RSS

Fahiera’s 2nd day at UniKL

07 Jun

Hari ini adalah hari kedua Puteri Uncle Chai memulakan pembelajarannya di UniKL. Jika semalam dia hanya belajar 1/2 hari sahaja kerana Kelas Maths ditangguhkan, hari ini dia belajar full day

Dia keluar lewat daripada semalam. Semalam mereka bergerak ke kampus jam 6:45 pagi, hari ini jam 7:30 pagi. Oklah tu tak terlalu awal seperti semalam. Kelas dia start pukul 9:30. Actually pada Uncle Chai kalau gerak pukul 8 pun still ok. Ada 1 1/2 jam untuk sampai. 

Dia sampai rumah petang tadi jam 6:30 petang. Kesian, kepenatan nampaknya dia hari ni. Tambahan pula kena berbuka di restoran bersama kami. Lagi memenatkan. Kalau buka puasa di rumah is more relaxing. 

Malam ini dia tidak mengikuti kami ke masjid untuk tarawikh. Letih, tambahan pula ada homework yang perlu disiapkan.  So kami pun tak mau paksa dia ke masjid bersama kami. 

Sewaktu kami pulang dari masjid, homework dia dah disiapkan. Dia sedang membuat revision untuk test esok. Baru balajar dua hari dah ada test? Mungkin quiz yang dia maksudkan. 

Bagaimana Puteri Uncle Chai melakukan revision? Memang mudah. Dia hanya perlu menyanyi dan menonton filem2 Korea. Haha….simple kan? Nama pun belajar Bahasa Korea. Macam mana nak fasihkan diri? Dengar lagu, nyanyi bersama untuk pronunciation. Tengok movie cerita2 Korea untuk pemahaman. 

Kalau zaman Sekolah dulu kalau dengar dia menyanyi atau mendengar lagu atau menonton TV, kena tegur suruh belajar. Tapi sekarang kalau dia mendengar lagu atau menyanyi dan menonton YouTube maknanya dia sedang buat revision. Tak boleh nak marah…

Harap2 dia boleh score dan tiada masalah dengan K-LIP ni sebab salah satu sebab utama dia pilih Korea sebagai tempat melanjutkan pelajaran adalah kerana kecintaan dia pada Bahasa Korea. Tambahan pula sebelum masuk program K-LIP, dia sudah pun mula belajar beberapa Kelas Bahasa Korea di sebuah Pusat Bahasa di Strand, Kota Damansara. 

Uncle Chai menetapkan sasaran Level 5 sekurang2nya untuk dia capai dalam peperiksaan TOPIK (Test of Proficiency in Korean). Kelayakan minimum untuk melanjutkan pelajaran di university2 Korea adalah Level 3 tapi untuk layak mendapat scholarship yang ditawarkan di university2 di sana ialah sekurang2nya Level 5.

Untuk maklumat lanjut tentang program K-LIP ni boleh baca di SINI

That’s it for today. Wassalam….

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 7, 2016 in Daughter, Family

 

Tags: , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: