RSS

Kita Merancang Allah Menentukan

29 May

Selepas Bonda dan kakak Uncle Chai check in untuk berlepas ke Istanbul, kira2 jam 2 kami bertolak dari KLIA menuju ke kampung isteri di Batu Pahat. Jika tadi kami menghantar Bonda dan kakak untuk menunaikan umrah, pagi nanti kami akan menghantar ibu Mertua Uncle Chai pula untuk menunaikan umrah. Menurut isteri Uncle Chai ibunya akan berlepas dari Lapangan Terbang Senai di Johor Bahru. Uncle Chai sendiri tak tau detail tentang penerbangannya kerana isteri Uncle Chai tak bercerita apa2 pun. Yang Uncle Chai tau Dia nak pergi umrah.

Kami sampai di rumah ibu Mertua Uncle Chai kira2 jam 5 pagi. Uncle Chai memang tak bawa laju pun. Tak Ada benda yang nak dikejar so bawak relax-relax je. Sesampai kami di kampung, kami disambut oleh ibu Mertua Uncle Chai. Sebaik bersalam dan bertanya khabar, Uncle Chai dikejutkan dengan berita yang Mak Mertua Uncle Chai tak jadi pergi menunaikan umrah. Hah….???

Rupanya permohonan visa umrah rombongannya tidak diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi. Kesiannya…. Memang sebelum ni Uncle Chai ada dengar cerita yang kerajaan Arab Saudi menghadkan pengeluaran visa umrah berikutan ancaman wabak Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) di sana. Terbaru melibatkan satu kes kematian di Batu Pahat ini juga pada seorang jemaah umrah yang baru pulang. Susulan kematian itu pihak Kementerian Kesihatan terpaksa quarantine penduduk kampung seramai 64 orang. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang wabak ini layari laman web Tabung Haji.

Dari riak wajah ibu Mertua Uncle Chai ternampak jelas kehampaannya kerana hajat menunaikan umrah tidak kesampaian. Mana tidaknya, Dia hanya dimaklumkan tentang pembatalan pemergiannya dua hari sebelum berlepas. Setelah membuat persiapan dengan menghadiri kursus dan sebagainya, Dia tak dapat pergi. Inilah yang dinamakan tak ada rezeki.

Memang tepat ungkapan yang selalu diberikan kepada mereka2 yang pergi ke tanah suci sebagai Tetamu Allah. Makna tetamu jika mengikut Kamus Dewan (cheh…banyaklah Kamus) ialah mereka2 yang dijemput. Ramai yang merancang untuk pergi menjadi tetamu Allah tapi tak semuanya dijemput Allah.

Sama seperti Uncle Chai yang merancang untuk pergi menunaikan umrah sejak dari bujang lagi tetapi banyak halangan yang datang untuk Uncle Chai menjadi tetamu. Allah belum nak jemput Uncle Chai lagi. Dan bila Allah dah jemput, macam mana pun akan sampai juga. Semasa Uncle Chai dan keluarga pergi menunaikan umrah pada 2012, perancangan hanya dibuat last minute sahaja. Kami merancang pada bulan January, dan pergi pada bulan March. Itu antara tanda yang Uncle Chai dan keluarga memang telah dijemput. Bukan riak tapi sekadar berkongsi pengalaman untuk menguatkan hujah.

20140605-024911-10151244.jpg

Kenangan sewaktu kami sekeluarga menunaikan umrah dua tahun lalu

Berbalik kepada cerita ibu Mertua Uncle Chai tadi, memang Uncle Chai dapat rasakan kekecewaan hatinya. Sepanjang berada di kampung ternampak kesedihan dan kehibaan hatinya. Walaupun Dia Ada duduk bersama2 anak2 yang pulang berbual dan bergurau tapi hatinya telah ada di tanah haram. Mengikut agensi yang menguruskan umrahnya, mereka akan berusaha untuk menggantikan pemergian mereka pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

So kami balik kampung ni dah Kira macam menziarahi orang tua di kampung walau tujuan asalnya lain. Tak mengapalah, kami sekeluarga pun dah lama tak balik kampung menziarahi mereka. Kami just lepak2, bual2 spend time dengan adik beradik isteri Uncle Chai yang balik.

20140605-031108-11468697.jpg

Kami sekeluarga bersantai di kampung

Kepada ibu Mertua, Uncle Chai doakan agar hajatnya untuk menjadi tetamu Allah akan kesampaian dalam waktu yang terdekat ini. Aamiin…..

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on May 29, 2014 in Family, Uncategorized

 

Tags: , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: