RSS

Tag Archives: busan

Last Day In Korea


Hari ini adalah hari terakhir untuk Uncle Chai dan isteri di Korea. Flight kami dari Busan ke KL akan berlepas jam 10:35 pagi waktu Korea dan sampai jam 4:10 petang waktu Malaysia di KLIA2. 

Setelah bersiap kami makan simple breakfast dalam bilik. Roti dan doughnut yang kami beli malam semalam selepas dinner. 

Jam 8 kami keluar ke Stesen Sasang yang terletak dihapadan hotel penginapan kami, Sense Motel. Memang benar seperti review yang  Uncle Chai baca tentang Motel ini sebelum buat keputusan untuk menginap di sini. Lokasinya bagus untuk mereka yang akan menaiki kapalterbang untuk pulang. 

Perjalanan dari Sasang Stesyen menaiki Busan-Gimhae LRT menghala Kaya Universiti hanya mengambil masa 6 minit sahaja. Fare hanya ₩1,350 sahaja. 

Satu masalah vending machine tiket di LRT ni ialah kena guna exact amount untuk beli tiket mahu pun top Up T-Money. Uncle Chai hanya perlu top Up seorang ₩2,000 sahaja untuk ke Gimhae International Airport. Uncle Chai tak mau top Up lebih2. Membazir duit dalam tu. Sini pun tak ada machine untuk refund balik baki dalam T-Money

Uncle Chai suruh isteri tukar duit ₩5,000 kepada duit kecil ₩1,000 di Cafe hadapan machine tu. Malangnya mereka tak mau tukarkan. Semalam masa tukar pun Cashier tu dah cakap actually mereka tak benarkan tapi nasib kami baik. Hari ni nasib tidak baik…

Uncle Chai minta tolong dengan seorang lelaki tempatan yang baru lepas top Up card dia. Niat nak tanya dia ada tukar duit kecil. Akibat masalah komunikasi, ayam dan itik, mamat tu pergi masuk dan top Up T-Money isteri Uncle Chai ₩5,000. Hawau….

Then Uncle Chai dapat idea untuk beli one way tiket sahaja untuk Uncle Chai. Jimat! Tak pasal2 beberapa ribu ₩ sangkut dalam T-Money isteri Uncle Chai. Tak apalah. Still boleh guna untuk our next visit. 

Perkara pertama bila kami sampai di Gimhae International Airport, Busan ialah mencari timbang. Kami nak timbang check-In luggage kami. Tengok secara fizikal, dengan kebesaran beg nampak macam melebihi 30kg. Uncle Chai cuma beli luggage 30kg sahaja. Risau juga. Fobia sikit lepas kena bayar RM500 untuk access 10kg masa puteri Uncle Chai pergi Korea tempoh hari. 1kg access kena RM50 tu!

Bila ditimbang, berat beg hanya 25kg! Rasa tak percaya. Tapi lega gila bila tengok it is well beyond 30kg. Kalau tak tepat pun lari 1-2kg je. Bila kami check-in rupanya betul berat hanya 25kg. Maybe walaupun beg kembong dan besar, tapi tak seberat yang dijangka kerana isinya hanya baju2 sahaja. 

Waktu ini jam baru pukul 9 pagi. Kami kena masuk ke departures hall jam 9:45 pagi. So kami ada masa 45 minit. Kami lepak minum di Cafe dalam airport. 

Pemeriksaan masuk berjalan lancar walaupun isteri Uncle Chai terpaksa membuka boots beliau semasa pemeriksaan kerana ada buckle besi. 

Untuk proses pengesahan pasport pula agak lama. Panjang queue. Akhirnya kami sampai Gate 5 ngam-ngam time boarding. 

It was a smooth fly. Betul atau tak Uncle Chai tak berapa pasti. Itu yang Uncle Chai rasa sebab throughout the flight Uncle Chai tidur….haha. Memang Uncle Chai plan untuk tidur sepanjang flight. Takut boring. Thats why Uncle Chai tidur lambat malam semalam. Hanya 2 hours sleep. Layan TV. 

Sampai bila stewardess nak serve our prebook meals mereka terpaksa kejutkan kami. Suami isteri tidur…

Yang  Uncle Chai pelik sikit ialah Uncle Chai  boleh terjaga walaupun stewardess tu kejut dengan hanya memanggil lembut nama Uncle Chai. Sayup-sayup Uncle Chai dengar suara lembut memanggil. “En. Mohd Faisal…En. Mohd. Faisal…” Merdu suara seolah-olah bermimpi…

Akhirnya kami touchdown di KLIA2 5 minit sebelum jam 4. Awal 15 minit daripada schedule. Alhamdulillah…

Bila sampai KLIA bermakna selesai sudah misi kami membantu dan menziarahi puteri kami untuk kali ini. Kami suami isteri merasa puas kerana berjaya melaksanakan tugas membantu puteri kami. Yang tak puas ialah berada di sana. I like the weather. Winter sometimes freezing especially bila hujan atau berangin but I enjoyed it so much. Bila sampai sini terasa panasnya yang amat…..

InsyaAllah jika diberikan kelapangan masa dan rezeki, kami bercadang menziarahi puteri kami lagi bulan March semasa spring nanti. Jika kami pergi tidaklah selama seperti sekarang. Mungkin dalam seminggu sahaja. 

So Uncle Chai harap, pembaca semua enjoy nukilan pengalaman Uncle Chai di Korea terutama kepada mereka-mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke sana mengikut saluran yang dilalui oleh puteri Uncle Chai

Uncle Chai juga harap apa yang Uncle Chai post dan share ini dapat membantu pembaca membuat keputusan samada mahu ke Korea atau ke tempat lain untuk belajar. Uncle Chai juga berharap informasi yang terdapat di sini secara tidak langsung dapat membantu pembaca yang ingin melancong ke Korea. 

Tidak banyak informasi tentang pelancongan yang dapat Uncle Chai kongsikan kerana tujuan Utama ke sana bukan melancong tetapi membantu dan menziarahi puteri kami. Melancong dan berjalan-jalan adalah program sampingan sahaja. 

Sekian. Wassalam

NOTA: Uncle Chai akan share post2 di Korea secara backdated so pembaca kena ikut dan follow blog ini untuk membaca post2 secara kebelakang

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 30, 2016 in Daughter, Family, Holiday, Korea

 

Tags: , , , , , , ,

Last Day In Seoul: Train to Busan

Hari ini adalah hari akhir kami berada di Seoul. Kami perlu berangkat ke Busan untuk ambil flight balik KL esok pagi jam 10:35. 

Hari ini juga Uncle Chai tidak berpeluang untuk menatap wajah comel puteri Uncle Chai untuk kali terakhir untuk trip ini kerana Train to Busan kami akan berlepas jam 2:00 petang. Puteri Uncle Chai habis kelas jam 1:00. Kami perlu ke KTX Seoul Station sebelum jam 1. 

Hanya isteri Uncle Chai yang sempat berjumpa puteri kami sebelum dia ke kelas. Isteri Uncle Chai pergi ke hostel puteri kami awal pagi untuk sediakan breakfast. Uncle Chai terlewat bangun. Letih sangat walaupun tidur awal malam semalam. 

Akibat tidur awallah juga menyebabkan Uncle Chai terlepas untuk menikmati pemandangan snow yang menutupi bumi Seoul. Rupanya snow turun dengan lebarnya malam semalam jam 2:00 pagi. 

Bila Uncle Chai bangun dapatlah tengok saki baki snow yang belum cair. Jadilah…


Sebelum bertolak ke KTX Seoul Station kami ke hostel puteri kami untuk lunch. Isteri Uncle Chai just goreng telur mata dan makan nasi dengan kicap untuk kenyangkan perut hingga ke Busan. 


Niat dihati nak round2 menikmati pemandangan snow sebelum bertolak, malangnya snow dah tiada. Ada yang dah disapu dan cair. 

Dengan bantuan pemilik CMS-Inn tempat penginapan kami, mereka memanggilkan teksi untuk kami ke KTX Seoul Station. Memang kami tak mau naik Subway kali ini kerana beg yang besar dan berat selain daripada kami mahu menikmati pemandangan bandaraya Seoul melalui jalanraya. Selama ni bergerak bawah tanah menggunakan subway dan train. 

Pengalaman setengah mati membawa beg2 besar dan berat semasa kami sampai menggunakan subway juga menjadi faktor kami memilih teksi. 

Ayam dan itik. Driver teksi langsung tak tau berbahasa Inggeris

Dalam teksi


Tambang teksi daripada Heogi ke KTX Seoul Station adalah ₩11,600. Uncle Chai beri ₩12,000 dan suruh Driver keep the change. Happy dia….


#TrainToBusan kami bertolak jam 2:00 petang dan sampai 2 jam setengah kemudian. Ini adalah High Speed Train atau Bullet Train. Kelajuan mencapai 270km/h. 

Uncle Chai dan isteri sebelum menaiki Train to Busan di KTX Seoul Station


Bagaimana nak beli tiket Train to Busan? Mudah sahaja. Pembelian mesti dibuat secara Online di laman web KORAIL. Periksa tarikh dan masa perjalanan kemudian pilih jumlah tiket yang dikehendaki. Seterusnya anda akan dibawa ke page jadual perjalanan hari tersebut. 

Terdapat tiga kelas Train to Busan ini. Kelas pertama, Kelas standard dan kelas biasa. Untuk kelas pertama dan standard, tempat duduk anda akan ditentukan oleh system. Anda tiada pilihan untuk memilih sendiri tempat duduk. Manakala untuk kelas biasa, tempat duduk tidak bernombor dan anda juga mungkin terpaksa berdiri jika lambat. First come First serve basis. 

Harga pulak untuk kelas pertama ialah ₩83,700 (RM320), kelas standard ₩59,800 (RM230) dan kelas biasa ₩50,800 (RM195). Uncle Chai memilih untuk menaiki kelas standard. Pembelian dibuat melalui kad kredit


Selepas selesai transaksi, anda akan diberikan nombor booking dan anda perlu print confirmation paper seperti diatas untuk mengambil tiket anda di mana2 Stesen Korail. Uncle Chai bernasib baik bila tempat penginapan Uncle Chai membantu print confirmation paper ini. Kalau tak kena pergi Cyber Cafe. 

Peringatan penting: Anda perlu memasukan detail peribadi anda dengan lengkap dan tepat termasuk nombor pasport. Jika ada detail yang tidak tepat, anda mungkin tak boleh dapatkan tiket yang telah ditempah. 

Dalam kes Uncle Chai, Uncle boleh mengambil tiket pada hari perjalanan di Seoul Station. Tapi untuk memastikan tempahan telah berjaya dan tiket terjamin, Uncle Chai decided untuk mengambil tiket tersebut beberapa hari in advance. Uncle Chai mengambil tiket di KTS Station Cheongnyangni iaitu stesen terdekat bersebelahan Hoegi Station yang terletak di tempat Uncle Chai menginap. 

Jika semasa sampai Busan, kami menaiki pesawat Eastar Jet untuk ke Seoul (rujuk post hari pertama di Korea), untuk pulang ke Busan kami memilih laluan keretapi walaupun masa perjalanan yang lebih lama jika dibandingkan dengan kapal terbang. Kami mahu pengalaman menaiki High Speed Train dan mana tau jika masih ada saki baki zombi yang tinggal dalam Train selepas cerita Train to Busan….hehe. 


Sebenarnya naik flight lebih murah sedikit tambangnya tapi asyik naik flight je bila nak rasa naik keretapi laju. Di Malaysia memang tak ada. Kalau ada pun lambat lagi. Semuanya masih dalam peringkat perancangan. 

Uncle Chai dan isteri dalam Train to Busan


Train bertolak tepat pada waktunya. Sedikit pun tak lambat. Tepat jam 2:00 seperti yang dijadualkan. Kalau ada yang terlambat, sorry. Kena tinggallah….

Pemandangan semasa perjalanan


Kami sampai di Busan jam lebih kurang 4:30 petang. Sila baca post seterusnya untuk mengikuti pengalaman Uncle Chai di Busan. 

 
1 Comment

Posted by on December 29, 2016 in Daughter, Family, Holiday, Korea

 

Tags: , , , , , , ,