RSS

Peringatan Bersama

13 Sep

20130913-020815.jpg

Hanya tinggal 15 minit sebelum masuk waktu Isya’. Dia masih belum Maghrib lagi. Berebut2 dia mengambil wudhu dan mendirikan Solat maghrib.

Selesai solat semasa berwirid, dia teringatkan bagaimana neneknya bersolat dan berasa malu dengan cara dia mendirikan Solat. Neneknya mendirikan Solat seawal waktunya, dengan penuh ketenangan dan kekhusyukan. Tidak berebut2 takut waktu solat habis seperti dia.

Kemudian dia sujud untuk berdoa dan terus berada dalam keadaan sujud untuk beberapa ketika. Dia berasa penat, penat yang amat sangat setelah seharian bekerja.

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan hiruk pikuk suara dan jeritan. Dia bangun dari sujudnya. Tubuhnya dibasahi peluh kepanasan matahari yang berada hanya sejengkal di atas kepalanya.

Dia melihat sekelilingnya. Keadaannya amat sesak. Setiap penjuru yang dilihatnya dipenuhi manusia.

Ada yang berdiri kaku memandang sekeliling, ada yang berlari ke sana ke mari dan ada yang sedang melutut kebingungan menunggu. Keadaan sungguh huru hara.

Dirinya diselubungi ketakutan dan kebimbangan yang teramat sangat bila dia menyedari di mana dia berada sekarang. Jantungnya seperti mahu meletop.

Inilah Padang Mahsyar, ini adalah Hari Akhirat, ini adalah Hari Pengadilan!

20130913-024341.jpg

Semasa hayatnya, dia telah banyak mendengar tentang Hari Pengadilan ini.

Adakah dia sedang berkhayal?

Tidak, ketakutan yang sedang dialaminya ini terlalu kuat untuk dia berkhayal.

Soal siasat sedang dijalankan.

Dia mula berlari dari seorang ke seorang untuk bertanya samada namanya sudah dipanggil.

Tiada siapa yang memberikan jawapan.

Tiba-tiba dia mendengar namanya dipanggil dan orang ramai membuka laluan untuknya.

Datang dua malaikat memegang tangannya dan membawanya ke hadapan.

Dengan mata yang meliar ke kiri kanan dia berjalan longlai membelahi orang ramai untuk ke depan. Hatinya berdegup kencang.

Malaikat membawanya ke tengah dan meninggalkan dia di situ.

Dia bingung. Dia menundukan kepalanya, memejamkan matanya. Tiba-tiba seluruh kehidupan yang telah dilaluinya melintasi dihadapannya seperti sebuah filem.

Bila dia membuka kembali matanya, dia berada di dunia lain.

Orang ramai saling tolong menolong.

Dia melihat ayahnya membelanjakan hartanya kejalan Allah.

Ibunya sedang mempersilakan tetamu ke dalam rumah mereka. Satu meja sedang dipersiapkan dan meja yang lain sedang dikemas.

Lalu dia berkata;

“Aku juga melakukan perkara yang sama, aku juga selalu menolong orang, aku menyampaikan ayat Allah kepada yang lain, aku mendirikan Solat, aku berpuasa di bulan Ramadhan, semua suruhan Allah aku lakukan dan taati, segala laranganNya aku jauhi”

Dia mula menangis memikirkan betapa kasihnya dia kepada Allah.

Dia mula menyedari apa yang dilakukan sepanjang hayatnya tidak mencukupi untuk mendapat syurga Allah. Dia menggigil ketakutan memikirkan akan balasan yang bakal diterimanya. Peluh membasahi tubuhnya.

20130913-025511.jpg

Matanya memandang tepat ke arah neraca timbangan, menanti keputusan.

Akhirnya keputusan dibuat.

Dua malaikat dengan kertas ditangan mereka berpaling ke arah orang ramai.

Kakinya sudah terlalu lemah akibat ketakutan yang tidak terhingga menyelubunginya, menunggu keputusan.

Apabila nama ahli-ahli Neraka mula untuk dipanggil, dia memejamkan matanya.

Alangkah teperanjatnya dia bila nama ahli Neraka yang pertama dipanggil adalah namanya.

Dia terus jatuh terduduk dan menjerit “mana mungkin aku ke neraka? Seluruh hayatku aku berbuat baik sesama insan dan aku juga menyebarkan ayat2 Allah dan RasulNya”

Matanya mula kabur, tubuhnya menggigil berpeluh.

Datang dua malaikat menyambar tangannya, mengheretnya melalui orang ramai ke arah api neraka yang menyala-nyala.

Dia menjerit meminta pertolongan orang sekeliling. Dia melaungkan segala kebaikan yang telah dilakukannya. Bagaimana dia memelihara orang tuanya, puasanya, solatnya, Al-Quran yang dibacanya. Adakah itu semua tidak dapat menyelamatkannya?

Malaikat tidak mengendahkan kata-katanya malah terus mengheretnya ke neraka. Bahang api neraka mula membakar bila mereka semakin menghampirinya.

Dia memalingkan mukanya ke belakang dan merayu;

Tidakkah Rasulullah [SAW] bersabda,

“Solat yang dilakukan Lima kali sehari membersihkan seseorang itu dari dosanya”

Dia mula menjerit,

Solatku? Solatku? Solatku?

Dua malaikat yang mengheretnya tidak mengendahkannya dan terus mengheretnya ke tebing neraka.

Kehangatan api neraka mula membakar mukanya.

Untuk kali terakhir dengan mata yang sayu dia menoleh ke belakang, dia telah putus harapan dan hanya berserah. Dia hanya mampu melihat. Tidak mampu untuk berkata2 lagi.

20130913-023527.jpg

Malaikat terus menghumbannya ke dalam api neraka yang menyala2 sedia untuk menyambar.

Dia terus jatuh ke bawah kearah api yang menyala dengan maraknya.

Ketika dia sedang jatuh ke bawah dan menghampiri api yang akan menyambar membakar tubuhnya, tiba-tiba ada tangan yang menariknya semula ke atas.

Dia mendongakan kepalanya dan melihat seorang tua dengan Janggut putih yang panjang sedang menariknya semula ke atas.

Tiba di atas, dalam keadaan yang lemah dia mengelap peluh ditubuhnya, membersihkan tubuhnya dari debu api neraka dan bertanya kepada orang tua tersebut,

Siapa kau?

Orang tua itu menjawab,

Aku adalah Solatmu

Kenapa kamu lambat menyelamatkan aku? Aku hampir jatuh ke dalam api. Kamu hanya menyelamatkan aku disaat akhir bila tubuh ku hampir hangus terbakar, hampir mencecah api neraka

Orang tua itu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum lalu berkata,

Engkau selalu mendirikan aku (Solat) juga disaat akhir, dipenghujung waktu, Engkau lupa?

Di saat itu juga, dia mengerlipkan matanya dan mengangkat kepalanya dari sujud. Tubuhnya berpeluh.

Dia terdengar sayup suara azan isya’ berkumandang.

Dia bingkas bangun untuk berwudhu untuk mendirikan Solat Isya’ dengan segera.

20130913-024827.jpg

Jika cerita ini sedikit sebanyak memberikan anda kesedaran akan peri pentingnya mendirikan Solat dengan segera apabila masuk waktunya, Sila SHARE dgn rakan2 anda. Moga kita sama2 mendapat ‘saham’ akhirat hasil nukilan yang simple ini. Aamiin…

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on September 13, 2013 in Agama

 

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: