RSS

Cuci Darah: 2nd Ozone Therapy

04 Dec

Jika dua minggu yang lalu Uncle Chai dan isteri tercinta telah melakukan Ozone Therapy kami yang pertama, hari ini kami menjalani therapy sessi yang kedua pula daripada 10 sessi therapy yang sepatutnya kami lakukan. Untuk membaca tentang pengalaman pertama therapy kami itu Sila klik SINI.

Seperti sessi pertama, hari ini juga kami mengambil cuti. Selain bercuti utk menjalani ozone therapy ini, kami juga mengambil kesempatan untuk meluangkan masa sekeluarga.

Sebelah tengah hari kami keluar ke One Utama untuk lunch dan window shopping sementara menunggu jam 5:30 petang untuk menonton filem kegemaran anak Uncle ChaiHunger Game.

20131204-042641.jpg

Memang seronok bila hanya kami bertiga sahaja yang menonton filem ini. So we have the whole Gold Class Hall to ourselves. Dah macam panggung wayang sendiri….

20131204-042913.jpg

To my surprise filem ni Panjang pulak. Durasi filem ini selama 2 jam 26 minit minit! Uncle Chai bukan takut boring walaupun durasi filem ini Panjang kerana Uncle Chai juga meminati filem ini terutama pelakon utamanya Jennifer Lawrance tapi Uncle Chai takut kami akan lewat untuk temujanji Ozone Therapy pada jam 8:00 malam.

Jam 7:30 Uncle Chai menghantar SMS ke Wellness Center mengatakan kami akan lewat sedikit. Cerita ini habis jam 8:15. Kami terus bergegas untuk ke Wellness Center yang terletak di Wangsa Maju. Semasa kami dalam perjalanan, pihak Wellness Center menghubungi kami kerana kami telah pun lewat hampir 40 minit. Nasib baik mereka sedia menunggu hingga kami sampai.

Kami sampai di Wellness Center kira2 jam 9 malam. Seperti biasa kami dihidangkan dengan minuman dahulu. Puteri Uncle Chai yang bersama kami terpaksalah duduk menunggu di ruang tamu sementara menunggu kami menjalani therapy. 2 jam lamanya dia terpaksa menunggu. Kesian juga. Tambahan pula wifi di situ ada masalah sikit. Servisnya kerap terputus dan hilang. Mesti boring gila dia menunggu…

20131204-044228.jpg“Inilah tempat therapy dijalankan”

20131204-044247.jpg“Salah satu machine therapy”

20131204-044259.jpg“Machine yang telah siap dengan semua peralatan untuk digunakan”

20131204-044314.jpg

20131204-044331.jpg “Sebelum menjalani therapy berat badan diambil untuk menentukan BMI dan sebagainya”

20131204-044353.jpg “Isteri Uncle Chai telah bersedia untuk menjalani therapy”

20131204-044408.jpg

Selain berat badan dan lain2 bacaan diambil sebelum memulakan therapy, bacaan blood pressure juga diambil untuk memastikan ianya sesuai untuk menjalani therapy. Bacaan BP Uncle Chai agak rendah semasa diambil. Mungkin kerana Uncle Chai tak cukup tidur agaknya. Walaupun rendah tetapi masih boleh untuk Uncle Chai menjalani therapy. Bacaan BP juga akan diambil selepas selesai therapy.

20131204-044435.jpg

20131204-044448.jpg

20131204-044458.jpg

20131204-044531.jpg

20131204-232706.jpg

Jika semasa therapy yang pertama dahulu Uncle Chai lupa untuk mengambil gambar perbezaan darah yang keluar dan darah yang telah diozonekan masuk, kali ini Uncle Chai sempat ambil untuk tunjuk perbezaannya. Di atas adalah darah yang keluar dari tubuh Uncle Chai. Berwarna kehitaman pekat manakala gambar di bawahnya ialah darah bersih yang telah diozonekan berwarna merah bersih.

20131205-004825.jpg

Selesai proses ozoninasi tube outlet ditangan kiri Uncle Chai ditanggalkan. Tube inlet ditangan kanan masih menerima darah yang masih diozonekan. Setelah selesai kemasukan semua darah yang telah diozonekan mereka menyuntik dua bahan tambahan ke dalam darah Uncle Chai. Jika therapy pertama hanya glutathione disuntik, tetapi kali ini Uncle Chai menambahkan satu lagi bahan. Uncle Chai lupa pulak apa nama bahan tersebut dan Uncle Chai pun tak sempat nak ambil gambar. Yang pasti kedua2 bahan tambahan yang disuntik ke dalam darah itu adalah untuk beauty untuk awet muda gitu……hehe.

20131204-190124.jpg

20131204-190137.jpg “Nurse bertugas menyuntik bahan2 tambahan ke dalam darah Uncle Chai”

20131204-190153.jpg “Isteri Uncle Chai yang masih belum selesai therapy.
Dia memulakan therapy 1/2 jam lewat daripada Uncle Chai”

20131205-004844.jpg “Inilah toksin yang keluar daripada darah Uncle Chai.
Jumlahnya sebanyak 300ml”

20131205-004857.jpg “Ini pula toksin yang keluar dari darah isteri Uncle Chai yang lebih banyak daripada Uncle Chai. 500ml dan lebih ‘berbuih’ daripada toksin Uncle Chai”

20131204-190226.jpg

Seperti biasa sebelum balik kami diberikan penerangan tentang tahap darah dan kesihatan kami secara umum. Dan seperti therapy yang pertama dahulu BMI Uncle Chai  masih belum ideal.

Apakah kesan yang Uncle Chai rasainya setelah menjalani dua sessi ozone therapy ini? Jawapannya setakat ini Uncle Chai belum merasai apa2 kesan yang ketara Lagi. Cuma badan memang terasa lebih ringan dan segar. Daripada pembacaan Uncle Chai, kesan ozone therapy ini boleh nampak dan dirasai setelah menjalani 3-5 sessi therapy.

Uncle Chai juga tidak mendapat apa2 healing effect selepas therapy berbanding Isteri Uncle Chai mengalami demam kedua2 kali selepas therapy.

Tidak seperti sessi therapy pertama, sessi therapy kedua ini agak kurang selesa bagi Uncle Chai terutama di tangan kiri. Mungkin kerana tusukan jarum ditangan kiri Uncle Chai berada betul2 di zone lipatan tangan. Jadi jika tangan digerakan sedikit ada rasa kurang selesa. Tangan terpaksa lurus sepanjang 1 jam lebih. Tu yang buat tak berapa selesa.

Our next appointment adalah pada minggu hadapan.

Nota: Ramai yang bertanya tentang kos therapy ini. Untuk satu sessi tanpa pakej dan tanpa tambahan bahan lain seperti glutathione ialah RM420. Jika kita ambil pakej 10 therapy ialah sebanyak RM 3,750. Bermakna hanya RM 375 utk satu sessi therapy. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari Facebook page Q’Life Wellness Center

Advertisements
 
5 Comments

Posted by on December 4, 2013 in Uncategorized

 

5 responses to “Cuci Darah: 2nd Ozone Therapy

  1. aminur

    October 2, 2014 at 11:43 am

    salam,
    kongsikan juga pengalaman untuk cuci darah : 3rd Ozone Therapy. Nak tahu perkembangan terkini dan hasilnyer… TQ

     
  2. Aina Yusoff

    September 5, 2015 at 8:30 pm

    Hi uncle chai, kalau ambil satu sesi dah boleh ada kesan ke?

    Kesan dalam masa berapa lama boleh nampak?

    Tahan berapa lama selepas sesi pertama?

    Dari 1 sesi ke sesi ke-2, ambil masa berapa lama?

     
  3. Nurul

    September 14, 2016 at 8:54 am

    Assalamu’alaikum, nk tanya, setelah 3thn menjalani rawatan ozone terapi, adakh saudara merasa kesihatan bertambah baik?

     
    • Acai

      September 15, 2016 at 7:04 am

      Wsalam. Jika buat berterusan memang ada perubahan. Saya dah lebih setahun tak buat kerana kesuntukan masa dan tak ada kawan. Isteri saya akan demam sedikit selepas setiap kali rawatan so dia dah malas nak buat kerana kena ambil cuti tiap kali selepas rawatan. But it is highly recommended

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: