RSS

K-LIP UniKL – Jalan Pintas ke Universiti Korea

09 Jun


Seperti dijanjikan Uncle Chai akan kongsikan serba sedikit tentang K-LIP atau Korean Language Intensive Program yang ditawarkan oleh Universiti Kuala Kumpur (UniKL).

UniKL menawarkan 2 program untuk pelajar2 yang mahu melanjutkan pelajaran peringkat degree di university2 di Korea. Selain K-LIP, UniKL juga menawarkan program Pre-Korea Foundation (FiST). Selain UniKL, Intec juga ada menawarkan program Pre-Korea Foundation. 

Uncle Chai akan terangkan dengan lanjut dan detail tentang K-LIP kerana Puteri Uncle Chai sedang mengikuti program ini sekarang. Dia mendaftarkan diri pada 1 Jun 2016 yang lalu dan telah memulakan pembelajarannya pada 6 Jun. Badge yang Puteri Uncle Chai belajar sekarang ini adalah badge pertama atau pioneer badge untuk program ini. Walaupun ada blog lain yang mengatakan telah ada badge sebelum ini, tapi ia dinafikan oleh pihak UniKL. Student ID Puteri Uncle Chai adalah K-LIP001. So she’s the first student untuk program yang julung kali diadakan ini. 

Untuk program Pre-Korea Foundation pula tak silap Uncle Chai telah ada 5 atau 6 badge dengan badge terkini akan terbang ke Korea pada bulan Ogos ini, kalau tak silap pendengaran Uncle Chai masa sessi briefing yang lalu. 

Untuk program Pre-Korea Foundation, pelajar akan membuat foundation selama 1 tahun 4 bulan di UniKL manakala K-LIP hanya belajar 6 bulan sahaja di UniKL. Untuk pioneer badge yang Puteri Uncle Chai ada di dalamnya, mereka memulakan pembelajaran pada 6 Jun lalu dan akan terbang ke Korea pada 11 December 2016 jika mengikut perancangan pihak UniKL atau mungkin lebih awal daripada itu. Mereka akan menyambung pelajaran di Kyung Hee University untuk Winter Semester pada 13 December 2016.

Kyung Hee University


Nampak tak berapa express program K-LIP ini dapat pergi ke Korea berbanding program lain. Sebab itu Uncle Chai katakan K-LIP adalah jalan pintas untuk belajar di Korea. Mereka hanya belajar 6 bulan di UniKL dan menyambung 6 bulan lagi di Kyung Hee University. Tempoh pembelajaran adalah 1 tahun sahaja.

Sebelum korang semua excited dengan K-LIP ni, sebelum korang berebut2 nak bagitau parents korang nak ambil program ni, biar Uncle Chai bagitau perkara yang maha penting. Program K-LIP dan Pre-Korea Foundation ni kedua2nya adalah self-sponsored. Maknanya tiada financial assistance untuk kedua2 program ni. Tiada scholarship, tiada tajaan. Kena pakai duit sendiri. So berapa kos untuk mengambil kedua2 program ini? Itu Uncle Chai akan terangkan kemudian. 

Okay let’s go back to basic. K-LIP adalah program usahasama antara UniKL Malaysian Institute of Imformation Technology (UniKL MIIT) dengan Institute of International Education (IIE) Kyung Hee University. Kyung Hee University adalah Leading in E-Learning Education System dan merupakan salah satu top Korean Language Institute di Korea. K-LIP adalah program pioneer dan pertama di Malaysia yang menawarkan pembelajaran Bahasa Korea melalui kelas dan online

Kyung Hee University


Objective K-LIP adalah supaya pelajar cemerlang dalam Bahasa Korea dan membolehkan pelajar menyambung pelajaran di peringkat ijazah di universiti2 Korea. Kelulusan minimum untuk membolehkan pelajar layak ke university di sana adalah Level 3 dalam TOPIK (Test of Proficiency in Korean)

Melalui K-LIP, pelajar boleh mencapai sehingga Level 6, iaitu level tertinggi dalam TOPIK. Untuk pelajar yang berjaya score Level 5 atau Level 6 dalam TOPIK, mereka akan layak menerima International Students Scholarship yang diberikan oleh university2 di Korea. 

Ok stop sekejap! Dengar memang menarikkan? Dapat scholarship. Guaranteed! Tapi jangan tertipu seperti Uncle Chai. Uncle Chai membayangkan scholarship mereka sama seperti scholarship kita di Malaysia. No! Scholarship mereka berbeza dengan scholarship di Malaysia. Scholarship di Malaysia kita tau diberikan sepenuhnya meliputi kos pengajian dan wang saraan sehingga tamat pengajian. International Students Scholarship yang diberikan oleh pihak university di sana berlainan. Tak sama… Uncle Chai akan ceritakan lebih lanjut tentang International Students Scholarship ni kemudian. Tak mau potong stim korang. Kena baca sampai habis. 

Carta kemasukan pelajar hingga ke Kyung Hee University selepas 6 bulan


K-LIP ini boleh dikatakan mudah. Bukan pembelajarannya mudah tapi tak banyak subjects. Hanya empat subjects sahaja. Berbeza dengan Pre-Korea yang terpaksa belajar banyak subjects. Subjects yang dipelajari ialah:

  1. KLIP01 – Korean Language Proficiency 
  2. KLIP02 – Speech Communication 
  3. KLIP03 – Maths
  4. KLIP04 – Intercultural Communication 

Program ini lebih kepada penguasaan Bahasa Korea untuk menyediakan pelajar menduduki peperiksaan TOPIK. Peperiksaan TOPIK adalah pada bulan October. Ada dua intake untuk K-LIP UniKL ni. June dan January setiap tahun. 

Jadual waktu Puteri Uncle Chai sepanjang bulan Ramadhan


Di atas adalah jadual waktu Kelas Puteri Uncle Chai untuk sepanjang bulan Ramadhan ini. Untuk bulan2 biasa sama sahaja. Bezanya waktu mula dan habis kelas. Untuk bulan2 biasa kelas bermula dan berakhir lewat 1/2 jam. Agak hectic. Full 9-5 setiap hari. Puteri Uncle Chai yang baru belajar beberapa hari pun dah complain penat. Dengan terpaksa menempuh jem untuk pergi dan balik lagi. Maklumlah campus UniKL terletak di city center

Kesemuanya ada dua exams yang perlu duduki oleh students K-LIP. TOPIK 1 di UniKL dan TOPIK 2 di Kyung Hee University. Jumlah jam pula students mesti menghabiskan 540 jam di Malaysia dan 540 jam lagi di Korea. Di Malaysia students akan belajar Level 1 & Level 2. Selebihnya iaitu Level 3-6 akan dipelajari di Korea. Upon completion students akan dianugerahkan Certificate of Attendance oleh UniKL MIIT dan IIE Kyung Hee University. 

Manakala untuk peperiksaan TOPIK, sijil akan diberi oleh National Institute for International Education (NIIED), Korea. 

Academic Calender for June 2016 intake


Di atas ini adalah Academic Calender untuk intake Puteri Uncle Chai. Peperiksaan TOPIK 1 akan diadakan pada 16 October dan result akan dikeluarkan pada 24 November 2016. Selepas itu mereka akan semester break sebelum terbang ke Korea pada 11 December 2016 untuk mengikuti Winter Semester pada 13 December 2016. Express tak? Masuk bulan Jun, bulanDecember sudah ada di Korea…

Okay…rasanya Uncle Chai dah cover almost everything tentang K-LIP based pada knowledge Uncle Chai. Now…here it comes. Let’s talk about the cost involved. Seperti yang Uncle Chai katakan awal tadi both K-LIP & Pre-Korea UniKL ini adalah self sponsored programs. Ini adalah tuition fees untuk K-LIP di UniKL & Kyung Hee University, Korea. 

Fees untuk 6 bulan di UniKL


Total fees untuk pengajian selama 6 bulan di UniKL adalah RM 11,000.00. Biasanya bila kita accept offer untuk mengikuti program K-LIP, kita perlu membuat pembayaran pre-registration fee sebanyak RM 500.00. Pembayaran di buat di CIMB. Kemudian kita perlu membayar Registration Fee sebelum atau pada hari pendaftaran. Registration fee terbahagi kepada 2 jenis. 

  1. Student tanpa hostel – RM400.00
  2. Student dengan hostel – RM1,030.00

Registratrion fee


    Baki sebanyak RM 9,500.00 lagi perlu dijelaskan dalam masa 6 minggu selepas pendaftaran. Uncle Chai nak bagi tips sikit. Kalau tak boleh bayar full 9,500 tu, boleh negotiates dengan pihak UniKL. Buat 3 payments. Bayar RM 5,000.00 dahulu. Hujung bulan bayar lagi RM 2,500.00 dan baki RM 2,000.00 bayar pada hujung bulan berikutnya. Pada Uncle Chai dengan UniKL boleh lagi cerita. Yang tak boleh buat partial payment ialah dengan Kyung Hee University.

    Tuition Fees semasa di Kyung Hee University


    Tu dia fee untuk Pengajian selama 6 bulan berikutnya di Kyung Hee University. Jumlah dalam RM bergantung pada kadar tukaran asing semasa. Kadar tukaran masa post ini ditulis adalah KRW1,000=RM3.48. So jumlah fee pada masa post ini ditulis ialah RM 25,132.00. Menurut UniKL, untuk Puteri Uncle Chai nanti, Kyung Hee University akan mengeluarkan invoice pada awal November dan pembayaran perlu dibuat sebelum 15 November 2016

    Ok tentang fee Uncle Chai dah terangkan. Sekarang Uncle Chai nak terangkan tentang scholarship yang guaranteed untuk mereka yang score Level 5 & 6

    International Students Scholarship yang diberikan adalah semester by semester. Bukan dari tahun pertama hingga tahun akhir. Cara pemberian scholarship seperti ini amat bagus pada pandangan Uncle Chai. Kalau pelajar nak terus dapat scholarship mereka kena belajar dan score setiap semester. Lagi baik keputusan lagi tinggi scholarship yang diberikan. Lagi teruk keputusan lagi rendah scholarship yang akan dapat. Kalau teruk sangat keputusan, langsung  tak dapat scholarship! Baguskan cara begitu? So students tak akan main2 dan enjoy. Mereka kena dapatkan good result setiap semester

    Kyung Hee University


    Itu perbezaan pertama scholarship mereka. Perbezaan kedua – scholarship yang mereka berikan bukan dalam bentuk cash. Jangan ingat korang boleh enjoy. Scholarship mereka adalah dalam bentuk pengurangan atau subsidi yuran pengajian. Berapa banyak pengurangan atau subsidi yang diberikan bergantung kepada university yang korang belajar. Uncle Chai berikan beberapa contoh…

    1. Hanyang University, Seoul – 30% pengurangan yuran jika mencapai level 5 atau 6 dalam TOPIK;
    2. Dangkook University – 35% pengurangan yuran + dormitory untuk 1 semester jika mencapai Level 4 & 5. 55% pengurangan yuran + dormitory untuk 4 tahun jika mendapat Level 6
    3. Kangwoon National University – 60% pengurangan yuran untuk 1 semester untuk Level 4. 100% pengurangan yuran untuk 1 semester jika mendapat Level 5 & 6
    4. Konkuk University, Seoul – 30% pengurangan yuran satu semester untuk TOPIK Level 3. 50% jika mendapat Level 4 & 5 dan 70% untuk Level 6

    So itulah contoh scholarship yang diberikan. Lain university lain jumlah pengurangan yang diberikan. In other words, pelajar masih kena fork out duit sendiri untuk belajar di sana kecuali korang boleh dapatkan tajaan atau scholarship sendiri dari Malaysia masa buat degree di sana.  Otherwise kena pakai FaMa punya scholarship la. Father Mother…..hehe. 

    Rasanya cukup detail apa yang Uncle Chai post tentang K-LIP ni. Semuanya berdasarkan pengalaman yang Uncle Chai sendiri. Sekarang kalau korang nak sambung pengajian ke Korea dengan cepat, K-LIP adalah pilihan terbaik tetapi kosnya agak tinggi. 

    Untuk pertanyaan lanjut hubungi UniKL atau layari laman web mereka. Jika korang ada sebarang pertanyaan untuk Uncle Chai jawab, jangan segan jangan silu untuk bertanya. Apa yang Uncle Chai tau Uncle Chai jawab. Untuk tau susah atau senang program K-LIP ni, boleh ikuti blog Uncle Chai ni untuk mengikuti perkembangan pembelajaran dan persediaan Puteri Uncle Chai ke Korea.

    Wassalam…. 

    Advertisements
     
    48 Comments

    Posted by on June 9, 2016 in Daughter, General Knowledge

     

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , ,

    48 responses to “K-LIP UniKL – Jalan Pintas ke Universiti Korea

    1. zakiah Hussin

      July 1, 2016 at 8:14 am

      Alhamdulillah , syukur sebab Uncle Chai update info regd K LIP. Dapat juga saya tahu detail nya.Anak saya baru register utk KLIP on 23rd June.

       
      • Acai

        July 1, 2016 at 9:19 am

        So macam mana? Dia still nak quit? 23rd maknanya dia cuma lewat 3 minggu. Tak la lewat sangat. Update uncle tentang anak Puan. Kalau dia ada problem untuk cope dengan pelajaran, maybe boleh minta bantuan kawan2 termasuk anak uncle. Anak uncle selalu pergi library on weekends dengan classmates dia untuk belajar dan bantu membantu antara mereka

         
    2. zakiah Hussin

      August 3, 2016 at 1:44 pm

      Sorry lambat response. Anak saya ni dari Arts stream. Dia ada problem nak follo maths. Korean Language ok bg dia.Alhamdulillah. Kalau ikutkan hari ni dia nak quit, tapi saya suruh dia habiskan sampai Nov. Ya la dah spent banyak duit,

       
    3. zakiah Hussin

      August 3, 2016 at 1:49 pm

      And I think she doesn” have many friends to share her problems. Everybody is very busy bcos of the tight schedule. She”s staying at her aunty”s house in Keramat. I really love to see her complete her Language course and at least get a cert.

       
    4. Ainaa

      August 20, 2016 at 8:43 am

      Assalamualaikum uncle chai. Saya sekarang student form 5 and akan menduduki spm this november. Saya memang nak belajar kat korea, parents saya pun dah izinkan. So saya start cari university and scholarship. Saya kalau boleh lepas dapat result spm terus nak study kat korea. Jadi saya cari ada yg boleh terus pegi korea tapi kena uruskan sendiri lah and self-sponsored. Then saya terjumpa blog uncle chai pasal k-lip ni 6 bulan kat malaysia 6 bulan kat korea. Saya rasa okay lah sebab pendek je masa kat malaysia. Tapi saya nak tanya course apa je ditawarkan?

       
      • Acai

        August 30, 2016 at 4:31 am

        Wsalam Ainaa. Maaf uncle lewat reply. Seperti yang Uncle terangkan K-LIP adalah program Bahasa Korea selama satu tahun. Enam bulan di Malaysia dan enam bulan di Korea. Penuntut perlu menghadapi dua peperiksaan. Satu semasa di Malaysia dan satu lagi semasa di Korea. Dalam kedua2 peperiksaan ini penuntut mesti mendapat sekurang2nya Level 3 daripada grade penuh level 6 untuk melayakan mereka mendapat tempat di Universiti Korea. Ini adalah kewajipan sama seperti kita mengambil TOEFL. Selepas tamat K-LIP penuntut boleh memohon mana2 Universiti Korea. Kursus terserah kepada pilihan penuntut itu sendiri. Korea mempunyai ratusan Universiti jadi banyak kursus yang ditawarkan. Antara kursus Universiti Korea yang sering diambil penuntut Malaysia ialah animasi dan kejuruteraan.

        Bidang2 perubatan dan yang berkaitan termasuk farmasi tidak diiktiraf kerajaan Malaysia. Untuk kejuruteraan juga bukan semua Universiti kelulusan mereka diiktiraf. Kena buat kajian dan bertanya kepada bekas2 pelajar lulusan Korea. Semasa mengikuti kursus K-LIP juga, pensyarah2 akn memberikan bimbingan dan tunjuk ajar tentang pemilihan Universiti dan kursus2 peringkat ijazah yang Patut diambil. Harap jawapan uncle membantu. Jika ada apa2 soalan boleh kemukakan. Jika uncle boleh berikan jawapan uncle akan bantu

         
    5. kim

      September 6, 2016 at 9:41 am

      Assalamualaikum uncle chai.. Saya kelulusan SPM 2014. Kiranya saya berumur 19 tahun. Saya ambil asasi tahun lepas tetapi keputusan kurang memberangsangkan. Bila tahu UniKL ada buat program K-LIP saya jadi berminat. Jadi, saya nk bertanya. Bolehkah saya join program ini dan dengar cerita ada intake bulan Januari. betul ke?

       
      • Acai

        September 6, 2016 at 1:04 pm

        Wsalam. Kim boleh join K-LIP walaupun berusia 19 tahun. Ye, apa yang uncle tau ada 2 pengambilan setahun. January & June. Kim boleh berhubung dengan UniKL. Staffs mereka friendly dan sedia membantu

         
        • kim

          September 8, 2016 at 2:03 pm

          Terima kasih sbb reply uncle chai. Jadi katakanlah saya masuk bulan 1 ni dgn tajaan sendiri. Jadi semasa saya di kyung hee university nanti. Ada tak ditawarkan biasiswa ? Ataupun saya perlu tunggu habis pembelajaran di kyung hee university dgn mendapat topik 5 atau 6 baru boleh minta biasiswa. Puteri uncle chai ada apa2 plan ke nak amik mana2 biasiswa?

           
          • Acai

            September 9, 2016 at 2:09 am

            Keseluruhan Program K-LIP ini adalah selama 1 tahun iaitu 6 bulan di Malaysia (UniKL) dan 6 bulan di Kyung Hee University. Maknanya pelajar perlu belajar keseluruhan program satu tahun ini dengan tajaan sendiri. Tiada biasiswa mahu pun pinjaman yang ditawarkan untuk keseluruhan program K-LIP selama satu tahun. Pelajar hanya boleh mendapat biasiswa apabila melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah selepas tamat program K-LIP nanti. Jenis & jumlah biasiswa pula bergantung pada Universiti pilihan kemudian nanti. Maknanya pelajar perlu membelanjakan jumlah yuran sebanyak 11,000 (Msia) + 28,000 (Korea) menggunakan wang sendiri. Harap Kim jelas dengan penerangan uncle ini. Jika masih terdapat sebarang persoalan, Kim boleh bertanya uncle lagi

             
        • Elya Nasir

          November 19, 2016 at 7:37 pm

          Assalamualaikum uncle chai, sama lebih kurang mcm kes saudara/ri kim. skrng saya juga berumur 19 tahun, aasif uncle, tapi blh saya tahu bagaimana hendak berhubung dengan staff mereka utk program ini ? Syukran jiddan unlce, jazakaallah hukhairan uncle 🙂

           
    6. nurina

      December 28, 2016 at 1:20 am

      Salam uncle dan semua pembaca sekalian. Saya nurin lepasan spm 2016. Okay, saya agak faham ttg k-lip ni. Tp saya kurang faham ttg pre universiti korea. Bole sesiapa jelaskan takk? Saya ada baca ttg korean goverment scholarship. Ini tak boleh diminta ke semasa pengajian di uniKL dan smbungan di U Korea. Fyi, saya nak ambil business course. U korea mana yg bole saya apply ya? And 1 lg, berapa minimum dlm spm utk masuk program ini di unikl eh? Mohon tlg jawab uncle chai atau sesiapa saja. 😦

       
      • Acai

        December 30, 2016 at 8:39 pm

        Wsalam Nurin. Uncle kurang mahir tentang program Pre Korea kerana puteri uncle ambil K-Lip. Untuk kelayakan minimum memasuki K-Lip, Nurin kena berhubung dgn UniKL. Mereka sedia membantu. Program K-Lip adalah fully self sponsored. Tiada scholarship utk program ini. Korean Government Scholarship hanya boleh dipohon semasa membuat degree sahaja dan ia bergantung pada pencapaian kita dalam K-Lip. Jika Nurin berminat melanjutkan pelajaran ke Korea, uncle cadangkan ikuti K-Lip atau Pre-Korea dahulu. Sama seperti puteri uncle yang telah pun berada di Korea skg (uncle baru balik dari Korea petang tadi), beliau menghabiskan program K-Lip yang berbaki lagi 6 bulan. Sementara menghabiskan program K-Lip ini, dia akan membuat permohonan ke university2 di sana. Antara University yang akan dipohon ialah Kaist University. University kerajaan Korea yang menawarkan scholarship 100% tetapi buat masa ini Kaist University tidak menerima lepasan SPM. Hanya STPM. Walau bagaimana pun, UniKL sedang berbincang dengan Kaist University utk menerima lepasan SPM UniKL. Itu info yang uncle boleh Bantu. Nurin boleh berhubung dgn Pn. Norashikin di UniKL utk maklumat lanjut.

         
    7. Nana

      January 21, 2017 at 11:53 am

      Uncle Chai, apakah kos yg akan diambil oleh anak uncle selepas K-lip? Dan jika boleh bertanya susah ke rltidak pembelajaran math nya? lagi satu, saya nak ambil kos bisnes. adakah sijil kos saya diiktiraf di malaysia.
      ps. uncle ada ckp kejuruteraan dan art diiktiraf dan perubayan tidak. jadi saya takut saya tidak boleh ambil kos bisnes di sana nanti. mohon tlg saya. terimakasih

       
      • Acai

        January 21, 2017 at 12:06 pm

        Terima kasih kerana bertanya Nana. Anak Uncle Chai bercadang untuk mengambil Chemical Engineering. Daripada Apa yang yang Uncle Chai difahamkan ada university disana untuk tahun pertama mereka tidak membuat apa2 majoring dahulu. Mereka akan belajar pelajaran general untuk tahun pertama. Dalam tahun pertama Itu pihak university akan menilai setiap pelajar dan memberikan guidance majoring apa yang sesuai untuk pelajar itu ambil. Tahun kedua baru lah mereka memilih course apa yang akan diambil.

        Untuk maths pula memang agak susah kerana level maths Korea sama seperti level matemat tambahan di Malaysia. Tapi Jangan takut. Anak Uncle Chai pun bukan hebat sangat dalam maths tapi masih boleh bawak walaupun susah pada dia.

        Untuk business rasanya tiada masalah dari segi pengiktirafan. Uncle Chai kurang pasti. Jalan terbaik ialah Nana pergi ke UniKL dan berbincang dengan staffs mereka. Mereka lebih arif tentang semua. Harap jawapan Uncle Chai ini membantu Nana. Terima kasih

         
    8. khai

      January 23, 2017 at 1:53 pm

      uncle chai . if result spm kita gempak gila memang xboleh mohon mana2 scholarship ke utk KLIP ni?

       
      • Acai

        January 23, 2017 at 2:24 pm

        Khai untuk program KLIP ni sememangnya self sponsored. Tiada scholarship walaupun mendapat 9A1. Jika result SPM gempak gila, uncle cadangkan ambil program pre-Korea. Pre-Korea sponsored by Mara dan JPA jika uncle tak silap. Selepas KLIP untuk degree mungkin boleh apply scholarship.

         
        • khai

          January 23, 2017 at 9:18 pm

          oh yg KLIP ni 6bulan je kan kt mlysia tpi yg prefoundation tu setahun lebih . agak2 susah tak nk dpt pre-korea foundation ni skrg sbb mybe rmai berebut2 nk gi korea

           
          • Acai

            January 23, 2017 at 10:12 pm

            Kalau result SPM gempak gila tak susah kot. Kalau pre-Korea foundation ni biasanya Mara dah ada students dia yang terpilih dan sponsored by Mara. Untuk pre-Korea memang boleh apply scholarship mau pun sponsorship kerana pre-Korea diiktiraf. Jika tak ke Korea selepas pre-Korea boleh digunakan apply local university tertakluk pada terma dan syarat. KLIP tidak boleh digunakan untuk local university. KLIP hanya untuk kegunaan university2 Korea sahaja

             
            • khai

              January 23, 2017 at 11:23 pm

              so slps dpt result trus gi website mara n situ ada form utk mohon pre korea ni kan

               
            • Acai

              January 25, 2017 at 9:13 am

              Yes 👍

               
    9. Nor Aliah

      February 6, 2017 at 8:48 pm

      assalamualaikum uncle chai..lepas dah klip di korea,akan buat degree di sana kan?ap course yg ada utk degree tu?

       
      • Acai

        April 5, 2017 at 8:19 am

        Sorry Uncle baru perasan soalan Nor Aliah. Untuk pengetahuan universiti Korea menawarkan pelbagai program degree termasuk yang tidak ada di Malaysia. Nak ambil degree gunting rambut pun ada jika ikut penerangan yang diberikan kepada kami

         
    10. Farhan

      March 31, 2017 at 3:21 pm

      Untuk yang masih ingin mengetahui k-lip ni, saya sudah telefon staff bahagian k-lip ni, dia kata ada perubahan sedikit iaitu 8 bulan di malaysia 6 bulan di korea. Bagi yang ingin sangat belajar bahasa korea, mmg course ni self-sponsor , tapi staff tu kata boleh buat personal loan dgn bank rakyat. pastikan ada penjamin mcm ibu bapa. Saya sudah check Pinjaman Pendidikan Bank Rakyat tu, http://www.bankrakyat.com.my/35 , mmg dia tawarkan untuk course ini sbb course k-lip ni SIJIL which means kemahiran lebih kurang juga la. Walaubagaimana pon , try tanya bank rakyat. saya pon nak tanya pasal course ni kat bank rakyat . tunggu ibu bapa saya ada masa je. In Syaa Allah dapat Aaminn.

       
      • Acai

        April 5, 2017 at 8:09 am

        Thank you Farhan for the update. Nampaknya Farhan benar2 berminat mengikuti K-LIP. Uncle cuma tertanya2 mengapa UniKL ubah kepada 8 bulan? Puteri Uncle adalah FIRTS BATCH untuk program K-LIP ni. Adakah kerana pengalaman batch puteri Uncle yang terpaksa mengambil inisiatif untuk belajar sendiri menghadapi exam March lepas kerana apa yang mereka telah belajar tidak mencukupi untuk exam tersebut yang ternyata amat sukar untuk mereka?

        Kesemua mereka score dengan keputusan yang baik dan ada yang mendapat 100% dalam exam semasa di Malaysia tetapi exam di Korea March lepas terlalu susah bagi mereka walaupun mereka membuat persediaan dengan belajar sendiri apa yang mereka belum sempat pelajari disana. Hmmm…

         
        • Farhan

          April 27, 2017 at 2:01 pm

          Sama sama uncle! Saya pon tak pasti kenapa unikl ubah 8 bulan di Malaysia . Berkenaan dngn pinjaman bank rakyat tu mmg tak boleh saya rasa sbb klip ni masih kursus yang baru so ambil masa yang lama untuk dapatkan qualifications yang sah. Apa apa pon Alhamdulillah saya batch yang ketiga dan akan daftar klip 4 June nanti 🙂

           
          • Acai

            May 4, 2017 at 2:58 am

            Tahniah kerana berjaya menjadi pelajar Klip. Uncle dan parents lain telah mengadakan mesyuarat dengan UniKL minggu lepas. Kami bermesyuarat tentang hala tuju anak2 kami selepas mereka tamat program Klip bulan Jun nanti.

            Uncle diberitahu program di UniKL dilanjutkan kepada 8 bulan supaya tiada gap kemasukan ke universiti nanti. Uncle akan post dalam entri terbaru tentang ini

             
    11. Nur Fatilah

      April 4, 2017 at 6:05 pm

      Thanks a lot uncle chai , very useful

       
    12. Hana

      May 29, 2017 at 5:05 pm

      assamualaikum uncle chai..saya nak tanya macam mana nak daftar masuk ke program k-lip nie ya?? sempat lagi tak untuk saya daftar masuk ke program nie??

       
      • Acai

        May 29, 2017 at 5:07 pm

        Wsalam. Sempat lagi jika Hana nak daftar program K-LIP ni. Hana boleh layari website mereka atau terus ke UniKL untuk bertanya

         
        • Hana

          May 30, 2017 at 7:24 am

          terima kasih banyak2 uncle chai…

           
    13. Nik Syira

      June 6, 2017 at 10:23 pm

      Assalamualaikum uncle chai..saya sangat berminat utk ikuti program klip ni..saya ada pergi ke cawangan bank rakyat untuk bertanya tentang pinjaman pendidikan,tapi saya dapat tahu yg pinjaman pendidikan tersebut dh dilupuskan..uncle chai tahu tak mana2 agensi lain yg menawarkan pinjaman pendidikan untuk biayai kos program seperti klip ni?

       
      • Acai

        June 6, 2017 at 10:30 pm

        Waalaikumussalam. Bagus jika Nik Syira meminati program Klip ini. Tapi untuk mengikuti program ini setakat yang Uncle tau semua pelajar batch puteri Uncle self sponsored. Uncle tidak pasti tentang pinjaman pendidikan tapi Kalau Nak buat pinjaman kena buat bawah personal Loan. Program ini hanya program persediaan dan kelulusan hanya diiktiraf dan boleh digunakan untuk kemasukan universiti Korea sahaja jadi pengeluaran KWSP juga tak boleh. Maknanya hanya satu pilihan mengikuti klip ini iaitu menggunakan wang sendiri. Tak kira wang simpanan atau kad kredit atau pinjaman peribadi. Kena prepare juga untuk pengajian di Korea sebelum degree dan degree semester pertama. Uncle akan share pengalaman Uncle dalam post terbaru nanti

         
        • Nik Syira

          June 6, 2017 at 10:58 pm

          Terima kasih uncle chai kerana sudi respon..kalau boleh saya tahu,berdasarkan pengalaman puteri uncle yg ikuti program klip ni,berapa ye anggaran keseluruhan kos yg diperlukan untuk cover yuran pengajian + living cost dan lain2 sepanjang mengikuti program klip ni?

           
          • Acai

            June 6, 2017 at 11:02 pm

            Untuk di UniKL ada dalam post Uncle. Tapi rasanya sekarang lebih drp itu sebab pengajian dah dilanjutkan 8 bulan daripada 6 bulan. Untuk 6 bulan seterusnya di Korea adalah sebanyak lebih kurang RM26,000 untuk kesemua kos yuran, penginapan, insurans dan lain2. Duit kocek dalam RM1500 sebulan

             
            • Nik Syira

              June 6, 2017 at 11:10 pm

              I see..terima kasih uncle chai atas semua info:) sangat memberi manfaat

               
    14. Huda98

      June 7, 2017 at 3:12 am

      Assalamulaikum uncle saya nak tanya kalau saya lepasan stpm dan saya nak mohon untuk klip boleh ke? Dan adakah jurusan seperti art mcm bisnes di terima ? Dan lagi satu jika sambung belajar untuk degree masih self sponser atau boleh mintak biasiswa dari jpa atau mara?

       
      • Acai

        June 7, 2017 at 4:52 am

        Waalaikumussalam. Soalan pendek jawapan panjang ni 😁. Lepasan SPM ke atas boleh mengikuti program klip. Bahkan seorang drp batch puteri Uncle lepasan diploma dan melayakan beliau masuk terus ke tahun 3 peringkat degree di Korea. STPM sebenarnya diiktiraf diluar negara termasuk Korea. Ada universiti Korea spt KAIST University hanya menerima pelajar Malaysia lepasan STPM sahaja. KAIST University adalah top 3 universiti di Korea. Tidak kira daripada arts atau sains asalkan STPM. Untuk klip kelayakan minimum hanya SPM.

        Biasiswa spt yang Uncle terangkan dalam post Uncle bergantung pada kelulusan TOPIK nanti. Jika Huda berjaya mendapat Level 5 ke atas peluang mendapat biasiswa adalah cerah. Perlu diingat biasiswa yang diberikan universiti Korea tidak sama spt biasiswa di Msia. Biasiswa hanya dalam bentuk subsidi atau pengurangan yuran sahaja. Kos2 lain kena tanggung sendiri. Kebanyakan universiti memberikan 50% biasiswa yuran utk level 5 dan ada yang 100% utk level 6. Lain universiti lain jumlah biasiswa yang diberikan. Tetapi biasiswa berdasarkan keputusan TOPIK adalah untuk semester pertama sahaja. Untuk semester berikutnya ia akan mengambil kira keputusan semester lepas. Biasanya hanya 3 pointer ke atas yang diberikan biasiswa untuk semester berikutnya. Jadi biasiswa diberikan hanya untuk satu semester. Semester berikut akan diberikan mengikut keputusan peperiksaan kita untuk semester sebelum itu. Begitulah sehingga tamat pengajian.

        Untuk minta biasiswa JPA atau mara Uncle rasa sukar sedikit kerana mereka memang telah mempunyai pelajar mereka sendiri yang dihantar kesana. Bila kita ikut program Klip bermakna kita pergi sendiri. Walau bagaimana pun masih boleh mencuba. Untuk mencuba kita mestilah telah mendapat tawaran mengambil ijazah di universiti Korea. Maknanya kena keluar duit sendiri dulu. Di Korea bayaran yuran bukan semasa pendaftaran spt di Malaysia. Kita perlu membuat bayaran apabila menerima surat tawaran.

        Contoh puteri Uncle akan mendapat keputusan permohonan degree awal Julai nanti. Surat tawaran akan dikeluarkan bersama2 dengan invoice yuran sekali. Dan bayaran perlu dibuat dalam masa seminggu dari tarikh surat tawaran. Pengajian hanya akan bermula awal September. Maknanya Uncle kena gunakan duit sendiri. Kemudian jika Uncle ingin cuba mendapatkan biasiswa dari Mana2 agensi di Msia, Uncle akan buat semasa puteri Uncle telah memulakan pengajian nanti. Kena pakai duit sendiri dahulu. Ada rezeki dpt biasiswa Msia baru boleh cover duit Uncle balik.

        Harap jawapan Uncle membantu
        Rujuk post Uncle utk keterangan lanjut.

         
        • Huda98

          June 7, 2017 at 2:39 pm

          Terima kasih uncle kerana bagi maklumat yg banyak tentang klips ini ….saya harap tahun depan saya dapat daftar untuk klip .

           
    15. nur

      June 7, 2017 at 4:03 pm

      selepas tamat courses Korean Language..bagaimana process untuk melajutkan pelajaran ke Bachelor Degree?

       
      • Acai

        June 8, 2017 at 7:13 am

        Maaf lambat reply. Uncle tak perasan ada soalan masuk. Selepas tamat Klip, pelajar perlu membuat permohonan ke universiti2 di sana untuk degree. Korea mempunyai lebih drp 400 institut pengajian tinggi. Tidak seperti Malaysia yang ada UPU, di korea pelajar perlu membuat permohonan directly ke universiti yang mereka minati. Jika ingin cuba contohnya 3 universiti, maka permohonan perlu dibuat untuk ketiga2 universiti tersebut. Tapi perlu diingat, setiap universiti akan ada charge permohonan. Ada yang beberapa ratus RM dan ada yang ribu RM untuk permohonan sahaja. Kelayakan minima untuk membuat degree ialah Level 3 dalam TOPIK

         
    16. Nur

      June 8, 2017 at 11:51 am

      Saya ada beberapa soalan.
      Bagaimana hendak memohon undergraduate program di sana? Adakah semasa kita belajar? How do we know we have been accepted?

      Lepas belajar language boleh balik ke Malaysia dulu ke?

       
      • Acai

        June 24, 2017 at 1:06 am

        Permohonan dibuat selepas menduduki peperiksaan TOPIK yang menjadi syarat wajib untuk apply Uni Korea. Minimum perlu dapat Level 3 daripada 6. Uncle beri contoh puteri Uncle. Dia menduduki TOPIK bulan March lalu dan memperolehi Level 4. Dia akan menduduki sekali lagi TOPIK pada Julai nanti dengan harapan untuk mendapat keputusan lebih baik untuk mendapatkan Scholarship yang lebih tinggi.

        Permohonan ke Uni dibuat menggunakan TOPIK March lalu kerana ia sudah melayakan puteri Uncle utk apply Uni. Keputusan permohonan akan diketahui awal Julai untuk kemasukan September nanti.

        Jika tak mau terus sambung degree atau Nak berehat sekejap, boleh sahaja. Ada juga beberapa rakan puteri Uncle yang apply Uni utk March intake tahun hadapan. Sementara itu mereka pulang ke Malaysia dahulu.

         
    17. _wawalee

      June 11, 2017 at 11:03 pm

      Assalam uncle. Nak tnya kalau kita masuk program ni and kita nak smbg degree dlm korean language kt korea nanti, kalau tk ambik course lain tkpe ke? Means macam engineering ke apa. Boleh ke dari belajar korean language ni je utk dpt smbg bljr kt sana? And last, kerjaya apa je yg boleh kita dpt bila ada sijil degree Klip kat korea ?

       
      • Acai

        June 24, 2017 at 12:58 am

        Maaf lambat reply. Program KLip adalah persediaan untuk mengambil peperiksaan TOPIK iaitu bahasa Korea. TOPIK adalah wajib utk diterima masuk universiti Korea. Tanpa TOPIK tak boleh apply universiti. Kelayakan minimum adalah Level 3 TOPIK.

        Tidak semestinya perlu ambil bahasa Korea peringkat degree nanti. Puteri Uncle akan mengambil degree dalam Applied Chemistry. Cuma Medical Korea sahaja yang tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Program paling popular yang diambil pelajar Malaysia termasuk tajaan Mara dan JPA adalah engineering.

         
    18. Aira

      July 1, 2017 at 8:35 am

      Assalam uncle chai..saya berminat utk ikuti program KLIP..saya ingin menyambung degree in medicine di korea,setelah graduate saya berhasrat utk terus bekerja dalam sektor perubatan di sana..adakah hasrat saya ini dibolehkan?

       
      • Acai

        July 13, 2017 at 11:04 am

        Wsalam. Maaf lambat reply. Maklumlah raya. Apa yang Uncle difahamkan lulusan medic untuk doktor perubatan Korea tidak diiktiraf kerajaan Malaysia.

        Untuk kursus medicine lain seperti Oriental Medicine perlu bertanya pada pihak yang bertanggung-jawab di Malaysia samada diiktiraf atau tidak

         

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

     
    %d bloggers like this: