RSS

Category Archives: General Knowledge

Hana Bank Account 

Finally hari ni puteri Uncle Chai telah berjaya membuka local bank account di Korea. So senanglah sikit urusan menyalurkan monthly allowance untuk puteri Uncle Chai

Pembukaan bank account ni boleh dibuat selepas puteri Uncle Chai memperolehi student’s card dan alien card beliau. Untuk allowance bulan January ini, Uncle Chai masukan ke dalam Maybank account dia dan dia buat withdrawal di Korea menggunakan ATM card Maybank di sana. 

Untuk setiap transaksi ATM withdrawal dari account bank Malaysia, kita akan dikenakan double charge. ₩3,600-₩4,000 dikenakan oleh bank di Korea. Manakala bank Malaysia seperti Maybank mengenakan charge sebanyak RM12. 

ATM withdrawal yang dibuat puteri Uncle Chai


₩250,000 bersamaan lebih kurang RM950 (bergantung pada kadar tukaran semasa). 

Charge yang dikenakan oleh Maybank


Daripada pengalaman Uncle Chai sepanjang berada di Korea selama dua minggu, kadar tukaran (direct conversion) yang dikenakan oleh bank lebih rendah jika dibandingkan dengan money changer. 

Uncle Chai membuat empat ATM withdrawal daripada account Bank Islam Uncle Chai dengan setiap kali withdrawal sebanyak ₩300,000 iaitu jumlah maksima untuk satu2 transaksi withdrawal. Charge yang dikenakan oleh bank Korea seperti yang Uncle Chai nyatakan tadi manakala charge yang dikenakan oleh Bank Islam lebih rendah daripada Maybank. Hanya RM10.60 sahaja untuk setiap transaksi. 


Untuk memjimatkan daripada dikenakan double charge oleh bank Korea dan Malaysia, terpaksalah puteri Uncle Chai membuat withdrawal dalam jumlah yang besar. Tak boleh withdraw sikit2 berapa nak pakai sahaja. Rugi…

Bila dah ada akaun di bank Korea, dia dah boleh buat withdrawal sikit2. Ambil berapa nak pakai sahaja. Tak perlu simpan terlalu banyak cash in hand

Korea Selatan mempunyai jumlah mesin ATM terbanyak di dunia dengan nisbah 278 mesin ATM untuk 100,000 penduduk. Mesin ATM di sana bersepah2 hingga dilorong2 gelap pun ada. Something yang Uncle Chai kagumi. Tak ada rasa tidak selamat atau pun takut untuk keluarkan duit dari mesin ATM. Tidak seperti di Malaysia. Mesin ATM hanya ada di bank atau tempat2 tertentu sahaja. Mungkin kerana crime rate di sana rendah. 


Cute kan passbook dan ATM card Hana Bank Korea ni. Cartoon lagi. Tak pasti nama karektor cartoon ni. Another great thing, puteri Uncle Chai buka account tanpa perlu depositkan sesen pun. Just buka account je. Unlike di Malaysia perlu deposit RM250 minima kalau tak silap. Hana Bank mempunyai Cawangan di university puteri Uncle Chai, KyungHee University. 

Oh lupa pulak. Untuk kirimkan duit kedalam akaun, Uncle Chai perlu buat telegraphic transfer (TT) daripada bank di Malaysia. TT pulak Tak boleh direct ke Korean ₩. Kena buat dalam currency USD. Dalam akaun puteri Uncle Chai it will be converted into ₩. 

Okay sekian untuk post kali ini. Wassalam….

Advertisements
 
5 Comments

Posted by on January 11, 2017 in Daughter, General Knowledge, Korea

 

Tags: , , , , ,

K-LIP UniKL – Jalan Pintas ke Universiti Korea


Seperti dijanjikan Uncle Chai akan kongsikan serba sedikit tentang K-LIP atau Korean Language Intensive Program yang ditawarkan oleh Universiti Kuala Kumpur (UniKL).

UniKL menawarkan 2 program untuk pelajar2 yang mahu melanjutkan pelajaran peringkat degree di university2 di Korea. Selain K-LIP, UniKL juga menawarkan program Pre-Korea Foundation (FiST). Selain UniKL, Intec juga ada menawarkan program Pre-Korea Foundation. 

Uncle Chai akan terangkan dengan lanjut dan detail tentang K-LIP kerana Puteri Uncle Chai sedang mengikuti program ini sekarang. Dia mendaftarkan diri pada 1 Jun 2016 yang lalu dan telah memulakan pembelajarannya pada 6 Jun. Badge yang Puteri Uncle Chai belajar sekarang ini adalah badge pertama atau pioneer badge untuk program ini. Walaupun ada blog lain yang mengatakan telah ada badge sebelum ini, tapi ia dinafikan oleh pihak UniKL. Student ID Puteri Uncle Chai adalah K-LIP001. So she’s the first student untuk program yang julung kali diadakan ini. 

Untuk program Pre-Korea Foundation pula tak silap Uncle Chai telah ada 5 atau 6 badge dengan badge terkini akan terbang ke Korea pada bulan Ogos ini, kalau tak silap pendengaran Uncle Chai masa sessi briefing yang lalu. 

Untuk program Pre-Korea Foundation, pelajar akan membuat foundation selama 1 tahun 4 bulan di UniKL manakala K-LIP hanya belajar 6 bulan sahaja di UniKL. Untuk pioneer badge yang Puteri Uncle Chai ada di dalamnya, mereka memulakan pembelajaran pada 6 Jun lalu dan akan terbang ke Korea pada 11 December 2016 jika mengikut perancangan pihak UniKL atau mungkin lebih awal daripada itu. Mereka akan menyambung pelajaran di Kyung Hee University untuk Winter Semester pada 13 December 2016.

Kyung Hee University


Nampak tak berapa express program K-LIP ini dapat pergi ke Korea berbanding program lain. Sebab itu Uncle Chai katakan K-LIP adalah jalan pintas untuk belajar di Korea. Mereka hanya belajar 6 bulan di UniKL dan menyambung 6 bulan lagi di Kyung Hee University. Tempoh pembelajaran adalah 1 tahun sahaja.

Sebelum korang semua excited dengan K-LIP ni, sebelum korang berebut2 nak bagitau parents korang nak ambil program ni, biar Uncle Chai bagitau perkara yang maha penting. Program K-LIP dan Pre-Korea Foundation ni kedua2nya adalah self-sponsored. Maknanya tiada financial assistance untuk kedua2 program ni. Tiada scholarship, tiada tajaan. Kena pakai duit sendiri. So berapa kos untuk mengambil kedua2 program ini? Itu Uncle Chai akan terangkan kemudian. 

Okay let’s go back to basic. K-LIP adalah program usahasama antara UniKL Malaysian Institute of Imformation Technology (UniKL MIIT) dengan Institute of International Education (IIE) Kyung Hee University. Kyung Hee University adalah Leading in E-Learning Education System dan merupakan salah satu top Korean Language Institute di Korea. K-LIP adalah program pioneer dan pertama di Malaysia yang menawarkan pembelajaran Bahasa Korea melalui kelas dan online

Kyung Hee University


Objective K-LIP adalah supaya pelajar cemerlang dalam Bahasa Korea dan membolehkan pelajar menyambung pelajaran di peringkat ijazah di universiti2 Korea. Kelulusan minimum untuk membolehkan pelajar layak ke university di sana adalah Level 3 dalam TOPIK (Test of Proficiency in Korean)

Melalui K-LIP, pelajar boleh mencapai sehingga Level 6, iaitu level tertinggi dalam TOPIK. Untuk pelajar yang berjaya score Level 5 atau Level 6 dalam TOPIK, mereka akan layak menerima International Students Scholarship yang diberikan oleh university2 di Korea. 

Ok stop sekejap! Dengar memang menarikkan? Dapat scholarship. Guaranteed! Tapi jangan tertipu seperti Uncle Chai. Uncle Chai membayangkan scholarship mereka sama seperti scholarship kita di Malaysia. No! Scholarship mereka berbeza dengan scholarship di Malaysia. Scholarship di Malaysia kita tau diberikan sepenuhnya meliputi kos pengajian dan wang saraan sehingga tamat pengajian. International Students Scholarship yang diberikan oleh pihak university di sana berlainan. Tak sama… Uncle Chai akan ceritakan lebih lanjut tentang International Students Scholarship ni kemudian. Tak mau potong stim korang. Kena baca sampai habis. 

Carta kemasukan pelajar hingga ke Kyung Hee University selepas 6 bulan


K-LIP ini boleh dikatakan mudah. Bukan pembelajarannya mudah tapi tak banyak subjects. Hanya empat subjects sahaja. Berbeza dengan Pre-Korea yang terpaksa belajar banyak subjects. Subjects yang dipelajari ialah:

  1. KLIP01 – Korean Language Proficiency 
  2. KLIP02 – Speech Communication 
  3. KLIP03 – Maths
  4. KLIP04 – Intercultural Communication 

Program ini lebih kepada penguasaan Bahasa Korea untuk menyediakan pelajar menduduki peperiksaan TOPIK. Peperiksaan TOPIK adalah pada bulan October. Ada dua intake untuk K-LIP UniKL ni. June dan January setiap tahun. 

Jadual waktu Puteri Uncle Chai sepanjang bulan Ramadhan


Di atas adalah jadual waktu Kelas Puteri Uncle Chai untuk sepanjang bulan Ramadhan ini. Untuk bulan2 biasa sama sahaja. Bezanya waktu mula dan habis kelas. Untuk bulan2 biasa kelas bermula dan berakhir lewat 1/2 jam. Agak hectic. Full 9-5 setiap hari. Puteri Uncle Chai yang baru belajar beberapa hari pun dah complain penat. Dengan terpaksa menempuh jem untuk pergi dan balik lagi. Maklumlah campus UniKL terletak di city center

Kesemuanya ada dua exams yang perlu duduki oleh students K-LIP. TOPIK 1 di UniKL dan TOPIK 2 di Kyung Hee University. Jumlah jam pula students mesti menghabiskan 540 jam di Malaysia dan 540 jam lagi di Korea. Di Malaysia students akan belajar Level 1 & Level 2. Selebihnya iaitu Level 3-6 akan dipelajari di Korea. Upon completion students akan dianugerahkan Certificate of Attendance oleh UniKL MIIT dan IIE Kyung Hee University. 

Manakala untuk peperiksaan TOPIK, sijil akan diberi oleh National Institute for International Education (NIIED), Korea. 

Academic Calender for June 2016 intake


Di atas ini adalah Academic Calender untuk intake Puteri Uncle Chai. Peperiksaan TOPIK 1 akan diadakan pada 16 October dan result akan dikeluarkan pada 24 November 2016. Selepas itu mereka akan semester break sebelum terbang ke Korea pada 11 December 2016 untuk mengikuti Winter Semester pada 13 December 2016. Express tak? Masuk bulan Jun, bulanDecember sudah ada di Korea…

Okay…rasanya Uncle Chai dah cover almost everything tentang K-LIP based pada knowledge Uncle Chai. Now…here it comes. Let’s talk about the cost involved. Seperti yang Uncle Chai katakan awal tadi both K-LIP & Pre-Korea UniKL ini adalah self sponsored programs. Ini adalah tuition fees untuk K-LIP di UniKL & Kyung Hee University, Korea. 

Fees untuk 6 bulan di UniKL


Total fees untuk pengajian selama 6 bulan di UniKL adalah RM 11,000.00. Biasanya bila kita accept offer untuk mengikuti program K-LIP, kita perlu membuat pembayaran pre-registration fee sebanyak RM 500.00. Pembayaran di buat di CIMB. Kemudian kita perlu membayar Registration Fee sebelum atau pada hari pendaftaran. Registration fee terbahagi kepada 2 jenis. 

  1. Student tanpa hostel – RM400.00
  2. Student dengan hostel – RM1,030.00

Registratrion fee


    Baki sebanyak RM 9,500.00 lagi perlu dijelaskan dalam masa 6 minggu selepas pendaftaran. Uncle Chai nak bagi tips sikit. Kalau tak boleh bayar full 9,500 tu, boleh negotiates dengan pihak UniKL. Buat 3 payments. Bayar RM 5,000.00 dahulu. Hujung bulan bayar lagi RM 2,500.00 dan baki RM 2,000.00 bayar pada hujung bulan berikutnya. Pada Uncle Chai dengan UniKL boleh lagi cerita. Yang tak boleh buat partial payment ialah dengan Kyung Hee University.

    Tuition Fees semasa di Kyung Hee University


    Tu dia fee untuk Pengajian selama 6 bulan berikutnya di Kyung Hee University. Jumlah dalam RM bergantung pada kadar tukaran asing semasa. Kadar tukaran masa post ini ditulis adalah KRW1,000=RM3.48. So jumlah fee pada masa post ini ditulis ialah RM 25,132.00. Menurut UniKL, untuk Puteri Uncle Chai nanti, Kyung Hee University akan mengeluarkan invoice pada awal November dan pembayaran perlu dibuat sebelum 15 November 2016

    Ok tentang fee Uncle Chai dah terangkan. Sekarang Uncle Chai nak terangkan tentang scholarship yang guaranteed untuk mereka yang score Level 5 & 6

    International Students Scholarship yang diberikan adalah semester by semester. Bukan dari tahun pertama hingga tahun akhir. Cara pemberian scholarship seperti ini amat bagus pada pandangan Uncle Chai. Kalau pelajar nak terus dapat scholarship mereka kena belajar dan score setiap semester. Lagi baik keputusan lagi tinggi scholarship yang diberikan. Lagi teruk keputusan lagi rendah scholarship yang akan dapat. Kalau teruk sangat keputusan, langsung  tak dapat scholarship! Baguskan cara begitu? So students tak akan main2 dan enjoy. Mereka kena dapatkan good result setiap semester

    Kyung Hee University


    Itu perbezaan pertama scholarship mereka. Perbezaan kedua – scholarship yang mereka berikan bukan dalam bentuk cash. Jangan ingat korang boleh enjoy. Scholarship mereka adalah dalam bentuk pengurangan atau subsidi yuran pengajian. Berapa banyak pengurangan atau subsidi yang diberikan bergantung kepada university yang korang belajar. Uncle Chai berikan beberapa contoh…

    1. Hanyang University, Seoul – 30% pengurangan yuran jika mencapai level 5 atau 6 dalam TOPIK;
    2. Dangkook University – 35% pengurangan yuran + dormitory untuk 1 semester jika mencapai Level 4 & 5. 55% pengurangan yuran + dormitory untuk 4 tahun jika mendapat Level 6
    3. Kangwoon National University – 60% pengurangan yuran untuk 1 semester untuk Level 4. 100% pengurangan yuran untuk 1 semester jika mendapat Level 5 & 6
    4. Konkuk University, Seoul – 30% pengurangan yuran satu semester untuk TOPIK Level 3. 50% jika mendapat Level 4 & 5 dan 70% untuk Level 6

    So itulah contoh scholarship yang diberikan. Lain university lain jumlah pengurangan yang diberikan. In other words, pelajar masih kena fork out duit sendiri untuk belajar di sana kecuali korang boleh dapatkan tajaan atau scholarship sendiri dari Malaysia masa buat degree di sana.  Otherwise kena pakai FaMa punya scholarship la. Father Mother…..hehe. 

    Rasanya cukup detail apa yang Uncle Chai post tentang K-LIP ni. Semuanya berdasarkan pengalaman yang Uncle Chai sendiri. Sekarang kalau korang nak sambung pengajian ke Korea dengan cepat, K-LIP adalah pilihan terbaik tetapi kosnya agak tinggi. 

    Untuk pertanyaan lanjut hubungi UniKL atau layari laman web mereka. Jika korang ada sebarang pertanyaan untuk Uncle Chai jawab, jangan segan jangan silu untuk bertanya. Apa yang Uncle Chai tau Uncle Chai jawab. Untuk tau susah atau senang program K-LIP ni, boleh ikuti blog Uncle Chai ni untuk mengikuti perkembangan pembelajaran dan persediaan Puteri Uncle Chai ke Korea.

    Wassalam…. 

     
    48 Comments

    Posted by on June 9, 2016 in Daughter, General Knowledge

     

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Hubungan Intim Jumaat: Malam atau siang?

    IMG_4230.JPG
    Di kalangan awam, terjadi pemahaman bahwa pada malam Jum’at itu disunnahkan. Bahkan inilah yang dipraktekkan. Memang ada hadits yang barangkali jadi dalil, namun ada pemahaman yang kurang tepat yang dipahami oleh mereka.

    Dari Aus bin Aus, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

    مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَغَسَّلَ ، وَبَكَّرَ وَابْتَكَرَ ، وَدَنَا وَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ ، كَانَ لَهُ بِكُلِّ خُطْوَةٍ يَخْطُوهَا أَجْرُ سَنَةٍ صِيَامُهَا وَقِيَامُهَا

    “Barangsiapa yang mandi pada hari Jum’at dengan mencuci kepala dan anggota badan lainnya, lalu ia pergi di awal waktu atau ia pergi dan mendapati khutbah pertama, lalu ia mendekat pada imam, mendengar khutbah serta diam, maka setiap langkah kakinya terhitung seperti puasa dan shalat setahun.”
    (HR. Tirmidzi no. 496. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih).

    Ada ulama yang menafsirkan maksud hadits penyebutan mandi dengan ghosala bermakna mencuci kepala, sedangkan ightasala berarti mencuci anggota badan lainnya.

    Demikian disebutkan dalam Tuhfatul Ahwadzi, 3: 3. Bahkan inilah makna yang lebih tepat.

    IMG_4232.JPG

    Ada tafsiran lain mengenai makna mandi dalam hadits di atas. Sebagaimana kata Ibnul Qayyim dalam Zaadul Ma’ad,

    قال الإمام أحمد : (غَسَّل) أي : جامع أهله ، وكذا فسَّره وكيع

    Imam Ahmad berkata, makna ghossala adalah menyetubuhi istri. Demikian ditafsirkan pula oleh Waki’.

    Tafsiran di atas disebutkan pula dalam Fathul Bari 2: 366 dan Tuhfatul Ahwadzi, 3: 3. Tentu hubungan intim tersebut mengharuskan untuk mandi junub.

    Namun kalau kita lihat tekstual hadits di atas, yang dimaksud hubungan intim adalah pada pagi hari pada hari Jum’at, bukan pada malam harinya. Sebagaimana hal ini dipahami oleh para ulama dan mereka tidak memahaminya pada malam Jum’at.

    وقال السيوطي في تنوير الحوالك: ويؤيده حديث: أيعجز أحدكم أن يجامع أهله في كل يوم جمعة، فإن له أجرين اثنين: أجر غسله، وأجر غسل امرأته. أخرجه البيهقي في شعب الإيمان من حديث أبي هريرة.

    As Suyuthi dalam Tanwirul Hawalik dan beliau menguatkan hadits tersebut berkata: Apakah kalian lemas menyetubuhi istri kalian pada setiap hari Jum’at (artinya bukan di malam hari) Karena menyetubuhi saat itu mendapat dua pahala: (1) pahala mandi Jum’at, (2) pahala menyebabkan istri mandi (karena disetubuhi). Yaitu hadits yang dimaksud dikeluarkan oleh Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman dari hadits Abu Hurairah.

    Dan sah saja jika mandi Jum’at digabungkan dengan mandi junub. Imam Nawawi rahimahullah menjelaskan, “Jika seseorang meniatkan mandi junub dan mandi Jum’at sekaligus, maka maksud tersebut dibolehkan.” (Al Majmu’, 1: 326)

    Intinya, sebenarnya pemahaman kurang tepat yang tersebar di masyarakat awam.

    Yang tepat, yang dianjurkan adalah hubungan intim pada pagi hari ketika mau berangkat Jumatan, bukan di malam hari. Tentang anjurannya pun masih diperselisihkan oleh para ulama karena tafsiran yang berbeda dari mereka mengenai hadits yang kami bawakan di awal.

    Wallahu a’lam.

    Wallahu waliyyut taufiq was sadaad.

    Sumber: Rumaysho.com

    IMG_4231.JPG

     
    2 Comments

    Posted by on September 5, 2014 in Agama, General Knowledge

     

    Tags: , , , , , ,

    Kenali Musa. Al-Hafiz cilik Indonesia

    Video seorang kanak-kanak kecil berusia 5 tahun setengah yang menghafaz 29 juzuk Al-Quran di dalam sebuah rancangan Hafiz Indonesia menjadi viral di laman2 sosial baru2 ini.

    Namanya mendadak popular di dunia maya kerana si Hafiz cilik yang masih belum genap berusia enam tahun ini sudah mengikuti pertandingan penghafal Al-Quran peringkat dunia di Jeddah, Arab Saudi. Mari kita ikuti sejarah kehidupan kanak-kanak hebat ini.

    20140716-081200-29520909.jpg
    Nama penuhnya Abu Musa. Kepopularannya naik mendadak selepas dia mengikuti program TV, Hafiz Indonesia. Sebelum mengikuti acara tersebut, anak kecil yang berasal dari Bangka Barat, Bangka Belitung ini sudah mengikuti beberapa pertandingan hafazan peringkat kebangsaan.

    Setelah meraih kemenangan demi kemenangan, Musa memberanikan diri menyertai pertandingan menghafal Al-Quran peringkat antarabangsa yang diadakan di Arab Saudi. Menurut bapa saudara Musa, Abu Unaisah, penyertaan Musa dalam pertandingan peringkat dunia itu adalah kerjasama antara TV penerbit Hafiz Indonesia dengan Kedutaan Arab Saudi di Jakarta.

    20140716-081325-29605188.jpg
    Mengapa Musa? Kerana anak kecil yang belum genap berusia enam tahun ini berjaya mencuri perhatian semasa mengikuti Hafiz Indonesia. Sungguh, mungkin saat kanak2 seusianya asyik bernyanyi, Musa membawa nama baik Indonesia dan agamanya di peringkat dunia.

    Bakat Musa menghafal Al-Quran memang sudah diasah sejak kecil. Sejak usia dua tahun, ayahnya, Hanafi, sudah memperkenalkan huruf-huruf Hijaiyah pada Musa. Huruf-huruf itu ditampal di dinding agar selalu diulang-ulang oleh Musa dan sampai dia hafal seluruh huruf.

    20140716-083230-30750455.jpg
    Kini pelajaran itu sudah membuahkan hasil memuaskan. Selain hafal Al-Quran rupanya Musa rajin melakukan ibadah malam seperti salat sunah.

    Jika kita fikir masa kanak-kanaknya hilang, itu salah besar. Kerana selepas subuh adalah waktu bagi Musa untuk bermain dengan teman-temannya. Hebatnya dia, di saat2 itu dia masih sempat menghafal Al-Quran.

    Ketika muncul dalam rancangan Hafiz Indonesia, Musa mengaku bahwa dia belum menghafal surat An-Nahl dan Bani Israil untuk melengkapi kemampuannya menghafal 30 Juz Al-Quran. Musa memang anak luar biasa.

    20140716-082655-30415346.jpg
    Daya ingatan dan daya tangkap Musa memang mengagumkan. Dia mampu menghafal setengah muka surat Al-Quran yang besar dalam waktu 30 minit. Tidak menghairankan, kerana semenjak masih dalam kandungan, kedua orang tua Musa rajin mengaji agar kelak anak yang lahir yakni Musa akan menjadi teladan yang begitu mengagumkan.

    Jika kita berkesempatan bertemu Musa, dia tak ubah anak kecil biasa. Dia masih suka bermain dengan anak-anak seusianya. Namun Musa sangatlah istimewa, belum genap enam tahun dia memiliki kemampuan menghafal Al-Quran. Sungguh luar biasa.

    20140716-083340-30820929.jpg
    Musa memang fasih melantunkan ayat suci yang mungkin kita belum boleh melakukannya dengan sempurna. Bahkan semenjak muncul dalam program Hafiz Indonesia, Musa sudah membuat para juri dan penonton kagum.

    Awalnya banyak yang tak percaya anak kecil ini boleh menghafal hingga 29 Juzuk Al-Quran. Namun saat diuji, dengan tenang Musa meneruskan bacaan itu dengan sempurna. Tidak sekedar menghafal, di usianya yang masih sesuai untuk bermain-main itu, Musa juga mampu melantunkan dengan tajwid yang baik. Tak hairan aksi Musa mampu membuat beberapa orang menangis terharu.

    20140716-082816-30496990.jpg
    Semasa mengikuti pertandingan hafazan Al-Quran peringkat antarabangsa di Arab Saudi, rupanya Musa menjadi peserta termuda dalam pertandingan tersebut.

    Memang ada peserta lain yang berumur 10 dan 12 tahun, tetapi prestasi Musa luar biasa. Mengikuti pertandingan antarabangsa untuk kali pertama sebagai peserta termuda, Musa mampu berada di tempat ke-12 dari 25 peserta. Bahkan Musa mendapatkan nilai Mumtaz kerana meraih 90.83 dari 100 mata penuh.

    Kesederhanaan adalah perkara yang menarik tentang Musa. Besar di daerah yang jauh dari ibukota iaitu di Bangka Barat, Bangka Belitung, membuatkan Musa tumbuh menjadi anak bersahaja yang taat agama. Semenjak kecil memang orang tua Musa sudah mengajarkan agama yang dalam berbanding usianya.

    Meskipun Musa pernah merasa bosan belajar Al-Quran ketika usianya 3.5 tahun, ayahnya, Hanafi tidak menyerah. Walaupun Musa kerap menangis, Hanafi tetap percaya bahwa agama akan menjadi landasan kuat untuk kehidupan Musa akan datang. Kerana itu Hanafi meminta bantuan seorang penghafal Al-Quran bernama Sabilar Rosyad.

    20140716-081452-29692852.jpg
    Tahukah kamu kalau Musa hanyalah anak seorang petani Yap, dalam kesederhanaan hidup mereka, secara bersahaja mereka mengingatkan semua orang bahwa kekuatan terbesar di dunia ini adalah Allah SWT dan sudah menjadi tugas umat-Nya untuk bersyukur dan senantiasa memuja nama-Nya.

    Sumber: dream.co.id

     
    Leave a comment

    Posted by on July 16, 2014 in Agama, General Knowledge

     

    Tags: , , , ,

    Proses Mengawetkan Rambut Nabi Muhammad SAW

    20140708-083235-30755715.jpg
    KEPADA sesiapa yang bakal menonton video ini, anda kemungkinan adalah antara beberapa ribu atau ratus orang sahaja yang berkesempatan melihat proses ini yang cukup agung dan ia dilakukan dengan penuh ketelitian.

    Ini adalah kerana ia adalah rakaman video proses mengawet rambut junjungan besar Rasulullah Nabi Muhammad S.A.W yang diadakan di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

    Ia dilakukan dengan begitu teliti oleh mereka yang dipilih kerana kepakaran dan kasih sayang kepada Nabi Muhammad sahaja yang berhak melakukan proses ini.

    Helaian rambut baginda disimpan oleh Shaikh Ahmad Al Khazraji dan sesekali ia dipertunjukkan kepada orang awam di rumahnya supaya mereka dapat melihat anggota badan Nabi terakhir dalam sejarah kerasulan.

    Di dunia ketika ini, hanya empat bahagian anggota tubuh Nabi Muhammad disimpan dan dijaga dengan baik di beberapa lokasi tertentu di seluruh dunia.

    Ia adalah janggut baginda, gigi baginda, bekas tapak kaki baginda dan rambut baginda.

    Bagi rambut yang berada dalam simpanan Shaikh Ahmad, ia diperolehi ketika Rasulullah bertahlul selepas tidak dibenarkan masuk ke Kota Makkah sewaktu Perjanjian Hudaibiah. – MyNewsHub

    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

     
    Leave a comment

    Posted by on July 8, 2014 in Agama, General Knowledge

     

    Tags: , , , , , , ,

    11 Foods You Shouldn’t Refrigerate

    1. TOMATOES
    20140609-072536-26736661.jpg

    2. MELONS
    20140609-072612-26772157.jpg

    3. POTATOES
    20140609-072703-26823799.jpg

    4. ONIONS
    20140609-072748-26868514.jpg

    5. COFFEE
    20140609-072828-26908438.jpg

    6. GARLIC
    20140609-072923-26963053.jpg

    7. ALCOHOL
    20140609-073000-27000937.jpg

    8. HONEY
    20140609-073104-27064928.jpg

    9. HOT SAUCE
    20140609-073149-27109477.jpg

    10. BREAD
    20140609-073244-27164794.jpg

    11. BASIL
    20140609-073324-27204025.jpg

     
    Leave a comment

    Posted by on June 9, 2014 in General Knowledge, Kesihatan

     

    Tags: , , , , , , , , , , ,