RSS

Tag Archives: restoran rindu kampoeng

Transit Busan

Bersambung daripada post sebelum ini Last Day In Seoul: Train to Busan kami selamat sampai di Busan jam 4:30 petang. Uncle Chai memang merancang untuk sampai Busan sebelum maghrib. Waktu winter ni siang lebih pendek daripada malam. Maghrib jam 5 lebih. Just nice untuk sampai ke hotel penginapan sebelum gelap. 

Isteri Uncle Chai sebaik turun dari keretapi di Busan

Uncle Chai dihadapan KTX Busan Station


Daripada KTX Busan Station ke hotel penginapan kami di Sense Motel agak jauh juga. Kami perlu menaiki dua subway untuk sampai. 


Dari Busan Station yang terletak 50 meter dihadapan KTX Busan Station, kami perlu mengambil dua subway. Pertama menaiki Line 1 menghala ke Nopo dan transfer (tukar subway) di Seomyeon Station. Perjalanan ini melalui 6 Station.

Kemudian di Seomyeon Station transfer ke Line 2 ke Sasang Station dengan melalui 8 station. Keseluruhan perjalanan mengambil masa 34 minit. 

Mengapa Uncle Chai pilih Motel yang jauh dari Busan Station. Uncle Chai tempah motel menggunakan aplikasi booking.com. Pemilihan berdasarkan review orang ramai dan harga. Selain harga yang berpatutan serta banyak review positif tentang Sense Motel ini, kriteria Utama adalah kedudukannya yang berdekatan dengan Gimhae Airport. 

Uncle Chai tak mau ketinggalan flight. Itu yang penting. Biar ketinggalan bas atau pun subway tapi jangan ketinggalan flight. Mampus….

Beberapa hari selepas booking motel disahkan, Uncle Chai dan pihak Motel ada berkomunikasi melalui e-mail. Pihak motel yang memberikan direction kepada Uncle Chai untuk pergi ke motel mereka. 

Sebaik sampai di Sasang Station, Uncle Chai keluar mengikut exit number 2 sebagaimana direction yang diberikan. Dalam subway ni banyak exit. Kalau salah exit, kelain kita keluar nanti. Jauh juga kena menapak bawah tanah tu untuk ke exit number 2

Bila sampai exit number 2, Uncle Chai dapati tangga untuk naik ke atas tinggi sekali. Tiada lift di situ. Parah nak angkat beg besar dan berat ke atas ni… Uncle Chai minta isteri naik ke atas dahulu untuk letakan beg hand carry kami di atas dan dia perlu turun balik untuk membantu Uncle Chai mengangkat beg ke atas. Memang satu penyeksaan sebagaimana kami lalui semasa hari pertama di Seoul Station seperti Uncle Chai ceritakan dalam post yang lepas. 

Syukur alhamdulillah dalam menunggu isteri Uncle Chai turun kembali, ada seorang wanita tempatan yang baik hati. Dia tau kepayahan yang kami akan tempuh untuk mengangkat beg besar dan berat ke atas. Dia nasihatkan Uncle Chai gunakan lift di sebelah exit keluar ke laluan LRT. Laluan keluar itu adalah diseberang jalan tempat isteri Uncle Chai naik di exit number 2 tadi. 

Dia membawa Uncle Chai ke lift tersebut dan mengarahkan bagaimana untuk pergi ke tempat isteri Uncle Chai menunggu. Tapi arahan yang diberikan dalam bahasa Korea yang sepatah haram Uncle Chai tak faham. Uncle Chai cuma mengagak apa yang dia sampaikan. Uncle Chai faham dia ada mentioned cross the road. Ayam dan itik lagi

Bila sampai di atas, rupanya Uncle Chai keluar di persimpangan jalan yang besar. Tak tau nak cross jalan ke mana. Isteri Uncle Chai pula tidak kelihatan kerana tempat dia menunggu terlindung dengan penutup construction yang sedang dijalankan. 

Setelah cuba menghubungi isteri Uncle Chai menggunakan telefon gagal kerana dia tak dengar bunyi telefon, Uncle Chai gamble je cross ke seberang hadapan. Alhamdulillah gamble menjadi. Memang isteri Uncle Chai ada menunggu diseberang sana. Lega…

Sekarang ada masalah lain. Motel yang dituju tidak kelihatan ditepi2 jalan. Luckily ada WiFi di kawasan tersebut. Uncle Chai gunakan aplikasi Google Map. Rupanya motel tersebut terletak dibelakang deretan kedai yang menghadap jalan besar. 

Sense Motel


Amacam? Meriahkan motel ni? Penuh dengan heart dan lampu berwarna warni. Setelah lihat sekeliling baru Uncle Chai notice yang bangunan2 di Busan memang meriah begini. Penuh dengan lampu. Meriah sungguh pemandangan. Dah macam hari raya…haha. 

Uncle Chai menempah bilik standard double. Kadarnya murah cuma ₩45,000 atau RM170 semalam sahaja. Kadar bilik di Busan ni jauh lebih murah daripada kadar bilik di Seoul. 

Interior Sense Motel ini juga unik. Biliknya juga jauh lebih besar daripada bilik yang Uncle Chai sewa di Seoul lengkap dengan bath tub besar yang boleh masuk 2 orang. TV sebesar2 TV. 80 inci!


Selepas check-in, Uncle Chai dan isteri berehat dahulu sambil Uncle Chai Google mencari tempat makanan halal yang berhampiran. Uncle Chai jumpa 1 restoran Indonesia. Cantik juga. Lain2 restoran sama seperti di Seoul, banyak makanan India dan Timur Tengah. 

Jam 8 lebih kami turun untuk dinner. Kami bertanya di reception mana restoran halal berdekatan. Dia mencadangkan sebuah restoran makanan Arab. Di sekeliling restoran itu banyak juga restoran makanan halal katanya.

Tapi Uncle Chai decided untuk pergi ke restoran Indonesia yang Uncle Chai Google tadi. Reception membantu memberikan tunjuk arah ke restoran tersebut. Kami perlu menaiki LRT yang jaraknya satu Station sahaja. Ok la tu tak jauh. 

Kami mengambil LRT untuk ke sana. Sekali lagi masalah timbul untuk mencari lokasi restoran. Terima kasih pada WiFi yang bersepah2 di Korea ni, Google Map sekali lagi membantu. Ia terletak dihadapan pusat beli belah eMart ditingkat 2. 


Restoran Rindu Kampoeng nama restoran ini. Dimiliki oleh seorang wanita Indonesia yang berkahwin dengan lelaki tempatan. 

Semasa kami sampai hingga kami balik, hanya kami pelanggan yang ada. Pemiliknya bekerja sendirian. Dia masak, dia cashier, dia waitress. Kehadiran kami tidak disedari beliau kerana dia sedang duduk di dapur. 

Biasalah weekdays memang tiada pelanggan. Peak time ialah during weekend. 


Kami order makanan paling simple. Nasi goreng seafood dan teh susu. Bil ₩24,000. Oklah…

Di sekeliling restoran Rindu Kampoeng itu banyak kedai2 lain milik orang Islam. Bukan restoran tetapi kedai2 yang menjual sim kad, rempah ratus dan ayam serta daging. 

Sebelum pulang ke hotel kami singgah di convenient store hadapan motel untuk membeli roti dan doughnut untuk sarapan esok pagi sebelum ke Airport. 

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 29, 2016 in Daughter, Family, Holiday, Korea

 

Tags: , , , , , ,