RSS

Tag Archives: ktx

Last Day In Seoul: Train to Busan

Hari ini adalah hari akhir kami berada di Seoul. Kami perlu berangkat ke Busan untuk ambil flight balik KL esok pagi jam 10:35. 

Hari ini juga Uncle Chai tidak berpeluang untuk menatap wajah comel puteri Uncle Chai untuk kali terakhir untuk trip ini kerana Train to Busan kami akan berlepas jam 2:00 petang. Puteri Uncle Chai habis kelas jam 1:00. Kami perlu ke KTX Seoul Station sebelum jam 1. 

Hanya isteri Uncle Chai yang sempat berjumpa puteri kami sebelum dia ke kelas. Isteri Uncle Chai pergi ke hostel puteri kami awal pagi untuk sediakan breakfast. Uncle Chai terlewat bangun. Letih sangat walaupun tidur awal malam semalam. 

Akibat tidur awallah juga menyebabkan Uncle Chai terlepas untuk menikmati pemandangan snow yang menutupi bumi Seoul. Rupanya snow turun dengan lebarnya malam semalam jam 2:00 pagi. 

Bila Uncle Chai bangun dapatlah tengok saki baki snow yang belum cair. Jadilah…


Sebelum bertolak ke KTX Seoul Station kami ke hostel puteri kami untuk lunch. Isteri Uncle Chai just goreng telur mata dan makan nasi dengan kicap untuk kenyangkan perut hingga ke Busan. 


Niat dihati nak round2 menikmati pemandangan snow sebelum bertolak, malangnya snow dah tiada. Ada yang dah disapu dan cair. 

Dengan bantuan pemilik CMS-Inn tempat penginapan kami, mereka memanggilkan teksi untuk kami ke KTX Seoul Station. Memang kami tak mau naik Subway kali ini kerana beg yang besar dan berat selain daripada kami mahu menikmati pemandangan bandaraya Seoul melalui jalanraya. Selama ni bergerak bawah tanah menggunakan subway dan train. 

Pengalaman setengah mati membawa beg2 besar dan berat semasa kami sampai menggunakan subway juga menjadi faktor kami memilih teksi. 

Ayam dan itik. Driver teksi langsung tak tau berbahasa Inggeris

Dalam teksi


Tambang teksi daripada Heogi ke KTX Seoul Station adalah ₩11,600. Uncle Chai beri ₩12,000 dan suruh Driver keep the change. Happy dia….


#TrainToBusan kami bertolak jam 2:00 petang dan sampai 2 jam setengah kemudian. Ini adalah High Speed Train atau Bullet Train. Kelajuan mencapai 270km/h. 

Uncle Chai dan isteri sebelum menaiki Train to Busan di KTX Seoul Station


Bagaimana nak beli tiket Train to Busan? Mudah sahaja. Pembelian mesti dibuat secara Online di laman web KORAIL. Periksa tarikh dan masa perjalanan kemudian pilih jumlah tiket yang dikehendaki. Seterusnya anda akan dibawa ke page jadual perjalanan hari tersebut. 

Terdapat tiga kelas Train to Busan ini. Kelas pertama, Kelas standard dan kelas biasa. Untuk kelas pertama dan standard, tempat duduk anda akan ditentukan oleh system. Anda tiada pilihan untuk memilih sendiri tempat duduk. Manakala untuk kelas biasa, tempat duduk tidak bernombor dan anda juga mungkin terpaksa berdiri jika lambat. First come First serve basis. 

Harga pulak untuk kelas pertama ialah ₩83,700 (RM320), kelas standard ₩59,800 (RM230) dan kelas biasa ₩50,800 (RM195). Uncle Chai memilih untuk menaiki kelas standard. Pembelian dibuat melalui kad kredit


Selepas selesai transaksi, anda akan diberikan nombor booking dan anda perlu print confirmation paper seperti diatas untuk mengambil tiket anda di mana2 Stesen Korail. Uncle Chai bernasib baik bila tempat penginapan Uncle Chai membantu print confirmation paper ini. Kalau tak kena pergi Cyber Cafe. 

Peringatan penting: Anda perlu memasukan detail peribadi anda dengan lengkap dan tepat termasuk nombor pasport. Jika ada detail yang tidak tepat, anda mungkin tak boleh dapatkan tiket yang telah ditempah. 

Dalam kes Uncle Chai, Uncle boleh mengambil tiket pada hari perjalanan di Seoul Station. Tapi untuk memastikan tempahan telah berjaya dan tiket terjamin, Uncle Chai decided untuk mengambil tiket tersebut beberapa hari in advance. Uncle Chai mengambil tiket di KTS Station Cheongnyangni iaitu stesen terdekat bersebelahan Hoegi Station yang terletak di tempat Uncle Chai menginap. 

Jika semasa sampai Busan, kami menaiki pesawat Eastar Jet untuk ke Seoul (rujuk post hari pertama di Korea), untuk pulang ke Busan kami memilih laluan keretapi walaupun masa perjalanan yang lebih lama jika dibandingkan dengan kapal terbang. Kami mahu pengalaman menaiki High Speed Train dan mana tau jika masih ada saki baki zombi yang tinggal dalam Train selepas cerita Train to Busan….hehe. 


Sebenarnya naik flight lebih murah sedikit tambangnya tapi asyik naik flight je bila nak rasa naik keretapi laju. Di Malaysia memang tak ada. Kalau ada pun lambat lagi. Semuanya masih dalam peringkat perancangan. 

Uncle Chai dan isteri dalam Train to Busan


Train bertolak tepat pada waktunya. Sedikit pun tak lambat. Tepat jam 2:00 seperti yang dijadualkan. Kalau ada yang terlambat, sorry. Kena tinggallah….

Pemandangan semasa perjalanan


Kami sampai di Busan jam lebih kurang 4:30 petang. Sila baca post seterusnya untuk mengikuti pengalaman Uncle Chai di Busan. 

Advertisements
 
1 Comment

Posted by on December 29, 2016 in Daughter, Family, Holiday, Korea

 

Tags: , , , , , , ,