RSS

Tag Archives: wifi

Goodbye Unifi Welcome Maxis Fibre

Hari ini seperti dijanjikan oleh Maxis, technician mereka akan datang untuk membuat installation wifi mereka jam 9:30 pagi.

IMG_4179.JPG

Uncle Chai membuat keputusan untuk berhijrah daripada Unifi ke Maxis kerana sudah fed up gila dan marah dengan TM.

Lately TM selalu potong wifi Uncle Chai hanya kerana ada bill outstanding cuma sebulan sahaja. Uncle Chai memang biasanya ada outstanding sebulan atau dua tetapi tak pernah pulak kena potong. Tiba-tiba TM jadi strict pulak. Bila keluar bill baru kalau bill bulan lepas belum bayar, dia orang potong…!

Dua bulan berturut-turut wifi Uncle Chai kena potong hanya disebabkan ada outstanding sebulan kemudian mereka charge RM10 untuk reconnection, Uncle Chai pun jadi marah! Uncle Chai pernah sound customer service TM. Mereka hard up sangat ke nak untung dengan reconnection fee tu? Dah tak ada duit sangat ke TM?

Beberapa minggu lalu, orang Maxis call Uncle Chai dan offer their services. Seperti orang mengantuk disorong bantal bila Uncle Chai dapat call daripada mereka. Walaupun sebelum ni dia orang ada call dan offer siap dgn IPTV sekali tapi Uncle Chai not interested. Kali ni memang dia orang lucky.

Offer mereka pun menarik. RM 148 untuk 10Mbps. Kurang RM 1 dan double the speed daripada Unifi. Tak banyak tanya Uncle Chai terus setuju.

Hari ini masa yang ditunggu pun tiba. Uncle Chai set reminder pada Handphone Uncle Chai untuk pemasangan ini. Habis reminder di Handphone Uncle Chai berbunyi, Handphone Uncle Chai pun berdering. Technician Maxis telah pun berada di depan rumah. Wow…..! Very impressive. On the dot!. Hebat!

Perkhidmatan Unifi Uncle Chai pun telah disconnected beberapa hari lepas. Memang cantik timing. Pergi mamposlah TM nak disconnect. Ada aku kesah…..!

IMG_4689.JPG

Maxis Technician configuring their service

Mereka menggunakan modem dan infra Unifi yang sedia ada. Mereka hanya menukar router sahaja. Wiring Unifi digunakan balik. Disebabkan menggunakan infra Unifi, kolaborasi dengan technician TM.

IMG_4697.JPG

Collaboration between TM & Maxis

 

IMG_4695.JPG

TM Technician assisting Maxis Technician

The only downside Uncle Chai kena pergi ke TM Point untuk terminate service Unifi. Ini ada leceh sikit. Nak ke TM Point, ambil nombor, tunggu giliran akan membuang masa Uncle Chai. Tak apalah. Bila-bila free Uncle Chai pergi ke TM Point.

Yang penting hati puas. Padan muka kau Unifi and TM. Nak sangat untung dengan reconnection fee akhirnya hilang satu subscriber. ADIOS AMIGOS…..!!!

Advertisements
 
18 Comments

Posted by on August 12, 2014 in Cerita ku, Uncategorized

 

Tags: , , , , ,

Bagaimana Menukar Password Unifi

Uncle Chai mempunyai masalah dengan kecurian penggunaan wifi di restoran Uncle Chai baik oleh orang ramai mau pun oleh pekerja2 sendiri dan pekerja2 jiran. Apa yg selalu Uncle Chai lakukan untuk mengelakan kecurian penggunaan tersebut, Uncle Chai akan off router.

Tetapi bila router off masalah lain pula timbul. Uncle Chai tak dapat nak akses CCTV. Setahu Uncle Chai hanya TM sahaja yg boleh tukar password Unifi dan kita dikenakan caj untuk itu.

Tak berpuas hati Uncle Chai cuba Google samada kita boleh menukar password Unifi kita sendiri. Rupanya memang kita boleh tukar password Unifi kita. Uncle Chai kongsikan cara2 untuk menukar password Unifi untuk mereka2 yang tidak tahu.

Langkah 1: Login Pada Router

Pertama kita perlu login pada router kita. Untuk tujuan ini buka Internet Explorer atau Firefox atau Chrome atau apa juga web browser yang anda gunakan untuk mengakses internet.

Kemudian taip http://192.168.0.1 dalam address bar untuk melayari web server router. Router kita sebenarnya mempunyai web page sendiri yang membolehkan kita configure router kita tetapi web page ini hanya dapat diakses dan dilihat didalam home network kita sahaja so jangan takut ianya digodam.

20140213-020907.jpg

Bila kita memasuki web page browser itu kita akan dapat melihat apa yang tertera spt gambar di atas. Masukkan admin untuk username. Untuk password pula gunakan default password yg diberikan Unifi. Jika anda tidak pasti apakah passwordnya lihat dibawah router yg dibekalkan Unifi dan cari 8 digit PIN. Tetapi jangan keliru dgn password Unifi pula. Password router ini hanya untuk mengakses router sahaja. Untuk kes router Uncle Chai ianya tertera Leave Blank jadi Uncle Chai tak perlu memasukan apa2 password.

Langkah 2: Akses Wireless Setup Configuration

20140213-021005.jpg

Bila kita sudah logged onto router kita klik pada butang Wireless Setup menu pada sebelah kiri.

Langkah 3: Manual Wireless Configuration

20140213-021053.jpg

Kemudian cari dan klik Manual Wireless Connnection Setup. Ini akan membawa kita ke manual configuration page untuk setting Wi-Fi kita.

Langkah 4: Tukar Password

20140213-021255.jpg

Sekarang pergi ke bawah page tersebut dan cari dimana WPA/WPA2 Network Key berada. Disinilah tempatnya anda menukar password Unifi anda daripada yang sedia ada kepada yang baharu. Disini juga anda boleh melihat password lama Unifi anda jika anda terlupa.

Cara penukaran password ini adalah untuk standard Dlink dir-615 router, tetapi secara umumnya ianya sama dengan router-router yang lain. Anda hanya perlu mencari lebih sedikit dalam administrator panel untuk router lain.

Untuk mengelakan kita daripada terlupa password baru Unifi yang telah ditukar tadi, Uncle Chai cadangkan tulis dan lekatkan dibawah router untuk rujukan.

Selain password kita juga boleh menukar Wireless Network Name atau SSID. SSID untuk restoran Uncle Chai yang diberikan secara default oleh Unifi ialah fairuz. Uncle Chai telah menukarnya kepada yang lebih dekat dengan identiti restoran Uncle Chai iaitu Nama restoran FaiRuzKitchen.

Akhir sekali klik pada butang Save Settings dan reboot untuk langkah keselamatan.

Sekarang semua peranti yang telah diset menggunakan password lama perlu memasukan password baru ini.

Mudah bukan? Uncle Chai tak sangka ianya semudah itu dan boleh dilakukan sendiri. Kalau Uncle Chai tau dah lama Uncle Chai selalu tukar password untuk mengelakan kecurian penggunaan.

Untuk keselamatan tambahan Uncle Chai menasihatkan anda untuk menukar juga admin password untuk router anda.

Sekarang bila dah tau dan berjaya menukar password Unifi restoran Uncle Chai, tak perlu lagi Uncle Chai takut2 berlaku kecurian penggunaan terutama oleh pekerja sendiri dan pekerja jiran. Mereka ni kerap leka melayari internet semasa bekerja.

 
23 Comments

Posted by on February 13, 2014 in Technology

 

Tags: , , , ,