a comment

Posted by on December 29, 2016 in Daughter, Family, Holiday, Korea

 

Tags: , , , , , ,