RSS

Raya 2014 – Raya kedua

31 Jul

Hari ni Uncle Chai dan keluarga bersama2 bonda dan adik beradik yang lain akan ke kampung halaman kami di Muar, Johor. Kami tidak bergerak secara konvoi. Masing2 bergerak mengikut kelapangan masa masing2.

Uncle Chai sekeluarga bertolak dari KL jam 3 ptg. Kami alas perut dahulu di restoran berhampiran rumah Uncle Chai.

Perjalanan ke Selatan agak terganggu dengan bilangan kenderaan yang banyak di Lebuhraya Utara-Selatan. Kesesakan pertama bermula di Nilai hingga ke Seremban. Kemudian menghampiri Alor Gajah. Tetapi tidaklah teruk sangat. Selepas Alor Gajah perjalanan smooth.

Kami tiba di Muar jam 6:30 ptg dan kami terus menuju ke Tanah Perkuburan Islam Batu 6 untuk menziarahi pusara ayahanda Uncle Chai. Beliau meninggal dunia pada tahun 2006.

20140731-013313-5593253.jpg

Menghadiahkan pahala bacaan Yaasiin untuk Almarhum Ayahanda tercinta

20140731-013315-5595204.jpg

Batu Nisan yang mencatatkan masa dan tarikh kembalinya ke rahmatullah

20140731-013313-5593874.jpg

Isteri dan puteri Uncle Chai turut sama menghadiahkan pahala bacaan ayat-ayat suci

Masih ramai lagi orang yang menziarahi pusara tetapi tidaklah seramai seperti hari raya pertama. Kebiasaannya kawasan Perkuburan ini akan sesak dengan kenderaan dan orang ramai pada raya pertama. Tanah Perkuburan ini seperti tapak pesta pada raya pertama.

Uncle Chai teringat khutbah hari raya semalam. Khatib mengatakan menziarahi kubur pada hari raya bukanlah amalan yang dituntut oleh agama. Hari raya disunatkan kita untuk bergembira dan pergi ziarah menziarahi kaum keluarga dan rakan taulan untuk bergembira. Bukan menziarahi kubur dan bersedih. Wallahua’lam….

Selesai menziarahi dan membacakan Yaasiin untuk roh almarhum ayahanda, kami bergerak ke homestay yang kami sewa. Ia terletak berhadapan tanah Perkuburan tadi. Kenapa kami tidak tidur di rumah kami? Kerana rumah itu telah ditinggalkan terlalu lama dan tidak sempat dibersihkan sebelum raya. So ianya agak berhabuk. So kami adik beradik sepakat untuk menyewa sebuah rumah.

Homestay yang disewa agak besar dan baru. Mempunyai 6 bilik dan agak selesa. Sewanya hanya RM350 untuk satu malam. Kira worth la.

20140731-012531-5131139.jpg

Homestay yang kami sewa

20140731-012530-5130482.jpg

Mempunyai halaman depan yang luas. Sesuai untuk keluarga besar yang punyai banyak kenderaan

Keluarga kakak pertama Uncle Chai yang pertama tiba dulu, diikuti keluarga Uncle Chai, keluarga adik Uncle Chai dan akhir sekali keluarga kakak kedua Uncle Chai bersama bonda. Keluarga abang Uncle Chai tidur di rumah mertuanya di Serkam, Melaka. Actually Uncle Chai pun tak join mereka sebab Uncle Chai akan meneruskan perjalanan ke rumah mertua di Batu Pahat selepas dinner nanti.

20140731-013004-5404222.jpg

Bilik air di dalam master bedroom

20140731-013004-5404819.jpg

Kitchen yang agak luas

20140731-013005-5405670.jpg

Kami bersantai di hall Utama yang luas equipped with two units of air conditioner

20140731-013002-5402825.jpg

Master bedroom yang besar dimuatkan dengan 2 queen size bed dan 1 single bed. Sesuai untuk 5 orang dan lebih

Perancangan aktiviti malam adalah makan malam keluarga di Medan Ikan Bakar Sabak Awor sambil menyambut hari ulangtahun adik ipar Uncle Chai yang menetap di Perth. Tetapi kami terpaksa mengubah perancangan asal bila dijemput ke rumah jiran lama kami. Kami tidak pasti apa occasion jemputan itu kerana jemputan disampaikan melalui jiran lain.

Jam 8:30 kami bertolak ke rumah jiran yang menjemput kami tadi. Ia terletak di Parit Keroma. Mereka telah berpindah ke sini beberapa tahun lalu. Mereka adalah jiran sebelah kanan rumah kami. Berpuluh tahun lamanya kami hidup berjiran. Uncle Chai membesar bersama anak2 mereka. Hingga sekarang kami masih keep in touch lagi. Dah sepertia saudara.

Rupanya occasion jemputan adalah untuk majlis tahil. Pak Zakaria, jiran Uncle Chai meninggal dunia beberapa bulan yang lalu. So anak2 beliau mengadakan kenduri dan Tahlil. Hanya keluarga Uncle Chai, keluarga adik dan kakak kedua bersama bonda Uncle Chai yang sampai ke majlis ni. Keluarga kakak pertama Uncle Chai tak sampai kerana mereka tak jumpa jalan.

Actually Uncle Chai sendiri tersesat bila nak ke sini tadi. Mula2 tersilap jalan kemudian terlepas rumah mereka. Memalukan. Orang Muar boleh tersesat di Muar.

Selesai bacaan Yaasiin kami meminta diri kerana kami mengejar masa untuk family dinner yang dirancangkan di Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Dalam perjalanan ke sana, kami diberitahu oleh anak saudara yang Uncle Chai tugaskan pergi ke sana dahulu untuk booking tempat yang Medan Ikan Bakar tersebut masih belum memulakan perniagaan. Masih ditutup.

So kami terpaksa mengubah tempat. Dah lama tak balik Muar Uncle Chai pun tak tau Kedai mana yang nak dituju malam2 raya ni. Uncle Chai pernah terbaca post2 kawan2 didalam FB tentang satu restoran yang bernama Soup House. Uncle Chai assume Kedai itu menjalankan perniagaan pada hari raya ini kerana ianya kedai mamak. So kami pun bergerak ke sana.

Dalam perjalanan ke sana, melalui Jalan Abdullah, Uncle Chai ternampak sebuah restoran Cina yang kami biasa makan sejak kecil masih buka walaupun jam sudah menunjukan pukul 10 malam. Uncle Chai pun berhenti dan bertanya samada mereka masih menerima pelanggan. Kami bernasib baik kerana mereka mahu menerima group kami sebagai pelanggan terakhir. So kami pun lepak di sini…

20140731-015515-6915193.jpg

20140731-015517-6917124.jpg

20140731-015518-6918058.jpg

20140731-015517-6917336.jpg

20140731-015515-6915869.jpg

20140731-015516-6916482.jpg

Untuk memudahkan kerja mereka dan agar kami mendapat makanan dengan cepat kami pesan makanan yang sama. 19 plates Chicken Chop, dua hidang Nasi Goreng dan 20 gelas Fresh Orange.

Tapi sangkaan kami meleset. Mereka mengambil masa yang agak lama juga untuk menyediakan pesanan kami. Lebih setengah jam lamanya kami terpaksa tunggu. So kami berbual2, bergambar, berselfie dan layari laman2 sosial sambil menunggu.

20140731-020027-7227210.jpg

Masing2 sibuk dengan gadget

20140731-020027-7227016.jpg

Selfie time…..

20140731-020026-7226814.jpg

Kami selesai dinner jam 12 tengah malam. Seterusnya kami kembali ke homestay untuk menyambut ulangtahun adik ipar Uncle Chai. Kami tak menyambutnya semasa dinner memandangkan restoran itu hendak closing.

20140731-030905-11345006.jpg

It’s a simple celebration jer. Just nyanyian birthday song, tiup lilin dan potong kek.

20140731-031026-11426930.jpg

20140731-031026-11426581.jpg

20140731-031026-11426767.jpg

20140731-031027-11427093.jpg

Selesai upacara simple tersebut tibalah masa untuk pembahagian Ang pow atau duit raya. Tahun ini agak kelam kabut dan tidak mengikut tradisi sedikit sambutan hari raya kami. Biasanya acara ini dijalankan pada Hari Raya pertama bermula dengan sessi bermaaf-maafan.

Memandangkan hari ini hari terakhir kami berkumpul, ditambah pula dah larut malam dan semuanya kepenatan, kami just bagi2 saja duit raya. Tiada sessi bermaaf-maafan.

Tahun ini walau ada kekurangan penerima Ang pow kerana ramai anak2 saudara Uncle Chai yang berada diluar negara dan yang sudah mula bekerja tapi ada pertambahan 3 orang ahli keluarga. Pertambahan 3 orang cucu saudara untuk Uncle Chai.

20140731-032022-12022281.jpg

Kakak pertama (kiri) bersama dua cucunya manakala kakak kedua bersama Cucu pertama

Selesai acara pembahagian Ang pow, Uncle Chai dan keluarga meneruskan perjalanan kami ke kampung isteri Uncle Chai. Kami tiba di Pt. Ismail, Batu Pahat hampir jam 2 pagi. Rumah mertua Uncle Chai dah gelap. Semuanya dah tidur. Adik beradik isteri Uncle Chai ramai lelaki. Bias my mereka kalau bersembang sampai pagi. Tapi kali ni nampaknya mereka tidur awal.

Selesai sambutan Hari Raya kedua kami. Kepada adik ipar Uncle Chai, Mazlee Dato Junid, kami ucapkan Happy Birthday. Kepada adik beradik dan anak2 saudara Uncle Chai, terima kasih atas pemberian Ang pow kepada puteri Uncle Chai yang agak lumayan pada tahun ini berbanding tahun2 sebelumnya.

SELAMAT HARI RAYA

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on July 31, 2014 in Cerita ku

 

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: