RSS

Rumah Dipecah Masuk

18 Jul

Malam semalam musibah menimpa keluarga Uncle Chai. Untuk pertama kali sejak berumah tangga dan punyai keluarga sendiri rumah Uncle Chai dipecah masuk pencuri.

Semasa kecil Uncle Chai telah melalui pengalaman rumah dipecah masuk beberapa kali. Rumah kami di Muar telah banyak kali dipecah masuk. Sekali berlaku di dalam bulan Ramadhan juga. Ketika itu kami sekeluarga sedang tidur. Bapa Uncle Chai juga keluar dari biliknya untuk membuang air di toilet dapur ketika kejadian. Syukur beliau tidak diapa2kan kerana esoknya polis menjumpai sebilah pisau yang digunakan sebagai senjata.

Berbalik kepada pengalaman rumah Uncle Chai dipecah masuk, Uncle Chai menyedari rumah dipecah masuk ketika balik dari berbuka puasa di restoran Uncle Chai. Jam 8:30 malam Uncle Chai sampai di rumah untuk menghantar puteri Uncle Chai dan menukar pakaian untuk ke masjid menunaikan solat fardhu Isya’ dan tarawikh.

Bila sampai dihadapan rumah, Uncle Chai dapati pintu pagar rumah terbuka. Uncle Chai tidak mengesyaki apa-apa lagi kerana kadang2 puteri Uncle Chai tidak menutup pintu pagar dengan betul dan ia terbuka kerana ditiup angin.

Kami berdua turun dari kereta menuju ke pintu utama. Pada masa ini puteri Uncle Chai perasan yang pintu grill telah terbuka. Pada mulanya Uncle Chai tidak mengesyaki apa2. Walaupun hati tertanya2 kenapa pintu grill tidak bertutup. Uncle Chai pun bertanya pada puteri Uncle Chai samada dia mengunci pintu grill tersebut dengan betul semasa dia keluar tadi. Katanya semua ditutup dengan rapi. Uncle Chai menghampiri pintu grill yang terbuka itu. Berderau hati Uncle Chai bila melihat pemegang mangga pintu grill itu telah patah.

20140719-002040-1240817.jpg

Dengan segera Uncle Chai menyuruh puteri Uncle Chai kembali duduk di dalam kereta. Perasaan panic pun mula timbul. Maklumlah ini pengalaman pertama Uncle Chai. Dilihat dari luar lampu bilik Uncle Chai bernyala. Lampu fluorescent. Uncle Chai jarang menggunakan lampu fluorescent. Uncle Chai biasa menggunakan lampu bulb side table kami sahaja. Memang confirmed rumah Uncle Chai sudah dipecah masuk!

Uncle Chai mengunci pintu kereta dan terus membuat panggilan kecemasan ke 999. Seumur hidup inilah kali pertama Uncle Chai membuat panggilan ke nombor 999. Operator yang menyambut panggilan Uncle Chai terus menyambungkan panggilan Uncle Chai ke balai polis Kota Damansara.

Sebaik selesai panggilan tersebut, Uncle Chai lihat jiran Uncle Chai yang juga Pengerusi Persatuan Penduduk kawasan rumah Uncle Chai keluar dari rumahnya untuk ke masjid. Uncle Chai terus pergi mendapatkannya. Kami berdua pergi memeriksa rumah Uncle Chai. Tapi kami tidak berani untuk masuk kerana khuatir penceroboh tersebut masih berada di dalam rumah. Kami membuat keputusan untuk menunggu pihak polis sampai.

Jiran2 lain yang hendak ke masjid pada waktu itu membantu kami mengepung rumah Uncle Chai depan dan belakang.

Uncle Chai cuba menghendap ke dalam rumah melalui tingkap dapur tapi tidak nampak kelibat sesiapa. Walaupun Uncle Chai mengharapkan penceroboh tersebut masih berada di dalam rumah agar senang dibuat perhitungan tetapi setelah memerhati beberapa lama melalui belakang, Uncle Chai merasakan penceroboh telah tiada di dalam lagi. Isteri Uncle Chai pun tiba tidak lama selepas itu.

Sebuah kereta peronda polis tiba 1/2 jam kemudian. Uncle Chai masuk bersama dua anggota polis yang datang untuk memeriksa rumah Uncle Chai. Sebaik pintu dibuka, Uncle Chai dapat lihat laci console table terbuka. Begitu juga cabinet kasut.

Uncle Chai meminta anggota polis tersebut memeriksa bilik bawah dahulu kerana itu bilik yang paling dekat dengan pintu utama. Bilik itu juga telah Uncle Chai jadikan walk in wardrobe jadi ia dipenuhi dengan pakaian. Setelah puas hati tiada sesiapa di dalam bilik tersebut kami memeriksa toilet tingkat bawah. Tiada sesiapa. Seterusnya kami memeriksa hall utama dan dapur. Tiada sesiapa.

Seterusnya kami naik ke tingkat atas. Kami berpecah dua. Uncle Chai dan seorang anggota polis tadi memeriksa master bedroom manakala seorang Lagi anggota polis memeriksa bilik puteri Uncle Chai. Habis berselerakan bilik Uncle Chai.

Semua pakaian berterabur di dalam bilik. Semua laci2 telah diselongkar. Benda pertama yang Uncle Chai perasan ialah kotak yang Uncle Chai letakkan koleksi jam Uncle Chai dan isteri yang diletakan di atas dressing table telah kosong. Habis semua jam2 berjenama kami hilang…

20140719-002211-1331346.jpg

Keadaan bilik Uncle Chai berselerakan. Semua laci2 telah terbuka dan diselongkar. Almari baju juga telah diselongkar. Berselerakan baju2 di dalam bilik kami.

20140719-003448-2088277.jpg

20140719-003448-2088036.jpg

20140719-003448-2088161.jpg

20140719-003514-2114673.jpg

20140719-003624-2184114.jpg

Bilik anak Uncle Chai juga diselongkar. Tapi tak seteruk bilik Uncle Chai. Mungkin kerana barang2 di biliknya tidak tersorok. Tabung duitnya Ada di atas meja. iPadnya juga terletak di atas meja. Mereka cuma selongkar laci sahaja. Wardrobe dia langsung tak diusik.

20140719-004149-2509900.jpg

20140719-004149-2509793.jpg

20140719-004210-2530024.jpg

20140719-004209-2529661.jpg

20140719-004209-2529822.jpg

Antara barangan yang dicuri ialah:

  1. 2 unit iPad milik isteri dan puteri Uncle Chai
  2. Lebih 12 unit jam pelbagai jenama antaranya Rolex, Guess, Tissot, G-Shock pelbagai model, Tag Heuer
  3. Olympus Compact Digital Camera
  4. Sony Camcoder
  5. Sony PSP
  6. Duit Tabung puteri Uncle Chai berjumlah beberapa ratus ringgit

Pada mulanya kami sangka duit simpanan puteri Uncle Chai yg disimpan untuk dimasukan ke dalam bank juga turut hilang, tapi semasa isteri Uncle Chai mengemas barang2 yg berselerakan itu, dia menjumpai duit tersebut. Syukur alhamdulillah. Maha kaya Allah. Dia membutakan mata pencuri daripada ternampak duit tersebut sedangkan ianya telah mereka keluarkan daripada tempat disimpan. Jumlahnya agak banyak juga.

Daripada pengamatan Uncle Chai, pencuri tersebut tidak mengambil masa yang lama untuk menggeledah rumah Uncle Chai. Paling lama 20 minit.

Ini berdasarkan pada banyaknya barang2 berharga lain yang mereka tidak perasan. Mereka tidak nampak safe box kami. Mereka juga tidak memasuki bilik ketiga di tingkat atas yang Uncle Chai jadikan study room. Pintu bilik itu langsung tidak dibuka. Di dalam study room itu ada 2 unit laptop milik Uncle Chai dan puteri Uncle Chai. Mereka mengambil PSP tapi mereka tak nampak Play Station.

Mereka memang tidak mengambil barang2 yang besar. Mungkin mereka hanya membawa 1 beg sahaja. Semua barangan yang dicuri muat untuk dimasukan ke dalam beg. Mungkin juga mereka berpuasa hati dengan apa yang telah mereka perolehi….. 2 iPad, jam yang banyak dan beberapa ratus cash.

Walaupun kesemua barang2 yang dicuri mempunyai nilai yang tinggi dari segi RM value dan sentimental value terutama koleksi jam kami namun yang paling terkesan sekali ialah kehilangan iPad milik puteri Uncle Chai. Ianya seperti nyawa dia. Dia amat menyayangi iPad tersebut yang Uncle Chai berikan padanya ketika dia memasuki sekolah menengah. Bahkan semasa kami sedar yang rumah kami telah dimasuki pencuri, perkara pertama yang crossed her mind ialah iPadnya yang diletakan di atas study table dia.

Walaupun Uncle Chai terasa amat sedih dengan musibah yang ditimpakan Allah kepada kami, tetapi yang paling menyedihkan bila Uncle Chai memikirkan kesalahan atau kekurangan apa kami padaNya sehingga ditimpa kifarah ini.

Kira2 jam 1 pagi isteri Uncle Chai dapat mengesan kedudukan iPadnya melalui application Find My iPhone. iPad itu online utk beberapa ketika. iPad tersebut berada di Jinjang dan sedang di charge. Isteri Uncle Chai dah lama tak gunakan iPad tersebut jadi baterinya flat. Kami terpaksa menunggu ia kembali online utk terus mengesan kedudukannya.

20140719-031356-11636022.jpg

iPad puteri Uncle Chai akan mengambil masa untuk dikesan kerana ianya password protected. Jadi pencuri tersebut perlu crack the password untuk menggunakannya.

Sementara menunggu Pegawai Penyiasat (IO) datang untuk menyiasat crime scene dan mengambil statement kami, Uncle Chai pergi ke restoran. Di sana ada pula pelanggan yang menasihati Uncle Chai untuk remotely wipe out iPad tersebut. Katanya untuk protect data2 terutama gambar2 daripada dimanipulasi.

So Uncle Chai pun give the same advice pada isteri Uncle Chai. Rupanya kami melakukan kesilapan besar apabila mengambil tindakan tersebut. Ia bukan sahaja memadam semua data2 tetapi turut memadam Apple ID isteri Uncle Chai. Apabila terpadamnya ID tersebut secara automatic kami tidak boleh mengesan lagi iPad itu. Geram juga Uncle Chai dengan customer yang beri nasihat bodoh pada Uncle Chai.

IO datang melakukan siasatan hampir jam 2 pagi. Alasan kelewatannya ialah banyak kes pecah rumah yang terpaksa disiasatnya. Anak dan isteri Uncle Chai agak phobia daripada apa yang terjadi. Mereka tak dapat melelapkan mata hingga subuh.

Jangan kata mereka, Uncle Chai sendiri bila balik ke rumah malam ini selepas berbuka puasa, terasa2 seperti ada orang didalam rumah….

Ianya menjadi pengajaran kepada kami sekeluarga. Selama ini we took for granted dengan soal keselamatan rumah yang ditinggalkan. Selepas ini kami akan mempertingkatkan ciri2 keselamatan rumah kami termasuk memasang alarm.

Adakah Uncle Chai suspect sesiapa? Susah nak jawab. Everybody is a suspect. Termasuk kontraktor yang servis acond kami. Mereka orang terakhir masuk ke rumah kami.

Amat susah untuk mengenal pasti atau suspect sesiapa kerana kedudukan rumah kami yang agak public kerana rumah kami menghadap padang dan playground yang accessible kepada public. Siang malam kawasan tersebut Ada orang yang datang dan duduk.

Kami berserah kepada Allah. Jika ditakdirkan barang2 yang dicuri tersebut memang sebenar2nya milik kami, maka ia akan dikembalikan. Jika tidak, kami redha.

Apa pun Uncle Chai bersyukur kerana puteri Uncle Chai tiada di rumah ketika break in tersebut. Seminggu sebelum itu dia tidak keluar mengikut kami berbuka kerana bercuti berpuasa jadi dia tinggal seorang. Syukur pada hari kejadian dia telah mula berpuasa dan mengikut kami keluar berbuka.

Uncle Chai suspect pencuri tersebut memang telah lama memerhatikan pergerakan kami. Mereka tahu yang sebelum itu puteri Uncle Chai ada di rumah waktu berbuka dan mereka tahu pada hari itu tiada sesiapa di rumah.

Mereka juga mungkin telah mengenal pasti kereta2 yang selalu kami gunakan. Kerana masa kejadian ada sebuah Lagi kereta di rumah. Mereka tahu kami tidak menggunakan kereta tersebut. Mereka tahu kereta mana yang Uncle Chai gunakan dan kereta mana yang isteri Uncle Chai gunakan.

Kepada anda semua, jangan take for granted soal keselamatan rumah. Sentiasa waspada dengan keadaan sekeliling. Jika Ada kemampuan pasang alarm dan CCTV. Pastikan semua pintu2 is secured dengan kunci yang kuat dan reliable. Jangan gunakan cap ayam. Moga apa yang Uncle Chai kongsikan ini dapat dijadikan pengajaran dan panduan.

Kepada jiran2, Uncle Chai ucapkan terima kasih atas bantuan dan kerjasama serta keprihatinan anda semua. Walaupun Uncle Chai jarang bercampur dengan mereka sepanjang 9 tahun tinggal di sini kerana kesibukan perniagaan Uncle Chai tetapi mereka masih sudi membantu.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada seorang kawan Uncle Chai yang datang menziarahi kami sebaik mengetahui kecelakaan yang menimpa kami. You know who you are. Tak perlu rasanya Uncle Chai sebutkan namanya. You are one true friend. My family and I really appreciate what you did and give

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on July 18, 2014 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: