RSS

Last Day In Korea


Hari ini adalah hari terakhir untuk Uncle Chai dan isteri di Korea. Flight kami dari Busan ke KL akan berlepas jam 10:35 pagi waktu Korea dan sampai jam 4:10 petang waktu Malaysia di KLIA2. 

Setelah bersiap kami makan simple breakfast dalam bilik. Roti dan doughnut yang kami beli malam semalam selepas dinner. 

Jam 8 kami keluar ke Stesen Sasang yang terletak dihapadan hotel penginapan kami, Sense Motel. Memang benar seperti review yang  Uncle Chai baca tentang Motel ini sebelum buat keputusan untuk menginap di sini. Lokasinya bagus untuk mereka yang akan menaiki kapalterbang untuk pulang. 

Perjalanan dari Sasang Stesyen menaiki Busan-Gimhae LRT menghala Kaya Universiti hanya mengambil masa 6 minit sahaja. Fare hanya ₩1,350 sahaja. 

Satu masalah vending machine tiket di LRT ni ialah kena guna exact amount untuk beli tiket mahu pun top Up T-Money. Uncle Chai hanya perlu top Up seorang ₩2,000 sahaja untuk ke Gimhae International Airport. Uncle Chai tak mau top Up lebih2. Membazir duit dalam tu. Sini pun tak ada machine untuk refund balik baki dalam T-Money

Uncle Chai suruh isteri tukar duit ₩5,000 kepada duit kecil ₩1,000 di Cafe hadapan machine tu. Malangnya mereka tak mau tukarkan. Semalam masa tukar pun Cashier tu dah cakap actually mereka tak benarkan tapi nasib kami baik. Hari ni nasib tidak baik…

Uncle Chai minta tolong dengan seorang lelaki tempatan yang baru lepas top Up card dia. Niat nak tanya dia ada tukar duit kecil. Akibat masalah komunikasi, ayam dan itik, mamat tu pergi masuk dan top Up T-Money isteri Uncle Chai ₩5,000. Hawau….

Then Uncle Chai dapat idea untuk beli one way tiket sahaja untuk Uncle Chai. Jimat! Tak pasal2 beberapa ribu ₩ sangkut dalam T-Money isteri Uncle Chai. Tak apalah. Still boleh guna untuk our next visit. 

Perkara pertama bila kami sampai di Gimhae International Airport, Busan ialah mencari timbang. Kami nak timbang check-In luggage kami. Tengok secara fizikal, dengan kebesaran beg nampak macam melebihi 30kg. Uncle Chai cuma beli luggage 30kg sahaja. Risau juga. Fobia sikit lepas kena bayar RM500 untuk access 10kg masa puteri Uncle Chai pergi Korea tempoh hari. 1kg access kena RM50 tu!

Bila ditimbang, berat beg hanya 25kg! Rasa tak percaya. Tapi lega gila bila tengok it is well beyond 30kg. Kalau tak tepat pun lari 1-2kg je. Bila kami check-in rupanya betul berat hanya 25kg. Maybe walaupun beg kembong dan besar, tapi tak seberat yang dijangka kerana isinya hanya baju2 sahaja. 

Waktu ini jam baru pukul 9 pagi. Kami kena masuk ke departures hall jam 9:45 pagi. So kami ada masa 45 minit. Kami lepak minum di Cafe dalam airport. 

Pemeriksaan masuk berjalan lancar walaupun isteri Uncle Chai terpaksa membuka boots beliau semasa pemeriksaan kerana ada buckle besi. 

Untuk proses pengesahan pasport pula agak lama. Panjang queue. Akhirnya kami sampai Gate 5 ngam-ngam time boarding. 

It was a smooth fly. Betul atau tak Uncle Chai tak berapa pasti. Itu yang Uncle Chai rasa sebab throughout the flight Uncle Chai tidur….haha. Memang Uncle Chai plan untuk tidur sepanjang flight. Takut boring. Thats why Uncle Chai tidur lambat malam semalam. Hanya 2 hours sleep. Layan TV. 

Sampai bila stewardess nak serve our prebook meals mereka terpaksa kejutkan kami. Suami isteri tidur…

Yang  Uncle Chai pelik sikit ialah Uncle Chai  boleh terjaga walaupun stewardess tu kejut dengan hanya memanggil lembut nama Uncle Chai. Sayup-sayup Uncle Chai dengar suara lembut memanggil. “En. Mohd Faisal…En. Mohd. Faisal…” Merdu suara seolah-olah bermimpi…

Akhirnya kami touchdown di KLIA2 5 minit sebelum jam 4. Awal 15 minit daripada schedule. Alhamdulillah…

Bila sampai KLIA bermakna selesai sudah misi kami membantu dan menziarahi puteri kami untuk kali ini. Kami suami isteri merasa puas kerana berjaya melaksanakan tugas membantu puteri kami. Yang tak puas ialah berada di sana. I like the weather. Winter sometimes freezing especially bila hujan atau berangin but I enjoyed it so much. Bila sampai sini terasa panasnya yang amat…..

InsyaAllah jika diberikan kelapangan masa dan rezeki, kami bercadang menziarahi puteri kami lagi bulan March semasa spring nanti. Jika kami pergi tidaklah selama seperti sekarang. Mungkin dalam seminggu sahaja. 

So Uncle Chai harap, pembaca semua enjoy nukilan pengalaman Uncle Chai di Korea terutama kepada mereka-mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke sana mengikut saluran yang dilalui oleh puteri Uncle Chai

Uncle Chai juga harap apa yang Uncle Chai post dan share ini dapat membantu pembaca membuat keputusan samada mahu ke Korea atau ke tempat lain untuk belajar. Uncle Chai juga berharap informasi yang terdapat di sini secara tidak langsung dapat membantu pembaca yang ingin melancong ke Korea. 

Tidak banyak informasi tentang pelancongan yang dapat Uncle Chai kongsikan kerana tujuan Utama ke sana bukan melancong tetapi membantu dan menziarahi puteri kami. Melancong dan berjalan-jalan adalah program sampingan sahaja. 

Sekian. Wassalam

NOTA: Uncle Chai akan share post2 di Korea secara backdated so pembaca kena ikut dan follow blog ini untuk membaca post2 secara kebelakang

 
Leave a comment

Posted by on December 30, 2016 in Daughter, Family, Holiday, Korea

 

Tags: , , , , , , ,

Transit Busan

Bersambung daripada post sebelum ini Last Day In Seoul: Train to Busan kami selamat sampai di Busan jam 4:30 petang. Uncle Chai memang merancang untuk sampai Busan sebelum maghrib. Waktu winter ni siang lebih pendek daripada malam. Maghrib jam 5 lebih. Just nice untuk sampai ke hotel penginapan sebelum gelap. 

Isteri Uncle Chai sebaik turun dari keretapi di Busan

Uncle Chai dihadapan KTX Busan Station


Daripada KTX Busan Station ke hotel penginapan kami di Sense Motel agak jauh juga. Kami perlu menaiki dua subway untuk sampai. 


Dari Busan Station yang terletak 50 meter dihadapan KTX Busan Station, kami perlu mengambil dua subway. Pertama menaiki Line 1 menghala ke Nopo dan transfer (tukar subway) di Seomyeon Station. Perjalanan ini melalui 6 Station.

Kemudian di Seomyeon Station transfer ke Line 2 ke Sasang Station dengan melalui 8 station. Keseluruhan perjalanan mengambil masa 34 minit. 

Mengapa Uncle Chai pilih Motel yang jauh dari Busan Station. Uncle Chai tempah motel menggunakan aplikasi booking.com. Pemilihan berdasarkan review orang ramai dan harga. Selain harga yang berpatutan serta banyak review positif tentang Sense Motel ini, kriteria Utama adalah kedudukannya yang berdekatan dengan Gimhae Airport. 

Uncle Chai tak mau ketinggalan flight. Itu yang penting. Biar ketinggalan bas atau pun subway tapi jangan ketinggalan flight. Mampus….

Beberapa hari selepas booking motel disahkan, Uncle Chai dan pihak Motel ada berkomunikasi melalui e-mail. Pihak motel yang memberikan direction kepada Uncle Chai untuk pergi ke motel mereka. 

Sebaik sampai di Sasang Station, Uncle Chai keluar mengikut exit number 2 sebagaimana direction yang diberikan. Dalam subway ni banyak exit. Kalau salah exit, kelain kita keluar nanti. Jauh juga kena menapak bawah tanah tu untuk ke exit number 2

Bila sampai exit number 2, Uncle Chai dapati tangga untuk naik ke atas tinggi sekali. Tiada lift di situ. Parah nak angkat beg besar dan berat ke atas ni… Uncle Chai minta isteri naik ke atas dahulu untuk letakan beg hand carry kami di atas dan dia perlu turun balik untuk membantu Uncle Chai mengangkat beg ke atas. Memang satu penyeksaan sebagaimana kami lalui semasa hari pertama di Seoul Station seperti Uncle Chai ceritakan dalam post yang lepas. 

Syukur alhamdulillah dalam menunggu isteri Uncle Chai turun kembali, ada seorang wanita tempatan yang baik hati. Dia tau kepayahan yang kami akan tempuh untuk mengangkat beg besar dan berat ke atas. Dia nasihatkan Uncle Chai gunakan lift di sebelah exit keluar ke laluan LRT. Laluan keluar itu adalah diseberang jalan tempat isteri Uncle Chai naik di exit number 2 tadi. 

Dia membawa Uncle Chai ke lift tersebut dan mengarahkan bagaimana untuk pergi ke tempat isteri Uncle Chai menunggu. Tapi arahan yang diberikan dalam bahasa Korea yang sepatah haram Uncle Chai tak faham. Uncle Chai cuma mengagak apa yang dia sampaikan. Uncle Chai faham dia ada mentioned cross the road. Ayam dan itik lagi

Bila sampai di atas, rupanya Uncle Chai keluar di persimpangan jalan yang besar. Tak tau nak cross jalan ke mana. Isteri Uncle Chai pula tidak kelihatan kerana tempat dia menunggu terlindung dengan penutup construction yang sedang dijalankan. 

Setelah cuba menghubungi isteri Uncle Chai menggunakan telefon gagal kerana dia tak dengar bunyi telefon, Uncle Chai gamble je cross ke seberang hadapan. Alhamdulillah gamble menjadi. Memang isteri Uncle Chai ada menunggu diseberang sana. Lega…

Sekarang ada masalah lain. Motel yang dituju tidak kelihatan ditepi2 jalan. Luckily ada WiFi di kawasan tersebut. Uncle Chai gunakan aplikasi Google Map. Rupanya motel tersebut terletak dibelakang deretan kedai yang menghadap jalan besar. 

Sense Motel


Amacam? Meriahkan motel ni? Penuh dengan heart dan lampu berwarna warni. Setelah lihat sekeliling baru Uncle Chai notice yang bangunan2 di Busan memang meriah begini. Penuh dengan lampu. Meriah sungguh pemandangan. Dah macam hari raya…haha. 

Uncle Chai menempah bilik standard double. Kadarnya murah cuma ₩45,000 atau RM170 semalam sahaja. Kadar bilik di Busan ni jauh lebih murah daripada kadar bilik di Seoul. 

Interior Sense Motel ini juga unik. Biliknya juga jauh lebih besar daripada bilik yang Uncle Chai sewa di Seoul lengkap dengan bath tub besar yang boleh masuk 2 orang. TV sebesar2 TV. 80 inci!


Selepas check-in, Uncle Chai dan isteri berehat dahulu sambil Uncle Chai Google mencari tempat makanan halal yang berhampiran. Uncle Chai jumpa 1 restoran Indonesia. Cantik juga. Lain2 restoran sama seperti di Seoul, banyak makanan India dan Timur Tengah. 

Jam 8 lebih kami turun untuk dinner. Kami bertanya di reception mana restoran halal berdekatan. Dia mencadangkan sebuah restoran makanan Arab. Di sekeliling restoran itu banyak juga restoran makanan halal katanya.

Tapi Uncle Chai decided untuk pergi ke restoran Indonesia yang Uncle Chai Google tadi. Reception membantu memberikan tunjuk arah ke restoran tersebut. Kami perlu menaiki LRT yang jaraknya satu Station sahaja. Ok la tu tak jauh. 

Kami mengambil LRT untuk ke sana. Sekali lagi masalah timbul untuk mencari lokasi restoran. Terima kasih pada WiFi yang bersepah2 di Korea ni, Google Map sekali lagi membantu. Ia terletak dihadapan pusat beli belah eMart ditingkat 2. 


Restoran Rindu Kampoeng nama restoran ini. Dimiliki oleh seorang wanita Indonesia yang berkahwin dengan lelaki tempatan. 

Semasa kami sampai hingga kami balik, hanya kami pelanggan yang ada. Pemiliknya bekerja sendirian. Dia masak, dia cashier, dia waitress. Kehadiran kami tidak disedari beliau kerana dia sedang duduk di dapur. 

Biasalah weekdays memang tiada pelanggan. Peak time ialah during weekend. 


Kami order makanan paling simple. Nasi goreng seafood dan teh susu. Bil ₩24,000. Oklah…

Di sekeliling restoran Rindu Kampoeng itu banyak kedai2 lain milik orang Islam. Bukan restoran tetapi kedai2 yang menjual sim kad, rempah ratus dan ayam serta daging. 

Sebelum pulang ke hotel kami singgah di convenient store hadapan motel untuk membeli roti dan doughnut untuk sarapan esok pagi sebelum ke Airport. 

 
Leave a comment

Posted by on December 29, 2016 in Daughter, Family, Holiday, Korea

 

Tags: , , , , , ,

Last Day In Seoul: Train to Busan

Hari ini adalah hari akhir kami berada di Seoul. Kami perlu berangkat ke Busan untuk ambil flight balik KL esok pagi jam 10:35. 

Hari ini juga Uncle Chai tidak berpeluang untuk menatap wajah comel puteri Uncle Chai untuk kali terakhir untuk trip ini kerana Train to Busan kami akan berlepas jam 2:00 petang. Puteri Uncle Chai habis kelas jam 1:00. Kami perlu ke KTX Seoul Station sebelum jam 1. 

Hanya isteri Uncle Chai yang sempat berjumpa puteri kami sebelum dia ke kelas. Isteri Uncle Chai pergi ke hostel puteri kami awal pagi untuk sediakan breakfast. Uncle Chai terlewat bangun. Letih sangat walaupun tidur awal malam semalam. 

Akibat tidur awallah juga menyebabkan Uncle Chai terlepas untuk menikmati pemandangan snow yang menutupi bumi Seoul. Rupanya snow turun dengan lebarnya malam semalam jam 2:00 pagi. 

Bila Uncle Chai bangun dapatlah tengok saki baki snow yang belum cair. Jadilah…


Sebelum bertolak ke KTX Seoul Station kami ke hostel puteri kami untuk lunch. Isteri Uncle Chai just goreng telur mata dan makan nasi dengan kicap untuk kenyangkan perut hingga ke Busan. 


Niat dihati nak round2 menikmati pemandangan snow sebelum bertolak, malangnya snow dah tiada. Ada yang dah disapu dan cair. 

Dengan bantuan pemilik CMS-Inn tempat penginapan kami, mereka memanggilkan teksi untuk kami ke KTX Seoul Station. Memang kami tak mau naik Subway kali ini kerana beg yang besar dan berat selain daripada kami mahu menikmati pemandangan bandaraya Seoul melalui jalanraya. Selama ni bergerak bawah tanah menggunakan subway dan train. 

Pengalaman setengah mati membawa beg2 besar dan berat semasa kami sampai menggunakan subway juga menjadi faktor kami memilih teksi. 

Ayam dan itik. Driver teksi langsung tak tau berbahasa Inggeris

Dalam teksi


Tambang teksi daripada Heogi ke KTX Seoul Station adalah ₩11,600. Uncle Chai beri ₩12,000 dan suruh Driver keep the change. Happy dia….


#TrainToBusan kami bertolak jam 2:00 petang dan sampai 2 jam setengah kemudian. Ini adalah High Speed Train atau Bullet Train. Kelajuan mencapai 270km/h. 

Uncle Chai dan isteri sebelum menaiki Train to Busan di KTX Seoul Station


Bagaimana nak beli tiket Train to Busan? Mudah sahaja. Pembelian mesti dibuat secara Online di laman web KORAIL. Periksa tarikh dan masa perjalanan kemudian pilih jumlah tiket yang dikehendaki. Seterusnya anda akan dibawa ke page jadual perjalanan hari tersebut. 

Terdapat tiga kelas Train to Busan ini. Kelas pertama, Kelas standard dan kelas biasa. Untuk kelas pertama dan standard, tempat duduk anda akan ditentukan oleh system. Anda tiada pilihan untuk memilih sendiri tempat duduk. Manakala untuk kelas biasa, tempat duduk tidak bernombor dan anda juga mungkin terpaksa berdiri jika lambat. First come First serve basis. 

Harga pulak untuk kelas pertama ialah ₩83,700 (RM320), kelas standard ₩59,800 (RM230) dan kelas biasa ₩50,800 (RM195). Uncle Chai memilih untuk menaiki kelas standard. Pembelian dibuat melalui kad kredit


Selepas selesai transaksi, anda akan diberikan nombor booking dan anda perlu print confirmation paper seperti diatas untuk mengambil tiket anda di mana2 Stesen Korail. Uncle Chai bernasib baik bila tempat penginapan Uncle Chai membantu print confirmation paper ini. Kalau tak kena pergi Cyber Cafe. 

Peringatan penting: Anda perlu memasukan detail peribadi anda dengan lengkap dan tepat termasuk nombor pasport. Jika ada detail yang tidak tepat, anda mungkin tak boleh dapatkan tiket yang telah ditempah. 

Dalam kes Uncle Chai, Uncle boleh mengambil tiket pada hari perjalanan di Seoul Station. Tapi untuk memastikan tempahan telah berjaya dan tiket terjamin, Uncle Chai decided untuk mengambil tiket tersebut beberapa hari in advance. Uncle Chai mengambil tiket di KTS Station Cheongnyangni iaitu stesen terdekat bersebelahan Hoegi Station yang terletak di tempat Uncle Chai menginap. 

Jika semasa sampai Busan, kami menaiki pesawat Eastar Jet untuk ke Seoul (rujuk post hari pertama di Korea), untuk pulang ke Busan kami memilih laluan keretapi walaupun masa perjalanan yang lebih lama jika dibandingkan dengan kapal terbang. Kami mahu pengalaman menaiki High Speed Train dan mana tau jika masih ada saki baki zombi yang tinggal dalam Train selepas cerita Train to Busan….hehe. 


Sebenarnya naik flight lebih murah sedikit tambangnya tapi asyik naik flight je bila nak rasa naik keretapi laju. Di Malaysia memang tak ada. Kalau ada pun lambat lagi. Semuanya masih dalam peringkat perancangan. 

Uncle Chai dan isteri dalam Train to Busan


Train bertolak tepat pada waktunya. Sedikit pun tak lambat. Tepat jam 2:00 seperti yang dijadualkan. Kalau ada yang terlambat, sorry. Kena tinggallah….

Pemandangan semasa perjalanan


Kami sampai di Busan jam lebih kurang 4:30 petang. Sila baca post seterusnya untuk mengikuti pengalaman Uncle Chai di Busan. 

 
1 Comment

Posted by on December 29, 2016 in Daughter, Family, Holiday, Korea

 

Tags: , , , , , , ,

Image

1 Syawal 1437

Fai & Ruz Family… Pagi Syawal di Muar Bandar DiRaja, Johor. 

 
Leave a comment

Posted by on July 6, 2016 in Beloved Wife, Daughter, Family

 

Tags: , , , ,

Majlis Berbuka Puasa

Hari ini bertempat di Fai & Ruz Kitchen, Kota Damansara kami menjadi tuan rumah kepada Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar2 Maahad Tahfiz Siti Khadijah Anak2 Yatim Puteri Seksyen 7 Kota Damansara. 

Majlis ini dibuat oleh seorang penderma yang tidak mahu dikenali dan dianjurkan oleh Komuniti MatchParty JDT. 

Seramai 24 pelajar, 21 puteri dan 3 putera datang berbuka puasa ditemani oleh 2 orang Ustaz dan seorang Ustazah. Walaupun Maahad Tahfiz tersebut mempunyai 29 pelajar tahfiz puteri dari golongan anak2 yatim, hanya 21 orang yang dapat hadir. Pelajar putera seramai 3 orang pula kebetulan mempunyai program hafazan di Masjid Kota Damansara jadi mereka dibawa ke sini sebelum pulang ke Pusat Tahfiz mereka di Klang. 

Majlis dimulakan dengan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Abdul Rashid Abdul Aziz AlHafiz, salah seorang Ustaz yang mengiringi pelajar2 tersebut. 

Kemudian tetamu dihidangkan dengan juadah ringan tamar serta kuih muih untuk membatalkan puasa sebelum solat berjemaah Maghrib yang diimamkan oleh seorang pelajar putera. 


Seterusnya mereka dihidangkan Nasi Ambeng sebagai menu utama. Nasi Ambeng disediakan di dalam dulang dan dimakan 4 orang satu dulang. Ini adalah pengalaman yang menarik untuk mereka kerana majority mereka tidak pernah makan Nasi Ambeng sebelum ini. 

Untuk yang tak tahu, Nasi Ambeng adalah makanan tradisi orang Jawa. Antara lauk yang terdapat di dalam hidangan Nasi Ambeng ini ialah Ayam Masak Kicap, Serunding, Sambal Goreng, Mee Goreng dan Ikan masin. 


Selesai menjamu selera, anak2 yatim tersebut diberikan sedekah dalam bentuk and duit raya oleh dermawan2 yang bermurah hati memberikan sumbangan. 


Uncle Chai pula mewakili sebuah organisasi yang mewakafkan Al-Quran kepada pusat tahfiz ini. Sebagai simbolik Uncle Chai menyerahkan dua naskah Al-Quran mewakili 30 buah kesemuanya. 

Selesai acara anak2 yatim Puteri ini diberikan kebebasan oleh Ustaz Khisyairi, pengasas pusat tahfiz untuk ronda2 dan shopping di Uptown sebelum pulang. Menurut Ustaz Khusyairi inilah julung kali pelajar2 tersebut diberi peluang untuk bebas berjalan dan shopping kerana mereka sebenarnya tidak dibenarkan keluar dari Pusat Tahfiz mereka. 


Sebelum pulang, Uncle Chai dan isteri sempat mengabdikan kenangan bersama Ustaz Khusyairi dan Ustaz Abdul Rashid AlHafiz. 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Terima kasih diucapkan kepada Maahad Tahfiz Siti Khadijah, Ustaz Khusyairi, Ustaz Abdul Rashid, para dermawan yang menaja majlis ini serta menyumbangkan duit raya, Komuniti MatchParty JDT dan Restaurant Fai & Ruz Kitchen. 

Semoga kita semua mendapat barokah atas usaha kita untuk majlis ini. Jika ada rezeki dan umur, InsyaAllah ianya akan dijadikan acara tahunan. Amin…


 
Leave a comment

Posted by on June 22, 2016 in Agama, Cerita ku

 

Tags: , , , , , , , , , , ,

Suami Isteri Bersentuhan Dalam Berwudhu’ – Batalkah Wudhu’?

Ramai yang masih RAGU tentang permasalah ini kerana kurang kefahaman dan pendedahan ilmu berkenaan dengannya. Maka sunnah mengeluarkan keraguan itu dengan memberi kefahaman ilmu yg jelas berdasarkan penghujahan dalil yg terkuat menurut perbahasan yg jumhur.

Di bahas secara ilmu , tidak ada dalil khusus dari hadis yg ada menyatakan batal wudhu jika bersentuh suami isteri, namun ia menjadi khilaf di kalangan para imam mazhab yang mengkaji permasalah fiqah ini lalu ia menjurus kepada 3 perkara iaitu,

  1. Pendapat mana yang kata batal serta alasan hujjah
  2. Pendapat mana yang kata tak batal serta alasan hujjah
  3. Kesimpulan, pendapat mana yang TERKUAT, RAJIH, MAHSYUR, JUMHUR

Yang pertama, pendapat yg mengatakan batal adalah dari Mazhab Imam Asy Syafie, alasan hujjahnya adalah , Imam Asy Syafie mengambil dasar dalil dari ayat Quran iaitu pada ayat yg ke 43 di dalam surah An-Nisa’ أَوْ لاَمَسْتُم النِّسَآءَ “…..atau kamu telah bersentuh dengan istri kamu”. 

Yang kedua, pekataan لاَمَسْتُم menjadi perselisihan pendapat yg muktabar dan pendapat yg terkuat mengatakan bahawa maksud ayat itu BUKAN merujuk kepada sentuh tetapi ia adalah “JIMAK” . Pendapat ini di sokong oleh MAJORITY para pakar ahli tafsir telah menafsirkan ayat tersebut dengan maksud jima’ diantaranya adalah sahabat mulia, penafsir ulung yang dido’akan Nabi, Abdullah bin Abbas, demikian pula Ali bin Abi Thalib, Ubai bin Ka’ab, Mujahid, Thawus, Hasan Al-Bashri, Ubaid bin Umair, Said bin Jubair, Sya’bi, Qotadah, Muqatil bi Hayyan dan lainnya. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir 1/550). Pendapat ini juga dikuatkan Syaikh ahli tafsir, Ibnu Jarir dalam Tafsirnya 5/102-103 dan Imam Ibnu Rusyd dalam Bidayatul Mujtahid).  

Di usuli lagi dengan sandaran2 hadis soheh iaitu:-
Hadis Pertama dari Aisyah meriwayatkan bahawa, Nabi s.a.w pernah mencium sebahagian istrinya kemudian keluar menuju solat dan tidak berwudhu lagi. Saya (Urwah) berkata: Tidaklah dia kecuali anda kan? Lalu Aisyah tertawa. (Shahih. Riwayat Tirmidzi: 86, Abu Dawud: 178, Nasa’i: 170, Ibnu Majah: 502 dan dishahihkan Al-Albani dalam Al-Misykah: 323. Lihat pembelaan hadits ini secara luas dalam At-Tamhid 8/504 Ibnu Abdil Barr dan Syarh Tirmidzi 1/135-138 Syaikh Ahmad Syakir).

Hadits ini menunjukkan bahwa menyentuh istri tidaklah membatalkan wudhu sekalipun dengan syahwat. Demikian ditegaskan oleh Syaikh Al-Allamah As-Sindi dalam Hasyiyah Sunan Nasa’i 1/104.

Hadis kedua juga dari dari Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata: “Pada suatu malam saya pernah kehilangan Rasulullah dari tempat tidur maka saya mencarinya lalu tanganku mengenai pada kedua punggung kakinya yang tegak, beliau solat di masjid seraya berdoa: “Ya Allah saya berlindung dengan ridha-Mu dari kemurkaan-Mu…”. (HR. Muslim: 486).

Hadits ini menunjukkan bahwa istri menyentuh suami tidaklah membatalkan wudhu. Adapun takwil Imam Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim 4/152 bahwa kejadian tersebut boleh jadi kerana ada pembatas kainnya, maka menyelisihi zahir hadits. Namun pendapat yang lain menafikan kerana sudah tentu Nabi s.a.w solat bukan secara isbal. (Lihat At-Tamhid 8/501 Ibnu Abdil Barr dan Tafsir Al-Qurthubi 5/146).

MAKA KESIMPULANNYA , pendapat yang pertama melalui sandaran Imam Asy Syafie adalah lemah. Asal hukum wudhu seorang adalah suci dan tidak batal sehingga ada dalil yang mengeluarkan dari hukum asalnya, sedangkan hal itu tidak ada, padahal kita ketahui bersama bahawa menyentuh isteri adalah suatu hal yang amat sering terjadi. Seandainya itu membatalkan wudhu, tentu Nabi s.a.w akan menjelaskan kepada umatnya dan masyhur di kalangan sahabat, tetapi tidak ada seorangpun dari kalangan sahabat yang berwudhu hanya karena sekedar menyentuh istrinya. Inilah yg dinukilkan oleh Ibnu Taimiyyah di dalam kitab Majmu’ Fatawa. yang TERKUAT, RAJIH, MAHSYUR, JUMHUR adalah TIDAK BATAL.

– COPY PASTE-

 
Leave a comment

Posted by on June 18, 2016 in Agama, Copy Paste

 

Tags: , , , ,

Buku Teks Program K-LIP


Minggu ini dah masuk minggu kedua Puteri Uncle Chai mengikuti program K-LIP di UniKL MIIT city campus. Selama beberapa hari dalam minggu ni Puteri Uncle Chai diberikan buku teks secara berperingkat. Kesemuanya 15 buah buku. Tiga untuk setiap pelajaran. 

Terdapat lima peringkat mempelajari Bahasa Korea:

  • Reading
  • Writing 
  • Listening
  • Speaking 
  • Grammar

Buku2 untuk Level 1 & Level 2 akan digunakan semasa belajar di UniKL. Buku Level 3 akan digunakan tahun hadapan semasa belajar di Kyung Hee University Korea nanti. Uncle Chai pun tak pasti mengapa buku2 Level 3 diberikan sekarang. Kesemua buku teks ini termasuk dalam yuran pengajian yang dibayar. 

Menurut Puteri Uncle Chai susah juga belajar Bahasa Korea ni tapi lebih simple dari English. Uncle Chai sendiri mendapati sukar juga nak belajar. Uncle Chai sudah download beberapa applikasi belajar Bahasa Korea ni. Lain app lain bunyi sebutan. Lain phrase juga. Tak tau boleh atau tak Uncle Chai menguasai Bahasa Korea ni. Bukan nak sampai tahap master seperti Puteri Uncle Chai. Dapat communicate yang simple sentences pun dah ok. 

Target kami ialah hingga kami berjaya communicate with each other in Korean. Nampaknya terpaksa Uncle Chai dan isteri berguru dengan Puteri kami nanti…

 
Leave a comment

Posted by on June 16, 2016 in Daughter, Family

 

Tags: , , , , ,