RSS

Fahiera’s UniKL K-LIP Registration 

01 Jun

UniKL City Campus


Hari ini Uncle Chai mendaftarkan puteri Uncle Chai untuk program Korea Language Intensive Program (K-LIP) di UniKL. Ini adalah program pilihan puteri Uncle Chai sendiri. Walaupun dia berjaya mendapat tempat untuk Diploma Kimia Perindustrian di UiTM Arau dan Matrikulasi di Kolej Matrikulasi Gopeng, Perak

Surat tawaran UiTM

Surat tawaran matrikulasi


Impian puteri kami untuk menyambung pelajaran ke Korea tidak dapat dibendung. Isteri Uncle Chai mencuba pelbagai cara untuk memujuk dia agar tidak memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Korea, tetapi dia tetap dengan pilihan hatinya. Walaupun kami cuba menyogok dia dengan sebuah kereta Perodua Myvi baru jika dia memilih untuk belajar di Malaysia sahaja, dia tetap dengan pendiriannya. 

Untuk Uncle Chai sendiri, sebagai ayah, walaupun hati sebak untuk melepaskan dia pergi belajar jauh tapi Uncle Chai tetap dengan pendirian Uncle Chai. Pendirian Uncle Chai sejak dahulu ialah Uncle Chai akan support dan make sure dia belajar course yang dia minat walaupun di luar negara. Uncle Chai tidak setuju dengan cara kerajaan yang memaksa pelajar belajar course yang mereka tidak minat dan apply. 

Isteri Uncle Chai yang langsung tak mau melepaskan dia pergi belajar di luar negara. Naluri seorang ibu berlainan dengan ayah. Pelbagai perkara yang ibu fikirkan terutama perkara2 buruk dan negatif. Bermacam2 cara isteri Uncle Chai lakukan agar dia menukar fikiran. Bermacam cara juga isteri Uncle Chai lakukan untuk menghalang puteri kami keluar negara. 

Kesian Uncle Chai tengok isteri Uncle Chai. Berhari2 dia menangis memikirkan anak tunggal kami akan pergi jauh meninggalkan kami. 


Kasih ibu
mengatasi segalanya. Walaupun hati dia sendiri terluka. Akhirnya demi kebahagiaan puteri kami, dia terpaksa berkorban hati dan perasaan. Dia terpaksa merelakan puteri kami melanjutkan pelajaran ke Korea. 

Hari ini impian puteri kami menjadi kenyataan. Dia akan mendaftarkan diri di UniKL mengikuti program K-LIP. 
K-LIP anjuran UniKL ini adalah jalan pintas atau express untuk ke Korea. Mana tidaknya, mereka hanya belajar 6 bulan di sini dan melanjutkan pengajian selama 6 bulan lagi di Korea. 

UniKL juga ada menyediakan program pre-Korea. Program ini mengambil masa yang panjang iaitu selama 1 tahun 4 bulan. Selesai program Pre-Korea ini baru mereka akan ke sana. Dari segi yuran juga amat besar perbezaannya. Tentulah program express lebih mahal. Pre-Korea, keseluruhan program mereka dibuat di sini manakala K-LIP hanya separuh dibuat di sini. Selebihnya dihabiskan di Korea. Kedua2 program ini adalah self-sponsored. Maknanya tiada bantuan kewangan akan diberikan. 

Kami pergi mendaftar bersama seorang lagi rakan puteri kami, Sofea. Dia juga terpengaruh untuk belajar di Korea. Ibubapa Sofea tidak dapat menghantar anak mereka mendaftar hari ini kerana sedang bercuti di Jepun. Selain Sofea, dua lagi rakan puteri kami juga akan mengambil program ini. So semuanya empat orang rakan termasuk puteri Uncle Chai. 

Empat sahabat yang akan melanjutkan pelajaran ke Korea


Uniknya keempat2 mereka ini telah berkawan sejak dari sekolah rendah. Mereka bersekolah bersama di SK Taman Tun Dr. Ismail (1), Kuala Lumpur dan SMK Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor. 

Sofea adalah rakan baik puteri Uncle Chai semasa di sekolah rendah. Banyak pengalaman dan masa mereka bersama sepanjang di sekolah rendah. Mereka kekal sebagai rakan baik sehingga di tingkatan satu sekolah menengah. Entah kenapa hubungan mereka tidak seakrab sebelum itu bila masuk tingkatan dua. 

Puteri Uncle Chai memilih rakan baik baru dan menjadi rapat dengan Aisha dan Shasha atau twins kami gelarkan mereka. Mereka memang twins pun sebenarnya. Identical. So jangan tanya Uncle Chai yang mana Aisha dan yang mana Shasha…haha. Walaupun begitu puteri kami masih kekal berkawan dengan Sofea cuma tidak serapat dahulu. 

Selepas keputusan PMR Sofea kurang memberangsangkan, dia bertukar sekolah ke SMK Taman Tun Dr. Ismail untuk membolehkan dia masuk ke aliran Sains. Tak tau dimana silapnya. UPSR, Sofea dan Puteri Uncle Chai mendapat 5A. Untuk PMR pula, Puteri Uncle Chai mendapat 7A 1B manakala the twins mendapat straight As. Any how keempat2 mereka bukanlah asing antara satu sama lain. Telah mengenali diri masing2 11 tahun lamanya. Satu kelebihan bila mereka merantau menimba ilmu di negara orang nanti. 

Kami antara yang terawal sampai di UniKL. Pendaftaran bermula jam 8:30 pagi. So Puteri Uncle Chai adalah orang pertama mendaftar untuk K-LIP. Tidak memeranjatkan bila student ID dia nombor 001

Sementara mereka mendaftarkan diri, Uncle Chai dan isteri menjamu selera dengan sarapan yang disediakan oleh pihak UniKL. Semasa menjamu sarapan pagi inilah, mungkin kerana tersilap gigit atau popiah yang Uncle Chai makan terlalu liat, gigi geraham kiri Uncle Chai mula berasa sakit. Akibatnya Uncle Chai terpaksa menahan kesakitan sepanjang hari…huhu. 

Sebelum program briefing dimulakan jam 10:30 pagi, Uncle Chai dan isteri mengambil kesempatan berbual2 dan bertanya soalan dengan seorang tenaga pengajar program K-LIP ini iaitu Mr. Q1. Uncle Chai tak pasti bagaimana eja nama dia. Untuk sebut tau la. Q1. Ejaan nama penuh Korea ni Uncle Chai tak tau….

Banyak juga soalan yang kami ajukan termasuk hal sosial, pemakanan, percampuran, pembelajaran, universiti dan scholarship di Korea nanti. Isteri Uncle Chai nampaknya seperti berpuas hati dengan semua explaination dan jawapan yang diberikan oleh Mr. Q1. 

Kyung Hee University, Korea


Di Korea nanti, Puteri kami akan menyambung program K-LIP ini di Kyung Hee University. Salah satu University yang top di Korea. Terletak di tengah bandar Seoul. Korea mempunyai ratusan university. Tidak hairanlah mengikut kata Mr. Q1, hampir seluruh penduduk Korea mempunyai degree. Termasuk tukang sapu sampah dan pekerja bawahan. Mereka tidak hairan dengan degree. Mempunyai degree di Korea umpama menpunyai SPM di Malaysia. Semua orang ada degree. 

Program briefing dimulakan dengan penerangan mengenai program Pre-Korea dahulu. Basically Pre-Korea ini hampir sama dengan K-LIP. Bezanya jumlah mata pelajaran yang diambil. Untuk K-LIP, penuntut hanya akan belajar core subject sahaja iaitu:

  1. K-LIP01 – Korean Language Proficency
  2. K-LIP02 – Speech Communications 
  3. K-LIP03 – Mathematics
  4. K-LIP04 – Intercultural Communications 

Kesemuanya akan diajar dalam bahasa Korea. Kesemua subjects tersebut adalah subjects wajib untuk memohon belajar di universiti di sana. Minimum passing untuk layak ke universiti sana adalah Level 3. Untuk mendapatkan scholarship pula penuntut mesti memiliki sekurang2nya Level 5 atau yang tertinggi adalah Level 6

Menurut Mr. Q1, untuk foreign students mendapat keputusan penuh Level 6 adalah agak sukar kerana jika seseorang students mendapat Level 6, penguasaan Bahasa Korea mereka adalah amat baik. Tahap percakapan mereka sehingga tidak dapat dibezakan samada mereka orang Korea atau bukan. Seperkara lagi yang menyukarkan untuk mendapat Level 6 adalah bab kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu pun budak Melayu sendiri susah nak score apatah lagi bahasa asing….

Wah…panjang dah post Uncle Chai ni. Uncle Chai masukan sekali serba sedikit info tentang K-LIP tu yang jadi panjang. Ingatkan nak buat post berlainan tentang program K-LIP ni, tapi takut tak ada masa so Uncle Chai masukan sekalilah. Kalau ada masa Uncle Chai buat post khas untuk K-LIP

Apa perbezaan K-LIP dan Pre-Korea? Selain dari jangka masa yang berbeza untuk ke Korea bagi kedua2 program ini, perbezaan yang paling Utama adalah recognition atau pengiktirafan. K-LIP hanya diiktiraf oleh universiti2 Korea sahaja. Pre-Korea pula diiktiraf oleh University2 tempatan. Maknanya penuntut K-LIP tak boleh gunakan sijil mereka untuk sambung belajar locally tetapi sijil Pre-Korea boleh gunakan sijil mereka untuk sambung belajar di IPTS di Malaysia. Sebab itu Pre-Korea belajar banyak subjects selain subjects yang dipelajari penuntut K-LIP. Kerana itu juga tempoh pembelajaran mereka panjang. 

Kesemuanya seramai 15 pelajar mendaftar hari ini. 9 untuk K-LIP dan selebihnya untuk Pre-Korea. Jumlah penuntut untuk setiap pengambilan program2 ini adalah seramai 15 orang maksima sahaja. 

Untuk membaca dan mengetahui lebih lanjut tentang K-LIP dan Pre-Korea ini boleh baca di sini (link belum aktif)

Untuk Puteri Uncle Chai, tahniah diucapkan kerana berpeluang untuk mengikuti program yang diinginkannya. Study hard. Never forget your parents sacrifices especially Mom’s. Always syukur to Allah with what you have. Come back with your degree. We love you 

Students yang mendaftar untuk K-LIP & FiST June 2016


    Advertisements
     
    3 Comments

    Posted by on June 1, 2016 in Daughter, Family

     

    Tags: , , , , , , , , , , , , ,

    3 responses to “Fahiera’s UniKL K-LIP Registration 

    1. zakiah Hussin

      June 28, 2016 at 7:40 am

      Assalamualaikum Uncle Chai,, nak mintak tips sikit. Anak saya baru aja register utk programme KLIPS. Lambat by 2 months. Dia kata nak quit sbb tak leh follow. Org lain dah lama belajar. Apa pendapat Uncle Chai ?

       
      • Acai

        July 1, 2016 at 9:15 am

        Wsalam. Lambat by 2 months? KLIP baru start 6/6. Seriously Dia nak quit? Sayangnya…

         
    2. Acai

      July 1, 2016 at 10:40 am

      Puan. Mungkin anak Puan masih baru dan belum punya kawan yang membuatkan dia rasa lebih tertekan dan ketinggalan. Tips atau nasihat saya ialah suruh dia bersabar. Terlalu awal untuk dia ambil keputusan untuk quit. Baru minggu pertama. Lagi pun Kelas dia cuma 11 orang sahaja. Lama kelamaan dia akan mengenali semua 10 orang dan menjadi kawan. Beri masa Utk dia sesuaikan diri dengan rakan2. Menurut anak saya, kesemua mereka baik sesama mereka. Why not suruh dia berkawan dengan anak saya. InsyaAllah apa yang boleh, anak saya akan cuba bantu. Saya harap Puan dapat suruh dia bersabar. Lama kelamaan bila dia telah mula mengenali semua classmates dia, dia akan lebih selesa…

       

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

     
    %d bloggers like this: