RSS

Lagu Pop Minang

21 Sep

Sebelum keluar gi pasar ni, Uncle Chai nak post a very short and quick entry. Beberapa tahun dahulu Uncle Chai ada satu CD Pop Minang nyanyian Victor Hutabarat. Uncle Chai pun tak ingat macam mana Uncle Chai boleh beli CD tu.

CD Pop Minang ni kalau tak silap ada 8 atau 10 lagu Uncle Chai pun tak ingat. Ada beberapa lagu yang menarik minat Uncle Chai. Antaranya yang masih Uncle Chai ingat ialah Bapisah Bukannyo Bacarai dan Nasib Sawahlunto.

Best jugak lagu2 minang nyanyian Victor Hutabarat ni. Mungkin kerana lontaran vokalnya yang lantang membuatkan Uncle Chai minat dgn lagu2 dalam CD tu.

The best part Uncle Chai tak faham sangat pun lirik lagu2 tu. Uncle Chai bukan orang minang. Uncle Chai keturunan Bugis tapi jangan suruh Uncle Chai cakap bugis, haram Uncle Chai tak tau.

Cakap pasal orang bugis ni, atau ada orang gelar keturunan kami sebagai Lanun, kami memang terkenal dengan sifat panas baran atau hot temper. Keluarga Uncle Chai memang boleh dikatakan semuanya ada temper. Bagi yang cakap kami Lanun, yes we are pirates and proud of it. Hamekaw!……hehe.

20130921-090733.jpg

Okay, dah jauh melencong pulak. Back to the story. Pagi ni lepas subuh Uncle Chai search lagu2 minang Victor Hutabarat ni kat YouTube. Susahnya nak cari. Uncle Chai cuma managed to trace one song. Lagu Bapisah Bukannyo Bacarai je.

Nampaknya Uncle Chai nak kena cari balik mana perginya CD Uncle Chai tu. Dah lama missing in action. Tak ingat pulak mana letaknya. Mungkin ada lagi dalam CD changer kereta lama Uncle Chai. Kalau tak ada kat sana tak taulah mana nak cari.

Cuba korang dengar lagu Bapisah Bukannyo Bacarai ni. Uncle Chai ada letak lirik dia sekali kat bawah video ni.

Hah….dalam Uncle Chai nak cari link utk post kat sini, jumpa pulak lagu ni nyanyian Siti Nurhaliza. So Uncle Chai post sekalilah. Boleh tahan juga Siti nyanyi walaupun ada beberapa sebutan dia yang tak berapa betul…..chewah jadi pengkritik pulak aku.

Uncle Chai nak gi pasar ni. Till next entry, adios guys….

Bapisah bukannyo bacarai
Usahlah adiak manangih juo
Basaba sayang nantikan denai
Taguahkan malah iman di dado

Bapisah bukannyo bacarai …

Uda bajalan padamlah palito
Kasia nasib ka den kadukan
Kampuang den jauah da, sanak tiado
Denai jo sia Uda tinggakan

Reff:

Ondeh, gunuang Marapi, gunuang Singgalang
Hei, tolong caliakkan kasiah hati den
Nan den tinggakan, antaro pintu nan jo halaman
Uda den nanti antaro pintu nan jo halaman

Bapisah bukannyo bacarai …

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on September 21, 2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: