RSS

Tag Archives: Fai & Ruz Kitchen

Majlis Berbuka Puasa

Hari ini bertempat di Fai & Ruz Kitchen, Kota Damansara kami menjadi tuan rumah kepada Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar2 Maahad Tahfiz Siti Khadijah Anak2 Yatim Puteri Seksyen 7 Kota Damansara. 

Majlis ini dibuat oleh seorang penderma yang tidak mahu dikenali dan dianjurkan oleh Komuniti MatchParty JDT. 

Seramai 24 pelajar, 21 puteri dan 3 putera datang berbuka puasa ditemani oleh 2 orang Ustaz dan seorang Ustazah. Walaupun Maahad Tahfiz tersebut mempunyai 29 pelajar tahfiz puteri dari golongan anak2 yatim, hanya 21 orang yang dapat hadir. Pelajar putera seramai 3 orang pula kebetulan mempunyai program hafazan di Masjid Kota Damansara jadi mereka dibawa ke sini sebelum pulang ke Pusat Tahfiz mereka di Klang. 

Majlis dimulakan dengan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Abdul Rashid Abdul Aziz AlHafiz, salah seorang Ustaz yang mengiringi pelajar2 tersebut. 

Kemudian tetamu dihidangkan dengan juadah ringan tamar serta kuih muih untuk membatalkan puasa sebelum solat berjemaah Maghrib yang diimamkan oleh seorang pelajar putera. 


Seterusnya mereka dihidangkan Nasi Ambeng sebagai menu utama. Nasi Ambeng disediakan di dalam dulang dan dimakan 4 orang satu dulang. Ini adalah pengalaman yang menarik untuk mereka kerana majority mereka tidak pernah makan Nasi Ambeng sebelum ini. 

Untuk yang tak tahu, Nasi Ambeng adalah makanan tradisi orang Jawa. Antara lauk yang terdapat di dalam hidangan Nasi Ambeng ini ialah Ayam Masak Kicap, Serunding, Sambal Goreng, Mee Goreng dan Ikan masin. 


Selesai menjamu selera, anak2 yatim tersebut diberikan sedekah dalam bentuk and duit raya oleh dermawan2 yang bermurah hati memberikan sumbangan. 


Uncle Chai pula mewakili sebuah organisasi yang mewakafkan Al-Quran kepada pusat tahfiz ini. Sebagai simbolik Uncle Chai menyerahkan dua naskah Al-Quran mewakili 30 buah kesemuanya. 

Selesai acara anak2 yatim Puteri ini diberikan kebebasan oleh Ustaz Khisyairi, pengasas pusat tahfiz untuk ronda2 dan shopping di Uptown sebelum pulang. Menurut Ustaz Khusyairi inilah julung kali pelajar2 tersebut diberi peluang untuk bebas berjalan dan shopping kerana mereka sebenarnya tidak dibenarkan keluar dari Pusat Tahfiz mereka. 


Sebelum pulang, Uncle Chai dan isteri sempat mengabdikan kenangan bersama Ustaz Khusyairi dan Ustaz Abdul Rashid AlHafiz. 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Terima kasih diucapkan kepada Maahad Tahfiz Siti Khadijah, Ustaz Khusyairi, Ustaz Abdul Rashid, para dermawan yang menaja majlis ini serta menyumbangkan duit raya, Komuniti MatchParty JDT dan Restaurant Fai & Ruz Kitchen. 

Semoga kita semua mendapat barokah atas usaha kita untuk majlis ini. Jika ada rezeki dan umur, InsyaAllah ianya akan dijadikan acara tahunan. Amin…


Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 22, 2016 in Agama, Cerita ku

 

Tags: , , , , , , , , , , ,

Jalan2 Cari Asam Pedas I

Hari ini Uncle Chai masih bercuti. Mood untuk kerja belum datang. Hari ini juga puteri Uncle Chai tidak ke Sekolah kerana kurang sihat so it’s the best time to spend some quality time with the family.

Kami keluar lunch bersama. Isteri tercinta Uncle Chai sejak daripada beberapa hari lepas mengidam nak makan Asam Pedas. So hari ini kami keluar mencari Asam Pedas.

Destinasi yang dituju ialah sebuah restoran Asam Pedas yang agak terkenal yang terletak di Mutiara Damansara. Malangnya bila kami sampai jam 3 ptg, Asam Pedas sudah habis…

Sudah habis? Mereka berniaga hingga malam, macam mana boleh habis awal? Uncle Chai rasa mereka tak expect pelanggan akan ramai pada hari raya so mereka tidak membeli stock ikan dengan banyak.

Kalau setakat kuah habis rasanya sap-sap sway kata orang Cina untuk masak kuah lagi. Mesti ikan yang tak ada. Kecewa juga kami.

Isteri Uncle Chai tidak berputus asa. Dia google mencari kedai2 yang menjual Asam pedas di kawasan berdekatan. Dia terjumpa sebuah restoran Bisik-Bisik yang menjual menu2 Johor. Ia terletak di Shah Alam.

Kebetulan memang kami merancang untuk ke Shah Alam menziarahi bonda Uncle Chai. So kami pun bergerak ke Seksyen 7 Shah Alam.

Susah juga mencari tempatnya. Maklumlah kami kurang mahir dengan kawasan Shah Alam ni walau pun hasil google tadi ada memberikan landmark. Ia terletak di belakang Unisel.

Tapi dah nama tak biasa, terlajak juga kami ke kawasan shoplot Jackel. Akhirnya dengan bantuan Waze kami berjaya menemui lokasi yang dicari. Rupanya kami sudah pass by Unisel ni tadi.

Ketika kami sampai kedai Bisik-Bisik ini seolah2 belum dibuka. Roller shutter mereka tidak dibuka sepenuhnya tetapi nampak seperti ada pelanggan. Isteri Uncle Chai terpaksa turun untuk bertanya.

Memang sebenarnya mereka belum memulakan perniagaan. Mereka masih di dalam proses opening tapi Asam Pedas mereka sudah siap. Mereka sudi menerima patronage kami.

Bisik-Bisik ini hanya sebuah restoran shoplot yang kecil. Majority kerusi meja mereka diletakan diluar kedai. It’s more like a food court.

Isteri Uncle Chai order Asam Pedas ikan Kembung manakala Uncle Chai dan puteri kami order ikan Pari. Sebenarnya Uncle Chai prefers ikan Merah malangnya mereka tak ada ikan Merah.

Asam Pedas mereka is served in a claypot. Uncle Chai panggil claypot tipu. Kenapa Uncle Chai panggil claypot tipu? Kerana mereka bukan masak Asam Pedas itu dalam claypot. Mereka panaskan dalam periuk kecil biasa. Bila siap dimasak, baru mereka letak dalam claypot.

Claypot mereka bersaiz kecil so ikan terpaksa dipotong. Untuk ikan Kembung, mereka potong 2 bahagian manakala untuk ikan Pari mereka potong pada 3 bahagian bersaiz kecil. Bersesuaianlah dengan harganya RM 8.90 untuk setiap set.

Set mereka termasuk Nasi Putih, sambal belacan, 3 Ekor ikan masin bulu ayam dan sekeping timun.

20140807-060352-21832475.jpg
Rasanya…? Well Uncle Chai tak suka memberikan bad review atau negatif comment kerana Uncle Chai bukan pakar. Prinsip Uncle Chai simple. Lain orang lain cita rasa tekaknya. Let’s just say biasa-biasa sahaja. Tidak menepati selera Uncle Chai. But don’t listen to me. As I said, lain orang lain rasa tekak.

Selain Asam Pedas mereka juga menyediakan pelbagai makanan Johor termasuk Mee Bandung. Mereka ada Mee Bandung Muo dan Mee Bandung Udang dalam menu mereka.

20140807-062013-22813780.jpg
As a Muarean I know Mee Bandung Muo well. We don’t put any prawn in Muo. Maybe Mee Bandung Udang ini modified version.

Uncle Chai sempat juga melihat cara2 penyediaan Mee Bandung Muo mereka. This I have to comment. Mee Bandung Muo mereka Uncle Chai kategorikan sebagai Mee Celup. Kenapa….?

Kerana ia tidak dimasak. Kuah mereka ready made. Mereka masukan bahan2 Mee Bandung seperti mee, telur yang siap direbus, tauhu, daging yang siap direbus juga ke dalam mangkuk kemudian mereka taburkan kuah mee bandung. That’s it…!

That is not the proper way to serve Mee Bandung Muo. Penyediaan yang begitu akan membuatkan kesemua bahan2 mee Bandung tersebut TASTELESS. TAWAR! Bahan2 tadi yang tidak dimasak bersama kuah mee bandung yang mengandungi udang kering, tidak mesra bersama kuah. Semua bahan terutama telur dan daging telah Uncle Chai panggil masak di darat dan kita tidak akan merasa bahan2 kuah tadi dalam telur dan daging.

Pada Uncle Chai cara penyediaan Mee Bandung Muo yang sebenar seperti yang Uncle Chai pernah tonton melalui rancangan Jalan-Jalan Cari Makan oleh restoran Fai & Ruz Kitchen. Telur direbus di dalam kuah mee bandung. Begitu juga kesemua bahan2 lain. Mee, daging, tauhu semuanya direbus bersama kuah. Barulah kesemua bahan2 itu ada rasa kuah mee bandung. Keistimewaan Mee Bandung Muo terletak pada kuahnya.

I’m not saying that Mee Bandung Muo mereka tak sedap. Uncle Chai pun rasa tetapi dengan dua cara masakan yang berbeza seperti yang Uncle Chai terangkan tadi, secara common sense pun kita pasti ada perbezaannya.

Okay, misi Jalan-Jalan Cari Asam Pedas kami selesai untuk hari ini. Ikuti misi2 Jalan-Jalan Cari Asam Pedas yang seterusnya.

WASSALAM…

 
2 Comments

Posted by on August 4, 2014 in Jalan2 Cari Makan

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Cara Membuat Lasagna

Jeng…jeng…jeng…Jangan terperanjat dan tak percaya. Untuk pertama kali dalam sejarah Uncle Chai blogging, inilah pertama kali Uncle Chai post berkongsi resepi masakan. Mungkin ramai yang sudah sedia maklum yang Uncle Chai adalah seorang pengusaha restoran. Fai & Ruz Kitchen yang terletak di The Core Kota Damansara diusahakan bersama isteri tercinta Uncle Chai. Tapi Uncle Chai bukan pandai masak pun. Master Chef restoran kami adalah isteri Uncle Chai. Dialah orang terpenting dan tulang belakang restoran kami. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang restoran kami yang specialized dalam menu2 Johor seperti Mee Bandung Muo, Asam Pedas dan Sup Johor, Laksa Johor, Mee Kari, Mee Rebus, Lontong, Soto dan banyak lagi menu2 lain, sila layari Facebook kami.

20140702-104530-38730538.jpg

Isteri Uncle Chai ditemubual oleh Naz Ahmad untuk rakaman rancangan Jalan-Jalan Cari Makan

Okay…balik kepada resepi yang hendak Uncle Chai kongsikan. Cara2 membuat Lasagna. Kenapa Uncle Chai pilih Lasagna sebagai resepi sulong dalam blog Uncle Chai? Simply kerana it’s one of my favorite food. Now cut all the craps and we go straight to the ingredients….

20140702-103209-37929913.jpg
Bahan-bahannya.
1 Kotak Lasagna San Remo

Bahan-bahan inti daging
1 biji bawang merah- di potong dadu
8 Ulas bawang Putih- di cincang halus
1 pack Daging kisar ramlee
1 tin sos prego traditional
2 sudu sebuk oregano
½ sudu garam
1 sudu gula
1 senduk sos cili
2 tin Cendawan – di hiris

Bahan-bahan Sos Putih
1 pack kepingan cheese chedar – di carik2
2 sudu Mentega
2 sudu tepung gandum
2 cawan susu penuh krim
½ sudu garam

Bahan topping.
Mozarella – disagat halus

Selamat mencuba but wait…..! Untuk memudahkan pembaca semua membuatnya, Uncle Chai sertakan video sebagai guidance. Click sahaja video di bawah. Jangan lupa untuk share post ini jika pembaca2 merasakan ianya berfaedah untuk dikongsikan dengan kawan2 atau kenalan. So…..good luck

 
2 Comments

Posted by on July 2, 2014 in Resepi

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Makan Sambil Santai – Harian Metro 7 Sep 2013 – Variasi Dekotaman

20130907-122333.jpg
Sesiapa pun tidak menafikan pilihan warna lembut sebagai kemasan ruang antara faktor ketenangan dan keselesaan sepanjang masa.

Kreativiti dalam mengadun warna sesuai juga meletakan Restoran Fai & Ruz Kitchen kian mencuri perhatian ramai kerana dekorasinya yang memukau pandangan.

Hakikatnya, restoran itu hanya berkeluasan biasa tetapi kepekaan pemiliknya Ruzita Ayu Sarkam, 39, ternyata tidak mengecewakan.

Sekali imbas, berada di restoran itu membawa anda bagaikan bersantai di kediaman sendiri kerana segalanya dirancang rapi.

Aura untuk singgah cukup kuat sebaik melewatinya terutama anda yang sudah biasa berkunjung ke Fai & Ruz Kitchen itu.

“Ini antara cubaan pertama saya dan suami dalam menampilkan dekorasi berbeza dalam ruang makan terhad tetapi menitik berat aspek keselesaan pelanggan.”

“Asalnya saya menggemari gaya Inggeris dan idea itu terus dikembangkan mengikut kesesuaian ruang selain tidak mengganggu suasana santai pelanggan ketika menjamu selera” kata anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu.

Pelbagai kedai aksesori hiasan dikunjungi untuk mencari padanan elemen sesuai selain pilihan warna serasi dengan keadaan semasa.

Lantas restoran yang mula beroperasi Jun lalu itu didekorasikan seindah mungkin sebagai tarikan utama dengan sajian masakan Johor.

Hasrat sebenar bukan sekadar menjadi tempat menjamu selera tetapi bersantai seisi keluarga.

Persekitaran segar itu dicipta apabila menggabungkan warna lembut turquoise biru dan putih.

Semuanya diinspirasikan dengan pendekatan yang amat teliti bukan sekadar pilihan warna, malah mengambil kira reka letak set kerusi dan meja makan serta aksesori hiasan lain.

Bagi membangkitkan suasana segar, rona biru lembut menjadi warna latar untuk set kerusi dan meja makan pelanggan.

20130907-140625.jpg
Semuanya diketengahkan dalam penggayaan praktikal, tidak terlalu padat dan tidak menghalang laluan.

Lampu hiasan pada dinding ada yang digantung umpamanya lebih kepada rekaan corak Inggeris tetapi tidak terlalu sarat.

“Aksesori ini ditempah khas supaya kehadirannya membantu penataan untuk tampil lebih eksklusif” kata Ruzita Ayu yang menguruskan restoran itu bersama suaminya, Mohd Faisal Mustapha .

Pencahayaan pada meja makan juga dibantu lampu terang bagi menonjolkan gaya ringkas lagi praktikal.

Gabungan mentol putih dengan rekaan lampu hiasan rona biru menghasilkan simbahan cahaya luar biasa.

Latar dinding sekadar diberi hiasan ringkas dengan penggayaan rona lembut yang disudahkan dengan kemasan kertas dinding corak berjalur.

Lebih bermakna apabila ia dipasang sendiri Mohd Faisal dengan idea reka letak yang menarik.

Sambil menjamu selera, mata pasti tidak terlepas pandang kaunter penyediaan makanan dan minuman dengan idea dekorasi menarik.

“Ruang itu eksklusif dengan kemasan batuan pasir yang dizahirkan dalam rona putih bersih,”

“Ia sebagai mencetuskan karekter berbeza pada ruang ini dalam mencipta tekstur tersendiri penuh keindahan” kata ibu kepada seorang cahaya mata ini.

Bagaimanapun menurut Ruzita Ayu yang juga bekas pegawai bank itu, idea dekorasi restoran itu akan menerima sentuhan unik.

Antara sajian masakan Johor di restoran ini ialah Asam Pedas, Mi Bandung Muor, Lontong, Nasi Ambeng dan Mi Kari Bonda iaitu resepi ibu tercinta, Mutiah Saman, 74.

Restoran ini beroperasi awal pagi hingga jam 3.30 pagi setiap hari.

Kunjungi Fai & Ruz Kitchen, No 3, The Core, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor atau layari Facebook www.facebook.com/FaiRuzKitchen atau email FaiRuzKitchen@gmail.com untuk keterangan lanjut.

20130907-140433.jpg

Credit: Hartini Mohd Nawi, Harian Metro
Source: Harian Metro, Sabtu 7hb. September, 2013

 
1 Comment

Posted by on September 7, 2013 in Business, Copy Paste, Uncategorized

 

Tags: , , , , , , , , , , ,