RSS

Tag Archives: tomyam

Hari Pertama Kembali ke Malaysia

Setelah 2 minggu berada di Korea dengan misi membantu puteri kami dan rakan2 K-LIP UniKL yang baru ke sana, we are back in KL. Perbezaan cuaca yang jauh berbeza amat terasa. Cuaca di Korea sepanjang 2 minggu paling tinggi 0 celcius dan paling rendah sepanjang di sana ialah -8. Sejuk tapi sedap. I really like  the weather there. Sampai sini panas 37 degrees. 

First thing kami buat selepas sampai di rumah, selepas letakan semua beg2 dalam rumah, kami ke mamak. Rindu mamak…haha. Pekena mee goreng mamak dan teh tarik. Nikmat…

Malam sebelum keluar dinner, kami just lepak2 atas katil melepaskan penat dan jet lag


Sementara itu puteri kami dibawa bersiar2 di Gwahangmun oleh 도우미 (helper) beliau. Mereka ditemani rakan sebilik puteri kami Ain dan rakan K-LIP, Jeslyn. Ain dari Batu Pahat, Johor manakala Jeslyn dari Ipoh, Perak. 

도우미 atau helper adalah pelajar senior yang ditugaskan oleh pihak KyungHee University untuk membantu pelajar2 luar negara. Tugas mereka bukan sahaja terhad di Universiti malahan perlu membantu dalam semua hal luar universiti sepanjang mereka menuntut selama 6 bulan ini. 도우미 puteri Uncle Chai mengikuti program Bahasa Sepanyol di universiti. 

Kembali di sini, jam 12 tengah malam kami keluar dinner di Restoran Vicchuda. Salah sebuah restoran masakan Siam yang terkenal. Rindu tomyam pulak. Lama tak kena tomyam, salah satu makanan kegemaran Uncle Chai

Orang Malaysia tekak Malaysia. Mana pun kita pergi tetap selera Malaysia. Mesti rindu masakan2 Malaysia. 

Esok kami akan lunch bersama adik beradik dan keluarga mereka di rumah kakak Uncle Chai di Shah Alam. Selain menyambut kepulangan kami dari Korea, lunch dan gathering ini untuk meraikan kepulangan adik Uncle Chai dan keluarganya dari Perth, Australia. 

Adik Uncle Chai telah menjadi warganegara Australia beberapa tahun lamanya. Dia berhijrah selepas suaminya mendapat tawaran pekerjaan di salah sebuah investment bank di sana. 

Ok, cukup untuk hari ini. Bertemu lagi dalam post akan datang. Wassalam…

 
Leave a comment

Posted by on December 30, 2016 in Family

 

Tags: , , , , , ,