RSS

Cuci Darah: Ozone Therapy

21 Nov

Dulu Uncle Chai selalu dengar orang cerita; orang kaya selalu hidup lama, awet muda, muka berseri kemerah-merahan, bertenaga walaupun usia sudah meningkat sebab mereka bayak duit untuk beli vitamins, beli ubat, selalu jumpa doktor dan selalu cuci darah.

Cuci darah? 20 tahun dulu mungkin kaedah ‘mencuci darah‘ adalah agak asing bagi penduduk Malaysia. Tapi sekarang ni, bersepah pusat ‘cuci darah’ ataupun Ozone Therapy kat Malaysia ni.

Uncle Chai ada dengar yang Tun Mahathir adalah salah seorang yang selalu melakukan Ozone Therapy ni. Sejauh mana kebenarannya Uncle Chai kurang pasti. Tapi kalau tengok wajahnya yang berseri2 dan tegang awet muda serta tenaganya yang hebat diusia 80an mungkin ada kebenarannya.

Ramai lagi VVIP yang juga melakukan Ozone Therapy ni. Antaranya menurut kawan Uncle Chai dia pernah terserempak dengan bekas PM Tun Abdullah Ahmad Badawi dan beberapa Menteri pusat yang lain di Pusat Ozone Therapy yang dikunjunginya di belakang Hospital Tawakal di Jalan Pahang.

Jika dahulu pusat2 Ozone Therapy ni amat terhad dan harganya tentulah mahal hingga mencecah puluhan ribu agaknya. Sebab itu hanya golongan berada sahaja yang mampu menjalani rawatan Ozone Therapy ini.

Tapi sekarang banyak pusat2 rawatan yang ada dan harganya tidak lagi semahal dahulu. Harga yang paling rendah yang Uncle Chai tau setakat ini ialah di QLife Wellness Centre yang terletak di Wangsa Link, Wangsa Maju. Harganya hanya RM 3,750 untuk pekej basic 10 rawatan. Tambahan RM 600 dikenakan untuk menyuntik Glutathione ke dalam darah yang telah diozonekan.

20131121-092052.jpg

Wellness Center yang melakukan Ozone Therapy ini diperkenalkan oleh kawan Uncle Chai yang membawa bapa mertuanya menjalani rawatan mengubati kakinya yang berlubang akibat luka kencing manis.

Semalam kawan yang sama memberitahu Uncle Chai ada sebuah pusat rawatan Ozone Therapy terletak berhampiran rumah kami di Kota Damansara. Harga pakej 10 rawatannya cukup tinggi iaitu sebanyak RM 8200! Wow mahalnya… Menurut kawan Uncle Chai, mesin yang digunakan sama seperti yang digunakan di Wellness Center di Wangsa Link ni.

Harga rawatan memang berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Sebabnya Uncle Chai tak pasti. Mungkin charge consultation berbeza kot. Apa pun cuma pastikan ahli terapi atau pemilik pusat ozon terapi mempunyai sijil yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan ya.

Selasa lepas selepas pulang daripada bercuti di Golden Palm Tree Resort & Spa, Sepang Gold Coast, Uncle Chai dan isteri membuat temujanji untuk menjalani rawatan. Panggilan pertama untuk rawatan yang dibuat isteri Uncle Chai ke Wellness Center tersebut ditolak kerana hari itu semua waktu rawatan mereka telah penuh.

Tidak berpuas hati Uncle Chai terus membuat panggilan kepada pemilik Wellness center tersebut. Uncle Chai terangkan kepadanya yang kami hanya free hari ini sahaja. Jika esok atau minggu depan seperti yang mereka cadangkan, sorry la. Kami memang tak ada masa. Bukan mudah untuk kami berdua mengambil cuti. Nasib baik pemilik itu memahami situasi orang yang berniaga F & B seperti kami.

Sebagai seorang businessman, sudah tentu alasan yang kami berikan diambil serious oleh pemilik Wellness Center tersebut. Dalam bahasa halus yang cuba Uncle Chai sampaikan pada dia, kalau bukan hari ini, dia akan terlepas satu business daripada kami. Tak lama selepas itu, consultant mereka, En. Zul menghubungi Uncle Chai dan memberikan kami slot rawatan jam 8:00 malam.

20131121-092234.jpg

Pada mulanya kami ingat ingin terus ke Wellness Center mereka daripada Sepang, tapi memandangkan temujanji yang diberikan disebelah malam, kami terpaksa balik ke rumah dahulu. Bagus juga. Dapatlah kami merehatkan badan sekejap.

Dengan bantuan GPS navigator, kami sampai ke Wellness Center tepat pada masa yang dijanjikan. Terima kasih pada GPS Navigator jika tidak sudah tentu kami akan mengambil Jalan yang jauh untuk ke sana.

Kami disambut oleh 2 pekerja wanita dan dihidangkan dengan minuman sebelum Consultant mereka En Zul datang untuk memberikan penerangan lebih lanjut tentang Ozone Therapy ini. Setelah puas hati dengan penerangannya, kami bersetuju untuk mengambil pakej Ozone Therapy + Glutathione sebanyak 10 rawatan dengan harga RM 4,350. The best part, 10 rawatan ini boleh dikongsikan seramai 2 orang. So Uncle Chai dan isteri berkongsi 5 rawatan seorang. Nak cukupkan 10 rawatan seorang kena tambah lagi 4,350 akan datang. Oklah. Tak banyak duit sangkut kat situ kalau kami kongsi pakej.

Antara syarat untuk rawatan ialah perut tak boleh kosong. Actually perut kami tak kosong. Kami ambil lunch tengahari tadi tapi masa tu perut Uncle Chai terasa lapar. So kami dinasihatkan untuk take something light untuk isi perut. Bagus juga. Kami pun ada masa untuk berbincang kerana kami belum buat keputusan siapa yang akan buat rawatan dahulu.

Cadangan asal memang kami berdua nak buat rawatan serentak, tapi kami takut healing effect selepas rawatan. Isteri Uncle Chai memang antibody dia tak kuat. So kami takut kalau dua2 kena healing effect seperti kepala pusing atau mabuk, sapa pulak yang nak drive balik nanti?

Sambil ‘isi perut’ dengan roti canai di mamak berhampiran, kami mengadakan perbincangan berdua siapa yang sepatutnya buat rawatan malam ini. Yang pasti isteri Uncle Chai akan menjalani rawatan. Cuma Uncle Chai sendiri tak pasti akan turut sama menjalani rawatan. Takut kami berdua tak mampu drive balik.

Setelah selesai ‘isi perut’ kami kembali ke Wellness Center. Kedua2 machine Ozone Therapy mereka telah disediakan untuk merawat kami berdua. So Uncle Chai cakap okaylah, dua2 buat therapy sekalilah.

Proses mengambil masa selama 1 1/2 – 2 jam. Proses cuci darah ini dimulakan oleh Uncle Chai dahulu kemudian diikuti oleh isteri Uncle Chai. Cucuk kedua2 belah tangan. Tangan kiri mengeluarkan darah yang ‘kotor’. Uncle Chai ni memang ada phobia sikit bila melibatkan cucuk menyucuk ni. Yalah, kita selalu ‘cucuk’ orang sesekali kita kena cucuk, memang mengerikan. Tambahan pula Uncle Chai tak boleh tengok darah. Boleh pengsan beb…!!!

Bila dicucuk awalnya untuk diambil sample darah memang sakit sikit. Sakit jarum je bukan sakit sangat pun. Nasib baik En. Zul tu melakukan kerja dia dengan lembut dan tidak sekasar nurse hospital gomen. Bila dimasukan jarum untuk sedut dan masuk darah tak terasa pun.

Banyak gila kolestrol yang keluar bersama darah dari tangan kiri Uncle Chai. It’s not a surprise coz Uncle Chai memang dah sedia maklum kandungan kolestrol dalam darah Uncle Chai tinggi. Terpaksalah mereka tak henti menjentik2 tiub untuk melancarkan pengeluaran darah yang tersangkut akibat kolestrol yang kelihatan seperti minyak bercampur dalam darah. Yang memeranjatkan isteri Uncle Chai juga banyak kolestrol dalam darahnya juga.

20131121-090411.jpg

Tangan kanan pula menerima darah yang telah diozonekan yang suci macam mahsuri bersih. Kita boleh nampak perbezaan warna pada darah yang bersih dan darah yang mengandungi racun, lemak, kolestrol dsb. Darah kotor yang keluar daripada badan berwarna merah pekat hampir kehitaman manakala darah yang telah dibersih dan diozonekan Merah jernih bersih masuk ke dalam badan.

Lupa pula Uncle Chai nak ambil gambar perbezaan darah yang masuk dan keluar sebab masa proses rawatan dijalankan Uncle Chai tengah syok melayan perlawanan Kelayakan Piala Asia antara Malaysia dengan Qatar melalui Astro On The Go menggunakan Handphone Uncle Chai. Lagi pun, dengan tengok bola dapat hilangkan perasaan takut…hehe

Bukan sahaja darah kita ditapis, dibersihkan dan diozonekan tetapi segala bahan2 toksik dan racun dalam badan juga akan ditapis keluar.

Yang hairannya, setitik toksin pun tak ada keluar daripada darah Uncle Chai. Isteri Uncle Chai ada juga keluar toksin seperti gambar dibawah ini

20131121-090146.jpg

Selepas sejam, pengeluaran darah dari badan pun selesai. Tiub dicabut dan hanya tinggal tiub inlet kemasukan darah yang telah dibersih dan diozonekan daripada mesin. Setelah selesai kemasukan semua darah yang telah bersih tadi, Glutathione pula di inject masuk ke dalam salur darah. Dengan kemasukan Glutathione secara terus ke dalam darah, lepas ni kami akan kelihatan lebih muda dan bertenaga gitu….hahaha.

Mungkin ada yang akan bertanya apa itu Glutathione? Untuk pengetahuan, ini pun kali pertama Uncle Chai dengar dan tahu. Kalau tak silap Uncle Chai, Glutathione ni untuk kecantikan. Untuk awet muda, untuk kulit yang tegang dan cerah. Orang perempuan tentu lebih maklum dalam Hal ini. Untuk suami2 cuba tanya isteri anda tentang fungsi Glutathione ini. Gerenti dia orang tau…

Keseluruhan proses Ozone Therapy ini mengambil masa dalam 2 jam paling lama. Kira sama macam pesakit buah pinggang cuci darah juga. Rasa Uncle Chai mesin yang digunakan juga lebih kurang sama.

20131121-091842.jpg
Selesai therapy kami diberikan report dan penerangan hasil ujian sample darah yang diambil sebelum rawatan tadi. As expected my BMI rendah. Dah tau lama dah. Badan kurus tinggi. The best part report mengatakan organ dalaman Uncle Chai berusia atau berfungsi seperti orang berusia 25 tahun! Patutlah jiwa Uncle Chai sentiasa berasa muda gitu….haha.

Syukur alhamdulillah tiada healing effect selepas therapy. Cuma Uncle Chai ada rasa kepala pusing dan badan melayang sedikit. So Uncle Chai pergi makan dulu sebelum balik dan rasa melayang dan kepala pusing pun hilang bila dah kenyang. Kami selamat sampai ke rumah dengan selamat.

Kami juga telah diberitahu akan healing effect yang biasa dialami selepas therapy ini. Antaranya keletihan dan demam. Ini adalah akibat badan kita yang teperanjat dengan kehadiran darah yang bersih dan tinggi oksigen. Isteri Uncle Chai diserang light fever manakala Uncle Chai tidur nyenyak melebihi normal berjam2 lamanya.

Our next treatment adalah pada 3 December akan datang. Harap2 kami boleh meluangkan masa untuk next treatment tersebut.

Actually apakah kebaikan dan untuk siapa atau penyakit apa yang digalakan menjalani Ozone Therapy ini? Isteri Uncle Chai memang mempunyai masalah dengan allergies pada ubat2an yang teruk. Dia tak boleh ambil sebarang jenis ubat kalau sakit. Baik antibiotic mau pun pain killer. Dan dia juga mempunyai masalah resdung. Harap2 kesemua penyakitnya sembuh. Untuk Uncle Chai pula selain nak buang kolestrol dalam darah, lebih pada nak awet muda 🙂

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ozone Therapy ni boleh Google atau baca klik DISINI.

Baca pengalaman kedua kami menjalani ozone therapy di SINI

20131121-092401.jpg
Terapi ozon boleh diguna sebagai sebahagian kaedah rawatan holistik merawat:

* Kanser, terutama kanser darah.
* Hypercholesterolaemia (kolesterol berlebihan dalam darah)
* Alahan dan Eczema
* Diabetes
* Darah tinggi
* Penyakit jantung koronari
* Kegagalan hati dan buah pinggang, terutama peringkat awal
* Asma
* Obesiti
* Masalah kulit

Advertisements
 
10 Comments

Posted by on November 21, 2013 in Uncategorized

 

10 responses to “Cuci Darah: Ozone Therapy

  1. daddy Izreen Ameenatasya

    November 21, 2013 at 11:06 am

    Lepas ni boleh lah masuk AF11

     
  2. MUHAMAD AMIN bin NAWI

    November 13, 2015 at 3:03 pm

    kebaikan Glutathione semasa process ozone theraphy

     
  3. zila

    April 20, 2016 at 8:36 pm

    utk org2 muda umur dlm 20+ sesuai x buat ozone therapy ni… incase klu ad mslh kulit or insomnia etc…

     
  4. Lee Fong Lan

    May 17, 2016 at 8:30 pm

    saya ingin tahu treatment ozone terapi adakah ia sesuai utk pesakit yg menghadapi masalah buah pinggang tetapi masih belum pergi buat dialysis.

    juga minta beritahu cost ozone terapi dan jangka masa datang buat treatment adakah setiap minggu sekali atau berapa lama sekali sebab saya tingga di Johor.

     
  5. Beny Hidayat S

    July 29, 2016 at 10:43 am

    Saya nak tanya, Ozone Therapy ni boleh mengatasi masalah Gout atau Asid Uric yg berlebihan dalam darah.

     
  6. Sharon

    August 24, 2016 at 2:43 am

    Ingin tahu adakah kaedah ini selamat, maklumlah takut ada cross contamination masa nak cucuk jarum dan juga balang yg digunakan untuk menapis darah kotor dan juga darah yg dah dibersihkan sebelum ia masuk ke dlm badan kita. Sekian, terima kasih.

     
    • Acai

      August 30, 2016 at 4:35 am

      Di pusat yang uncle Buat ini semuanya sterilized

       
  7. Nur

    September 14, 2016 at 8:50 am

    Assalamu’alaikum, brpa lama proses cuci darah tdk termaduk, proses masuk jarum dan consultation? Dari masa darah dh msk tiub sehingga jarum dicabut kluar, brpa lama tempoh tu? Bukak lagi ke pusat rawatan tu?

     
    • Acai

      September 15, 2016 at 7:01 am

      Wsalam. Amboi dah lebih 3 tahun last saya buat tak berapa ingat. Lama juga dalam 1 jam lebih Kalau tak salah. Ya pusat rawatan masih dibuka. Boleh klik pada link FB page mereka yang saya beri dalam post ini atau selepas ini.

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: