RSS

Fahiera’s First Day as Student At UniKL 

06 Jun

Hari ini, Isnin 6 Jun 2016 adalah hari pertama Puteri Uncle Chai bergelar mahasiswi. Kebetulan hari ini juga adalah hari pertama umat Islam di Malaysia berpuasa. Beliau akan belajar selama enam bulan di UniKL sebelum terbang ke Korea menyambung pelajarannya selama enam bulan lagi di Kyung Hee University. Beliau akan menjalani program K-LIP atau Korea Language Intensive Program, program pembelajaran wajib untuk pelajar2 yang ingin menyambung pelajaran ke Korea. Untuk keterangan lanjut tentang program ini, klik post Uncle Chai disini 

Selain K-LIP ini, UniKL juga ada menyediakan program pre-Korea atau dikenali sebagai FiST. Beza antara dua program ini ialah K-LIP adalah jalan pintas atau express untuk ke Korea berbanding FiST. K-LIP hanya belajar enam bulan sahaja di sini manakala FiST memakan masa 1 tahun 4 bulan. Klik link atas tu untuk detail. 

K-LIP yang diambil oleh Puteri Uncle Chai merupakan program yang julung kali diperkenalkan oleh UniKL. Kiranya Puteri Uncle Chai ialah first badge atau pioneer badge. Apa yang lebih membanggakan Uncle Chai ialah nombor pendaftaran Puteri Uncle Chai ialah 001. Bermakna beliau adalah pelajar pertama untuk badge yang pertama program ni. Bukan senang nak dapat macam tu. Kebetulan…

Jika semasa dua hari orientasi tempoh hari, isteri Uncle Chai menghantar puteri kami dan rakan2nya ke kampus, hari ini puteri kami akan pergi bersama rakannya yang akan memandu ke kampus. Ini adalah kali pertama rakannya Sofea memandu masuk ke dalam City Centre so mereka akan ditemani oleh bapa Sofea. Once she has the confidence to drive on her own barulah bapa dia tak perlu temankan lagi. 

Kami keluar agak awal hari ini. Mereka merancang untuk mulakan perjalanan jam 6:30 pagi. Memang terlalu dan tersangat awal pada Uncle Chai. Tapi oklah. Mungkin sebab belum biasa dengan keadaan trafik ke sana. 

Sebelum jam 6:30 pagi kami dah hantar puteri kami ke Naina Restoran. Tempat menunggu Sofea datang to fetch them. Restoran ini terletak berhampiran Tol Kota Damansara. 

Puteri kami sementara menunggu Sofea sampai

Jam 6:45 Sofea pun sampai dan mereka terus bertolak ke kampus. Surprisingly mereka sampai ke kampus jam 7:10. Cepat dan terlalu awal. Kelas mereka start pukul 9. Kesian mereka terpaksa menunggu hingga dua jam. Uncle Chai rasa bangunan UniKL pun masih berkunci. 

Jadual waktu sepanjang bulan Ramadhan ini


Kelas untuk bulan Ramadhan bermula dan habis setengah jam lebih awal. Jika untuk hari2 biasa kelas bermula jam 9:30 dan tamat jam 5:30 tapi bulan Ramadhan bermula jam 9:00 pagi dan tamat 5:00 petang. Jadual agak pack. One whole day. Luckily subjects tak banyak. Hanya empat subjects sahaja. 

Kesian pula kami dengan puteri kami. Dah macam bekerja pulak. 9-5, 5 days week. Kena pulak bulan puasa ni. Tapi nasib baik untuk hari ini kelas KLIP03 ditangguhkan. Mungkin lecturer dia sibuk kot. Bagus juga. Tak la letih sangat puteri kami. Jam 3 lebih dia dah sampai rumah. 

Uncle Chai dan isteri mengucapkan tahniah kepada puteri kami yang telah bergelar mahasiswi dan memulakan pelajarannya hari ini. Good Luck and all the Best girl. Make us proud. Hopefully you’ll score and get the minimum result (level 5) to earn a scholarship for your degree in Korea….

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 6, 2016 in Daughter, Family

 

Tags: , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: