RSS

Goodbye Unifi Welcome Maxis Fibre

12 Aug

Hari ini seperti dijanjikan oleh Maxis, technician mereka akan datang untuk membuat installation wifi mereka jam 9:30 pagi.

IMG_4179.JPG

Uncle Chai membuat keputusan untuk berhijrah daripada Unifi ke Maxis kerana sudah fed up gila dan marah dengan TM.

Lately TM selalu potong wifi Uncle Chai hanya kerana ada bill outstanding cuma sebulan sahaja. Uncle Chai memang biasanya ada outstanding sebulan atau dua tetapi tak pernah pulak kena potong. Tiba-tiba TM jadi strict pulak. Bila keluar bill baru kalau bill bulan lepas belum bayar, dia orang potong…!

Dua bulan berturut-turut wifi Uncle Chai kena potong hanya disebabkan ada outstanding sebulan kemudian mereka charge RM10 untuk reconnection, Uncle Chai pun jadi marah! Uncle Chai pernah sound customer service TM. Mereka hard up sangat ke nak untung dengan reconnection fee tu? Dah tak ada duit sangat ke TM?

Beberapa minggu lalu, orang Maxis call Uncle Chai dan offer their services. Seperti orang mengantuk disorong bantal bila Uncle Chai dapat call daripada mereka. Walaupun sebelum ni dia orang ada call dan offer siap dgn IPTV sekali tapi Uncle Chai not interested. Kali ni memang dia orang lucky.

Offer mereka pun menarik. RM 148 untuk 10Mbps. Kurang RM 1 dan double the speed daripada Unifi. Tak banyak tanya Uncle Chai terus setuju.

Hari ini masa yang ditunggu pun tiba. Uncle Chai set reminder pada Handphone Uncle Chai untuk pemasangan ini. Habis reminder di Handphone Uncle Chai berbunyi, Handphone Uncle Chai pun berdering. Technician Maxis telah pun berada di depan rumah. Wow…..! Very impressive. On the dot!. Hebat!

Perkhidmatan Unifi Uncle Chai pun telah disconnected beberapa hari lepas. Memang cantik timing. Pergi mamposlah TM nak disconnect. Ada aku kesah…..!

IMG_4689.JPG

Maxis Technician configuring their service

Mereka menggunakan modem dan infra Unifi yang sedia ada. Mereka hanya menukar router sahaja. Wiring Unifi digunakan balik. Disebabkan menggunakan infra Unifi, kolaborasi dengan technician TM.

IMG_4697.JPG

Collaboration between TM & Maxis

 

IMG_4695.JPG

TM Technician assisting Maxis Technician

The only downside Uncle Chai kena pergi ke TM Point untuk terminate service Unifi. Ini ada leceh sikit. Nak ke TM Point, ambil nombor, tunggu giliran akan membuang masa Uncle Chai. Tak apalah. Bila-bila free Uncle Chai pergi ke TM Point.

Yang penting hati puas. Padan muka kau Unifi and TM. Nak sangat untung dengan reconnection fee akhirnya hilang satu subscriber. ADIOS AMIGOS…..!!!

Advertisements
 
17 Comments

Posted by on August 12, 2014 in Cerita ku, Uncategorized

 

Tags: , , , , ,

17 responses to “Goodbye Unifi Welcome Maxis Fibre

  1. Muhammad NoorHafiz

    October 22, 2014 at 9:09 pm

    mohon buat review utk maxis fibre ni ye…ok ke tk ok?..tq

     
  2. Alex Chee

    October 29, 2014 at 10:39 pm

    Muhammad NoorHafiz Maxis Home Fibre internet memang ok kalau banding dengan unifi. ingin nak tahu tentang Maxis Home Fibre Internet boleh call saya 016 – 3318220 sekian terima kasih.

     
  3. awalee

    February 26, 2015 at 2:52 am

    mohon buat review utk maxis fibre

     
  4. LeeZ

    March 6, 2015 at 7:27 pm

    Hi, saya pengguna p1 Fiber yang juga mengguna infra TM untuk service. Dalam hujung bulan ini, P1 akan menamatkan servis fiber dan kolaborasi dengan TM jadi saya kena cari fiber servis yang baru. Harga yang akan dioffer oleh TM Unifi kepada saya ialah RM148 untuk 5Mbps.

    Tapi disebabkan saya asal Maxis One Plan customer, sekarang Maxis ada offer, RM128 untuk 10Mbps…

    Cuma yang beza, dengan P1 , panggilan percuma 600 jam diberikan untuk semua operator, kalau Maxis , cuma kepada nombor maxis rasanya?

    Just nak tau , servis Maxis Fiber ni, so far macamana? kelajuan , etc?

    Thanks.

     
    • Acai

      March 7, 2015 at 1:07 am

      So far Uncle puas hati dengan service Maxis Home Fibre Ni. Kelajuan pun ok kerana anak Uncle selalu melayari youtube dan bermain online Play Station game Dan Dia tak ada Any complain. Yang paling uncle suka ialah Maxis Fibre ni BLOCK PORNO site. Video2 daripada porno site tidak boleh dimainkan so sebagai seorang bapa kepada anak remaja ini satu feature yg bagus dan paling uncle suka. But don’t take my words 100%. Tanya juga pengguna2 lain. Harap jawapan uncle membantu. Tq

       
      • LeeZ

        March 10, 2015 at 9:37 am

        owh ok… thanks atas reply uncle.

         
  5. Aina

    July 6, 2015 at 2:36 pm

    hai uncle cai. bagaimana cara untuk menukar password wireless untuk maxis home fibre ni ya. adakah cara nya sama dengan cara menukar password unifi yang pernah uncle cai ajarkan di blog uncle cai ni. sebab saya dah cuba buat kat laman thomson gateway-home tu tapi rasanya bukan password wifi yg ditukar tapi password lain yg tertukar. minta beri tunjuk ajar buleh tak.

     
    • Acai

      July 9, 2015 at 10:52 am

      Lain caranya setahu Uncle. Uncle kena Check balik sebab Uncle tukar password Maxis Fibre sebaik selesai installation tapi lupa pulak. Nanti Uncle bagitau ye

       
      • LeeZ

        July 9, 2015 at 11:11 am

        Tukar kat maxis gateway je…. hari tu saya baru tukar…. hehehe

         
  6. sofea

    July 27, 2015 at 4:31 pm

    break contract bukan kena charger rm500 ke?

     
  7. Wooclip @Download free Movie

    March 23, 2016 at 3:50 pm

    adios amigos

     
  8. Latif Jxi

    April 10, 2016 at 8:11 pm

    saya masih guna Unifi. nak juga bertukar ke Maxis, tp 2 sebab menghalang:
    1. kena terminate Unifi di TM Point. buang masa. opis hour. q. lalala
    2. kes pakej Maxis dengan kos tersembunyi (baru2 ni viral).

    Maka, jauh beza sangatkah 10Mb vs 5Mb?

     
    • Acai

      June 16, 2016 at 2:49 am

      Kos tersembunyi? Kos apakah itu…?

       
    • nesh

      October 13, 2016 at 10:20 pm

      mmg jauh lah der beza…da nma pun pkai 10mbps ko ni pun…btl malas ke nk pg t.m point…klu mcm tu ko mreput lah gne unifi tu…org da kedepan ko kat blkng lg…

       
  9. Jo

    June 16, 2016 at 2:32 am

    Pada saya. 5-10 tu jauh beza. Kalau 1-2 tu tak jauh beza. Hhaha

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: