RSS

Monthly Archives: August 2013

Salam Kemerdekaan 56

20130831-121509.jpg
SALAM MERDEKA MALAYA

Sebenarnya aku langsung tak berminat utk tulis sebarang entry sempena Kemerdekaan negara kita yang ke 56 ni. Senang citer aku langsung tak tangkap port kata org tu. You may call me unpatriotic or whatever tapi hakikatnya semangat menyambut Kemerdekaan ni macam dah tak ada lagi dalam diri aku. That’s the truth!!!

Tapi bila aku tgk FB dan blog2 lain byk status update dan entry tentang Merdeka ni, so I said to myself, why not I write something. Nak tulis apa? Aku pun tak tau….

Entah kenapa semakin lama semakin terhakis semangat menyambut Kemerdekaan ni drp dalam diri aku. Don’t get me wrong ok. Bukan Semangat Merdeka yg hilang tapi Semangat Menyambut Merdeka. Ada beza okay. Nanti ada yg cakap aku tak kenang budi ke, tak berterima kasih ke pulak.

Kalau dulu zaman Sekolah, sanggup bangun pagi dihari cuti Merdeka utk duduk depan TV menonton perbarisan menyambut Kemerdekaan yang biasanya dibuat di Dataran Merdeka. Aku masih ingat aku tak pernah miss tgk perarakan Merdeka ni especially zaman Almarhum Sultan Iskandar jadi YDP Agong. Bukan nak tgk perarakan sgt tapi nak tgk Sultan Iskandar dgn his unexpected gelagat. That’s best about him.

Tentunya ramai yg tak boleh lupa bagaimana baginda turun menahan motorsikal yg menyertai perarakan utk baginda naiki. Baginda dok pusing2 dgn motor tu. Nostalgia…

20130831-135351.jpg
Okay kita sambung pasal sambutan Kemerdekaan ni. Rasanya bukan aku sorang yg dah hilang semangat menyambut Kemerdekaan ni, ramai lagi rakyat Malaysia luar sana pun yg tak peduli sgt. Yg penting pada mereka hari ni CUTI!. Betul tak? Jangan nak bohong ok….

Kenapa sampai jadi camtu ye? Lama2 generasi akan datang makin tak sambut Merdeka Lagi kot. Bila parents dah tak interested nak sambut automatically anak2 pun tak ikut sambut. Pada parents yg bersemangat dengan bendera bagai di rumah dan kereta tu, syabas aku ucapkan.

Cuba jengok keluar jap. Ada bendera tak depan rumah kita? Kita ada kibarkan bendera Malaysia tak? Kat jalanraya Cuba tgk berapa byk kereta yg dihias dg bendera? Memang dah kurang dan tak banyak. Tak seperti beberapa tahun dulu kalau bulan Merdeka ni, bersepah bendera di tengah jalanraya. Bendera2 yg jatuh drp kenderaan…hehe.

Sudah tidak patriotic ke rakyat Malaya ni? Mana hilang semangat patriotic itu? Dan yg lebih penting lagi apa sebab semangat patriotic itu hilang???

20130831-124310.jpg
Amacam? Ada sapa2 boleh jawab? Adakah kerana kealpaan pihak Kerajaan dalam menerapkan semangat patriotic tersebut? Mungkin Kerajaan hari ini terlalu byk berpolitik dan mempolitikan. Sampai sambutan Kemerdekaan yg sepatutnya disambut oleh seantero Malaya tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik pun dipolitikan demi survival parti pemerintah.

Klimaksnya rasanya adalah tahun lalu bila slogan Kemerdekaan pun diambil drp slogan pemerintah Barisan Nasional iaitu JANJI DITEPATI. Apa Lancau…? Itu antara sebab org fed up. Merdeka is merdeka janganlah dipolitikan. Kadang2 mereka ni bodoh tak boleh diajar. Akibatnya rakyat muak. Sepatutnya sambutan Kemerdekaan inilah peluang terbaik utk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum, agama dan fahaman politik.

Why not semasa sambutan diadakan dijemput semua political figure Malaya tanpa mengira fahaman mereka. Barulah penyokong mereka yg jumlahnya melebihi penyokong BN berdasarkan pola pengundian PRU13 lalu, rasa tak diketepikan. Rasa spt rakyat Malaya yg lain. Terbit rasa patriotic. Mereka pun rakyat Malaya ma…..! So dgn cara tu sambutan Kemerdekaan juga menjadi salah satu acara yg dapat menyatukan rakyat pelbagai fahaman politik. Skg ni yg aku nampak, hanya sukan yg menyatukan rakyat pelbagai fahaman politik ni.

20130831-131115.jpg
Cuba tgk minah ni. Ini yg dikatakan semangat patriotisme yg tinggi. Camni yg harus dipuji dan dicontohi bukannya dikeji. Yg pelik bila lelaki pakai bendera buat baju tak kata hina bendera tapi bila perempuan berkemban kata hina bendera…

20130831-131328.jpg
Wah Panjang juga entry aku. Yang pada asalnya tak berminat nak menulis jadi berjela2 pulak….hehehe.

Okaylah aku dah over run ni. Terlebih sudah entry yg asalnya aku tak minat nak tulis ni. Akhir kalam (fullamak Bahasa gua) SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KPD SELURUH RAKYAT MALAYA. Tapi sebelum tu, mungkin ramai yg tertanya2 kenapa aku guna MALAYA bukannya MALAYSIA? Jawapan dia senang je bro… Malaysia belum wujud masa 31 Ogos 1957. Malaysia hanya wujud pada 16 September!. So sambutan HARI MALAYSIA nanti baru kita gunakan MALAYSIA.

Kalau korang rajin utk baca sejarah, why not baca entry aku yg lama tentang PENENTANGAN RAJA2 MELAYU PADA KEMERDEKAAN MALAYA. Klik SINI.

Aku tinggalkan dgn iklan Merdeka oleh PETRONAS ni. Tak best mana pun pada aku iklan ni tapi tu je la yg ada… Tapi sebelum tu terimalah kata2 hikmat Cik Bedah kita ni mewakili rakyat Malaysia yg bersyukur atas nikmat yg diterima… Mak sapa lah ni…..???

20130831-135711.jpg
SOALAN: ADAKAH KITA BENAR2 TELAH
MERDEKA???

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on August 31, 2013 in Uncategorized

 

Tags: , , ,

Copy Paste #5: Cara Cuci Kemaluan Dengan Betul

20130831-031131.jpg

Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.

Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul?

Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je. Ada caranya….

20130831-025134.jpg

Kaum Lelaki:

Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

20130831-025549.jpg

Kaum Wanita:

Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Betul atau tidak cara kita selama ini ? Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.

Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.

ACAIBetulkah cara kita mencuci dan membersihkan kemaluan kita selama ini? Ajarilah anak2 kita cara mencuci dengan kaedah yg betul agar kita tidak dipersoalkan diakhirat nanti dan anak2 kita Akan mengajar anak cucu mereka. Kongsikanlah ilmu ini kepada khalayak kerana salah satu amalan yg Akan dapat menolong kita di alam barzakh ialah Ilmu yg baik yg dipergunakan orang. Wallahua’lam.

 
Leave a comment

Posted by on August 31, 2013 in Agama, Copy Paste

 

Tags: , , , , , , ,

Copy Paste #4: Tips Kebahgiaan Anak

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..”, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

20130830-204643.jpg

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

20130830-202808.jpg

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

20130830-204000.jpg

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya “, [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

20130830-204531.jpg

Credit : Prof. Dr. Muhaya

 
Leave a comment

Posted by on August 30, 2013 in Agama, Copy Paste

 

