RSS

Category Archives: Cerita ku

Blogging to Vlogging

Blogging to Vlogging

Assalamualaikum semua. 

Uncle Chai kurang update blog ini lately. Banyak sebabnya. Antaranya kerana kesuntukan masa dan Uncle Chai lebih aktif vlogging sekarang. 

Apa itu vlogging? Mungkin vlogging ini masih baru untuk kita rakyat Malaysia tapi vlogging adalah sesuatu yang telah lama meletup di Amerika dan Eropah. 

Vlogging adalah blog dalam bentuk video. Tak perlu menulis, hanya rakamkan sahaja cerita yang hendak kita kongsikan. Ramai yang melakukan daily vlogging. Mereka menceritakan apa yang mereka lakukan setiap hari. 

Uncle Chai tidaklah sampai buat daily vlogging kerana ia mengambil masa yang banyak. Untuk shoot video memang tak makan masa. Just shoot sahaja apa yang kita buat. Tetapi untuk proses editing dan membuatkan VLOG kita menarik selain pilihan lagu yang sesuai juga mengambil masa. Secara purata untuk proses editing video mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk editing yang biasa2. Kalau Nak lebih menarik dan profesional akan mengambil masa yang lebih panjang. 

Uncle Chai hanya akan VLOG bila ada sesuatu yang menarik yang hendak Uncle kongsikan. Contoh seperti kepulangan puteri Uncle Chai dari Korea bercuti untuk seminggu. Boleh tengok VLOG tersebut di link ini Daughter Back For Holiday

Why not you all subscribe ke YouTube channel Uncle Chai dengan klik pada link ini Uncle Chai TV

Okay, thats it for this entry. Jumpa lagi di entri2 lain… 

 
Leave a comment

Posted by on May 1, 2017 in Cerita ku, Family, Myself, Vlog

 

Tags: , , , ,

Majlis Berbuka Puasa

Hari ini bertempat di Fai & Ruz Kitchen, Kota Damansara kami menjadi tuan rumah kepada Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar2 Maahad Tahfiz Siti Khadijah Anak2 Yatim Puteri Seksyen 7 Kota Damansara. 

Majlis ini dibuat oleh seorang penderma yang tidak mahu dikenali dan dianjurkan oleh Komuniti MatchParty JDT. 

Seramai 24 pelajar, 21 puteri dan 3 putera datang berbuka puasa ditemani oleh 2 orang Ustaz dan seorang Ustazah. Walaupun Maahad Tahfiz tersebut mempunyai 29 pelajar tahfiz puteri dari golongan anak2 yatim, hanya 21 orang yang dapat hadir. Pelajar putera seramai 3 orang pula kebetulan mempunyai program hafazan di Masjid Kota Damansara jadi mereka dibawa ke sini sebelum pulang ke Pusat Tahfiz mereka di Klang. 

Majlis dimulakan dengan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Abdul Rashid Abdul Aziz AlHafiz, salah seorang Ustaz yang mengiringi pelajar2 tersebut. 

Kemudian tetamu dihidangkan dengan juadah ringan tamar serta kuih muih untuk membatalkan puasa sebelum solat berjemaah Maghrib yang diimamkan oleh seorang pelajar putera. 


Seterusnya mereka dihidangkan Nasi Ambeng sebagai menu utama. Nasi Ambeng disediakan di dalam dulang dan dimakan 4 orang satu dulang. Ini adalah pengalaman yang menarik untuk mereka kerana majority mereka tidak pernah makan Nasi Ambeng sebelum ini. 

Untuk yang tak tahu, Nasi Ambeng adalah makanan tradisi orang Jawa. Antara lauk yang terdapat di dalam hidangan Nasi Ambeng ini ialah Ayam Masak Kicap, Serunding, Sambal Goreng, Mee Goreng dan Ikan masin. 


Selesai menjamu selera, anak2 yatim tersebut diberikan sedekah dalam bentuk and duit raya oleh dermawan2 yang bermurah hati memberikan sumbangan. 


Uncle Chai pula mewakili sebuah organisasi yang mewakafkan Al-Quran kepada pusat tahfiz ini. Sebagai simbolik Uncle Chai menyerahkan dua naskah Al-Quran mewakili 30 buah kesemuanya. 

Selesai acara anak2 yatim Puteri ini diberikan kebebasan oleh Ustaz Khisyairi, pengasas pusat tahfiz untuk ronda2 dan shopping di Uptown sebelum pulang. Menurut Ustaz Khusyairi inilah julung kali pelajar2 tersebut diberi peluang untuk bebas berjalan dan shopping kerana mereka sebenarnya tidak dibenarkan keluar dari Pusat Tahfiz mereka. 


Sebelum pulang, Uncle Chai dan isteri sempat mengabdikan kenangan bersama Ustaz Khusyairi dan Ustaz Abdul Rashid AlHafiz. 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Terima kasih diucapkan kepada Maahad Tahfiz Siti Khadijah, Ustaz Khusyairi, Ustaz Abdul Rashid, para dermawan yang menaja majlis ini serta menyumbangkan duit raya, Komuniti MatchParty JDT dan Restaurant Fai & Ruz Kitchen. 

Semoga kita semua mendapat barokah atas usaha kita untuk majlis ini. Jika ada rezeki dan umur, InsyaAllah ianya akan dijadikan acara tahunan. Amin…


 
Leave a comment

Posted by on June 22, 2016 in Agama, Cerita ku

 

Tags: , , , , , , , , , , ,

Goodbye Unifi Welcome Maxis Fibre

Hari ini seperti dijanjikan oleh Maxis, technician mereka akan datang untuk membuat installation wifi mereka jam 9:30 pagi.

IMG_4179.JPG

Uncle Chai membuat keputusan untuk berhijrah daripada Unifi ke Maxis kerana sudah fed up gila dan marah dengan TM.

Lately TM selalu potong wifi Uncle Chai hanya kerana ada bill outstanding cuma sebulan sahaja. Uncle Chai memang biasanya ada outstanding sebulan atau dua tetapi tak pernah pulak kena potong. Tiba-tiba TM jadi strict pulak. Bila keluar bill baru kalau bill bulan lepas belum bayar, dia orang potong…!

Dua bulan berturut-turut wifi Uncle Chai kena potong hanya disebabkan ada outstanding sebulan kemudian mereka charge RM10 untuk reconnection, Uncle Chai pun jadi marah! Uncle Chai pernah sound customer service TM. Mereka hard up sangat ke nak untung dengan reconnection fee tu? Dah tak ada duit sangat ke TM?

Beberapa minggu lalu, orang Maxis call Uncle Chai dan offer their services. Seperti orang mengantuk disorong bantal bila Uncle Chai dapat call daripada mereka. Walaupun sebelum ni dia orang ada call dan offer siap dgn IPTV sekali tapi Uncle Chai not interested. Kali ni memang dia orang lucky.

Offer mereka pun menarik. RM 148 untuk 10Mbps. Kurang RM 1 dan double the speed daripada Unifi. Tak banyak tanya Uncle Chai terus setuju.

Hari ini masa yang ditunggu pun tiba. Uncle Chai set reminder pada Handphone Uncle Chai untuk pemasangan ini. Habis reminder di Handphone Uncle Chai berbunyi, Handphone Uncle Chai pun berdering. Technician Maxis telah pun berada di depan rumah. Wow…..! Very impressive. On the dot!. Hebat!

Perkhidmatan Unifi Uncle Chai pun telah disconnected beberapa hari lepas. Memang cantik timing. Pergi mamposlah TM nak disconnect. Ada aku kesah…..!

IMG_4689.JPG

Maxis Technician configuring their service

Mereka menggunakan modem dan infra Unifi yang sedia ada. Mereka hanya menukar router sahaja. Wiring Unifi digunakan balik. Disebabkan menggunakan infra Unifi, kolaborasi dengan technician TM.

IMG_4697.JPG

Collaboration between TM & Maxis

 

IMG_4695.JPG

TM Technician assisting Maxis Technician

The only downside Uncle Chai kena pergi ke TM Point untuk terminate service Unifi. Ini ada leceh sikit. Nak ke TM Point, ambil nombor, tunggu giliran akan membuang masa Uncle Chai. Tak apalah. Bila-bila free Uncle Chai pergi ke TM Point.

Yang penting hati puas. Padan muka kau Unifi and TM. Nak sangat untung dengan reconnection fee akhirnya hilang satu subscriber. ADIOS AMIGOS…..!!!

 
17 Comments

Posted by on August 12, 2014 in Cerita ku, Uncategorized

 

Tags: , , , , ,

Raya 2014 – Raya kedua

Hari ni Uncle Chai dan keluarga bersama2 bonda dan adik beradik yang lain akan ke kampung halaman kami di Muar, Johor. Kami tidak bergerak secara konvoi. Masing2 bergerak mengikut kelapangan masa masing2.

Uncle Chai sekeluarga bertolak dari KL jam 3 ptg. Kami alas perut dahulu di restoran berhampiran rumah Uncle Chai.

Perjalanan ke Selatan agak terganggu dengan bilangan kenderaan yang banyak di Lebuhraya Utara-Selatan. Kesesakan pertama bermula di Nilai hingga ke Seremban. Kemudian menghampiri Alor Gajah. Tetapi tidaklah teruk sangat. Selepas Alor Gajah perjalanan smooth.

Kami tiba di Muar jam 6:30 ptg dan kami terus menuju ke Tanah Perkuburan Islam Batu 6 untuk menziarahi pusara ayahanda Uncle Chai. Beliau meninggal dunia pada tahun 2006.

20140731-013313-5593253.jpg

Menghadiahkan pahala bacaan Yaasiin untuk Almarhum Ayahanda tercinta

20140731-013315-5595204.jpg

Batu Nisan yang mencatatkan masa dan tarikh kembalinya ke rahmatullah

20140731-013313-5593874.jpg

Isteri dan puteri Uncle Chai turut sama menghadiahkan pahala bacaan ayat-ayat suci

Masih ramai lagi orang yang menziarahi pusara tetapi tidaklah seramai seperti hari raya pertama. Kebiasaannya kawasan Perkuburan ini akan sesak dengan kenderaan dan orang ramai pada raya pertama. Tanah Perkuburan ini seperti tapak pesta pada raya pertama.

Uncle Chai teringat khutbah hari raya semalam. Khatib mengatakan menziarahi kubur pada hari raya bukanlah amalan yang dituntut oleh agama. Hari raya disunatkan kita untuk bergembira dan pergi ziarah menziarahi kaum keluarga dan rakan taulan untuk bergembira. Bukan menziarahi kubur dan bersedih. Wallahua’lam….

Selesai menziarahi dan membacakan Yaasiin untuk roh almarhum ayahanda, kami bergerak ke homestay yang kami sewa. Ia terletak berhadapan tanah Perkuburan tadi. Kenapa kami tidak tidur di rumah kami? Kerana rumah itu telah ditinggalkan terlalu lama dan tidak sempat dibersihkan sebelum raya. So ianya agak berhabuk. So kami adik beradik sepakat untuk menyewa sebuah rumah.

Homestay yang disewa agak besar dan baru. Mempunyai 6 bilik dan agak selesa. Sewanya hanya RM350 untuk satu malam. Kira worth la.

20140731-012531-5131139.jpg

Homestay yang kami sewa

20140731-012530-5130482.jpg

Mempunyai halaman depan yang luas. Sesuai untuk keluarga besar yang punyai banyak kenderaan

Keluarga kakak pertama Uncle Chai yang pertama tiba dulu, diikuti keluarga Uncle Chai, keluarga adik Uncle Chai dan akhir sekali keluarga kakak kedua Uncle Chai bersama bonda. Keluarga abang Uncle Chai tidur di rumah mertuanya di Serkam, Melaka. Actually Uncle Chai pun tak join mereka sebab Uncle Chai akan meneruskan perjalanan ke rumah mertua di Batu Pahat selepas dinner nanti.

20140731-013004-5404222.jpg

Bilik air di dalam master bedroom

20140731-013004-5404819.jpg

Kitchen yang agak luas

20140731-013005-5405670.jpg

Kami bersantai di hall Utama yang luas equipped with two units of air conditioner

20140731-013002-5402825.jpg

Master bedroom yang besar dimuatkan dengan 2 queen size bed dan 1 single bed. Sesuai untuk 5 orang dan lebih

Perancangan aktiviti malam adalah makan malam keluarga di Medan Ikan Bakar Sabak Awor sambil menyambut hari ulangtahun adik ipar Uncle Chai yang menetap di Perth. Tetapi kami terpaksa mengubah perancangan asal bila dijemput ke rumah jiran lama kami. Kami tidak pasti apa occasion jemputan itu kerana jemputan disampaikan melalui jiran lain.

Jam 8:30 kami bertolak ke rumah jiran yang menjemput kami tadi. Ia terletak di Parit Keroma. Mereka telah berpindah ke sini beberapa tahun lalu. Mereka adalah jiran sebelah kanan rumah kami. Berpuluh tahun lamanya kami hidup berjiran. Uncle Chai membesar bersama anak2 mereka. Hingga sekarang kami masih keep in touch lagi. Dah sepertia saudara.

Rupanya occasion jemputan adalah untuk majlis tahil. Pak Zakaria, jiran Uncle Chai meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. So anak2 beliau mengadakan kenduri dan Tahlil. Hanya keluarga Uncle Chai, keluarga adik dan kakak kedua bersama bonda Uncle Chai yang sampai ke majlis ni. Keluarga kakak pertama Uncle Chai tak sampai kerana mereka tak jumpa jalan.

Actually Uncle Chai sendiri tersesat bila nak ke sini tadi. Mula2 tersilap jalan kemudian terlepas rumah mereka. Memalukan. Orang Muar boleh tersesat di Muar.

Selesai bacaan Yaasiin kami meminta diri kerana kami mengejar masa untuk family dinner yang dirancangkan di Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Dalam perjalanan ke sana, kami diberitahu oleh anak saudara yang Uncle Chai tugaskan pergi ke sana dahulu untuk booking tempat yang Medan Ikan Bakar tersebut masih belum memulakan perniagaan. Masih ditutup.

So kami terpaksa mengubah tempat. Dah lama tak balik Muar Uncle Chai pun tak tau Kedai mana yang nak dituju malam2 raya ni. Uncle Chai pernah terbaca post2 kawan2 didalam FB tentang satu restoran yang bernama Soup House. Uncle Chai assume Kedai itu menjalankan perniagaan pada hari raya ini kerana ianya kedai mamak. So kami pun bergerak ke sana.

Dalam perjalanan ke sana, melalui Jalan Abdullah, Uncle Chai ternampak sebuah restoran Cina yang kami biasa makan sejak kecil masih buka walaupun jam sudah menunjukan pukul 10 malam. Uncle Chai pun berhenti dan bertanya samada mereka masih menerima pelanggan. Kami bernasib baik kerana mereka mahu menerima group kami sebagai pelanggan terakhir. So kami pun lepak di sini…

20140731-015515-6915193.jpg

20140731-015517-6917124.jpg

20140731-015518-6918058.jpg

20140731-015517-6917336.jpg

20140731-015515-6915869.jpg

20140731-015516-6916482.jpg

Untuk memudahkan kerja mereka dan agar kami mendapat makanan dengan cepat kami pesan makanan yang sama. 19 plates Chicken Chop, dua hidang Nasi Goreng dan 20 gelas Fresh Orange.

Tapi sangkaan kami meleset. Mereka mengambil masa yang agak lama juga untuk menyediakan pesanan kami. Lebih setengah jam lamanya kami terpaksa tunggu. So kami berbual2, bergambar, berselfie dan layari laman2 sosial sambil menunggu.

20140731-020027-7227210.jpg

Masing2 sibuk dengan gadget

20140731-020027-7227016.jpg

Selfie time…..

20140731-020026-7226814.jpg

Kami selesai dinner jam 12 tengah malam. Seterusnya kami kembali ke homestay untuk menyambut ulangtahun adik ipar Uncle Chai. Kami tak menyambutnya semasa dinner memandangkan restoran itu hendak closing.

20140731-030905-11345006.jpg

It’s a simple celebration jer. Just nyanyian birthday song, tiup lilin dan potong kek.

20140731-031026-11426930.jpg

20140731-031026-11426581.jpg

20140731-031026-11426767.jpg

20140731-031027-11427093.jpg

Selesai upacara simple tersebut tibalah masa untuk pembahagian Ang pow atau duit raya. Tahun ini agak kelam kabut dan tidak mengikut tradisi sedikit sambutan hari raya kami. Biasanya acara ini dijalankan pada Hari Raya pertama bermula dengan sessi bermaaf-maafan.

Memandangkan hari ini hari terakhir kami berkumpul, ditambah pula dah larut malam dan semuanya kepenatan, kami just bagi2 saja duit raya. Tiada sessi bermaaf-maafan.

Tahun ini walau ada kekurangan penerima Ang pow kerana ramai anak2 saudara Uncle Chai yang berada diluar negara dan yang sudah mula bekerja tapi ada pertambahan 3 orang ahli keluarga. Pertambahan 3 orang cucu saudara untuk Uncle Chai.

20140731-032022-12022281.jpg

Kakak pertama (kiri) bersama dua cucunya manakala kakak kedua bersama Cucu pertama

Selesai acara pembahagian Ang pow, Uncle Chai dan keluarga meneruskan perjalanan kami ke kampung isteri Uncle Chai. Kami tiba di Pt. Ismail, Batu Pahat hampir jam 2 pagi. Rumah mertua Uncle Chai dah gelap. Semuanya dah tidur. Adik beradik isteri Uncle Chai ramai lelaki. Bias my mereka kalau bersembang sampai pagi. Tapi kali ni nampaknya mereka tidur awal.

Selesai sambutan Hari Raya kedua kami. Kepada adik ipar Uncle Chai, Mazlee Dato Junid, kami ucapkan Happy Birthday. Kepada adik beradik dan anak2 saudara Uncle Chai, terima kasih atas pemberian Ang pow kepada puteri Uncle Chai yang agak lumayan pada tahun ini berbanding tahun2 sebelumnya.

SELAMAT HARI RAYA

 
Leave a comment

Posted by on July 31, 2014 in Cerita ku

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Raya 2014 – Raya Pertama

Untuk pertama kali dalam sejarah, tahun ini Uncle Chai menyambut Hari Raya di kota. Yes tahun ini Uncle Chai tidak pulang ke kampung halaman di Muar, Johor kerana kesemua adik beradik dan juga bonda Uncle Chai menetap di Lembah Klang. On top of that adik perempuan Uncle Chai yang menetap di Perth, Australia juga pulang untuk pertama kali berhari raya di sini.

Ini bukan pertama kali adik beradik serta bonda Uncle Chai menyambut raya di kota. Tahun lepas juga mereka menyambutnya di kota tetapi Uncle Chai tak bersama mereka kerana tahun lepas adalah giliran menyambut raya di rumah mertua di Batu Pahat, Johor.

Sejak berkahwin 17 tahun yang lalu, Uncle Chai mengamalkan sistem penggiliran menyambut raya. Setahun di Muar, kampung Uncle Chai dan tahun berikutnya di Batu Pahat, kampung isteri tercinta Uncle Chai.

Actually Uncle Chai not very keen untuk sambut raya di kota. Pada mulanya Uncle Chai fikir nak skip amalan penggiliran. Sambut raya di Batu Pahat sahaja kerana pada Uncle Chai tiada kemeriahan menyambut raya di Kota ni tapi adik perempuan Uncle Chai yang minta Uncle Chai bersama keluarga di kota kerana dia akan pulang ke tanahair untuk menyambut raya. So Uncle Chai mengalah. Lagi pun bukan setiap tahun dia dapat balik menyambut raya di sini.

Subuh raya Uncle Chai pergi menunaikan Solat subuh berjemaah di masjid Kota Damansara.

Jam 8 pagi Uncle Chai bersama isteri dan puteri bertolak ke masjid yang terletak hanya beberapa kilometer dari rumah kami. Uncle Chai tersangat happy tahun ini kerana impian Uncle Chai untuk pergi menunaikan ibadah Solat sunat Idul Fitri sekeluarga akhirnya tercapai. Inilah kali pertama mereka menunaikan Solat sunat ini. Selama ini Uncle Chai hanya pergi berseorangan atau bersama ahli keluarga lelaki sahaja.

20140729-043457-16497075.jpg

Kami menunaikan solat sunat Idul Fitri bersama

Bila sampai di masjid perkara pertama yang Uncle Chai cari ialah Amil Fitrah. Kerana kesibukan perniagaan Uncle Chai terlupa yang Uncle Chai belum membuat bayaran Fitrah lagi. Panic Uncle Chai bila masuk ke masjid, meja yang dikhaskan untuk amil telah tiada untuk menampung jemaah Solat sunat Idul Fitri. Puas Uncle Chai mencari dan menjengah ke dalam masjid namun tiada kelihatan amil.

Uncle Chai mula bingung. Mustahil kaunter bayaran Fitrah telah ditutup kerana waktu yang paling afdal untuk membayar Fitrah adalah di pagi raya sebelum Solat sunat.

Uncle Chai mula terfikir untuk meletakan wang yang sepatutnya dibayar Fitrah itu ke dalam salah satu tabung derma yang banyak di masjid. Uncle Chai membelek tabung2 yang melebihi 6 buah yang kesemuanya untuk tujuan yang berlainan. Uncle Chai mencari tabung yang paling hampir tujuannya yang sama seperti asnaf penerima Fitrah.

Dalam Uncle Chai sibuk membelek label tabung2 yang ada itu, Uncle Chai terpandang kaunter bayaran Fitrah yang diletakan di luar masjid berhampiran tangga. Tuhan sahaja yang tahu betapa lega hati Uncle Chai bila ternampak kaunter tersebut. Tanpa memakai kasut, Uncle Chai terus pergi ke kaunter untuk membuat bayaran. Seperti terlepas satu bebanan bila bayaran telah dibuat. Memang Uncle Chai benar2 takut jika tak dapat membuat bayaran Fitrah.

20140729-045025-17425880.jpg

Resit bayaran zakat fitrah

Kemudian Uncle Chai masuk semula ke dalam masjid untuk mencari tempat ditengah2 jemaah yang memenuhi ruang Solat. Pada mulanya Uncle Chai hanya duduk di kawasan verandah sahaja. Ruang Utama dalam masjid nampak seperti sudah penuh.

Sebelum memulakan Solat sunat Idul Fitri, bilal membuat beberapa pengumuman. Salah satunya beliau mengumumkan nama khatib yang akan membaca khutbah selepas Solat nanti. Ustaz Nazmi Karim yang akan menyampaikan khutbah nanti. Wah…best ni. Uncle Chai suka cara penyampaian Ustaz Nazmi ni. Dia jenis sempoi dan bersahaja. Bahasa yang digunakan juga Bahasa pasar. Uncle Chai mesti masuk ruang Utama Solat ni. Sebaik bilal selawat untuk memulakan Solat, Uncle Chai terus meluru ke dalam ruang Utama Solat. Alhamdulillah Uncle Chai berjaya mendapat tempat untuk Solat. Memang sudah rezeki…

20140729-050753-18473948.jpg

Ustaz Nazmi Karim

Antara isi kandungan khutbah yang disampaikan adalah mengenai kelebihan2 yang Allah berikan kepada kita umat Nabi Muhammad berbanding umat2 terdahulu. Beliau menceritakan dialog antara Nabi Musa as dengan Allah SWT tentang kelebihan2 satu umat yang baginda baca di dalam Taurat. Rupanya semua kelebihan2 yang Nabi Musa as baca di dalam Taurat itu adalah untuk umat Nabi Muhammad SAW sehingga timbul perasaan cemburu Nabi Musa as terhadap umat Nabi Muhammad SAW dan baginda mahu menjadi umat Nabi Muhammad SAW.

Begitu sekali kelebihan yang Allah berikan kepada kita tetapi adakah kita sedar yang Allah memberikan kita kelebihan2 tersebut yang antaranya:

  • Terawal dihisab dan memasuki syurga
  • Boleh menerima syafaat
  • Dibolehkan menghafaz Al-Quran
  • Dapat membunuh Dajjal
  • Dapat berjuang fisbilillah dan syahid

Itu antara kelebihan yang Allah berikan yang Uncle Chai boleh recall. Adakah kita menghargai kelebihan2 yang Allah berikan kita…?

Usai Solat sunat kami pulang ke rumah untuk berehat seketika sebelum pergi ke rumah kakak Uncle Chai di Denai Alam. Untuk makan pagi raya ni kami buat cara pot luck. Isteri Uncle Chai memasak ayam masak merah.

Sebelum keluar, kami sekeluarga bermaafan sesama kami. Sekejap je kami bermaafan. Maklumlah keluarga kecil. Just bertiga sahaja.

20140729-064340-24220771.jpg

Isteri tercinta memohon keampunan…

20140729-064340-24220140.jpg

Puteri Uncle Chai memohon kemaafan daripada bondanya

20140729-064339-24219484.jpg

Last but not least puteri kesayangan Uncle Chai memohon keampunan. Of course you are forgiven my love….

Jam 11 pagi kami sampai di Denai Alam. Hanya keluarga kakak kedua Uncle Chai yang dah sampai. Adik, bonda dan abang sulung Uncle Chai belum sampai.

Di atas meja telah terhidang makanan2 raya. Ada Laksa Johor dan sudah tentu ada makanan wajib hari raya iaitu ketupat dengan rendang, lodeh, sambal kacang, sambal goreng, serunding dan ada atas permintaan kakak kedua, ketupat palas. Kerana kelaparan, Uncle Chai tidak menunggu hingga cukup korum untuk makan. Uncle Chai belasah dulu….

20140729-062855-23335040.jpg

Juadah pagi Hari Raya

Tak lama lepas tu barulah bonda Uncle Chai tiba bersama adik Uncle Chai yang dari Perth bersama keluarganya. Akhir sekali abang Uncle Chai tiba bersama keluarganya. Maka cukuplah korum adik beradik Uncle Chai.

Antara yang tak dapat bersama kami tahun ini ialah 4 orang anak saudara Uncle Chai. Seorang bekerja di Mekah manakala adiknya sedang menuntut di Scotland. Seorang anak saudara bekerja dengan syarikat perkapalan sementara adiknya sedang menuntut di Yemen.

Kami just lepak2, sembang2 je. Lebih menarik tahun ini anggota keluarga kami bertambah. Uncle Chai mendapat 3 orang cucu saudara. 2 perempuan dan seorang lelaki penghujung tahun lepas dan awal tahun ini.

20140729-063628-23788478.jpg

Bersama seorang daripada 3 Cucu saudara Uncle Chai

Selain lepak2, sembang2 tak sah kalau tak snap snap. Dok amik gambar je la especially anak2 buah Uncle Chai.

20140731-042006-15606047.jpg

20140731-042007-15607358.jpg

20140731-042006-15606749.jpg

20140731-042008-15608030.jpg

Bersama dua anak saudara

20140731-042008-15608388.jpg

20140731-042008-15608744.jpg

Anak-anak saudara

20140731-042009-15609272.jpg

Lepak tengok TV je…

20140731-042009-15609100.jpg

Gaya bebas….

Sebelah petang baru kami mula acara ziarah kami. Kami mulakan dengan menziarahi rumah ibu mertua adik Uncle Chai di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Ramai sungguh sanak saudara serta rakan taulan yang mengunjungi rumah mereka. Non stop. Sentiasa penuh rumah dia. Untuk makan terpaksa tunggu giliran dan rombongan2 lain makan baru boleh makan.

20140731-042619-15979293.jpg

Di rumah Mertua adik Uncle Chai di Istana Bukit Kayangan Shah Alam

Selepas itu kami mengunjungi sepupu almarhum ayahanda Uncle Chai di Ara Damansara. Kebetulan ketika kami sampai, abang kepada sepupu ayahanda Uncle Chai pun ada di sana so we kill 2 birds with 1 stone. Dah tak perlu menziarahi rumahnya di Putrajaya. Kami sempat menunaikan Solat maghrib di sana.

20140731-042919-16159380.jpg

Rumah kedua. Sepupu Almarhum ayahanda

Selepas Isya’ selesailah acara hari raya pertama kami. Dari sini kami pulang ke rumah masing2. Sebelum sampai ke rumah Uncle Chai singgah di sebuah gerai tepi Jalan berhampiran rumah kami untuk makan malam. Tak banyak Kedai yang menjalankan perniagaan hari ini. Even Mamak pun tutup hari ini.

Setelah seharian di luar, jam 11 malam kami melabuhkan tubuh di atas katil untuk merehatkan diri yang kepenatan. Esok kami akan pulang ke kampung halaman Uncle Chai di Muar.

Seperti yang Uncle Chai jangka memang tiada kemeriahan sangat menyambut Hari Raya di Kota ni……

 
Leave a comment

Posted by on July 29, 2014 in Cerita ku

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,