RSS

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 2016

06 Jun

Syukur alhamdulillah, Uncle Chai diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan bulan mulia Ramadhan untuk tahun ini. Masih dipanjangkan usia oleh Allah SWT untuk terus beribadat padaNYA. Seperti biasa pada tiap kali Ramadhan, aktiviti pertama untuk malam pertama ialah solat berjamaah dan menunaikan solat sunat tarawikh. Seperti tahun2 sebelum ni, Uncle Chai dan keluarga berjamaah di Masjid Kota Damansara atau lebih dikenali sebagai Masjid Kuning

Seperti biasa juga, bilangan rakaat yang kami kerjakan ialah lapan, disusuli dengan tazkirah sebelum diakhiri dengan witir. Uncle Chai lebih selesa mengerjakan witir di rumah sahaja. Usai tazkirah, Uncle Chai dan keluarga pulang ke rumah. Oh…sebelum tu Uncle Chai nak remind sikit pada semua. Mungkin ramai yang dah tau tapi tak salah untuk tau lagi. Solat tarawikh adalah sunat tetapi majlis ilmu seperti tazkirah adalah WAJIB. Bukan apa, Uncle Chai perhatikan masyarakat sekarang sudah terbalik. Mereka lebih pentingkan tarawikh yang hukumnya sunat dan meninggalkan majlis ilmu yang wajib.Ok cukup sedikit tazkirah dari Uncle Chai

Sebenarnya Uncle Chai sedih sedikit dengan Ramadhan tahun ini kerana tahun ini adalah tahun terakhir puteri Uncle Chai berpuasa dan berhari raya dengan Uncle Chai dan isteri tercinta. Tahun hadapan puteri Uncle Chai akan berpuasa dan berhari raya sendirian di Korea. Hujung tahun ini puteri Uncle Chai akan berangkat meninggalkan kami untuk menyambung pelajarannya ke sana. Tak dapat Uncle Chai bayangkan bila sampai masa itu yaini puasa dan hari raya 2017, kami berpuasa dan berhari raya tanpa anakanda tunggal kami. Seumur hidup puteri Uncle Chai kami tidak pernah berpisah lama. 

Betapa sedihnya tahun hadapan waktu kami berbuka, bertarawikh dan bersahur tanpa puteri tercinta. Mesti lebih pilu bila di pagi raya….

Oklah…tak mau melalut panjang. Uncle Chai cuma nak wish pada semua selamat menjalani ibadah puasa moga madrasah Ramadhan tahun ini akan membawa perubahan kepada kita ke jalan menjadi hambaNYA yang lebih baik. Aameen…..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 6, 2016 in Agama, Uncategorized

 

Tags: , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: