RSS

Completed K-Lip Program

10 Aug

Hari ini puteri Uncle Chai completed her K-Lip program setelah mengikutinya selama 14 bulan. Walaupun program ini asalnya adalah 12 bulan iaitu 6 bulan di UniKL dan baki 6 bulan lagi di Kyung Hee University, Korea, tetapi pihak Kyung Hee telah bermurah hari memberikan extra 1 bulan setengah tanpa kos tambahan kepada pelajar2 batch pertama ini. 

Sebenarnya bukanlah free atau tiada kos tambahan seperti yang Uncle Chai tulis di atas tetapi ia adalah sebagai ganti kepada mata pelajaran matematik yang sepatutnya mereka belajar di sana. Oleh kerana mata pelajaran matematik tidak diajar kepada mereka disana, dan kami telah membayar yuran untuk mata pelajaran matematik, pihak universiti menggantikan dengan lanjutan pelajaran Bahasa Korea untuk sebulan setengah. 

Perbincangan bersama dekan


Mereka mula belajar di Kyung Hee Universiti pada 13 Disember 2016 dan berakhir semalam 9 Ogos 2017. Mereka juga telah menduduki dua peperiksaan TOPIK sepanjang disana. Yang pertama pada bulan March dan yang kedua pada bulan Julai lalu. 


Alhamdulillah puteri Uncle Chai berjaya memperbaiki keputusan TOPIK beliau melalui TOPIK yang kedua. TOPIK pertama puteri Uncle Chai hanya memperolehi Level 4 manakala untuk TOPIK kali kedua beliau berjaya mendapat Level 5 dan hanya kurang lima markah untuk mendapat Level 6.  InsyaAllah, puteri Uncle Chai akan mengambil sekali lagi TOPIK. Kali ini hanyalah untuk personal satisfaction sahaja. Dia berazam untuk mendapat highest level possible. Untuk cerita lanjut tentang keputusan TOPIK yang lalu, rujuk post sebelum ini. 


Tahniah diucapkan kepada semua pelajar2 batch pertama K-Lip. Banyak kejayaan dan kecemerlangan yang telah mereka lakukan sepanjang belajar di Kyung Hee University hingga mendapat pengiktirafan Dekan dan pihak universiti. Mereka telah meletakan bench mark yang tinggi untuk diikuti oleh pelajar2 batch yang akan datang. Mereka juga telah menunjukan yang pelajar Malaysia bukan calang2 pelajar. 

GOOD JOB GUYS. YOU ALL HAVE MADE US PARENTS AND MALAYSIA PROUD!

Advertisements
 
8 Comments

Posted by on August 10, 2017 in KLIP

 

Tags: , , , , , , ,

8 responses to “Completed K-Lip Program

  1. Lisa

    November 13, 2017 at 4:27 pm

    Salam.nak tanya nanti sambung degree boleh ambik course apa?kalau macam dentistry boleh tak?

     
    • Acai

      November 14, 2017 at 9:31 am

      Waalaikumussalam. Nak ambil apa course pun boleh TETAPI ada beberapa course yang tidak diiktiraf kerajaan Malaysia. Contohnya Medical and I think it includes dentistry.

       
  2. N

    November 22, 2017 at 12:58 pm

    salam uncle chai. enjoy baca ttg K-LIP ni. byk info sy dpt. tp nak tanya kalau mcm mn pulak kalau budak degree nak sambung master kat korea? sama jugak ke dgn kisah puteri uncle ni?

     
    • Acai

      November 22, 2017 at 1:14 pm

      Waalaikumussalam. Untuk master Uncle tak mahir. Maklumlah Uncle cuma share based on my experience apa yang dilalui puteri Uncle. Not sure kalau Topik is a must utk master. Sorry Uncle tak boleh bantu 😁

       
  3. Hana

    December 1, 2017 at 6:11 pm

    Hi uncle, tamat saja program KLip ni, kursus apa yg boleh di ambil di sana untuk degree?

     
    • Acai

      December 1, 2017 at 6:35 pm

      Apa2 kursus kecuali perubatan kerana tidak diiktiraf kerajaan Msia

       
  4. A little boy

    December 6, 2017 at 6:22 pm

    Result spm kena dpt berape?

     
    • Acai

      December 6, 2017 at 6:26 pm

      Bukan dah jawab semalam?

       

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: