RSS

Category Archives: Bolasepak

Piala Malaysia: Johor DT vs Kelantan

20130929-100203.jpg

Malam tadi berlangsung perlawanan suku akhir peringkat pertama Watson Piala Malaysia 2013 antara pasukan Uncle Chai Johor Darul Takzim dengan musuh utama Kelantan. Perlawanan berlangsung di Stadium Tan Sri Datuk Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor.

Perlawanan ini boleh dikatakan sebagai perlawanan ulangan akhir Piala FA. Dalam perlawanan akhir tersebut, JDT tumpas tipis 0-1 yang membolehkan Kelantan mengekalkan kejuaraan Piala FA milik mereka.

20130929-100505.jpg

Perlawanan ini juga menarik kerana kedua2 pasukan mempunyai permusuhan yang Uncle Chai sendiri tak tau macam mana boleh wujud. Mungkin kerana kemarahan penyokong pasukan The Red Warrior (TRW) kerana JDT berjaya mencuri penyerang kesayangan mereka Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo.

Perlawanan ini menjadi tambah menarik terutama bagi peminat kedua2 pasukan yang mahu menyaksikan penampilan Mat Yo selepas kontroversi video isteri beliau memaki dan menyerang pengawal keselamatan di Subang Skypark tersebar secara meluas di internet.

Tak tau siapa yang upload video yang dirakam sendiri ini di internet. Ada yang mengatakan ianya disebarkan oleh penyokong TRW dgn tujuan untuk mengganggu persediaan Mat Yo menghadapi perlawanan yang penting ini.

Sebelum kita pergi jauh tentang perlawanan semalam, Uncle Chai nak sentuh sikitlah tentang kontroversi isteri Mat Yo ni. Pada Uncle Chai isteri dia memang bersalah dan kurang ajar. Memandang rendah pada orang lain dan tak menghormati orang tua. Siap mengaku keretanya tu milik kerabat DiRaja lagi. Perasan…! Lepas tu siap keluar statement nak saman Pakcik Guard tu lagi. Dalam kes ini Uncle Chai berpihak pada Pakcik Azman tu.

20130929-094030.jpg

Beberapa hari lepas isteri Mat Yo ni ada keluar statement di akhbar meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas kesalahannya. Boleh tahan juga eksen minah ni. Bukan dia nak minta maaf pada Pakcik tu tapi minta maaf pada rakyat yang takde kena mengena dengan kes mereka.

20130929-094538.jpg

Balik pada perlawanan semalam yang disiarkan secara langsung oleh Astro Arena, Uncle Chai boleh katakan yang ini adalah antara aksi terbaik yang dipamerkan oleh JDT. Sebelum perlawanan Uncle Chai tak berani nak predict siapa yang akan menang. JDT performance mereka yo-yo sikit. Kadang2 okay kadang2 hampeh!

JDT juga terkenal dengan defense yang tidak boleh beraksi secara consistent untuk 90 minit. Selalu mereka akan buat mistake untuk membolehkan lawan menjaringkan gol. Mereka juga selalu kalah pada pasukan yang boleh dikatakan lemah. Aksi terakhir mereka diperingkat kumpulan dalam Piala Malaysia ni ketika menentang PKNS yang mereka hanya perlu seri sahaja pun mereka kalah 0-2. Di tempat sendiri pulak tu. Nasib dapat advanced ke quarter final ni.

Tengok persembahan mereka menentang PKNS tu, Uncle Chai dah give up. Memang tak boleh pergi jauh dalam saingan Piala Malaysia ni. Lawan mereka pasukan Kelantan pulak tu. Uncle Chai siang2 dah angkat tangan kata yang Kelantan easily boleh kalahkan JDT. Sampai Uncle Chai dah cakap pada diri Uncle Chai, buang duit beribu aku belanja beli jersey dan baju2 original JDT. Kalau aku tau, tahun depan je aku support dia orang.

20130929-094831.jpg

Walaupun Uncle Chai tak confident JDT boleh menang malam ni, still Uncle Chai pakai tshirt Harimau Selatan Uncle Chai untuk ke restaurant. To my surprise, permainan JDT sgt baik. Teratur, tersusun dan more organized.

Mereka mendahului seawal minit keempat melalui free kick yang disempurnakan dengan cantik oleh Jasazrin. Memang tepat, padat dan cantik pada Uncle Chai jaringan tersebut. Perlawanan juga exciting dengan kedua2 pasukan berbalas serangan.

Pemain yang sedang dilanda controversy dan yang paling dibenci peminat hard core TRW Mat Yo menambah jaringan hasil dari rembatan kencang Safee Sali yang hanya mampu ditepis penjaga gol TRW.

20130929-095256.jpg

Sebelum Kelantan merapatkan kedudukan dua minit kemudian hasil deflection rembatan Piya yang terkena kaki captain JDT malam semalam, Aidil. Safee Sali mempunyai peluang yang paling banyak dalam perlawanan ni. Dia boleh meletakan JDT di depan lagi apabila JDT diberikan sepakan penalti, bila dia dijatuhkan Apek. Tapi apa punya cangkul dia rembat ke arah mana yang Apek nak terjah. Memang frust giler.

Lucky JDT berjaya menambah jaringan melalui Safiq Rahim yang menerima lorongan bijak daripada Mat Yo.

20130929-095452.jpg

Second half TRW sekali lagi berjaya merapatkan kedudukan menerusi tandukan kencang pemain import mereka yang masih menerjah jaring walaupun berjaya ditepis Most Stylish Player atau Man of The Match, Al-Hafiz.

Dengan kedudukan 3-2, JDT perlu mencari goal cushion yang lebih selesa sebagai bekalan untuk ke Kota Bharu minggu depan membuat pertukaran yang tepat dengan memasukan Nunes. Hasilnya dia berjaya menambah luka TRW dengan ledakan free kick yang cantik. Uncle Chai tau gol sebegini yang dicari2 Nunes sepanjang dia bermain dalam Liga M ni. Dia dah biasa jaringkan gol menerusi dead ball situation semasa bermain di kelab lamanya di Argentina.

20130929-095715.jpg

Akhirnya JDTberjaya menewaskan TRW 4-2. Kelebihan dua gol yang pada Uncle Chai belum cukup untuk mereka ambil mudah perlawanan timbal balik minggu depan. It is still anybody’s game. Kalau 3 gol tu Uncle Chai confident sikit. TRW ni pun unpredictable. Main kat tempat sendiri pulak tu. They need to win by more than 2 goals to qualify for semifinal.

20130929-095921.jpg

Pada Uncle Chai team mana yang perform better dalam perlawanan tu nanti dia yang akan layak. Masih terbuka untuk kedua2 pasukan. Kalau JDT berjaya bermain sebaik malam semalam atau lebih baik lagi sudah tentu mereka akan ke semifinal. Yang paling menarik ialah permainan baik yang ditujukan oleh JDT semalam. Pujian memang harus diberikan atas aksi mereka semalam.

Uncle Chai masih happy dengan kemenangan semalam walaupun confident untuk JDT Mara ke semifinal masih belum ada. Masih 50-50. Apa pun, keep up the good work semoga mampu keperingkat separuh akhir. Mari kita saksikan imbasan perlawanan semalam dengan gol2 yang menarik ini.

:: Luaskan Kuasamu Johor ::

[All Match Photos credit to ThePhotoshooterz] 20130929-100041.jpg 20130929-100103.jpg 20130929-100118.jpg

 
Leave a comment

Posted by on September 29, 2013 in Bolasepak

 

Tags: , , , , , , , , , , ,