RSS

Keputusan PMR Bocor?

19 Dec

Benarkah ramai calon2 yg menduduki PMR 2013 telah pun mengetahui keputusan PMR mereka? Keputusan PMR boleh disemak secara online pada hari Selasa malam yang lalu.

Berita keputusan bocor ini tersebar luas di laman2 sosial terutama twitter. Puteri Uncle Chai yang memang aktif bertwitter sempat menyemak keputusannya. Ramai kawan2nya yang lain yang aktif twitter juga dapat menyemak keputusan mereka.

Bila Uncle Chai diberitahu oleh puteri Uncle Chai tentang perkara ini, laman semakan tersebut telah pun di disable. Tak dapat Uncle Chai nak semak keputusannya. Tetapi puteri Uncle Chai sempat utk print screen keputusan yang dapat dilihatnya tadi.

20131220-091906.jpg

Walaupun keputusan yang berjaya di print screen oleh puteri Uncle Chai menunjukan dia mendapat keputusan yang diluar jangkaan namun Uncle Chai menasihatinya agar tidak mempercayai keputusan bocor yang dilihatnya itu. Uncle Chai tak mau dia kecewa jika keputusan sebenarnya tidak sebegitu.

Lupakan tentang keputusan yang diperolehi oleh puteri Uncle Chai. Itu bukan persoalan pokok yang mahu Uncle Chai kongsikan disini. Apa yang Uncle Chai ingin kongsikan adalah benarkah keputusan PMR 2013 telah bocor secara tidak sengaja?

20131219-062800.jpg

Jika dilihat kepala tajuk keputusan ianya tertera perkataan UPSR. Persoalannya kenapa bila dimasukan nombor kad pengenalan dan angka giliran dan di klik butang papar keputusan, keluar keputusan PMR bukan UPSR.

Berbagai persoalan yang timbul dalam kepala Uncle Chai. Jika benar apa yang dilihat oleh puteri Uncle Chai adalah keputusan sebenar, bagaimana ia boleh bocor? Adakah mungkin ketika kakitangan Kementerian Pendidikan atau Lembaga Peperiksaan yang bertanggungjawab memasukan keputusan PMR ke dalam system, terlupa untuk disable button Papar Keputusan?

Puas Uncle Chai memikirkan bagaimana keputusan boleh diperolehi. Hanya alasan yang Uncle Chai fikir seperti di atas yang berkemungkinan. Jika begitu, betapa cuainya kakitangan2 yang memasukan data keputusan tersebut.

Pihak Kementerian Pelajaran atau Lembaga Peperiksaan yang dipertanggungjawabkan memasukan data keputusan wajib memandangkan serious kecuaian ini jika benar keputusan telah bocor. Bagaimana kecuaian atau kesilapan mudah boleh mereka lakukan?

Post ini adalah berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan. Setelah keputusan diperolehi jam 10 nanti dan puteri Uncle Chai memperolehi keputusan yang sama seperti yang terpapar di laman semakan MOE Selasa lalu, barulah Uncle Chai akan kupas secara lebih mendalam lagi. Uncle Chai juga akan menyemak dengan kawan2 puteri Uncle Chai yang sempat melihat keputusan bocor tempoh hari.

Tunggukan update Uncle Chai tentang isu ini. For the time being wish my daughter and I good luck.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on December 19, 2013 in Uncategorized

 

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: