RSS

Monthly Archives: September 2012

Copy Paste #3: 10 Petua Menjadi Isteri Solehah

20120912-015942.jpg

Umamah binti Harith berkata kepada anak perempuannya yang bakal melangsungkan pernikahan dengan seorang Raja Yaman iaitu Al-Harith bin Amru.

” Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu sepuluh perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam rumahtangga nanti”

Sama-sama kita renungkan dan ambil iktibar..

1- Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk.

Jangan melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh suami. Malaikat akan melaknat si isteri sehingga waktu subuh seandainya si suami tidur dalam keadaan marah terhadap isteri.

20120912-025154.jpg

2- Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu..

Selalulah melakukan perkara yang disukainya, pasti si suami akan bertambah sayang. Kalau suami suka makan asam pedas, masaklah asam pedas, jangan masak gulai tempoyak pula. Kalau suami suka warana biru, berhiaslah dengan warna biru, jangan berhias dengan warna kelabu pula.

20120912-023209.jpg

3- Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.

Berlembutlah dengan suami. Kalau berlaku pertengkaran, selesaikan dengan berhemah. Jangan sampai periuk belanga di dapur itu yang menjadi mangsa. Kalau suami terkhilaf, tegurlah dengan hikmah kerana lelaki mempunyai ego. Tidak mahu dilihat lemah dihadapan perempuan. Maka, berlembutlah.

20120912-024617.jpg

4- Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik.

Kerana itulah seorang isteri itu lebih digalakkan untuk berada di rumah. Rumah merupakan tanggungjawab isteri. Dialah yang akan menjadikan suasana sesebuah rumah itu seperti syurga dunia atau neraka dunia. Bayangkan, jika si isteri bekerja sehingga lewat malam, pasti dia tidak akan mempunyai masa untuk menguruskan rumahtangga dengan baik dan ini boleh menimbulkan perbalahan.

20120912-033116.jpg

5- Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.

Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)

Ketika si suami keluar bekerja, peliharalah maruah dirimu. Jangan menjemput orang asing ke rumah sesuka hati. Kata orang, apabila kita berkahwin, kita bukan hanya berkahwin dengan pasangan kita tetapi juga berkahwin dengan keluarganya. Peliharalah maruah diri suami dan keluarganya. Jangan menceritakan aib mereka kepada orang lain.

20120912-044538.jpg

6- Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.

Orang perempuan ni memang suka bercerita tetapi hati-hati jangan sesekali menceritakan tentang suami kita kepada orang lain. Khuatir ada yang jatuh cinta dengan suami kita pula. Kalau suami kita menyuruh kita melakukan sesuatu, taatilah dia selagi mana permintaannya itu tidak melanggar hukum syarak.

20120912-031002.jpg

7- Jagalah waktu makannya dan waktu beristirahat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan.

Air tangan seorang isteri mampu memikat hati suami. Jagalah makan minumnya, jangan sampai dia keluar mencari makan di kedai mamak.

20120912-041154.jpg

8- Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.

Bersama-samalah suami dalam senang dan susah. Jika dia bergembira, anda perlulah menunjukkan anada juga gembira. Dan jika dia bersedih, pujuklah hatinya agar tenang semula supaya dia tahu anda akan selalu bersamanya.

20120912-025757.jpg

9- Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu.

Isteri yang baik adalah isteri yang berhias dan bersolek cantik ketika berada di rumah. Bukannya bersolek dan berhias sakan ketika berada di luar rumah. Ada isteri yang kurang prihatin, apabila dia berada di rumah, badan berbau bawang dan rambut kusut-masai. Suami yang penat bekerja, bertambah penat melihat sikap si isteri. Anehnya, bila keluar ke pasar, amboi..cantik mengalahkan Miss Universe.Hihi..

20120912-053416.jpg

10- Jadikanlah dirimu sebagai amah kepadanya, nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu.

Syurga seorang isteri dibawah tapak kaki suami. Teringat kisah ketika zaman Rasulullah, terdapat seorang wanita pada zaman itu yang dikatakan akan mendahului puteri nabi, Fatimah ketika masuk ke syurga. Wanita itu akan berjalan dihadapan Fatimah kerana beliau yang akan memegang tali kuda yang ditunggangi puteri Nabi itu. Ia merupakan ganjaran baginya kerana menghambakan hidupnya hanya untuk suaminya.

20120912-032950.jpg

Demikianlah 10 petua daripada Umamah untuk anaknya yang boleh kita jadikan panduan untuk menjadi isteri solehah.

Sabda nabi:

“Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai”.

Apa yang penting, suami isteri tahu peranan masing-masing dalam hidup berumah tangga. Sikap tolak ansur dan saling memahami akan mewujudkan sebuah keluarga yang mawaddah dan penuh rahmah. InsyaALLAH..

20120912-054243.jpg
Suami yang bahagia dilayan isteri-isteri yang solehah. Tuah badan…

*Credit: Rindok Blog

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on September 12, 2012 in Agama, Copy Paste

 

Tags: , ,

Raja-Raja Melayu Menentang Kemerdekaan?

20120904-044404.jpg

MENDERHAKA NOT MERDEKA – says the pro Sultan Ungku

The leader of the Johore Malay National Association, Ungku Abdullah Bin Ungku Omar, said here today that the Alliance’s Merdeka mission to London was really a Menderhaka mission.

The mission was unconstitutional, he said, because it was against the Rulers’ will.

Ungku Abdullah was on his way back to Johore Bahru from Ipoh, where he met the Sultan of Perak in his mission to warn the Rulers of the need to guard their sovereignty against the Alliance.

He is due in Kuala Lumpur next week to continue his discussion with the Sultan of Selangor.

The Malay chiefs in Perak, Johore and the other states he said, had told him that the Rulers did not agree to the Merdeka mission.

My Sultan

He added: “My Sultan does not want independance, for his state (Johore) is already independant

“The Sultan of Johore is not concented in who will represent him and his brother Rulers at the talks”

The UMNO’s attempt to gag the Sultan of Johore was an infliration of menderhaka, he said.

He charged that the fundamental priciples of a democratic party were absent in the UMNO.

* Menderhaka is the Malay word for treachery

Terjemahan:

MENDERHAKA BUKAN MERDEKA – kata pro Sultan Ungku

Ketua Johore Malay National Association, Ungku Abdullah Bin Ungku Omar, hari ini berkata misi Merdeka ke London oleh Perikatan adalah sebenarnya misi Menderhaka.

Misi tersebut tidak mengikut perlembagaan, katanya, kerana ianya bertentangan dengan kehendak Raja-raja.

Ungku Abdullah yang dalam perjalanan pulang ke Johore Bahru dari Ipoh, di mana beliau menghadap Sultan Perak dalam misinya memberi amaran kepada Raja-raja Melayu tentang keperluan mereka mempertahankan kedaulatan mereka dari Perikatan.

Beliau dijangka akan berada di Kuala Lumpur minggu hadapan untuk meneruskan perbincangannya dengan Sultan Selangor.

Pemimpin-pemimpin Melayu di Perak, Johore dan negeri-negeri lain, katanya, telah memaklumkan pada beliau bahawa Raja-raja Melayu tidak bersetuju dengan misi Merdeka tersebut.

Sultan Saya

“Sultan saya tidak mahukan kemerdekaan kerana negeri baginda (Johore) sudah pun merdeka” tambahnya.

“Sultan Johore juga belum memutuskan siapa yang akan mewakili baginda dan Raja-raja Melayu yang lain dalam perbincangan tersebut”

Percubaan UMNO untuk menutup mulut Sultan Johore juga adalah satu penderhakaan, katanya.

Beliau mendakwa UMNO tidak mempunyai prinsip fundamental sebuah parti politik yang demokratik.

20120904-055152.jpg

20120904-063535.jpg

20120904-055551.jpg

SULTAN’S JUBILEE ENDS ON BITTER NOTE

JOHORE BAHRU, September 17 (AAP-Reuter)-A day of gay celebration ended in a bitter note tonight when Malaya’s first elected Government boycotted the celebration of the diamond jubilee of the Sultan of Johore.

Earlier the 82-years old Sultan had, from his throne room, criticised the cry for “Merdeka” in Malaya and warned that when the British left, the Communists would take over.

Tengku Abdul Rahman, the Federation’s first Chief Minister, immediately withdrew with his Ministers from any further part in the five-day celebrations.

He had been present in the throne room to hear the attack on what is a basic plank in the Alliance Government’s platform.

Observers here regard the Alliance’s decision as indicating a serious worsening in relations between the elected Government and the hereditary rulers of the Malaya States.

The Alliance has promised an independent Commission to examine the final status of State Rulers.

Guests were startled when the Sultan accused the population of not helping rid Malaya of Communist terrorism.

He made a vehement attack on Malayans for not co-operating with the British.

In Johore Bahru itself there were long periods of silence as the Sultan drove through the crowded streets.

*Above Newspaper cuttings source: Kamal Hisham Jaafar

20120904-071215.jpg

20120904-071428.jpg

20120904-071532.jpg

20120904-071611.jpg

MUTIARA KATA:

 
2 Comments

Posted by on September 4, 2012 in Uncategorized

 

Tags: , ,