RSS

Monthly Archives: June 2016

Majlis Berbuka Puasa

Hari ini bertempat di Fai & Ruz Kitchen, Kota Damansara kami menjadi tuan rumah kepada Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar2 Maahad Tahfiz Siti Khadijah Anak2 Yatim Puteri Seksyen 7 Kota Damansara. 

Majlis ini dibuat oleh seorang penderma yang tidak mahu dikenali dan dianjurkan oleh Komuniti MatchParty JDT. 

Seramai 24 pelajar, 21 puteri dan 3 putera datang berbuka puasa ditemani oleh 2 orang Ustaz dan seorang Ustazah. Walaupun Maahad Tahfiz tersebut mempunyai 29 pelajar tahfiz puteri dari golongan anak2 yatim, hanya 21 orang yang dapat hadir. Pelajar putera seramai 3 orang pula kebetulan mempunyai program hafazan di Masjid Kota Damansara jadi mereka dibawa ke sini sebelum pulang ke Pusat Tahfiz mereka di Klang. 

Majlis dimulakan dengan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Abdul Rashid Abdul Aziz AlHafiz, salah seorang Ustaz yang mengiringi pelajar2 tersebut. 

Kemudian tetamu dihidangkan dengan juadah ringan tamar serta kuih muih untuk membatalkan puasa sebelum solat berjemaah Maghrib yang diimamkan oleh seorang pelajar putera. 


Seterusnya mereka dihidangkan Nasi Ambeng sebagai menu utama. Nasi Ambeng disediakan di dalam dulang dan dimakan 4 orang satu dulang. Ini adalah pengalaman yang menarik untuk mereka kerana majority mereka tidak pernah makan Nasi Ambeng sebelum ini. 

Untuk yang tak tahu, Nasi Ambeng adalah makanan tradisi orang Jawa. Antara lauk yang terdapat di dalam hidangan Nasi Ambeng ini ialah Ayam Masak Kicap, Serunding, Sambal Goreng, Mee Goreng dan Ikan masin. 


Selesai menjamu selera, anak2 yatim tersebut diberikan sedekah dalam bentuk and duit raya oleh dermawan2 yang bermurah hati memberikan sumbangan. 


Uncle Chai pula mewakili sebuah organisasi yang mewakafkan Al-Quran kepada pusat tahfiz ini. Sebagai simbolik Uncle Chai menyerahkan dua naskah Al-Quran mewakili 30 buah kesemuanya. 

Selesai acara anak2 yatim Puteri ini diberikan kebebasan oleh Ustaz Khisyairi, pengasas pusat tahfiz untuk ronda2 dan shopping di Uptown sebelum pulang. Menurut Ustaz Khusyairi inilah julung kali pelajar2 tersebut diberi peluang untuk bebas berjalan dan shopping kerana mereka sebenarnya tidak dibenarkan keluar dari Pusat Tahfiz mereka. 


Sebelum pulang, Uncle Chai dan isteri sempat mengabdikan kenangan bersama Ustaz Khusyairi dan Ustaz Abdul Rashid AlHafiz. 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Terima kasih diucapkan kepada Maahad Tahfiz Siti Khadijah, Ustaz Khusyairi, Ustaz Abdul Rashid, para dermawan yang menaja majlis ini serta menyumbangkan duit raya, Komuniti MatchParty JDT dan Restaurant Fai & Ruz Kitchen. 

Semoga kita semua mendapat barokah atas usaha kita untuk majlis ini. Jika ada rezeki dan umur, InsyaAllah ianya akan dijadikan acara tahunan. Amin…


 
Leave a comment

Posted by on June 22, 2016 in Agama, Cerita ku

 

Tags: , , , , , , , , , , ,

Suami Isteri Bersentuhan Dalam Berwudhu’ – Batalkah Wudhu’?

Ramai yang masih RAGU tentang permasalah ini kerana kurang kefahaman dan pendedahan ilmu berkenaan dengannya. Maka sunnah mengeluarkan keraguan itu dengan memberi kefahaman ilmu yg jelas berdasarkan penghujahan dalil yg terkuat menurut perbahasan yg jumhur.

Di bahas secara ilmu , tidak ada dalil khusus dari hadis yg ada menyatakan batal wudhu jika bersentuh suami isteri, namun ia menjadi khilaf di kalangan para imam mazhab yang mengkaji permasalah fiqah ini lalu ia menjurus kepada 3 perkara iaitu,

  1. Pendapat mana yang kata batal serta alasan hujjah
  2. Pendapat mana yang kata tak batal serta alasan hujjah
  3. Kesimpulan, pendapat mana yang TERKUAT, RAJIH, MAHSYUR, JUMHUR

Yang pertama, pendapat yg mengatakan batal adalah dari Mazhab Imam Asy Syafie, alasan hujjahnya adalah , Imam Asy Syafie mengambil dasar dalil dari ayat Quran iaitu pada ayat yg ke 43 di dalam surah An-Nisa’ أَوْ لاَمَسْتُم النِّسَآءَ “…..atau kamu telah bersentuh dengan istri kamu”. 

Yang kedua, pekataan لاَمَسْتُم menjadi perselisihan pendapat yg muktabar dan pendapat yg terkuat mengatakan bahawa maksud ayat itu BUKAN merujuk kepada sentuh tetapi ia adalah “JIMAK” . Pendapat ini di sokong oleh MAJORITY para pakar ahli tafsir telah menafsirkan ayat tersebut dengan maksud jima’ diantaranya adalah sahabat mulia, penafsir ulung yang dido’akan Nabi, Abdullah bin Abbas, demikian pula Ali bin Abi Thalib, Ubai bin Ka’ab, Mujahid, Thawus, Hasan Al-Bashri, Ubaid bin Umair, Said bin Jubair, Sya’bi, Qotadah, Muqatil bi Hayyan dan lainnya. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir 1/550). Pendapat ini juga dikuatkan Syaikh ahli tafsir, Ibnu Jarir dalam Tafsirnya 5/102-103 dan Imam Ibnu Rusyd dalam Bidayatul Mujtahid).  

Di usuli lagi dengan sandaran2 hadis soheh iaitu:-
Hadis Pertama dari Aisyah meriwayatkan bahawa, Nabi s.a.w pernah mencium sebahagian istrinya kemudian keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. Saya (Urwah) berkata: Tidaklah dia kecuali anda kan? Lalu Aisyah tertawa. (Shahih. Riwayat Tirmidzi: 86, Abu Dawud: 178, Nasa’i: 170, Ibnu Majah: 502 dan dishahihkan Al-Albani dalam Al-Misykah: 323. Lihat pembelaan hadits ini secara luas dalam At-Tamhid 8/504 Ibnu Abdil Barr dan Syarh Tirmidzi 1/135-138 Syaikh Ahmad Syakir).

Hadits ini menunjukkan bahwa menyentuh istri tidaklah membatalkan wudhu sekalipun dengan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Syaikh Al-Allamah As-Sindi dalam Hasyiyah Sunan Nasa’i 1/104.

Hadis kedua juga dari dari Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Pada suatu malam saya pernah kehilangan Rasulullah dari tempat tidur maka saya mencarinya lalu tanganku mengenai pada kedua punggung kakinya yang tegak, beliau solat di masjid seraya berdoa: “Ya Allah saya berlindung dengan ridha-Mu dari kemurkaan-Mu…”. (HR. Muslim: 486).

Hadits ini menunjukkan bahwa istri menyentuh suami tidaklah membatalkan wudhu. Adapun takwil Imam Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim 4/152 bahwa kejadian tersebut boleh jadi kerana ada pembatas kainnya, maka menyelisihi zahir hadits. Namun pendapat yang lain menafikan kerana sudah tentu Nabi s.a.w solat bukan secara isbal. (Lihat At-Tamhid 8/501 Ibnu Abdil Barr dan Tafsir Al-Qurthubi 5/146).

MAKA KESIMPULANNYA , pendapat yang pertama melalui sandaran Imam Asy Syafie adalah lemah. Asal hukum wudhu seorang adalah suci dan tidak batal sehingga ada dalil yang mengeluarkan dari hukum asalnya, sedangkan hal itu tidak ada, padahal kita ketahui bersama bahawa menyentuh isteri adalah suatu hal yang amat sering terjadi. Seandainya itu membatalkan wudhu, tentu Nabi s.a.w akan menjelaskan kepada umatnya dan masyhur di kalangan sahabat, tetapi tidak ada seorangpun dari kalangan sahabat yang berwudhu hanya karena sekedar menyentuh istrinya. Inilah yg dinukilkan oleh Ibnu Taimiyyah di dalam kitab Majmu’ Fatawa. yang TERKUAT, RAJIH, MAHSYUR, JUMHUR adalah TIDAK BATAL.

– COPY PASTE-

 
Leave a comment

Posted by on June 18, 2016 in Agama, Copy Paste

 

Tags: , , , ,

Buku Teks Program K-LIP


Minggu ini dah masuk minggu kedua Puteri Uncle Chai mengikuti program K-LIP di UniKL MIIT city campus. Selama beberapa hari dalam minggu ni Puteri Uncle Chai diberikan buku teks secara berperingkat. Kesemuanya 15 buah buku. Tiga untuk setiap pelajaran. 

Terdapat lima peringkat mempelajari Bahasa Korea:

  • Reading
  • Writing 
  • Listening
  • Speaking 
  • Grammar

Buku2 untuk Level 1 & Level 2 akan digunakan semasa belajar di UniKL. Buku Level 3 akan digunakan tahun hadapan semasa belajar di Kyung Hee University Korea nanti. Uncle Chai pun tak pasti mengapa buku2 Level 3 diberikan sekarang. Kesemua buku teks ini termasuk dalam yuran pengajian yang dibayar. 

Menurut Puteri Uncle Chai susah juga belajar Bahasa Korea ni tapi lebih simple dari English. Uncle Chai sendiri mendapati sukar juga nak belajar. Uncle Chai sudah download beberapa applikasi belajar Bahasa Korea ni. Lain app lain bunyi sebutan. Lain phrase juga. Tak tau boleh atau tak Uncle Chai menguasai Bahasa Korea ni. Bukan nak sampai tahap master seperti Puteri Uncle Chai. Dapat communicate yang simple sentences pun dah ok. 

Target kami ialah hingga kami berjaya communicate with each other in Korean. Nampaknya terpaksa Uncle Chai dan isteri berguru dengan Puteri kami nanti…

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2016 in Daughter, Family

 

Tags: , , , , ,

Berbuka Puasa Bersama Adik Beradik dan Bonda

Hari ini Uncle Chai dan keluarga berbuka puasa bersama keluarga abang dan kakak2 di rumah Abang Uncle Chai di TTDI Jaya Shah Alam. Kebetulan bonda Uncle Chai ada di KL. So kami mengambil kesempatan untuk berkumpul. 

Uncle Chai dan keluarga lambat sampai kerana kesesakan di NKVE. Traffic perlahan sepanjang jalan dari susur keluar Damansara Utama hingga keluar Shah Alam. Kesesakan tu Uncle Chai rasa sampai ke Klang. Kami terpaksa membatalkan puasa dalam kereta. Minum air je…

Disebabkan Uncle Chai sampai lambat so tak sempat ambil gambar makanan berbuka kami yang disediakan secara pot-luck. Penuh semeja makanan. Isteri tercinta Uncle Chai masak Kari Kepala Ikan dan Asam Pedas Kepala Ikan Merah. Berselera semua makan. Kebetulan dia orang minat makan kepala Ikan. 

Kami solat maghrib berjemaah diimamkan anak saudara Uncle Chai bekas pelajar dari Yaman. Selepas solat kami just chit chat. Of course the Star dan topik perbualan kami lebih kepada Puteri Uncle Chai yang akan melanjutkan pelajaran ke Korea hujung tahun nanti. 

Kebetulan kakak sulong Uncle Chai baru pulang bercuti di Korea. So dia menceritakan pengalamannya. Dia juga nampak Kyung Hee University tempat Puteri Uncle Chai bakal belajar semasa di sana. Dia juga menceritakan pengalamannya diganggu hantu ibu dan anak semasa tidur hingga lebam kaki disedut hantu2 tersebut. Mengerikan dan menyeramkan cerita dia. Kakak ipar Uncle Chai pula baru pulang bercuti di Istanbul. So banyak cerita yang kami dengar. 

Selepas itu Uncle Chai solat Isya’ dan tarawikh di Surau AlSakenah yang berhampiran. Selesai solat kami lepak sekejap sebelum semua pulang ke rumah masing2. 

Uncle Chai kongsikan video keletah cucu saudara Uncle Chai. Izreen Aminatasya ni memang keletah. Uncle Chai geram dan suka mengusik dia. Mimik muka dia di ending video ni adalah part yang paling Uncle Chai suka….

 
Leave a comment

Posted by on June 10, 2016 in Family

 

Tags: , , ,

Kerjasama Hantar Anak2 ke Kampus

Pagi ini Uncle Chai mengambil tugas Sofea dan bapanya menghantar mereka ke UniKL MIIT City Campus. Isnin-Khamis Sofea berlatih drive ke kampus. Since hari ini Sofea not driving, instead of bapa dia menghantar mereka, I think adalah baik untuk Uncle Chai menghantar mereka pagi ini. 

Jumaat kesesakan masuk KL tak la teruk sangat. So pagi ni Uncle Chai cuba jalan berlainan instead of jalan yang biasa Uncle Chai ambil melalui Jalan Duta turun ke Jalan Kuching kemudian masuk Jalan Sultan Ismail. 

Uncle Chai melalui Jalan Duta kemudian Jalan Parlimen dan Jalan Raja Laut baru masuk Jalan Sultan Ismail. Ok cantik dan smooth. Cuma tersekat sekejap di pertemuan Jalan Semantan/Jalan Duta. Less than 10 minutes sangkut. Traffic perlahan. Yang lama sikit di traffic light Jalan Raja Laut/Sultan Ismail. Polis lepaskan traffic yang masuk dari Jalan Kuching dahulu. Jalan Sultan Ismail sesak. So ambil masa sikit dan masuk Jalan Raja Abdullah. 

Tapi pada Uncle Chai inilah jalan terbaik untuk Puteri Uncle Chai lalu should she drives on her own nanti. Jika ikut Jalan Duta melalui roundabout turun ke Jalan Kuching mungkin masalah kepada budak yang Lesen P seperti Puteri Uncle Chai. Experience driver pun terkial2 nak lepas roundabout. 

Kami sampai di UniKL MIIT City Campus lebih kurang jam 8:05 am. Just nice sebab Jumaat, kelas mereka starts early at 8:30 am. 

Balik nanti the twins father (Aishah & Shaha) yang akan mengambil mereka. Inilah yang dinamakan kerjasama atau collaboration between parents. Mudah kerja untuk semua…

 
Leave a comment

Posted by on June 10, 2016 in Uncategorized

 

K-LIP UniKL – Jalan Pintas ke Universiti Korea


Seperti dijanjikan Uncle Chai akan kongsikan serba sedikit tentang K-LIP atau Korean Language Intensive Program yang ditawarkan oleh Universiti Kuala Kumpur (UniKL).

UniKL menawarkan 2 program untuk pelajar2 yang mahu melanjutkan pelajaran peringkat degree di university2 di Korea. Selain K-LIP, UniKL juga menawarkan program Pre-Korea Foundation (FiST). Selain UniKL, Intec juga ada menawarkan program Pre-Korea Foundation. 

Uncle Chai akan terangkan dengan lanjut dan detail tentang K-LIP kerana Puteri Uncle Chai sedang mengikuti program ini sekarang. Dia mendaftarkan diri pada 1 Jun 2016 yang lalu dan telah memulakan pembelajarannya pada 6 Jun. Badge yang Puteri Uncle Chai belajar sekarang ini adalah badge pertama atau pioneer badge untuk program ini. Walaupun ada blog lain yang mengatakan telah ada badge sebelum ini, tapi ia dinafikan oleh pihak UniKL. Student ID Puteri Uncle Chai adalah K-LIP001. So she’s the first student untuk program yang julung kali diadakan ini. 

Untuk program Pre-Korea Foundation pula tak silap Uncle Chai telah ada 5 atau 6 badge dengan badge terkini akan terbang ke Korea pada bulan Ogos ini, kalau tak silap pendengaran Uncle Chai masa sessi briefing yang lalu. 

Untuk program Pre-Korea Foundation, pelajar akan membuat foundation selama 1 tahun 4 bulan di UniKL manakala K-LIP hanya belajar 6 bulan sahaja di UniKL. Untuk pioneer badge yang Puteri Uncle Chai ada di dalamnya, mereka memulakan pembelajaran pada 6 Jun lalu dan akan terbang ke Korea pada 11 December 2016 jika mengikut perancangan pihak UniKL atau mungkin lebih awal daripada itu. Mereka akan menyambung pelajaran di Kyung Hee University untuk Winter Semester pada 13 December 2016.

Kyung Hee University


Nampak tak berapa express program K-LIP ini dapat pergi ke Korea berbanding program lain. Sebab itu Uncle Chai katakan K-LIP adalah jalan pintas untuk belajar di Korea. Mereka hanya belajar 6 bulan di UniKL dan menyambung 6 bulan lagi di Kyung Hee University. Tempoh pembelajaran adalah 1 tahun sahaja.

Sebelum korang semua excited dengan K-LIP ni, sebelum korang berebut2 nak bagitau parents korang nak ambil program ni, biar Uncle Chai bagitau perkara yang maha penting. Program K-LIP dan Pre-Korea Foundation ni kedua2nya adalah self-sponsored. Maknanya tiada financial assistance untuk kedua2 program ni. Tiada scholarship, tiada tajaan. Kena pakai duit sendiri. So berapa kos untuk mengambil kedua2 program ini? Itu Uncle Chai akan terangkan kemudian. 

Okay let’s go back to basic. K-LIP adalah program usahasama antara UniKL Malaysian Institute of Imformation Technology (UniKL MIIT) dengan Institute of International Education (IIE) Kyung Hee University. Kyung Hee University adalah Leading in E-Learning Education System dan merupakan salah satu top Korean Language Institute di Korea. K-LIP adalah program pioneer dan pertama di Malaysia yang menawarkan pembelajaran Bahasa Korea melalui kelas dan online

Kyung Hee University


Objective K-LIP adalah supaya pelajar cemerlang dalam Bahasa Korea dan membolehkan pelajar menyambung pelajaran di peringkat ijazah di universiti2 Korea. Kelulusan minimum untuk membolehkan pelajar layak ke university di sana adalah Level 3 dalam TOPIK (Test of Proficiency in Korean)

Melalui K-LIP, pelajar boleh mencapai sehingga Level 6, iaitu level tertinggi dalam TOPIK. Untuk pelajar yang berjaya score Level 5 atau Level 6 dalam TOPIK, mereka akan layak menerima International Students Scholarship yang diberikan oleh university2 di Korea. 

Ok stop sekejap! Dengar memang menarikkan? Dapat scholarship. Guaranteed! Tapi jangan tertipu seperti Uncle Chai. Uncle Chai membayangkan scholarship mereka sama seperti scholarship kita di Malaysia. No! Scholarship mereka berbeza dengan scholarship di Malaysia. Scholarship di Malaysia kita tau diberikan sepenuhnya meliputi kos pengajian dan wang saraan sehingga tamat pengajian. International Students Scholarship yang diberikan oleh pihak university di sana berlainan. Tak sama… Uncle Chai akan ceritakan lebih lanjut tentang International Students Scholarship ni kemudian. Tak mau potong stim korang. Kena baca sampai habis. 

Carta kemasukan pelajar hingga ke Kyung Hee University selepas 6 bulan


K-LIP ini boleh dikatakan mudah. Bukan pembelajarannya mudah tapi tak banyak subjects. Hanya empat subjects sahaja. Berbeza dengan Pre-Korea yang terpaksa belajar banyak subjects. Subjects yang dipelajari ialah:

  1. KLIP01 – Korean Language Proficiency 
  2. KLIP02 – Speech Communication 
  3. KLIP03 – Maths
  4. KLIP04 – Intercultural Communication 

Program ini lebih kepada penguasaan Bahasa Korea untuk menyediakan pelajar menduduki peperiksaan TOPIK. Peperiksaan TOPIK adalah pada bulan October. Ada dua intake untuk K-LIP UniKL ni. June dan January setiap tahun. 

Jadual waktu Puteri Uncle Chai sepanjang bulan Ramadhan


Di atas adalah jadual waktu Kelas Puteri Uncle Chai untuk sepanjang bulan Ramadhan ini. Untuk bulan2 biasa sama sahaja. Bezanya waktu mula dan habis kelas. Untuk bulan2 biasa kelas bermula dan berakhir lewat 1/2 jam. Agak hectic. Full 9-5 setiap hari. Puteri Uncle Chai yang baru belajar beberapa hari pun dah complain penat. Dengan terpaksa menempuh jem untuk pergi dan balik lagi. Maklumlah campus UniKL terletak di city center

Kesemuanya ada dua exams yang perlu duduki oleh students K-LIP. TOPIK 1 di UniKL dan TOPIK 2 di Kyung Hee University. Jumlah jam pula students mesti menghabiskan 540 jam di Malaysia dan 540 jam lagi di Korea. Di Malaysia students akan belajar Level 1 & Level 2. Selebihnya iaitu Level 3-6 akan dipelajari di Korea. Upon completion students akan dianugerahkan Certificate of Attendance oleh UniKL MIIT dan IIE Kyung Hee University. 

Manakala untuk peperiksaan TOPIK, sijil akan diberi oleh National Institute for International Education (NIIED), Korea. 

Academic Calender for June 2016 intake


Di atas ini adalah Academic Calender untuk intake Puteri Uncle Chai. Peperiksaan TOPIK 1 akan diadakan pada 16 October dan result akan dikeluarkan pada 24 November 2016. Selepas itu mereka akan semester break sebelum terbang ke Korea pada 11 December 2016 untuk mengikuti Winter Semester pada 13 December 2016. Express tak? Masuk bulan Jun, bulanDecember sudah ada di Korea…

Okay…rasanya Uncle Chai dah cover almost everything tentang K-LIP based pada knowledge Uncle Chai. Now…here it comes. Let’s talk about the cost involved. Seperti yang Uncle Chai katakan awal tadi both K-LIP & Pre-Korea UniKL ini adalah self sponsored programs. Ini adalah tuition fees untuk K-LIP di UniKL & Kyung Hee University, Korea. 

Fees untuk 6 bulan di UniKL


Total fees untuk pengajian selama 6 bulan di UniKL adalah RM 11,000.00. Biasanya bila kita accept offer untuk mengikuti program K-LIP, kita perlu membuat pembayaran pre-registration fee sebanyak RM 500.00. Pembayaran di buat di CIMB. Kemudian kita perlu membayar Registration Fee sebelum atau pada hari pendaftaran. Registration fee terbahagi kepada 2 jenis. 

  1. Student tanpa hostel – RM400.00
  2. Student dengan hostel – RM1,030.00

Registratrion fee


    Baki sebanyak RM 9,500.00 lagi perlu dijelaskan dalam masa 6 minggu selepas pendaftaran. Uncle Chai nak bagi tips sikit. Kalau tak boleh bayar full 9,500 tu, boleh negotiates dengan pihak UniKL. Buat 3 payments. Bayar RM 5,000.00 dahulu. Hujung bulan bayar lagi RM 2,500.00 dan baki RM 2,000.00 bayar pada hujung bulan berikutnya. Pada Uncle Chai dengan UniKL boleh lagi cerita. Yang tak boleh buat partial payment ialah dengan Kyung Hee University.

    Tuition Fees semasa di Kyung Hee University


    Tu dia fee untuk Pengajian selama 6 bulan berikutnya di Kyung Hee University. Jumlah dalam RM bergantung pada kadar tukaran asing semasa. Kadar tukaran masa post ini ditulis adalah KRW1,000=RM3.48. So jumlah fee pada masa post ini ditulis ialah RM 25,132.00. Menurut UniKL, untuk Puteri Uncle Chai nanti, Kyung Hee University akan mengeluarkan invoice pada awal November dan pembayaran perlu dibuat sebelum 15 November 2016

    Ok tentang fee Uncle Chai dah terangkan. Sekarang Uncle Chai nak terangkan tentang scholarship yang guaranteed untuk mereka yang score Level 5 & 6

    International Students Scholarship yang diberikan adalah semester by semester. Bukan dari tahun pertama hingga tahun akhir. Cara pemberian scholarship seperti ini amat bagus pada pandangan Uncle Chai. Kalau pelajar nak terus dapat scholarship mereka kena belajar dan score setiap semester. Lagi baik keputusan lagi tinggi scholarship yang diberikan. Lagi teruk keputusan lagi rendah scholarship yang akan dapat. Kalau teruk sangat keputusan, langsung  tak dapat scholarship! Baguskan cara begitu? So students tak akan main2 dan enjoy. Mereka kena dapatkan good result setiap semester

    Kyung Hee University


    Itu perbezaan pertama scholarship mereka. Perbezaan kedua – scholarship yang mereka berikan bukan dalam bentuk cash. Jangan ingat korang boleh enjoy. Scholarship mereka adalah dalam bentuk pengurangan atau subsidi yuran pengajian. Berapa banyak pengurangan atau subsidi yang diberikan bergantung kepada university yang korang belajar. Uncle Chai berikan beberapa contoh…

    1. Hanyang University, Seoul – 30% pengurangan yuran jika mencapai level 5 atau 6 dalam TOPIK;
    2. Dangkook University – 35% pengurangan yuran + dormitory untuk 1 semester jika mencapai Level 4 & 5. 55% pengurangan yuran + dormitory untuk 4 tahun jika mendapat Level 6
    3. Kangwoon National University – 60% pengurangan yuran untuk 1 semester untuk Level 4. 100% pengurangan yuran untuk 1 semester jika mendapat Level 5 & 6
    4. Konkuk University, Seoul – 30% pengurangan yuran satu semester untuk TOPIK Level 3. 50% jika mendapat Level 4 & 5 dan 70% untuk Level 6

    So itulah contoh scholarship yang diberikan. Lain university lain jumlah pengurangan yang diberikan. In other words, pelajar masih kena fork out duit sendiri untuk belajar di sana kecuali korang boleh dapatkan tajaan atau scholarship sendiri dari Malaysia masa buat degree di sana.  Otherwise kena pakai FaMa punya scholarship la. Father Mother…..hehe. 

    Rasanya cukup detail apa yang Uncle Chai post tentang K-LIP ni. Semuanya berdasarkan pengalaman yang Uncle Chai sendiri. Sekarang kalau korang nak sambung pengajian ke Korea dengan cepat, K-LIP adalah pilihan terbaik tetapi kosnya agak tinggi. 

    Untuk pertanyaan lanjut hubungi UniKL atau layari laman web mereka. Jika korang ada sebarang pertanyaan untuk Uncle Chai jawab, jangan segan jangan silu untuk bertanya. Apa yang Uncle Chai tau Uncle Chai jawab. Untuk tau susah atau senang program K-LIP ni, boleh ikuti blog Uncle Chai ni untuk mengikuti perkembangan pembelajaran dan persediaan Puteri Uncle Chai ke Korea.

    Wassalam…. 

     
    48 Comments

    Posted by on June 9, 2016 in Daughter, General Knowledge

     

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Lawan Tetap Lawan


    Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur

    Dalam Negeri Wilayah Persekutuan

    Guaman Sivil No.: 21NCVC-15-04/2014

    PLAINTIF :

    ZAINUDIN BIN ZAKARIA dan 81 YANG LAIN

    DEFENDEN :

    MASS RAPID TRANSIT CORPORATIONS SDN BHD…..DEFENDEN PERTAMA

    SURHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SPAD)…..DEFENDEN KETIGA

    ILMU PANDUAN HIDUP SDN BHD…..DEFENDEN KE EMPAT

    Hari ini adalah hari perbicaraan penuh kes peniaga2 Uptown Kota Damansara seramai 81 orang melawan IlmuPanduan Hidup Sdn Bhd selaku defenden ke empat. Peniaga2 Uptown Kota Damansara seramai 81 orang diwakili oleh Tetuan A M Zaharil & Co. 

    Kes ini telah berlanjutan lebih 2 tahun lamanya. Sedikit ringkasan tentang kes ini ialah, peniaga2 Uptown Kota Damansara telah diarahkan keluar dari tapak perniagaan untuk memberi laluan kepada jajaran projek MRT.

    Peniaga2 juga diberikan pampasan Loss of Business selama 8 bulan iaitu tempoh yang diberikan kepada peniaga untuk mengosongkan tapak perniagaan with the understanding yang peniaga2 akan dibenarkan masuk kembali ke Uptown Kota Damansara selepas 8 bulan.

    Peniaga2 telah mengosongkan kesemua tapak2 perniagaan bermula 15 April 2013 sehingga 15 December 2013. Malangnya selepas 15 December 2013 hingga ke hari ini peniaga2 masih tidak disediakan tapak untuk memulakan kembali perniagaan yang terhenti selama 8 bulan. Akibatnya peniaga semua kehilangan sumber pendapatan sehingga sekarang iaitu selama 26 bulan.

    Pada mulanya peniaga telah menfailkan saman dan menuntut ganti rugi atau loss of income serta tapak baharu yang dijanjikan terhadap 4 defendan seperti diatas termasuk Kementerian Kewangan. Hakim telah mengetepikan Kementerian Kewangan daripada saman pemula, jadi akhirnya tuntutan peniaga  hanya kepada TIGA defenden sahaja.

    Malangnya saman peniaga telah ditolak oleh mahkamah diperingkat hearing pertama pada 2014. Seterusnya peniaga2 membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan Alhamdulillah rayuan diterima. Cuma kali ini tuntutan hanya boleh dibuat ke atas Ilmu Panduan Hidup sahaja. Fair enough. 

    Akhirnya selepas tempoh panjang selama dua tahun barulah peniaga2 berpeluang mendapat full hearing hari ini. Perbicaraan dijalankan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dato Wan Ahmad Farid Bin Wan Salleh.


    Perbicaraan yang bermula jam 9:00 pagi dengan hujahan peguam defenden untuk cuba strike out tuntutan peniaga. Permintaan defenden ditolak dan perbicaraan dijalankan jam 11:00 pagi. Hampir kesemua 81 plaintif hadir menyebabkan kesesakan dalam mahkamah. Ramai yang tidak dapat tempat duduk.

    Uncle Chai ditemani isteri tercinta bersama rakan plaintif iaitu Ustaz, pemilik rangkaian kedai accessories handpohone USTAZ yang terkenal

    Saksi pertama yang  kemukakan adalah Tuan Haji Roslan, Pentadbir Tanah Petaling yang mengendalikan kes pengeluaranpeniaga di tahun 2013 dahulu.

    Hebat juga peguam defenden menggoreng Tuan Haji Roslan di kandang saksi. Orang berpangkat dan biasa deal dengan pelbagai golongan orang ramai, besar dan kecil juga goyang dibuatnya. Peguam defenden banyak mempersoalkan tentang kesahihan tempoh 8 bulan di samping mempertikaikan tentang status tanah Uptown Kota Damansara semasa peniaga2 dikeluarkan.

    Rakan2 plaintif yang lain

    Sememangnya status dan pemilikan tanah agak complicated semasa arahan pengeluaran dan bayaran pampasan dibuat. Uncle Chai tak boleh terangkandi sini kerana ia mungkin mengganggu perjalanan perbicaraan. Takut Sub judice pulak…..

    Masing2 tenang mengikuti perbicaraan

    Sepanjang sessi pagi mahkamah hanya sempat menyoal dua orang saksi sahaja. Semasa perbicaraan berhenti rehat lunch hour, Uncle Chai dan isteri tercinta terlalu letih di bulan puasa ini, kami mengambil keputusan untuk tidak mengikuti perbicaraan di sebelah petang. So kami tak tau perkembangan seterusnya.

    Perbicaraan akan disambung esok dengan memanggil beberapa lagi saksi plaintif yang merupakan peniaga2 yang teraniaya dan hilang punca pendapatan. Mengikut perancangan 15 orang kesemuanya. Selain itu pihak defenden pula akan mengemukakan saksi2 mereka.

    Semoga kemenangan akan berpihak kepada yang benar dan teraniaya. Aameen….

     
    Leave a comment

    Posted by on June 8, 2016 in Business

     

    Tags: , , , , , , , , ,