RSS

Unexpected Expenditure – Tukar Tayar

23 Sep

Uncle Chai rasa kita semua memiliki kenderaan tak kira basikal, motorsikal mahu pun kereta. Setiap kenderaan perlukan maintenance samada parts, engine, tyres dan sebagainya. Maintenance kenderaan terutama yang tinggal di kota seperti Uncle Chai ni Amat penting dan mustahak. Of course kita tak mau stranded di tengah jalan. Masalah kepada kita, kepada trafic yang mungkin menyebabkan kesesakan, not to mention kemaluan. Malu beb kalau kereta rosak tengah jalan yang sesak. Org semua tgk dan biasanya akan ada yang menyumpah kerana kesesakan yang kita buat.

Antara maintenance yang paling penting yang melibatkan nyawa ialah Tayar. Tayar kalau meletup dengan kita tgh speeding paling bahaya! Statistic menunjukan kemalangan yang diakibatkan oleh tayar ialah….korang cari sendirilah statistic dia, I’m just a casual writer, tak kuasa nak buat research bagai…

Pagi tadi selepas hantar anak Uncle Chai ke Sekolah, Uncle Chai noticed tyre belakang sebelah kanan kereta isteri tercinta yang Uncle Chai drive, kurang angin dalam 50%. Kereta isteri tercinta Uncle Chai ni seharian tak keluar semalam. Tyre ni memang dah bermasalah. Tyre ni makan sebelah akibat kurang maintenance. Kalau maintenance tyre tu bermakna selain diperiksa angin, balancing dan alignment juga perlu dibuat secara berkala (fuhh…bahasa persuratan tu).

Biasanya kalau tyre makan sebelah tu adalah akibat daripada alignment yang tak betul. Korang tau tak apa tu tyre makan sebelah? Bagi yang kurang mengerti, tyre yang makan sebelah tu ialah bunga atau thread pada tyre tu habis tidak sekata. Samada sebelah luar atau sebelah dalam yang kehausan dahulu.

Uncle Chai yang memang dah tau tyre tersebut makan sebelah sampai hampir botak outer part dia, menjangkakan kekurangan angin disebabkan kenipisan getah pada bahagian tersebut. To my surprise bila Uncle Chai tgk tyre tu, ada rekahan yang menakutkan. Mungkin boleh pecah bila2 masa. Terus Uncle Chai teringat berapa laju Uncle Chai drive pagi tadi masa hantar anak ke Sekolah. Terus timbul rasa cuak untuk drive kereta tu.

20130923-172012.jpg

Uncle Chai planned nak pergi pasar pagi ni lepas breakfast tapi bila tgk condition tyre tu terus takut dan malas nak pergi.

Kebetulan jiran Uncle Chai adalah seorang mekanik yang mempunyai sebuah bengkel tyre di Section 5 berhampiran rumah Uncle Chai. Selalunya untuk maintenance kereta2 Uncle Chai, dia yang akan buat. Senang berjiran dengan pemilik bengkel seperti dia. Kalau ada kereta yang perlukan maintenance, Uncle Chai just bagitau dia, dia akan ambil dan hantar kereta Uncle Chai balik. Kadang2 payment pun boleh drag, dia tak minta. Dia pun jujur orangnya. Kalau dia tak boleh buat dia akui yang dia tak boleh buat. Macam kereta Merc Uncle Chai dia langsung tak berani buat. Dia tak ada knowledge tentang kereta Merc.

Pada Uncle Chai itu bukan jujur tapi stupidity. Even kau tak tau buat jangan mengaku kelemahan diri. Belajar atau bertanya pada rakan mekanik yang lain. Dengan cara itu baru kita boleh pandai.

Back to the story, masa Uncle Chai sampai rumah, bapa kepada seorang anak lelaki yang agak nakal ini sedang memasukan barang2 ke dalam keretanya untuk keluar ke bengkelnya. Uncle Chai pun suruh bagi quotation untuk harga tayar Uncle Chai. Walaupun untuk maintenance dan tukar Tayar Uncle Chai dah ada bengkel yang Uncle Chai sudah biasa di Damansara Utama, tapi just nak find out harga just in case dia boleh bagi murah.

Saiz tyre kereta isteri tercinta Uncle Chai ni ialah 235x55x18.

20130923-174416.jpg
Korang tau spec tyre yang Uncle Chai sebut tadi tak? 235x55x18 tu? 235 ialah kelebarannya, 55 ialah ketebalan atau ketinggian Tayar manakala 18 tu ialah saiz Tayar itu. Bagi yang tak tau kira korang dah dapat ilmu tentang tyre kat sini…

Kira2 3 jam selepas tu, jiran Uncle Chai called utk bagi quotation . Dia boleh bagi dalam RM400 untuk satu Tayar. Murah tu tapi setbacknya brand daripada Indonesia. Apa ke nama brand yang dia sebut pun Uncle Chai tak tau. Tak pernah dengar pun. Don’t get me wrong , bukan berlagak atau apa tapi Uncle Chai prefers pakai brand yang biasa kita dengar, yang well known. Tak semestinya mahal tapi yang dah terkenal, dah lama ada dalam market. Bila pakai Tayar yang biasa dengar ni, confident level tu tinggi sikit. Pastu dia ada suggest tyre secondhand berharga cuma RM80 je. No lah, not for tyre. Kereta isteri tercinta Uncle Chai ni kira family car kami. Kalau nak jalan jauh outstation memang kereta ni yang kami drive. Tak beranilah pakai yang secondhand . Kebetulan rezeki tu ada untuk beli yang brand new.

Uncle Chai pun tak berapa suka kalau tayar jadi rojak ni. 4 tayar 4 brand berlainan. So Uncle Chai decided untuk pergi ke bengkel Tayar yang Uncle Chai sudah biasa yang Uncle Chai sebut tadi.

Lepas ambil anak daripada Sekolah, Uncle Chai terus pergi ke bengkel tersebut. Ia terletak opposite sekolah anak Uncle Chai, SMK Damansara Utama.

20130923-180722.jpg
Utama Tayar and Battery Service. Pemiliknya bernama Andy. Uncle Chai telah berurusan dengan Andy ni sejak tahun 1996 lagi iaitu lebih kurang 17 tahun lamanya. Untuk yang tak tau, dahulu Uncle Chai adalah pemilik PROSERVIS Damansara yang terletak di tepi jalan menuju ke Plaza Toll NKVE Damansara. PROSERVIS adalah Pusat Servis Sah bagi kereta2 keluaran Usahasama Proton-DRB (USPD). Sekarang USPD dikenali sebagai Proton Edar. Jadi Andy dan Utama Tayar ni adalah sub-contractor bagi kerja2 berkaitan tayar untuk pusat servis Uncle Chai. So we go way back, 17 tahun lamanya.

Perniagaan dia masih bertahan manakala Uncle Chai sudah give up dengan industry automotive ni kerana sebagai orang Islam tambahan pula dah berumur ni, perniagaan tersebut kurang sesuai kerana adanya elemen2 penipuan dan penganiayaan terhadap pelanggan. Memang senang nak dapat duit pelanggan terutama yang have zero knowledge tentang kereta.

Selepas we agreed tentang harga tyre that cost me RM700/piece, Uncle Chai suruh dia tukar dua tyres dulu kerana dua tyres yg selebihnya are still good for a few more months, Uncle Chai yang ditemani anak yang Uncle Chai ambil dari Sekolah tadi pergi ke restoran berdekatan untuk minum. Malas nak tunggu kat situ.

20130923-185034.jpgAndy, pemilik bengkel melakukan sendiri kerja2 on wheel balancing.

20130923-185401.jpg

20130923-185420.jpg“Ini pulak Ahmoi yang tak mau gambarnya diambil. Uncle Chai ambil gambar dia kerana nak masukkan dalam entry ni. Dia ni adalah kerani yang setia. Dia dah bekerja dengan Andy berbelas tahun lamanya. Susah nak dapat pekerja setia macam ni.”

Sebelum balik Uncle Chai dan Andy bersembang, bertanya perkembangan terkini masing2, kawan2 lama dan perniagaan. Maklumlah kami sangat jarang berjumpa sekarang berbanding dahulu.

So…unexpected expenses untuk kes ini is more than 1.5k. Apa nak buat. Duit boleh cari tapi nyawa kita dan keluarga yang kita sayangi is PRICELESS!!!

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on September 23, 2013 in Uncategorized

 

Tags: , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: