RSS

Category Archives: Kesihatan

11 Foods You Shouldn’t Refrigerate

1. TOMATOES
20140609-072536-26736661.jpg

2. MELONS
20140609-072612-26772157.jpg

3. POTATOES
20140609-072703-26823799.jpg

4. ONIONS
20140609-072748-26868514.jpg

5. COFFEE
20140609-072828-26908438.jpg

6. GARLIC
20140609-072923-26963053.jpg

7. ALCOHOL
20140609-073000-27000937.jpg

8. HONEY
20140609-073104-27064928.jpg

9. HOT SAUCE
20140609-073149-27109477.jpg

10. BREAD
20140609-073244-27164794.jpg

11. BASIL
20140609-073324-27204025.jpg

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 9, 2014 in General Knowledge, Kesihatan

 

Tags: , , , , , , , , , , ,

Melawat Ipar Kemalangan

Semalam Uncle Chai sekeluarga pulang ke kampung isteri Uncle Chai di Batu Pahat untuk melawat adik isteri Uncle Chai yang kemalangan kira2 3 minggu lalu. Adik ipar Uncle Chai dirempuh motorsikal lain ketika dia keluar dari simpang. Keadaannya agak parah kerana mengalami kecederaan teruk di kepala.

20140207-133455.jpg

Penunggang yg merempuh adik ipar Uncle Chai hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Menurut cerita, adik ipar Uncle Chai tidak mengenakan topi keledarnya dengan betul dan topi keledarnya tercampak akibat rempuhan tersebut yang mangakibatkan dia mengalami kecederaan kepala yg parah.

20140207-133505.jpg

Berlaku pendarahan pada otaknya dan dia dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada malam itu juga untuk menjalani pembedahan. Kebetulan anak ipar Uncle Chai itu bekerja dengan Uncle Chai sementara menunggu keputusan SPM so isteri Uncle Chai terpaksa bergegas balik ke kampung pada hari itu juga.

Uncle Chai hanya sempat melawat beliau 2 minggu lepas di HSA JB. Uncle Chai buat 1/2 day trip ke JB. Ambil 1st flight dari LCCT jam 8:45 pagi dan tiba di Senai jam 9:30. Pulang ke KL dgn flight jam 12:30. Berebut2 juga Uncle Chai mengejar masa dari airport ke hospital dan kembali ke airport. Lucky masa tu ada kawan yg terpaksa menunggu dan mengambil Uncle Chai daripada airpot. Nasib baik juga masa tu Trafik ke hospital dan airport tak sesak.

Pagi ini kami bergerak ke kampung jam 10 am. Isteri Uncle Chai yg drive balik. Uncle Chai terlalu penat dan mengantuk selepas bekerja malam semalam. Sesekali jadi big boss duduk dibelakang sedap juga. Tambahan supirnya cewek pulak tu. Uncle Chai tidur sepanjang jalan. Boleh tahan Laju juga isteri Uncle Chai drive. Kami sampai di BP kira2 2 jam kemudian.

20140207-111013.jpg

Kami terus ke rumah mertua utk mengambil ibu dan bapa mertua Uncle Chai untuk pergi bersama ke hospital.

Not bad juga hospital baru Batu Pahat ni yang diberi nama Hospital Sultanah Nora Ismail mengambil nama Nenda Sultan sekarang. Cantik dan selesa seperti private hospital. Memang selesa. Mungkin kerana hospital baru kot. Designnya memang mirip sebuah private hospital. Amat selesa. Uncle Chai bagi 4 Bintang drp 5.

20140207-111813.jpg

20140207-112003.jpg

20140207-112022.jpg

20140207-112034.jpg

20140207-112046.jpg

Adik ipar Uncle Chai telah beransur pulih. Dia tidak Lagi koma. Sudah boleh membuka mata dan melihat kami yg datang. Samada dia betul2 sedar seperti normal dan mengenali kami yg datang, kami tak tau. Dia tidak mampu untuk bertutur mungkin kerana tebukan dilehernya.

Keadaannya amat menyedihkan. Kepalanya yang dibedah masih sesekali berdarah. Tetapi keadaan muka dan tubuh badannya telah kembali susut tidak seperti semasa Uncle Chai melawatnya 2 minggu lepas. Badannya bengkak dan kepala serta mukanya membengkak seperti belon. Agak sukar untuk mengenalinya waktu itu.

20140207-112918.jpg

20140207-112933.jpg

20140207-112950.jpg

20140207-113011.jpg

20140207-113024.jpg

20140207-113039.jpg

Kasihan sungguh Uncle Chai melihat keadaan dia. Menurut doktor yg merawatnya, mereka akan X-ray kepala pada hari Ahad ini untuk mengetahui punca pendarahan di kepalanya samada luaran di kulit kepala akibat pembedahan atau dari dalam. Jika pendarahan tersebut datang dari dalam kepalanya, dia akan dihantar balik ke HSA JB untuk pembedahan sekali lagi.

Ya Allah. Azabnya kami mendengar. Tuan punya badan hanya Allah yg tau. Beliau akan menjalani proses pemulihan yang panjang. Menurut doktor juga untuk beliau kembali seperti dulu seperti kita yang normal ini akan mengambil masa yang Panjang dengan pelbagai rawatan susulan. Mungkin dia akan bedridden utk tempoh yg lama.

Jika dalam Bahasa insurance dia sudah dikira permanent disability. Sedih mengenangkan nasib dirinya dan keluarganya. Hanya isterinya yang akan menjadi punca rezeki utk menanggung keluarga. Beliau mempunyai 4 orang anak. 2 orang sedang menunggu keputusan SPM, seorang menuntut di tingkatan 3 dan yang kecil baru dalam tadika.

Sepanjang Uncle Chai mengenali beliau sejak mula berkahwin dengan isteri Uncle Chai, beliau telah banyak diuji Allah. Memang pelbagai ujian yang Allah berikan padanya dan keluarganya. Sedih juga jika Uncle Chai ingat kembali ujian2 yang Allah berikan padanya dan keluarganya. Beliau bernasib baik kerana anak2nya semuanya pandai dan berjaya dalam Pelajaran.

Beliau pun bukan seorang yang senang. Pelajaran hanya sekadar Sekolah menengah. Bekerja sebagai pemandu. Itu pun tidak menentu Selalu bertukar2 majikan. Tetapi beliau mempunyai hati yang baik walaupun orangnya agak keras.

Lebih Uncle Chai sedih bila memikirkan nasib dia dan keluarganya selepas ini. Uncle Chai hanya mendoakan agar dia akan dapat pulih seperti sedia kala seperti kita yang normal ini.

Kasihan kepada anak2nya yang semuanya masih bersekolah. Kos rawatan dirumah selepas dia keluar nanti juga tinggi. Doktor memberitahu isteri Uncle Chai dia memerlukan tilam khas untuk mengelakan kecederaan pada bahagian belakang badannya akibat berbaring dalam jangka masa yg lama. Dia juga perlukan mesin penyedut untuk membersihkan kerongkongnya yang telah siap ditebuk itu. Selain itu pelbagai peralatan physiotherapy diperlukan untuk proses penyembuhan.

Not to mention perhatian dan bantuan yang akan sentiasa diperlukannya sepanjang beliau bedridden. Jika orang berada mereka boleh employ private nurse untuk membantu melakukan semua kerja2 tersebut tetapi untuk orang biasa seperti adik ipar Uncle Chai ini, dia cuma mengharapkan keluarganya sahaja untuk menjaganya nanti.

Nasib baik juga kedua2 mertua Uncle Chai masih hidup. Tetapi setiap orang ada jadual aktiviti masing2. Isterinya perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan keluarganya. Mertua juga bukannya boleh full time menjaga. Mereka juga ada aktiviti2 kemasyarakatan dan keagamaan yang dilakukan. Adik beradik juga ada kehidupan masing2. Sesekali bolehlah datang membantu. Anak2 pula sibuk dengan pelajaran.

Memang sedih mengenangkan nasibnya nanti. Ianya menjadi iktibar kepada diri Uncle Chai. Semuanya adalah qada’ dan qadar Allah. Asbabnya…? Tidak menggunakan topi keledar dgn cara yg betul. Kecil dan nampak remeh asbabnya tetapi akibatnya Amat besar.

Marilah kita sama2 mendoakan adik ipar Uncle Chai ini dapat pulih seperti dahulu secepat mungkin. Kepada keluarganya, tabahkanlah hati menempuh ujian Allah ini.

Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan hambaNya sesuatu ujian yang tidak tertanggung oleh hambaNya itu

Marilah kita mendoakan agar keluarga ini dapat kembali menikmati kehidupan bahagia mereka seperti dahulu secepat mungkin. AAMIIN…..

20140207-132638.jpg

20140207-132650.jpg

20140207-132704.jpg

 
Leave a comment

Posted by on February 7, 2014 in Family, Kesihatan

 

Supplements…

Gooooood morning peeps…! Sudah sarapan pagi? Makan apa utk sarapan hari ni? Tentu ramai yg bersarapan di luar agaknya especially yg bekerja di bandaraya. Belum terang dah keluar rumah…

Pagi ni aku bukan nak cakap pasal makanan breakfast tapi minuman. Tapi minuman2 yg aku nak share citer ni bukan hanya utk breakfast je tapi utk sebelum tido juga wajib diminum.

Minuman apa ye? Yang nak aku citer pagi ni ialah minuman supplement. Korang amik supplement tak? Supplement ada macam2 form. Ada tablet dan yg paling mudah dan top skg ialah bentuk minuman. Maklumlah bila dah berumur especially kalau dah masuk 4 series memanglah kena mula berjinak2 dgn supplement.

Lelaki biasanya supplements kita org lebih pada kesihatan tubuh badan dalaman dan menambah tenaga. Baik tenaga Zahir mahu pun batin. Tapi org perempuan lagi byk supplements dia org. Selain utk kesihatan tubuh badan mereka juga mementingkan kulit wajah demi kekal cantik, kulit mulus, anjal, tegang dan tubuh yg montok.

Sebab tu product2 supplements laris bagai goreng pisang panas di pasaran. Semuanya laku. Semua org nak buat dan jual supplements kecantikan dan kebatinan. Klu lelaki dgn pelbagai product berasaskan akar dan tumbuhan seperti Tongkat Ali, Misai Kucing dan macam2 lagilah. Itu yang kuat bagai hari-hari mau. Tapi hairankan? Zaman Tok dan bapak kita dulu takde pun Misai kucing ke, Misai Rimau ke, Tongkat Ali ke, Tongkat Ajaib ke tapi ada juga Joyah, Bedah, Ahmad, Acai kan…. Ramai juga anak.

Perempuan lagi dahsyat product2 dia org. Ada Vitamin C la, ada calogen la, Botox la…. Eh macam2lah. Mahal2 pulak tu! Tapi one thing about women, dia org sanggup berhabis utk kecantikan. Tak tau la utk sapa. Nak kata utk suami, kat rumah takde la secantik masa dia keluar. Nak kata utk suami, suami main kayu tiga jugak….hehe.

Ok. Aku nak share supplements yg aku amik setiap hari. Wajib waktu pagi dan sebelum tido dan sunat utk waktu pertengahan atau tengahari. Aku akan list down supplements yg aku ambil:

1. B’Young – Zhullian
20130902-085144.jpg

2. Herbalife
20130902-085254.jpg

3. Wholefood Nutrition – Cosway
20130902-085411.jpg

4. Sari Age Guard & Sari Stem Shape – Primadona Worldwide
20130902-085600.jpg

5. Tribumax
20130902-085736.jpg

6. Rapid Mass Gain
20130902-090038.jpg

Well….itulah antara supplements yang aku amik. Semuanya dalam bentuk minuman yg mostly kena shake. Cuba korang pikiaq, kalau 1 supplement kena minum 1/2 litre, berapa byk aku kena minum tiap2 hari? Pagi sekali malam sebelum tido sekali. Eh naik kembong perutlah nak habiskan. Berliter2 kena gogok! Lama2 aku buncit dan boroi! Tapi utk wanita2 zaman skg, boroi is sexy. Betul tak?

Dulu zaman org tua kita mana perlu minum and makan supplements ni semua? Tok2 kita lagi takde benda Allah ni semua. Sihat je. Panjang umur lagi. Semuanya berpunca daripada pemakanan kita. Zaman skg semua makanan ada chemical. Sayur ada chemical. Ayam, ikan, daging ada chemical. Dan kita pun makan chemical selalu macam fast food and junk food tu semua.

Dah lah barang semua mahal skg ni (tak masuk GST Lagi) kita kena spend beribu2 ringgit lagi setiap bulan utk supplements utk kekal sihat dan menawan. Kita lupa agaknya yang ajal maut tetap akan datang menjemput kita. Sesaat pun tidak lambat daripada masa yg telah ditetapkan oleh Allah Azawajalla.

So…apa supplements yg korang amik….? Berapa ribu hinggit pulak yg korang spend sebulan….? Ok cukup sampai di sini utk entry ni. Aku nak kena habiskan air2 supplements yg berliter2 menunggu ni. Ketemu lagi dilain entry. Bubye…..

 
Leave a comment

Posted by on September 2, 2013 in Kesihatan

 

Tags: , , , , , , , ,

Kesan Pengambilan Syabu/Ice

PENGAMBILAN dadah rekaan, Amphetamine Type Stimulant (ATS) atau Syabu seumpama menempah tiket ke neraka – tidak saja neraka akhirat tetapi juga neraka duniam berikutan penagihnya akan mengalami pelbagai kesengsaraan kesihatan dan mental.

Syabu mula diberikan perhatian apabila pengambilan dadah jenis ini di kalangan generasi muda dikenal pasti punca utama peningkatan kes jenayah.

Pengambilan dadah ATS menyebabkan mereka tidak mempunyai rasa takut dan belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah termasuk membunuh, seperti mana yang berlaku akhir-akhir ini.

Malah akibat tidak sanggup menghadapi tekanan kesengsaraan itu, ada penagih akhirnya memilih untuk membunuh diri mungkin dengan anggapan membunuh diri lebih baik daripada mengalami kesengsaraan syabu.

Pakar Perubatan Penagihan dari Pusat Pakar Rawatan Dr Mahmud; Dr Mahmud Mazlan, berkata kali pertama mencuba syabu atau turut dikenali sebagai ice dan pil kuda, seseorang akan berasa bertenaga, bersemangat dan penuh emosi secara sementara berikutan dadah itu adalah berjenis perangsang.

Malah akibat tidak sanggup menghadapi tekanan kesengsaraan itu, ada penagih akhirnya memilih untuk membunuh diri mungkin dengan anggapan membunuh diri lebih baik daripada mengalami kesengsaraan syabu.

Beliau bagaimanapun berkata, sebaik berasa kesan euphoria iaitu keseronokan akibat syabu, individu itu akan mengambil dadah itu secara berterusan bagi terus merasai kesannya sehingga menyebabkan ketagihan.

Kesan seronok akibat dadah ini lenyap sebelum kandungan dadah berkurangan dalam darah dan penggunanya akan cuba meneruskan kesan khayal dengan penggunaan dadah itu secara berulang kali.

Pengguna mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya. Pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa sama terus menyuntik dadah ini sehingga satu gram setiap dua dan tiga jam dalam jangka masa beberapa hari sehingga bekalannya habis atau sehingga mereka tidak berupaya meneruskannya.

Syabu tidak perlu diambil setiap hari berbanding pengambilan heroin. Cukup sekadar dua kali dalam seminggu dan ia boleh membuatkan pengguna ketagih dan memudaratkan, katanya yang juga bekas Pakar Psikiatrik Pemulihan Muar, Johor.

Katanya, kesan khayal dan keseronokan dipercayai akibat rangsangan terhadap dopamine iaitu penghantar neuron ke otak yang bersifat perangsang. Syabu perlu diambil berterusan bagi terus merangsang dopamine.

Jika penagih berhenti mengambil syabu, kadar dopamine dalam otak berkurangan sehingga mencetuskan pelbagai masalah kesihatan dan mental. Bagi mengembalikan dopamine kepada kadar normal seperti manusia biasa, ia memerlukan rawatan dan meninggalkan syabu selama setahun.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh itu, penagih akan menghadapi keseksaan termasuk gian, mengalami masalah kesihatan dan mental seperti delusi, halusinasi atau sakit mental, katanya.

Tiada jalan keluar yang selesa sekiranya seseorang sudah terjebak dengan syabu kerana sebaik menagih dadah itu, sama ada untuk berhenti atau meneruskan penagihan, mereka perlu menempuh jalan keseksaan.

Jika tidak menghentikan penagihan, penagih menghadapi pelbagai komplikasi kesihatan seperti strok, saluran darah pecah, tekanan darah tinggi, lumpuh, masalah jantung, dan masalah otak yang akhirnya boleh menyebabkan kematian. Syabu juga boleh menghilangkan nafsu seks seseorang.

Kesan pengambilan syabu menyebabkan sakit emosi dan otak menjadi lembap, sakit jiwa dan mengalami kemurungan melampau sehingga mampu membunuh diri.

Antara kesan halusinasi adalah seperti mendengar suara asing atau merasa orang mengutuk dirinya manakala delusi adalah berprasangka, merasakan ada orang ingin menganiayainya selain mempercayai isterinya curang,? katanya.

Fakta: Kesan syabu pada kesihatan

Mental dan emosi: Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.

Kepala: Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.

Fizikal: Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawan penyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh.

Saraf: Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk).

Jantung dan salur darah: Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecah akibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.

Perut dan sistem penghadaman: Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.

Sistem peranakan (wanita): Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.

 
Leave a comment

Posted by on September 2, 2013 in Kesihatan

 

Tags: , ,