RSS

Tag Archives: Seoul

Completed K-Lip Program

Hari ini puteri Uncle Chai completed her K-Lip program setelah mengikutinya selama 14 bulan. Walaupun program ini asalnya adalah 12 bulan iaitu 6 bulan di UniKL dan baki 6 bulan lagi di Kyung Hee University, Korea, tetapi pihak Kyung Hee telah bermurah hari memberikan extra 1 bulan setengah tanpa kos tambahan kepada pelajar2 batch pertama ini. 

Sebenarnya bukanlah free atau tiada kos tambahan seperti yang Uncle Chai tulis di atas tetapi ia adalah sebagai ganti kepada mata pelajaran matematik yang sepatutnya mereka belajar di sana. Oleh kerana mata pelajaran matematik tidak diajar kepada mereka disana, dan kami telah membayar yuran untuk mata pelajaran matematik, pihak universiti menggantikan dengan lanjutan pelajaran Bahasa Korea untuk sebulan setengah. 

Perbincangan bersama dekan


Mereka mula belajar di Kyung Hee Universiti pada 13 Disember 2016 dan berakhir semalam 9 Ogos 2017. Mereka juga telah menduduki dua peperiksaan TOPIK sepanjang disana. Yang pertama pada bulan March dan yang kedua pada bulan Julai lalu. 


Alhamdulillah puteri Uncle Chai berjaya memperbaiki keputusan TOPIK beliau melalui TOPIK yang kedua. TOPIK pertama puteri Uncle Chai hanya memperolehi Level 4 manakala untuk TOPIK kali kedua beliau berjaya mendapat Level 5 dan hanya kurang lima markah untuk mendapat Level 6.  InsyaAllah, puteri Uncle Chai akan mengambil sekali lagi TOPIK. Kali ini hanyalah untuk personal satisfaction sahaja. Dia berazam untuk mendapat highest level possible. Untuk cerita lanjut tentang keputusan TOPIK yang lalu, rujuk post sebelum ini. 


Tahniah diucapkan kepada semua pelajar2 batch pertama K-Lip. Banyak kejayaan dan kecemerlangan yang telah mereka lakukan sepanjang belajar di Kyung Hee University hingga mendapat pengiktirafan Dekan dan pihak universiti. Mereka telah meletakan bench mark yang tinggi untuk diikuti oleh pelajar2 batch yang akan datang. Mereka juga telah menunjukan yang pelajar Malaysia bukan calang2 pelajar. 

GOOD JOB GUYS. YOU ALL HAVE MADE US PARENTS AND MALAYSIA PROUD!

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on August 10, 2017 in KLIP

 

Tags: , , , , , , ,

K-LIP – Sudah Tukar ke Lapan Bulan

Dah lama Uncle Chai tak update blog ini. Uncle Chai agak sibuk dan Uncle Chai lebih kepada Vlogging sekarang. Kalau sesiapa nak tengok vlog Uncle Chai boleh subscribe Channel YouTube Uncle Chai di link berikut:

Uncle Chai TV
Minggu lepas Uncle Chai bersama parents kawan2 puteri Uncle Chai iaitu Batch Pertama K-LIP UniKL yang sekarang sedang berada di Korea mengadakan mesyuarat dengan pihak UniKL. 

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk meminta nasihat dan bantuan pihak UniKL tentang hala tuju anak2 kami di peringkat ijazah selepas mereka tamat program K-LIP di Kyung Hee University Jun nanti. 

Walaupun mesyuarat kami agak tegang di peringkat permulaan, kami tidak pasti mengapa wujud ketegangan tersebut. Tak semena2 kami dimarahi oleh Mr. Qwon atas sebab yang kami sendiri tidak pasti. 

Outcome mesyuarat tersebut Uncle Chai akan share dalam entri seterusnya. 

Uncle Chai difahamkan oleh seorang pembaca blog Uncle Chai, Farhan namanya, yang program K-LIP UniKL ini sekarang memakan masa 8 bulan bukan lagi 6 bulan di UniKL seperti batch pertama puteri Uncle Chai dahulu. 

Didalam mesyuarat kami, Uncle Chai ada bertanya tentang perkara ini kepada pihak UniKL. Memang benar program ini telah dilanjutkan kepada 8 bulan. 

Tujuannya ialah supaya tiada gap selepas tamat program K-LIP di Korea dengan kemasukan universiti sana nanti. 

Uncle Chai ambil contoh kes batch pertama. Mereka tamat program K-LIP pada bulan June nanti dan peperiksaan TOPIK akan diadakan pada bulan Julai. Kemasukan atau intake untuk program ijazah universiti2 di Korea adalah pada bulan September. Bermakna akan ada gap selama lebih kurang dua bulan. 

Walaupun mereka tidak perlu pulang ke tanah air kerana dalam tempoh gap dua bulan tersebut, pihak Kyung Hee University akan mengadakan kelas bahasa tambahan untuk mereka sebagai ganti kepada kelas mathematics yang tidak dijalankan sebagaimana sepatutnya sepanjang tempoh 6 bulan mereka di sana. 

Sebagai pengetahuan, universiti di Korea mempunyai dua intake. First intake adalah pada bulan Mac dan second intake adalah pada bulan September. So batch puteri Uncle Chai akan masuk universiti untuk second intake

Jadi bila UniKL melanjutkan program K-LIP kepada 8 bulan, maknanya Just nice untuk intake universiti nanti. Contoh pengambilan K-LIP UniKL bulan June, mereka tamat pada bulan Februari tahun berikutnya. Kemudian belajar lagi 6 bulan di Kyung Hee Universiti, bermakna mereka tamat bulan Ogos. Just nice untuk second intake universiti Korea iaitu bulan September. 

Uncle Chai rasa info terbaru tentang program K-LIP yang dilanjutkan hingga 6 bulan ini betul. Jika salah harap pihak UniKL perbetulkan. 

Sekian dulu untuk entri ini. Uncle Chai akan menyusul dengan entri2 lain jika masa mengizinkan. 

 
5 Comments

Posted by on April 30, 2017 in Daughter, Korea

 

Tags: , , , , , ,

Last Day In Korea


Hari ini adalah hari terakhir untuk Uncle Chai dan isteri di Korea. Flight kami dari Busan ke KL akan berlepas jam 10:35 pagi waktu Korea dan sampai jam 4:10 petang waktu Malaysia di KLIA2. 

Setelah bersiap kami makan simple breakfast dalam bilik. Roti dan doughnut yang kami beli malam semalam selepas dinner. 

Jam 8 kami keluar ke Stesen Sasang yang terletak dihapadan hotel penginapan kami, Sense Motel. Memang benar seperti review yang  Uncle Chai baca tentang Motel ini sebelum buat keputusan untuk menginap di sini. Lokasinya bagus untuk mereka yang akan menaiki kapalterbang untuk pulang. 

Perjalanan dari Sasang Stesyen menaiki Busan-Gimhae LRT menghala Kaya Universiti hanya mengambil masa 6 minit sahaja. Fare hanya ₩1,350 sahaja. 

Satu masalah vending machine tiket di LRT ni ialah kena guna exact amount untuk beli tiket mahu pun top Up T-Money. Uncle Chai hanya perlu top Up seorang ₩2,000 sahaja untuk ke Gimhae International Airport. Uncle Chai tak mau top Up lebih2. Membazir duit dalam tu. Sini pun tak ada machine untuk refund balik baki dalam T-Money

Uncle Chai suruh isteri tukar duit ₩5,000 kepada duit kecil ₩1,000 di Cafe hadapan machine tu. Malangnya mereka tak mau tukarkan. Semalam masa tukar pun Cashier tu dah cakap actually mereka tak benarkan tapi nasib kami baik. Hari ni nasib tidak baik…

Uncle Chai minta tolong dengan seorang lelaki tempatan yang baru lepas top Up card dia. Niat nak tanya dia ada tukar duit kecil. Akibat masalah komunikasi, ayam dan itik, mamat tu pergi masuk dan top Up T-Money isteri Uncle Chai ₩5,000. Hawau….

Then Uncle Chai dapat idea untuk beli one way tiket sahaja untuk Uncle Chai. Jimat! Tak pasal2 beberapa ribu ₩ sangkut dalam T-Money isteri Uncle Chai. Tak apalah. Still boleh guna untuk our next visit. 

Perkara pertama bila kami sampai di Gimhae International Airport, Busan ialah mencari timbang. Kami nak timbang check-In luggage kami. Tengok secara fizikal, dengan kebesaran beg nampak macam melebihi 30kg. Uncle Chai cuma beli luggage 30kg sahaja. Risau juga. Fobia sikit lepas kena bayar RM500 untuk access 10kg masa puteri Uncle Chai pergi Korea tempoh hari. 1kg access kena RM50 tu!

Bila ditimbang, berat beg hanya 25kg! Rasa tak percaya. Tapi lega gila bila tengok it is well beyond 30kg. Kalau tak tepat pun lari 1-2kg je. Bila kami check-in rupanya betul berat hanya 25kg. Maybe walaupun beg kembong dan besar, tapi tak seberat yang dijangka kerana isinya hanya baju2 sahaja. 

Waktu ini jam baru pukul 9 pagi. Kami kena masuk ke departures hall jam 9:45 pagi. So kami ada masa 45 minit. Kami lepak minum di Cafe dalam airport. 

Pemeriksaan masuk berjalan lancar walaupun isteri Uncle Chai terpaksa membuka boots beliau semasa pemeriksaan kerana ada buckle besi. 

Untuk proses pengesahan pasport pula agak lama. Panjang queue. Akhirnya kami sampai Gate 5 ngam-ngam time boarding. 

It was a smooth fly. Betul atau tak Uncle Chai tak berapa pasti. Itu yang Uncle Chai rasa sebab throughout the flight Uncle Chai tidur….haha. Memang Uncle Chai plan untuk tidur sepanjang flight. Takut boring. Thats why Uncle Chai tidur lambat malam semalam. Hanya 2 hours sleep. Layan TV. 

Sampai bila stewardess nak serve our prebook meals mereka terpaksa kejutkan kami. Suami isteri tidur…

Yang  Uncle Chai pelik sikit ialah Uncle Chai  boleh terjaga walaupun stewardess tu kejut dengan hanya memanggil lembut nama Uncle Chai. Sayup-sayup Uncle Chai dengar suara lembut memanggil. “En. Mohd Faisal…En. Mohd. Faisal…” Merdu suara seolah-olah bermimpi…

Akhirnya kami touchdown di KLIA2 5 minit sebelum jam 4. Awal 15 minit daripada schedule. Alhamdulillah…

Bila sampai KLIA bermakna selesai sudah misi kami membantu dan menziarahi puteri kami untuk kali ini. Kami suami isteri merasa puas kerana berjaya melaksanakan tugas membantu puteri kami. Yang tak puas ialah berada di sana. I like the weather. Winter sometimes freezing especially bila hujan atau berangin but I enjoyed it so much. Bila sampai sini terasa panasnya yang amat…..

InsyaAllah jika diberikan kelapangan masa dan rezeki, kami bercadang menziarahi puteri kami lagi bulan March semasa spring nanti. Jika kami pergi tidaklah selama seperti sekarang. Mungkin dalam seminggu sahaja. 

So Uncle Chai harap, pembaca semua enjoy nukilan pengalaman Uncle Chai di Korea terutama kepada mereka-mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke sana mengikut saluran yang dilalui oleh puteri Uncle Chai

Uncle Chai juga harap apa yang Uncle Chai post dan share ini dapat membantu pembaca membuat keputusan samada mahu ke Korea atau ke tempat lain untuk belajar. Uncle Chai juga berharap informasi yang terdapat di sini secara tidak langsung dapat membantu pembaca yang ingin melancong ke Korea. 

Tidak banyak informasi tentang pelancongan yang dapat Uncle Chai kongsikan kerana tujuan Utama ke sana bukan melancong tetapi membantu dan menziarahi puteri kami. Melancong dan berjalan-jalan adalah program sampingan sahaja. 

Sekian. Wassalam

NOTA: Uncle Chai akan share post2 di Korea secara backdated so pembaca kena ikut dan follow blog ini untuk membaca post2 secara kebelakang

 
Leave a comment

Posted by on December 30, 2016 in Daughter, Family, Holiday, Korea

 

Tags: , , , , , , ,

Last Day In Seoul: Train to Busan

Hari ini adalah hari akhir kami berada di Seoul. Kami perlu berangkat ke Busan untuk ambil flight balik KL esok pagi jam 10:35. 

Hari ini juga Uncle Chai tidak berpeluang untuk menatap wajah comel puteri Uncle Chai untuk kali terakhir untuk trip ini kerana Train to Busan kami akan berlepas jam 2:00 petang. Puteri Uncle Chai habis kelas jam 1:00. Kami perlu ke KTX Seoul Station sebelum jam 1. 

Hanya isteri Uncle Chai yang sempat berjumpa puteri kami sebelum dia ke kelas. Isteri Uncle Chai pergi ke hostel puteri kami awal pagi untuk sediakan breakfast. Uncle Chai terlewat bangun. Letih sangat walaupun tidur awal malam semalam. 

Akibat tidur awallah juga menyebabkan Uncle Chai terlepas untuk menikmati pemandangan snow yang menutupi bumi Seoul. Rupanya snow turun dengan lebarnya malam semalam jam 2:00 pagi. 

Bila Uncle Chai bangun dapatlah tengok saki baki snow yang belum cair. Jadilah…


Sebelum bertolak ke KTX Seoul Station kami ke hostel puteri kami untuk lunch. Isteri Uncle Chai just goreng telur mata dan makan nasi dengan kicap untuk kenyangkan perut hingga ke Busan. 


Niat dihati nak round2 menikmati pemandangan snow sebelum bertolak, malangnya snow dah tiada. Ada yang dah disapu dan cair. 

Dengan bantuan pemilik CMS-Inn tempat penginapan kami, mereka memanggilkan teksi untuk kami ke KTX Seoul Station. Memang kami tak mau naik Subway kali ini kerana beg yang besar dan berat selain daripada kami mahu menikmati pemandangan bandaraya Seoul melalui jalanraya. Selama ni bergerak bawah tanah menggunakan subway dan train. 

Pengalaman setengah mati membawa beg2 besar dan berat semasa kami sampai menggunakan subway juga menjadi faktor kami memilih teksi. 

Ayam dan itik. Driver teksi langsung tak tau berbahasa Inggeris

Dalam teksi


Tambang teksi daripada Heogi ke KTX Seoul Station adalah ₩11,600. Uncle Chai beri ₩12,000 dan suruh Driver keep the change. Happy dia….


#TrainToBusan kami bertolak jam 2:00 petang dan sampai 2 jam setengah kemudian. Ini adalah High Speed Train atau Bullet Train. Kelajuan mencapai 270km/h. 

Uncle Chai dan isteri sebelum menaiki Train to Busan di KTX Seoul Station


Bagaimana nak beli tiket Train to Busan? Mudah sahaja. Pembelian mesti dibuat secara Online di laman web KORAIL. Periksa tarikh dan masa perjalanan kemudian pilih jumlah tiket yang dikehendaki. Seterusnya anda akan dibawa ke page jadual perjalanan hari tersebut. 

Terdapat tiga kelas Train to Busan ini. Kelas pertama, Kelas standard dan kelas biasa. Untuk kelas pertama dan standard, tempat duduk anda akan ditentukan oleh system. Anda tiada pilihan untuk memilih sendiri tempat duduk. Manakala untuk kelas biasa, tempat duduk tidak bernombor dan anda juga mungkin terpaksa berdiri jika lambat. First come First serve basis. 

Harga pulak untuk kelas pertama ialah ₩83,700 (RM320), kelas standard ₩59,800 (RM230) dan kelas biasa ₩50,800 (RM195). Uncle Chai memilih untuk menaiki kelas standard. Pembelian dibuat melalui kad kredit


Selepas selesai transaksi, anda akan diberikan nombor booking dan anda perlu print confirmation paper seperti diatas untuk mengambil tiket anda di mana2 Stesen Korail. Uncle Chai bernasib baik bila tempat penginapan Uncle Chai membantu print confirmation paper ini. Kalau tak kena pergi Cyber Cafe. 

Peringatan penting: Anda perlu memasukan detail peribadi anda dengan lengkap dan tepat termasuk nombor pasport. Jika ada detail yang tidak tepat, anda mungkin tak boleh dapatkan tiket yang telah ditempah. 

Dalam kes Uncle Chai, Uncle boleh mengambil tiket pada hari perjalanan di Seoul Station. Tapi untuk memastikan tempahan telah berjaya dan tiket terjamin, Uncle Chai decided untuk mengambil tiket tersebut beberapa hari in advance. Uncle Chai mengambil tiket di KTS Station Cheongnyangni iaitu stesen terdekat bersebelahan Hoegi Station yang terletak di tempat Uncle Chai menginap. 

Jika semasa sampai Busan, kami menaiki pesawat Eastar Jet untuk ke Seoul (rujuk post hari pertama di Korea), untuk pulang ke Busan kami memilih laluan keretapi walaupun masa perjalanan yang lebih lama jika dibandingkan dengan kapal terbang. Kami mahu pengalaman menaiki High Speed Train dan mana tau jika masih ada saki baki zombi yang tinggal dalam Train selepas cerita Train to Busan….hehe. 


Sebenarnya naik flight lebih murah sedikit tambangnya tapi asyik naik flight je bila nak rasa naik keretapi laju. Di Malaysia memang tak ada. Kalau ada pun lambat lagi. Semuanya masih dalam peringkat perancangan. 

Uncle Chai dan isteri dalam Train to Busan


Train bertolak tepat pada waktunya. Sedikit pun tak lambat. Tepat jam 2:00 seperti yang dijadualkan. Kalau ada yang terlambat, sorry. Kena tinggallah….

Pemandangan semasa perjalanan


Kami sampai di Busan jam lebih kurang 4:30 petang. Sila baca post seterusnya untuk mengikuti pengalaman Uncle Chai di Busan. 

 
1 Comment

Posted by on December 29, 2016 in Daughter, Family, Holiday, Korea

 

Tags: , , , , , , ,

Fahiera’s UniKL K-LIP Registration 

UniKL City Campus


Hari ini Uncle Chai mendaftarkan puteri Uncle Chai untuk program Korea Language Intensive Program (K-LIP) di UniKL. Ini adalah program pilihan puteri Uncle Chai sendiri. Walaupun dia berjaya mendapat tempat untuk Diploma Kimia Perindustrian di UiTM Arau dan Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak

Surat tawaran UiTM

Surat tawaran matrikulasi


Impian puteri kami untuk menyambung pelajaran ke Korea tidak dapat dibendung. Isteri Uncle Chai mencuba pelbagai cara untuk memujuk dia agar tidak memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Korea, tetapi dia tetap dengan pilihan hatinya. Walaupun kami cuba menyogok dia dengan sebuah kereta Perodua Myvi baru jika dia memilih untuk belajar di Malaysia sahaja, dia tetap dengan pendiriannya. 

Untuk Uncle Chai sendiri, sebagai ayah, walaupun hati sebak untuk melepaskan dia pergi belajar jauh tapi Uncle Chai tetap dengan pendirian Uncle Chai. Pendirian Uncle Chai sejak dahulu ialah Uncle Chai akan support dan make sure dia belajar course yang dia minat walaupun di luar negara. Uncle Chai tidak setuju dengan cara kerajaan yang memaksa pelajar belajar course yang mereka tidak minat dan apply. 

Isteri Uncle Chai yang langsung tak mau melepaskan dia pergi belajar di luar negara. Naluri seorang ibu berlainan dengan ayah. Pelbagai perkara yang ibu fikirkan terutama perkara2 buruk dan negatif. Bermacam2 cara isteri Uncle Chai lakukan agar dia menukar fikiran. Bermacam cara juga isteri Uncle Chai lakukan untuk menghalang puteri kami keluar negara. 

Kesian Uncle Chai tengok isteri Uncle Chai. Berhari2 dia menangis memikirkan anak tunggal kami akan pergi jauh meninggalkan kami. 


Kasih ibu
mengatasi segalanya. Walaupun hati dia sendiri terluka. Akhirnya demi kebahagiaan puteri kami, dia terpaksa berkorban hati dan perasaan. Dia terpaksa merelakan puteri kami melanjutkan pelajaran ke Korea. 

Hari ini impian puteri kami menjadi kenyataan. Dia akan mendaftarkan diri di UniKL mengikuti program K-LIP. 
K-LIP anjuran UniKL ini adalah jalan pintas atau express untuk ke Korea. Mana tidaknya, mereka hanya belajar 6 bulan di sini dan melanjutkan pengajian selama 6 bulan lagi di Korea. 

UniKL juga ada menyediakan program pre-Korea. Program ini mengambil masa yang panjang iaitu selama 1 tahun 4 bulan. Selesai program Pre-Korea ini baru mereka akan ke sana. Dari segi yuran juga amat besar perbezaannya. Tentulah program express lebih mahal. Pre-Korea, keseluruhan program mereka dibuat di sini manakala K-LIP hanya separuh dibuat di sini. Selebihnya dihabiskan di Korea. Kedua2 program ini adalah self-sponsored. Maknanya tiada bantuan kewangan akan diberikan. 

Kami pergi mendaftar bersama seorang lagi rakan puteri kami, Sofea. Dia juga terpengaruh untuk belajar di Korea. Ibubapa Sofea tidak dapat menghantar anak mereka mendaftar hari ini kerana sedang bercuti di Jepun. Selain Sofea, dua lagi rakan puteri kami juga akan mengambil program ini. So semuanya empat orang rakan termasuk puteri Uncle Chai. 

Empat sahabat yang akan melanjutkan pelajaran ke Korea


Uniknya keempat2 mereka ini telah berkawan sejak dari sekolah rendah. Mereka bersekolah bersama di SK Taman Tun Dr. Ismail (1), Kuala Lumpur dan SMK Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor. 

Sofea adalah rakan baik puteri Uncle Chai semasa di sekolah rendah. Banyak pengalaman dan masa mereka bersama sepanjang di sekolah rendah. Mereka kekal sebagai rakan baik sehingga di tingkatan satu sekolah menengah. Entah kenapa hubungan mereka tidak seakrab sebelum itu bila masuk tingkatan dua. 

Puteri Uncle Chai memilih rakan baik baru dan menjadi rapat dengan Aisha dan Shasha atau twins kami gelarkan mereka. Mereka memang twins pun sebenarnya. Identical. So jangan tanya Uncle Chai yang mana Aisha dan yang mana Shasha…haha. Walaupun begitu puteri kami masih kekal berkawan dengan Sofea cuma tidak serapat dahulu. 

Selepas keputusan PMR Sofea kurang memberangsangkan, dia bertukar sekolah ke SMK Taman Tun Dr. Ismail untuk membolehkan dia masuk ke aliran Sains. Tak tau dimana silapnya. UPSR, Sofea dan Puteri Uncle Chai mendapat 5A. Untuk PMR pula, Puteri Uncle Chai mendapat 7A 1B manakala the twins mendapat straight As. Any how keempat2 mereka bukanlah asing antara satu sama lain. Telah mengenali diri masing2 11 tahun lamanya. Satu kelebihan bila mereka merantau menimba ilmu di negara orang nanti. 

Kami antara yang terawal sampai di UniKL. Pendaftaran bermula jam 8:30 pagi. So Puteri Uncle Chai adalah orang pertama mendaftar untuk K-LIP. Tidak memeranjatkan bila student ID dia nombor 001

Sementara mereka mendaftarkan diri, Uncle Chai dan isteri menjamu selera dengan sarapan yang disediakan oleh pihak UniKL. Semasa menjamu sarapan pagi inilah, mungkin kerana tersilap gigit atau popiah yang Uncle Chai makan terlalu liat, gigi geraham kiri Uncle Chai mula berasa sakit. Akibatnya Uncle Chai terpaksa menahan kesakitan sepanjang hari…huhu. 

Sebelum program briefing dimulakan jam 10:30 pagi, Uncle Chai dan isteri mengambil kesempatan berbual2 dan bertanya soalan dengan seorang tenaga pengajar program K-LIP ini iaitu Mr. Q1. Uncle Chai tak pasti bagaimana eja nama dia. Untuk sebut tau la. Q1. Ejaan nama penuh Korea ni Uncle Chai tak tau….

Banyak juga soalan yang kami ajukan termasuk hal sosial, pemakanan, percampuran, pembelajaran, universiti dan scholarship di Korea nanti. Isteri Uncle Chai nampaknya seperti berpuas hati dengan semua explaination dan jawapan yang diberikan oleh Mr. Q1. 

Kyung Hee University, Korea


Di Korea nanti, Puteri kami akan menyambung program K-LIP ini di Kyung Hee University. Salah satu University yang top di Korea. Terletak di tengah bandar Seoul. Korea mempunyai ratusan university. Tidak hairanlah mengikut kata Mr. Q1, hampir seluruh penduduk Korea mempunyai degree. Termasuk tukang sapu sampah dan pekerja bawahan. Mereka tidak hairan dengan degree. Mempunyai degree di Korea umpama menpunyai SPM di Malaysia. Semua orang ada degree. 

Program briefing dimulakan dengan penerangan mengenai program Pre-Korea dahulu. Basically Pre-Korea ini hampir sama dengan K-LIP. Bezanya jumlah mata pelajaran yang diambil. Untuk K-LIP, penuntut hanya akan belajar core subject sahaja iaitu:

  1. K-LIP01 – Korean Language Proficency
  2. K-LIP02 – Speech Communications 
  3. K-LIP03 – Mathematics
  4. K-LIP04 – Intercultural Communications 

Kesemuanya akan diajar dalam bahasa Korea. Kesemua subjects tersebut adalah subjects wajib untuk memohon belajar di universiti di sana. Minimum passing untuk layak ke universiti sana adalah Level 3. Untuk mendapatkan scholarship pula penuntut mesti memiliki sekurang2nya Level 5 atau yang tertinggi adalah Level 6

Menurut Mr. Q1, untuk foreign students mendapat keputusan penuh Level 6 adalah agak sukar kerana jika seseorang students mendapat Level 6, penguasaan Bahasa Korea mereka adalah amat baik. Tahap percakapan mereka sehingga tidak dapat dibezakan samada mereka orang Korea atau bukan. Seperkara lagi yang menyukarkan untuk mendapat Level 6 adalah bab kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu pun budak Melayu sendiri susah nak score apatah lagi bahasa asing….

Wah…panjang dah post Uncle Chai ni. Uncle Chai masukan sekali serba sedikit info tentang K-LIP tu yang jadi panjang. Ingatkan nak buat post berlainan tentang program K-LIP ni, tapi takut tak ada masa so Uncle Chai masukan sekalilah. Kalau ada masa Uncle Chai buat post khas untuk K-LIP

Apa perbezaan K-LIP dan Pre-Korea? Selain dari jangka masa yang berbeza untuk ke Korea bagi kedua2 program ini, perbezaan yang paling Utama adalah recognition atau pengiktirafan. K-LIP hanya diiktiraf oleh universiti2 Korea sahaja. Pre-Korea pula diiktiraf oleh University2 tempatan. Maknanya penuntut K-LIP tak boleh gunakan sijil mereka untuk sambung belajar locally tetapi sijil Pre-Korea boleh gunakan sijil mereka untuk sambung belajar di IPTS di Malaysia. Sebab itu Pre-Korea belajar banyak subjects selain subjects yang dipelajari penuntut K-LIP. Kerana itu juga tempoh pembelajaran mereka panjang. 

Kesemuanya seramai 15 pelajar mendaftar hari ini. 9 untuk K-LIP dan selebihnya untuk Pre-Korea. Jumlah penuntut untuk setiap pengambilan program2 ini adalah seramai 15 orang maksima sahaja. 

Untuk membaca dan mengetahui lebih lanjut tentang K-LIP dan Pre-Korea ini boleh baca di sini (link belum aktif)

Untuk Puteri Uncle Chai, tahniah diucapkan kerana berpeluang untuk mengikuti program yang diinginkannya. Study hard. Never forget your parents sacrifices especially Mom’s. Always syukur to Allah with what you have. Come back with your degree. We love you 

Students yang mendaftar untuk K-LIP & FiST June 2016


     
    3 Comments

    Posted by on June 1, 2016 in Daughter, Family

     

    Tags: , , , , , , , , , , , , ,