RSS

1st Day Puasa 2016

06 Jun

Seperti biasa 1st day puasa Uncle Chai akan bercuti. Spend time berbuka dengan family. This year puasa Uncle Chai nak special sikit. This year puasa adalah terakhir untuk Puteri kami berpuasa bersama2 kami di Malaysia. Tahun depan sehingga 5 tahun akan datang, Puteri kami akan berpuasa sendirian di perantauan

Jika semalam untuk meal terakhir sebelum puasa, Uncle Chai requested untuk isteri tercinta masak salah satu favorite dish Uncle Chai. Kuey Teow Fish Ball Soup. Pagi tu Uncle Chai ingat nak makan soup ni untuk breakfast. Ada 2 tempat yang Uncle Chai selalu makan soup kegemaran ni. Satu di Village Park Damansara Utama dan kedua di cafe Tropicana Medical Center

Malangnya bila Uncle Chai pergi ke Village Park selepas hantar Puteri Uncle Chai outing bersama kawan2nya di OU, tempat tu penuh. Tak ada meja kosong. Yang menunggu pulak ramai. Biasalah hari minggu tempat ni akan penuh giler. 

So Uncle Chai try ke Tropicana Medical Center. Seperti yang Uncle Chai jangka, cafe tu tutup hari minggu. So tak mau kempunan, Uncle Chai minta isteri masakan. 

Dan seperti biasa, masakan isteri tercinta Uncle Chai tak pernah menghampakan! Marvelous! Terbaik bak hang Kuey Teow Fishball Soup dia. Uncle Chai sangat lucky punya isteri yang punya air tangan memasak yang hebat…

Untuk juadah berbuka hari pertama ni Uncle Chai tak request apa2 masakan special. Isteri tercinta masak Nasi Ayam. Walaupun Uncle Chai bukan penggemar ayam tapi masakan dia memang hebat. I can’t resist. Sedap lagi menyelerakan. 

Satu kelebihan isteri Uncle Chai ni Tuhan kurniakan dia bakat memasak. Walaupun di awal perkahwinan kami dia tak berapa pandai memasak tapi bakat alam menjadikan dia seorang cook yang hebat! Percaya atau tidak, walaupun masakan yang dia tak pernah masak, dia cuba untuk pertama kali, tetap sedap. Even dia hanya berpandukan resepi yang dikutip dari Internet, tetap menjadi masakan dia. Berbelas tahun berkahwin, sedapnya masakan isteri tercinta hingga Uncle Chai terlupa kesedapan masakan dan air tangan ibu sendiri. 

Thank you my love….

Nasi ayam special by the best Chef in the world. My beloved wife…


Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 6, 2016 in Beloved Wife, Family, Makan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: