RSS

Makan Sambil Santai – Harian Metro 7 Sep 2013 – Variasi Dekotaman

07 Sep

20130907-122333.jpg
Sesiapa pun tidak menafikan pilihan warna lembut sebagai kemasan ruang antara faktor ketenangan dan keselesaan sepanjang masa.

Kreativiti dalam mengadun warna sesuai juga meletakan Restoran Fai & Ruz Kitchen kian mencuri perhatian ramai kerana dekorasinya yang memukau pandangan.

Hakikatnya, restoran itu hanya berkeluasan biasa tetapi kepekaan pemiliknya Ruzita Ayu Sarkam, 39, ternyata tidak mengecewakan.

Sekali imbas, berada di restoran itu membawa anda bagaikan bersantai di kediaman sendiri kerana segalanya dirancang rapi.

Aura untuk singgah cukup kuat sebaik melewatinya terutama anda yang sudah biasa berkunjung ke Fai & Ruz Kitchen itu.

“Ini antara cubaan pertama saya dan suami dalam menampilkan dekorasi berbeza dalam ruang makan terhad tetapi menitik berat aspek keselesaan pelanggan.”

“Asalnya saya menggemari gaya Inggeris dan idea itu terus dikembangkan mengikut kesesuaian ruang selain tidak mengganggu suasana santai pelanggan ketika menjamu selera” kata anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu.

Pelbagai kedai aksesori hiasan dikunjungi untuk mencari padanan elemen sesuai selain pilihan warna serasi dengan keadaan semasa.

Lantas restoran yang mula beroperasi Jun lalu itu didekorasikan seindah mungkin sebagai tarikan utama dengan sajian masakan Johor.

Hasrat sebenar bukan sekadar menjadi tempat menjamu selera tetapi bersantai seisi keluarga.

Persekitaran segar itu dicipta apabila menggabungkan warna lembut turquoise biru dan putih.

Semuanya diinspirasikan dengan pendekatan yang amat teliti bukan sekadar pilihan warna, malah mengambil kira reka letak set kerusi dan meja makan serta aksesori hiasan lain.

Bagi membangkitkan suasana segar, rona biru lembut menjadi warna latar untuk set kerusi dan meja makan pelanggan.

20130907-140625.jpg
Semuanya diketengahkan dalam penggayaan praktikal, tidak terlalu padat dan tidak menghalang laluan.

Lampu hiasan pada dinding ada yang digantung umpamanya lebih kepada rekaan corak Inggeris tetapi tidak terlalu sarat.

“Aksesori ini ditempah khas supaya kehadirannya membantu penataan untuk tampil lebih eksklusif” kata Ruzita Ayu yang menguruskan restoran itu bersama suaminya, Mohd Faisal Mustapha .

Pencahayaan pada meja makan juga dibantu lampu terang bagi menonjolkan gaya ringkas lagi praktikal.

Gabungan mentol putih dengan rekaan lampu hiasan rona biru menghasilkan simbahan cahaya luar biasa.

Latar dinding sekadar diberi hiasan ringkas dengan penggayaan rona lembut yang disudahkan dengan kemasan kertas dinding corak berjalur.

Lebih bermakna apabila ia dipasang sendiri Mohd Faisal dengan idea reka letak yang menarik.

Sambil menjamu selera, mata pasti tidak terlepas pandang kaunter penyediaan makanan dan minuman dengan idea dekorasi menarik.

“Ruang itu eksklusif dengan kemasan batuan pasir yang dizahirkan dalam rona putih bersih,”

“Ia sebagai mencetuskan karekter berbeza pada ruang ini dalam mencipta tekstur tersendiri penuh keindahan” kata ibu kepada seorang cahaya mata ini.

Bagaimanapun menurut Ruzita Ayu yang juga bekas pegawai bank itu, idea dekorasi restoran itu akan menerima sentuhan unik.

Antara sajian masakan Johor di restoran ini ialah Asam Pedas, Mi Bandung Muor, Lontong, Nasi Ambeng dan Mi Kari Bonda iaitu resepi ibu tercinta, Mutiah Saman, 74.

Restoran ini beroperasi awal pagi hingga jam 3.30 pagi setiap hari.

Kunjungi Fai & Ruz Kitchen, No 3, The Core, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor atau layari Facebook www.facebook.com/FaiRuzKitchen atau email FaiRuzKitchen@gmail.com untuk keterangan lanjut.

20130907-140433.jpg

Credit: Hartini Mohd Nawi, Harian Metro
Source: Harian Metro, Sabtu 7hb. September, 2013

Advertisements
 
1 Comment

Posted by on September 7, 2013 in Business, Copy Paste, Uncategorized

 

Tags: , , , , , , , , , , ,

One response to “Makan Sambil Santai – Harian Metro 7 Sep 2013 – Variasi Dekotaman

  1. salasiahashak

    September 13, 2013 at 1:24 pm

    good luck faisal & ruzita ayu….
    moge Allah melimpahkan rezekinye kpd kalian… insyallah amin….

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: