RSS

Category Archives: Business

Lawan Tetap Lawan


Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur

Dalam Negeri Wilayah Persekutuan

Guaman Sivil No.: 21NCVC-15-04/2014

PLAINTIF :

ZAINUDIN BIN ZAKARIA dan 81 YANG LAIN

DEFENDEN :

MASS RAPID TRANSIT CORPORATIONS SDN BHD…..DEFENDEN PERTAMA

SURHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT (SPAD)…..DEFENDEN KETIGA

ILMU PANDUAN HIDUP SDN BHD…..DEFENDEN KE EMPAT

Hari ini adalah hari perbicaraan penuh kes peniaga2 Uptown Kota Damansara seramai 81 orang melawan IlmuPanduan Hidup Sdn Bhd selaku defenden ke empat. Peniaga2 Uptown Kota Damansara seramai 81 orang diwakili oleh Tetuan A M Zaharil & Co. 

Kes ini telah berlanjutan lebih 2 tahun lamanya. Sedikit ringkasan tentang kes ini ialah, peniaga2 Uptown Kota Damansara telah diarahkan keluar dari tapak perniagaan untuk memberi laluan kepada jajaran projek MRT.

Peniaga2 juga diberikan pampasan Loss of Business selama 8 bulan iaitu tempoh yang diberikan kepada peniaga untuk mengosongkan tapak perniagaan with the understanding yang peniaga2 akan dibenarkan masuk kembali ke Uptown Kota Damansara selepas 8 bulan.

Peniaga2 telah mengosongkan kesemua tapak2 perniagaan bermula 15 April 2013 sehingga 15 December 2013. Malangnya selepas 15 December 2013 hingga ke hari ini peniaga2 masih tidak disediakan tapak untuk memulakan kembali perniagaan yang terhenti selama 8 bulan. Akibatnya peniaga semua kehilangan sumber pendapatan sehingga sekarang iaitu selama 26 bulan.

Pada mulanya peniaga telah menfailkan saman dan menuntut ganti rugi atau loss of income serta tapak baharu yang dijanjikan terhadap 4 defendan seperti diatas termasuk Kementerian Kewangan. Hakim telah mengetepikan Kementerian Kewangan daripada saman pemula, jadi akhirnya tuntutan peniaga  hanya kepada TIGA defenden sahaja.

Malangnya saman peniaga telah ditolak oleh mahkamah diperingkat hearing pertama pada 2014. Seterusnya peniaga2 membuat rayuan di Mahkamah Rayuan dan Alhamdulillah rayuan diterima. Cuma kali ini tuntutan hanya boleh dibuat ke atas Ilmu Panduan Hidup sahaja. Fair enough. 

Akhirnya selepas tempoh panjang selama dua tahun barulah peniaga2 berpeluang mendapat full hearing hari ini. Perbicaraan dijalankan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dato Wan Ahmad Farid Bin Wan Salleh.


Perbicaraan yang bermula jam 9:00 pagi dengan hujahan peguam defenden untuk cuba strike out tuntutan peniaga. Permintaan defenden ditolak dan perbicaraan dijalankan jam 11:00 pagi. Hampir kesemua 81 plaintif hadir menyebabkan kesesakan dalam mahkamah. Ramai yang tidak dapat tempat duduk.

Uncle Chai ditemani isteri tercinta bersama rakan plaintif iaitu Ustaz, pemilik rangkaian kedai accessories handpohone USTAZ yang terkenal

Saksi pertama yang  kemukakan adalah Tuan Haji Roslan, Pentadbir Tanah Petaling yang mengendalikan kes pengeluaranpeniaga di tahun 2013 dahulu.

Hebat juga peguam defenden menggoreng Tuan Haji Roslan di kandang saksi. Orang berpangkat dan biasa deal dengan pelbagai golongan orang ramai, besar dan kecil juga goyang dibuatnya. Peguam defenden banyak mempersoalkan tentang kesahihan tempoh 8 bulan di samping mempertikaikan tentang status tanah Uptown Kota Damansara semasa peniaga2 dikeluarkan.

Rakan2 plaintif yang lain

Sememangnya status dan pemilikan tanah agak complicated semasa arahan pengeluaran dan bayaran pampasan dibuat. Uncle Chai tak boleh terangkandi sini kerana ia mungkin mengganggu perjalanan perbicaraan. Takut Sub judice pulak…..

Masing2 tenang mengikuti perbicaraan

Sepanjang sessi pagi mahkamah hanya sempat menyoal dua orang saksi sahaja. Semasa perbicaraan berhenti rehat lunch hour, Uncle Chai dan isteri tercinta terlalu letih di bulan puasa ini, kami mengambil keputusan untuk tidak mengikuti perbicaraan di sebelah petang. So kami tak tau perkembangan seterusnya.

Perbicaraan akan disambung esok dengan memanggil beberapa lagi saksi plaintif yang merupakan peniaga2 yang teraniaya dan hilang punca pendapatan. Mengikut perancangan 15 orang kesemuanya. Selain itu pihak defenden pula akan mengemukakan saksi2 mereka.

Semoga kemenangan akan berpihak kepada yang benar dan teraniaya. Aameen….

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 8, 2016 in Business

 

Tags: , , , , , , , , ,

Makan Sambil Santai – Harian Metro 7 Sep 2013 – Variasi Dekotaman

20130907-122333.jpg
Sesiapa pun tidak menafikan pilihan warna lembut sebagai kemasan ruang antara faktor ketenangan dan keselesaan sepanjang masa.

Kreativiti dalam mengadun warna sesuai juga meletakan Restoran Fai & Ruz Kitchen kian mencuri perhatian ramai kerana dekorasinya yang memukau pandangan.

Hakikatnya, restoran itu hanya berkeluasan biasa tetapi kepekaan pemiliknya Ruzita Ayu Sarkam, 39, ternyata tidak mengecewakan.

Sekali imbas, berada di restoran itu membawa anda bagaikan bersantai di kediaman sendiri kerana segalanya dirancang rapi.

Aura untuk singgah cukup kuat sebaik melewatinya terutama anda yang sudah biasa berkunjung ke Fai & Ruz Kitchen itu.

“Ini antara cubaan pertama saya dan suami dalam menampilkan dekorasi berbeza dalam ruang makan terhad tetapi menitik berat aspek keselesaan pelanggan.”

“Asalnya saya menggemari gaya Inggeris dan idea itu terus dikembangkan mengikut kesesuaian ruang selain tidak mengganggu suasana santai pelanggan ketika menjamu selera” kata anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu.

Pelbagai kedai aksesori hiasan dikunjungi untuk mencari padanan elemen sesuai selain pilihan warna serasi dengan keadaan semasa.

Lantas restoran yang mula beroperasi Jun lalu itu didekorasikan seindah mungkin sebagai tarikan utama dengan sajian masakan Johor.

Hasrat sebenar bukan sekadar menjadi tempat menjamu selera tetapi bersantai seisi keluarga.

Persekitaran segar itu dicipta apabila menggabungkan warna lembut turquoise biru dan putih.

Semuanya diinspirasikan dengan pendekatan yang amat teliti bukan sekadar pilihan warna, malah mengambil kira reka letak set kerusi dan meja makan serta aksesori hiasan lain.

Bagi membangkitkan suasana segar, rona biru lembut menjadi warna latar untuk set kerusi dan meja makan pelanggan.

20130907-140625.jpg
Semuanya diketengahkan dalam penggayaan praktikal, tidak terlalu padat dan tidak menghalang laluan.

Lampu hiasan pada dinding ada yang digantung umpamanya lebih kepada rekaan corak Inggeris tetapi tidak terlalu sarat.

“Aksesori ini ditempah khas supaya kehadirannya membantu penataan untuk tampil lebih eksklusif” kata Ruzita Ayu yang menguruskan restoran itu bersama suaminya, Mohd Faisal Mustapha .

Pencahayaan pada meja makan juga dibantu lampu terang bagi menonjolkan gaya ringkas lagi praktikal.

Gabungan mentol putih dengan rekaan lampu hiasan rona biru menghasilkan simbahan cahaya luar biasa.

Latar dinding sekadar diberi hiasan ringkas dengan penggayaan rona lembut yang disudahkan dengan kemasan kertas dinding corak berjalur.

Lebih bermakna apabila ia dipasang sendiri Mohd Faisal dengan idea reka letak yang menarik.

Sambil menjamu selera, mata pasti tidak terlepas pandang kaunter penyediaan makanan dan minuman dengan idea dekorasi menarik.

“Ruang itu eksklusif dengan kemasan batuan pasir yang dizahirkan dalam rona putih bersih,”

“Ia sebagai mencetuskan karekter berbeza pada ruang ini dalam mencipta tekstur tersendiri penuh keindahan” kata ibu kepada seorang cahaya mata ini.

Bagaimanapun menurut Ruzita Ayu yang juga bekas pegawai bank itu, idea dekorasi restoran itu akan menerima sentuhan unik.

Antara sajian masakan Johor di restoran ini ialah Asam Pedas, Mi Bandung Muor, Lontong, Nasi Ambeng dan Mi Kari Bonda iaitu resepi ibu tercinta, Mutiah Saman, 74.

Restoran ini beroperasi awal pagi hingga jam 3.30 pagi setiap hari.

Kunjungi Fai & Ruz Kitchen, No 3, The Core, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor atau layari Facebook www.facebook.com/FaiRuzKitchen atau email FaiRuzKitchen@gmail.com untuk keterangan lanjut.

20130907-140433.jpg

Credit: Hartini Mohd Nawi, Harian Metro
Source: Harian Metro, Sabtu 7hb. September, 2013

 
1 Comment

Posted by on September 7, 2013 in Business, Copy Paste, Uncategorized

 

Tags: , , , , , , , , , , ,