49 Kumpulan Kongsi Gelap Malaysia

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebentar tadi mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).
Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Senarai 49 pertubuhan kongsi gelap:
Bil Nama Pertubuhan Lokasi Aktiviti
1. Geng 04 – Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur
2. Geng 08 – Kuala Lumpur/Selangor, Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka
3. Double 7 – Seluruh Semenanjung Malaysia
4. Tiga Line – 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak
5. Geng 30 – Seluruh Semenanjung Malaysia
6. Geng 38 – 14 kawasan antaranya Kepong, Jinjang Setapak dan Johor Bahru
7. Geng 24 – 6 kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor
8. Geng 18 – 8 kawasan Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor
9. Geng 36 – Anggota seramai 8,512 orang di 32 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
10. Geng 21 – 11 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur
11. Ang Soon Thong – 4 kawasan Kuala Lumpur dan Selangor
12. Wah Kee – 7 kawasan sekitar Kuala Lumpuir, Perak, Johor dan Selangor
13. Sio Sam Ong – 4 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Selangor
14. PNEH – 3 kawasan Kuala Lumpur, Johor dan Selangor
15. Hong Hong San – 2 kawasan Kuala Lumpur
16. Hai San – Perak
17. Siang Ang Bin – Kuala Lumpur
18. New Cell 20 – Perak
19. Jit It Hai – 3 kawasan di Johor, Kuala Lumpur dan Perak
20. Sio Koon Tong – Johor
21. Gee Lam Kor – Kuala Lumpur
22. Gee Ah Eng – Kuala Lumpur
23. Loh Kuan – Kuala Lumpur
24. Tiang Yee Tong – Kuala Lumpur
25. Geng Leng Hor – Kuala Lumpur
26. Geng 35 – 32 kawasan Kedah dan Pulau Pinang
27. Geng 303 – Selangor
28. Geng Satu Hati – Lembah Klang dan bergerak ke Utara dan Selatan tanah air
29. ATAP – Kota Kinabalu, Sabah
30. Hung Ann – Tawau, Sabah
31. Sui Yuk – Penampang, Sabah
32. Otai – Kota Kinabalu, Sabah
33. Borneo Red EMP – Petagas dan Jumbo, Sabah
34. Ah Ngau – Kuching, Sarawak
35. Batu Tiga – Kuching, Sarawak
36. Ah Feng – Kuching, Sarawak
37. Batu 10 – Kuching, Sarawak
38. Sibu Ti – Kuching, Sarawak
39. Ah Seng – Sarekei, Sarawak
40. Ah Chin – Kuching, Sarawak
41. Lee Lung – Sibu, Sarawak
42. Lo Han – Kuching, Sarawak
43. Sg Merah – Sibu, Sarawak
44. Sg Badut – Sibu, Sarawak
45. Ting Ching Lee – Bintulu, Sarawak
46. Tua Cak Lee – Sibu, Sarawak
47. Teksi Station – Miri, Sarawak
48. Pintu Merah – Miri, Sarawak
49. Krokop – Miri, Sarawak

– Sumber: Utusan Online

 
Leave a comment

Posted by on August 30, 2013 in Uncategorized

 

Tags: , ,

Image

Shhh…Let The Picture Speak #1

20130829-070540.jpg

 
Leave a comment

Posted by on August 29, 2013 in quotes

 

Tags: , ,

Image

Rapid Mass Gainer

20130829-012757.jpg

 
1 Comment

Posted by on August 29, 2013 in Uncategorized

 

I’m Back

Setelah lama menyepi meninggalkan alam blogging kini Acai kembali. Entah kenapa tiba2 rasa nak blogging balik setelah lama meninggalkan blog ini terbiar dan outdated. Biasalah… I’m not a writer. Tulis bila ada mood nak menulis je. Mungkin kerana lately ni byk baca blog org tu yg datang mood kot.

Anyway don’t be surprise klu Acai kembali menyepi. Acai adalah blogger atau penulis ‘Hangat2 Taik Ayam’…..hehe. Rajin2lah check for new entry ye. Bye….

 
Leave a comment

Posted by on August 28, 2013 in Uncategorized