RSS

Melawat Ipar Kemalangan

07 Feb

Semalam Uncle Chai sekeluarga pulang ke kampung isteri Uncle Chai di Batu Pahat untuk melawat adik isteri Uncle Chai yang kemalangan kira2 3 minggu lalu. Adik ipar Uncle Chai dirempuh motorsikal lain ketika dia keluar dari simpang. Keadaannya agak parah kerana mengalami kecederaan teruk di kepala.

20140207-133455.jpg

Penunggang yg merempuh adik ipar Uncle Chai hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. Menurut cerita, adik ipar Uncle Chai tidak mengenakan topi keledarnya dengan betul dan topi keledarnya tercampak akibat rempuhan tersebut yang mangakibatkan dia mengalami kecederaan kepala yg parah.

20140207-133505.jpg

Berlaku pendarahan pada otaknya dan dia dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada malam itu juga untuk menjalani pembedahan. Kebetulan anak ipar Uncle Chai itu bekerja dengan Uncle Chai sementara menunggu keputusan SPM so isteri Uncle Chai terpaksa bergegas balik ke kampung pada hari itu juga.

Uncle Chai hanya sempat melawat beliau 2 minggu lepas di HSA JB. Uncle Chai buat 1/2 day trip ke JB. Ambil 1st flight dari LCCT jam 8:45 pagi dan tiba di Senai jam 9:30. Pulang ke KL dgn flight jam 12:30. Berebut2 juga Uncle Chai mengejar masa dari airport ke hospital dan kembali ke airport. Lucky masa tu ada kawan yg terpaksa menunggu dan mengambil Uncle Chai daripada airpot. Nasib baik juga masa tu Trafik ke hospital dan airport tak sesak.

Pagi ini kami bergerak ke kampung jam 10 am. Isteri Uncle Chai yg drive balik. Uncle Chai terlalu penat dan mengantuk selepas bekerja malam semalam. Sesekali jadi big boss duduk dibelakang sedap juga. Tambahan supirnya cewek pulak tu. Uncle Chai tidur sepanjang jalan. Boleh tahan Laju juga isteri Uncle Chai drive. Kami sampai di BP kira2 2 jam kemudian.

20140207-111013.jpg

Kami terus ke rumah mertua utk mengambil ibu dan bapa mertua Uncle Chai untuk pergi bersama ke hospital.

Not bad juga hospital baru Batu Pahat ni yang diberi nama Hospital Sultanah Nora Ismail mengambil nama Nenda Sultan sekarang. Cantik dan selesa seperti private hospital. Memang selesa. Mungkin kerana hospital baru kot. Designnya memang mirip sebuah private hospital. Amat selesa. Uncle Chai bagi 4 Bintang drp 5.

20140207-111813.jpg

20140207-112003.jpg

20140207-112022.jpg

20140207-112034.jpg

20140207-112046.jpg

Adik ipar Uncle Chai telah beransur pulih. Dia tidak Lagi koma. Sudah boleh membuka mata dan melihat kami yg datang. Samada dia betul2 sedar seperti normal dan mengenali kami yg datang, kami tak tau. Dia tidak mampu untuk bertutur mungkin kerana tebukan dilehernya.

Keadaannya amat menyedihkan. Kepalanya yang dibedah masih sesekali berdarah. Tetapi keadaan muka dan tubuh badannya telah kembali susut tidak seperti semasa Uncle Chai melawatnya 2 minggu lepas. Badannya bengkak dan kepala serta mukanya membengkak seperti belon. Agak sukar untuk mengenalinya waktu itu.

20140207-112918.jpg

20140207-112933.jpg

20140207-112950.jpg

20140207-113011.jpg

20140207-113024.jpg

20140207-113039.jpg

Kasihan sungguh Uncle Chai melihat keadaan dia. Menurut doktor yg merawatnya, mereka akan X-ray kepala pada hari Ahad ini untuk mengetahui punca pendarahan di kepalanya samada luaran di kulit kepala akibat pembedahan atau dari dalam. Jika pendarahan tersebut datang dari dalam kepalanya, dia akan dihantar balik ke HSA JB untuk pembedahan sekali lagi.

Ya Allah. Azabnya kami mendengar. Tuan punya badan hanya Allah yg tau. Beliau akan menjalani proses pemulihan yang panjang. Menurut doktor juga untuk beliau kembali seperti dulu seperti kita yang normal ini akan mengambil masa yang Panjang dengan pelbagai rawatan susulan. Mungkin dia akan bedridden utk tempoh yg lama.

Jika dalam Bahasa insurance dia sudah dikira permanent disability. Sedih mengenangkan nasib dirinya dan keluarganya. Hanya isterinya yang akan menjadi punca rezeki utk menanggung keluarga. Beliau mempunyai 4 orang anak. 2 orang sedang menunggu keputusan SPM, seorang menuntut di tingkatan 3 dan yang kecil baru dalam tadika.

Sepanjang Uncle Chai mengenali beliau sejak mula berkahwin dengan isteri Uncle Chai, beliau telah banyak diuji Allah. Memang pelbagai ujian yang Allah berikan padanya dan keluarganya. Sedih juga jika Uncle Chai ingat kembali ujian2 yang Allah berikan padanya dan keluarganya. Beliau bernasib baik kerana anak2nya semuanya pandai dan berjaya dalam Pelajaran.

Beliau pun bukan seorang yang senang. Pelajaran hanya sekadar Sekolah menengah. Bekerja sebagai pemandu. Itu pun tidak menentu Selalu bertukar2 majikan. Tetapi beliau mempunyai hati yang baik walaupun orangnya agak keras.

Lebih Uncle Chai sedih bila memikirkan nasib dia dan keluarganya selepas ini. Uncle Chai hanya mendoakan agar dia akan dapat pulih seperti sedia kala seperti kita yang normal ini.

Kasihan kepada anak2nya yang semuanya masih bersekolah. Kos rawatan dirumah selepas dia keluar nanti juga tinggi. Doktor memberitahu isteri Uncle Chai dia memerlukan tilam khas untuk mengelakan kecederaan pada bahagian belakang badannya akibat berbaring dalam jangka masa yg lama. Dia juga perlukan mesin penyedut untuk membersihkan kerongkongnya yang telah siap ditebuk itu. Selain itu pelbagai peralatan physiotherapy diperlukan untuk proses penyembuhan.

Not to mention perhatian dan bantuan yang akan sentiasa diperlukannya sepanjang beliau bedridden. Jika orang berada mereka boleh employ private nurse untuk membantu melakukan semua kerja2 tersebut tetapi untuk orang biasa seperti adik ipar Uncle Chai ini, dia cuma mengharapkan keluarganya sahaja untuk menjaganya nanti.

Nasib baik juga kedua2 mertua Uncle Chai masih hidup. Tetapi setiap orang ada jadual aktiviti masing2. Isterinya perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan keluarganya. Mertua juga bukannya boleh full time menjaga. Mereka juga ada aktiviti2 kemasyarakatan dan keagamaan yang dilakukan. Adik beradik juga ada kehidupan masing2. Sesekali bolehlah datang membantu. Anak2 pula sibuk dengan pelajaran.

Memang sedih mengenangkan nasibnya nanti. Ianya menjadi iktibar kepada diri Uncle Chai. Semuanya adalah qada’ dan qadar Allah. Asbabnya…? Tidak menggunakan topi keledar dgn cara yg betul. Kecil dan nampak remeh asbabnya tetapi akibatnya Amat besar.

Marilah kita sama2 mendoakan adik ipar Uncle Chai ini dapat pulih seperti dahulu secepat mungkin. Kepada keluarganya, tabahkanlah hati menempuh ujian Allah ini.

Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan hambaNya sesuatu ujian yang tidak tertanggung oleh hambaNya itu

Marilah kita mendoakan agar keluarga ini dapat kembali menikmati kehidupan bahagia mereka seperti dahulu secepat mungkin. AAMIIN…..

20140207-132638.jpg

20140207-132650.jpg

20140207-132704.jpg

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on February 7, 2014 in Family, Kesihatan

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: