RSS

Monthly Archives: June 2013

Adi Putra

Pagi tadi aku pergi ke Jabatan Immigration Putrajaya utk urusan pembaharuan permit pekerja. Sementara menunggu agent yg aku upah utk urusan pembaharuan permit itu sampai aku duduk di cafeteria utk menikmati sarapan pagi.

Sedang aku duduk makan aku nampak satu mamat ni yg mukanya agak familiar. Dia datang di kiosk berhampiran utk mengambil gambar anaknya. Barangkali nak buat passport utk anaknya.

Selesai dia bergambar dia mula dikelilingi oleh org ramai terutamanya wanita. Puas aku Cuba mengecam siapakah mamat ni. Mungkinkah dia seorang celebrity. Maklumlah aku kurang mengikuti perkembangan seni tanahair dan kurang sangat menonton filem2 Melayu. Kalau celebrity perempuan yg cantik2 of course aku kenal.

Lately aku byk kenal celebrities perempuan yg baru2 pun melalui Instagram dan Keek.

Balik pada cerita mamat tadi. Mukanya seperti org Bangla pun ada, Hindustan pun ada. Setelah lama aku amati dan cuba mengenali dia, akhirnya pada agakan aku mamat ni pelakon. Dan aku teringat seorang rakan sekolah lamaku, Aliza Jalil yg baru2 ini menukar profile picture beliau dgn gambar mamat ni. At this point I still have no idea what’s his name.

Ramai perempuan yg mengajaknya bergambar. Aku terus terlintas utk mengajaknya bergambar utk aku post di FB khas utk kawanku yg meminati dia tadi.

Bila aku post gambar aku dan dia di FB ternyata ramai rakan2 FB perempuan yg get excited. Drp komen mereka barulah aku tau Nama dia Adi Putra. Aku cuma boleh recall yg aku pernah tgk wayang cerita Aku Terima Nikahnya bersama Lisa Surihani kalau tak silap. Aku tgk pun pasal wife aku yg ajak. Agaknya wife aku pun minat kat dia….

20130829-011101.jpg

 
Leave a comment

Posted by on June 27, 2013 in Uncategorized

 

Tags: , ,