RSS

Majlis Berbuka Puasa

22 Jun

Hari ini bertempat di Fai & Ruz Kitchen, Kota Damansara kami menjadi tuan rumah kepada Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar2 Maahad Tahfiz Siti Khadijah Anak2 Yatim Puteri Seksyen 7 Kota Damansara. 

Majlis ini dibuat oleh seorang penderma yang tidak mahu dikenali dan dianjurkan oleh Komuniti MatchParty JDT. 

Seramai 24 pelajar, 21 puteri dan 3 putera datang berbuka puasa ditemani oleh 2 orang Ustaz dan seorang Ustazah. Walaupun Maahad Tahfiz tersebut mempunyai 29 pelajar tahfiz puteri dari golongan anak2 yatim, hanya 21 orang yang dapat hadir. Pelajar putera seramai 3 orang pula kebetulan mempunyai program hafazan di Masjid Kota Damansara jadi mereka dibawa ke sini sebelum pulang ke Pusat Tahfiz mereka di Klang. 

Majlis dimulakan dengan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Abdul Rashid Abdul Aziz AlHafiz, salah seorang Ustaz yang mengiringi pelajar2 tersebut. 

Kemudian tetamu dihidangkan dengan juadah ringan tamar serta kuih muih untuk membatalkan puasa sebelum solat berjemaah Maghrib yang diimamkan oleh seorang pelajar putera. 


Seterusnya mereka dihidangkan Nasi Ambeng sebagai menu utama. Nasi Ambeng disediakan di dalam dulang dan dimakan 4 orang satu dulang. Ini adalah pengalaman yang menarik untuk mereka kerana majority mereka tidak pernah makan Nasi Ambeng sebelum ini. 

Untuk yang tak tahu, Nasi Ambeng adalah makanan tradisi orang Jawa. Antara lauk yang terdapat di dalam hidangan Nasi Ambeng ini ialah Ayam Masak Kicap, Serunding, Sambal Goreng, Mee Goreng dan Ikan masin. 


Selesai menjamu selera, anak2 yatim tersebut diberikan sedekah dalam bentuk and duit raya oleh dermawan2 yang bermurah hati memberikan sumbangan. 


Uncle Chai pula mewakili sebuah organisasi yang mewakafkan Al-Quran kepada pusat tahfiz ini. Sebagai simbolik Uncle Chai menyerahkan dua naskah Al-Quran mewakili 30 buah kesemuanya. 

Selesai acara anak2 yatim Puteri ini diberikan kebebasan oleh Ustaz Khisyairi, pengasas pusat tahfiz untuk ronda2 dan shopping di Uptown sebelum pulang. Menurut Ustaz Khusyairi inilah julung kali pelajar2 tersebut diberi peluang untuk bebas berjalan dan shopping kerana mereka sebenarnya tidak dibenarkan keluar dari Pusat Tahfiz mereka. 


Sebelum pulang, Uncle Chai dan isteri sempat mengabdikan kenangan bersama Ustaz Khusyairi dan Ustaz Abdul Rashid AlHafiz. 

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Terima kasih diucapkan kepada Maahad Tahfiz Siti Khadijah, Ustaz Khusyairi, Ustaz Abdul Rashid, para dermawan yang menaja majlis ini serta menyumbangkan duit raya, Komuniti MatchParty JDT dan Restaurant Fai & Ruz Kitchen. 

Semoga kita semua mendapat barokah atas usaha kita untuk majlis ini. Jika ada rezeki dan umur, InsyaAllah ianya akan dijadikan acara tahunan. Amin…


Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 22, 2016 in Agama, Cerita ku

 

Tags: , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: