RSS

Apa Yang Tidak Boleh Dibeli dan Dicari Ganti

20 Jun

RENUNGAN SUBUH: Dalam dunia ni semuanya boleh dicari ganti. Sebut saja apa, semuanya pasti ada gantinya termasuk suami/isteri, anak dan apa juga harta benda TETAPI DUA benda yang mustahil untuk dicari gantinya ialah:

IBU yang mengandungkan kita 9 bulan 10 hari, bertarung nyawa utk melahirkan kita seterusnya membesarkan kita hingga dewasa. Ibu yang amat menyayangi kita, meletakan kepentingan kita, anak melebihi dirinya sendiri. Ibu yang akan mempertahankan kita jika kita dipersalahkan. Ibu yg menjadi teman baik kita sejak dilahirkan.

20140620-092051-33651491.jpg

AYAH yang berhempas pulas membanting tulang mencari rezeki utk membesarkan kita dan memberikan yang terbaik utk kita. Ayah yang turut menanggung dosa anak perempuannya sehingga dia bernikah.

20140620-092418-33858443.jpg

Dua insan itu tidak dapat dicari gantinya walaupun kita mempunyai harta sebanyak Qarun sekali pun. Kita tidak boleh mencari ayah dan ibu baharu. Kita tidak boleh beli ayah dan ibu baharu. Mereka jugalah, selain daripada suami utk wanita yg telah berkahwin, penentu syurga neraka kita.

20140620-101327-36807241.jpg
Apa yang kita cari dalam kehidupan duniawi yang penuh tipu daya ini? Apa yang kita cari dalam kehidupan dunia yang sementara ini?

Akhirat adalah matlamat kita dilahirkan ke dunia. Akhirat yang abadi adalah sebab mengapa kita dijadikan hamba Allah.

20140620-101432-36872529.jpg
Jika kita berkata ‘eh‘ sekali pun kepada ibu kita, kita telah menderhaka kepadanya. Apatah lagi jika kita membuat ibu merana dan mengeluarkan air mata kerna perbuatan kita, kerna kekecewaannya kepada kita, kerna kealpaan kita.

Oleh itu sahabat2ku sekelian, aku berpesan pada mu dan pada diriku sendiri, janganlah sakiti ayah dan ibu. Jangan sekali menderhakai mereka. Syurga kita dibawah tapak kaki ibu. Renung2kanlah wahai rakan2 yang membaca post Ku ini. Sementara ayah dan ibu kita masih bernafas. Sesal kemudian tiada gunanya. Menangis meraung di samping mayat mereka tiada gunanya. Keluar air mata darah memohon keampunan di pusara mereka tiada gunanya. Semuanya sudah terlambat.

20140620-102457-37497423.jpg
Dengarkanlah lagu ini dan fikir serta renungkanlah….

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu

20140620-121536-44136829.jpg
Originally posted in Facebook. Semua gambar2 adalah hiasan semata2. Tiada kena mengenakan dengan post ini.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on June 20, 2014 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: