RSS

K-LIP – Sudah Tukar ke Lapan Bulan

30 Apr

Dah lama Uncle Chai tak update blog ini. Uncle Chai agak sibuk dan Uncle Chai lebih kepada Vlogging sekarang. Kalau sesiapa nak tengok vlog Uncle Chai boleh subscribe Channel YouTube Uncle Chai di link berikut:

Uncle Chai TV
Minggu lepas Uncle Chai bersama parents kawan2 puteri Uncle Chai iaitu Batch Pertama K-LIP UniKL yang sekarang sedang berada di Korea mengadakan mesyuarat dengan pihak UniKL. 

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk meminta nasihat dan bantuan pihak UniKL tentang hala tuju anak2 kami di peringkat ijazah selepas mereka tamat program K-LIP di Kyung Hee University Jun nanti. 

Walaupun mesyuarat kami agak tegang di peringkat permulaan, kami tidak pasti mengapa wujud ketegangan tersebut. Tak semena2 kami dimarahi oleh Mr. Qwon atas sebab yang kami sendiri tidak pasti. 

Outcome mesyuarat tersebut Uncle Chai akan share dalam entri seterusnya. 

Uncle Chai difahamkan oleh seorang pembaca blog Uncle Chai, Farhan namanya, yang program K-LIP UniKL ini sekarang memakan masa 8 bulan bukan lagi 6 bulan di UniKL seperti batch pertama puteri Uncle Chai dahulu. 

Didalam mesyuarat kami, Uncle Chai ada bertanya tentang perkara ini kepada pihak UniKL. Memang benar program ini telah dilanjutkan kepada 8 bulan. 

Tujuannya ialah supaya tiada gap selepas tamat program K-LIP di Korea dengan kemasukan universiti sana nanti. 

Uncle Chai ambil contoh kes batch pertama. Mereka tamat program K-LIP pada bulan June nanti dan peperiksaan TOPIK akan diadakan pada bulan Julai. Kemasukan atau intake untuk program ijazah universiti2 di Korea adalah pada bulan September. Bermakna akan ada gap selama lebih kurang dua bulan. 

Walaupun mereka tidak perlu pulang ke tanah air kerana dalam tempoh gap dua bulan tersebut, pihak Kyung Hee University akan mengadakan kelas bahasa tambahan untuk mereka sebagai ganti kepada kelas mathematics yang tidak dijalankan sebagaimana sepatutnya sepanjang tempoh 6 bulan mereka di sana. 

Sebagai pengetahuan, universiti di Korea mempunyai dua intake. First intake adalah pada bulan Mac dan second intake adalah pada bulan September. So batch puteri Uncle Chai akan masuk universiti untuk second intake

Jadi bila UniKL melanjutkan program K-LIP kepada 8 bulan, maknanya Just nice untuk intake universiti nanti. Contoh pengambilan K-LIP UniKL bulan June, mereka tamat pada bulan Februari tahun berikutnya. Kemudian belajar lagi 6 bulan di Kyung Hee Universiti, bermakna mereka tamat bulan Ogos. Just nice untuk second intake universiti Korea iaitu bulan September. 

Uncle Chai rasa info terbaru tentang program K-LIP yang dilanjutkan hingga 6 bulan ini betul. Jika salah harap pihak UniKL perbetulkan. 

Sekian dulu untuk entri ini. Uncle Chai akan menyusul dengan entri2 lain jika masa mengizinkan. 

Advertisements
 
5 Comments

Posted by on April 30, 2017 in Daughter, Korea

 

Tags: , , , , , ,

5 responses to “K-LIP – Sudah Tukar ke Lapan Bulan

  1. maziah

    May 19, 2017 at 6:11 am

    salam. uncle chai. anak sy akan ikut program klip bulan june ini. sy nak tya yuran university nanti termasuk accomodation atau tidak? if no what is the cost of accomodation di sana?

     
    • Acai

      May 19, 2017 at 6:11 pm

      Waalaikumussalam. Tahniah kerana berjaya mendapat tempat utk program K-LIP. Ya yuran University semasa di Korea nanti akan termasuk accommodations. Trust me the hostel is nice. Complete dengan tempat memasak, washing machine, Microwave, Fridge, air cond, heater etc. Location juga bagus bersebelahan Hoegi Station. Jika ada masa, saya buat satu post tentang hostel mereka.

       
      • Maziah

        May 22, 2017 at 10:13 am

        Salam uncle chai,
        1. Anak uncle chai adalah 1st batch. Anak dah dpt tawaran dr mana mana university?
        2.Another important matter, kos perubatan jika berlaku sesuatu seperti hospitalisation adakah student malaysia dapat rawatan percuma sebaliknya.
        3.Dalam entry terbaru, uncle chai ada menyebut berlaku ketegangan dgn pihak unikl. Boleh terangkan?

         
        • Acai

          May 22, 2017 at 10:51 am

          Waalaikumussalam.
          1. Utk 1st batch ni mereka baru apply University second intake utk September. Permohonan baru ditutup. Keputusan permohonan akan diketahui awal Julai nanti. First intake University di sana ialah March. Kesemua batch pertama apply utk 2nd intake ini kecuali 3 org. 2 org decided utk ‘berehat’ seketika dan akan apply utk March nanti. Seorang lagi gagal utk mendapat level 3 dalam Topik March lalu. Minimum requirement utk apply University ialah level 3.
          2. Pembayaran kepada KyungHee University semasa belajar disana nanti akan termasuk Insurance. So kos perubatan akan covered by Insurance yg kita telah bayar. Alhamdulillah setakat ini kesemua 1st batch sihat2 belaka.
          3. Ketegangan tersebut kerana sikap Hot Tempered atau budaya kerja yang berbeza antara kita dengan Qwon. Biar saya berterus terang. Kami agak kecewa dengan sikap seolah2 lepas tangan pihak UniKL terhadap anak2 kami. Tiada sesiapa yang membantu mereka utk urusan pemilihan course dan University. Mereka baru beberapa bulan tinggal disana. Mereka semua masih dikira anak2 lagi dan belum matang. Mereka ditinggalkan sendirian utk buat keputusan tentang degree terutama pemilihan University. Ada hampir 400 University di sana. UniKL tidak membantu mereka. Kami merasakan seolah2 anak2 kami pergi ke sana dihantar oleh kami sendiri tanpa melalui UniKL. Apa point kami hantar mereka belajar 6 bulan di UniKL jika mereka tak membantu? Might As well kami hantar mereka terus belajar K-LiP di Korea tanpa melalui UniKL.

          Mereka2 adalah pelajar cemerlang. Semasa Topik Mac lalu, mereka belum cover syllabus hingga habis tapi peperiksaan yang mereka duduki itu meliputi kesemua syllabus. Mereka terpaksa ambil inisiatif utk belajar sendiri. Keputusan yang mereka dapat dikira cemerlang. 3 org mendapat level 5, 3 org lagi mendapat level 4! Sudah tentu UniKL akan menjaja kejayaan pelajar2 batch pertama ini tapi kami kecewa mereka tidak assist anak2 kami utk memilih jurusan dan University. Anyway semuanya ok selepas meeting tersebut. Ia lebih kepada budaya kerja berbeza sahaja.

          Sebagai tambahan, hampir kesemua mereka apply utk degree di KyungHee. Anak saya apply Applied Chemistry di Kyunghee Global Campus di Suwon. Jika berjaya, dia tidak akan tinggal di Seoul lagi tetapi di Suwon. Apa plan anak puan? Apa course yang dia minat utk degree nanti?

           
          • Maziah

            May 22, 2017 at 1:51 pm

            Thanks for the prompt reply. Tahniah to your daughter. Semoga dipermudahkan urusan disana.
            Anak saya masih contemplating course degree yg nak diambil. Mungkin dia akan ambil mathematics. Dia juga dpt offer asasi UIA.

             

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: