RSS

Selamat Tinggal Syawal

06 Sep

Hari terakhir Syawal untuk tahun ini. Masa untuk mengucapkan selamat tinggal Syawal dan selamat datang Zulqaedah. Bagaimana dengan sambutan Syawal atau lebih kita kenali sebagai sambutan Hari Raya anda semua?

Bagi Uncle Chai sambutan Hari Raya tahun ini so…so… Atau lebih tepat lagi agak kureng… Ini adalah kerana Uncle Chai tidak menyambut Hari Raya seperti tahun2 sebelumnya selama ini. Untuk pertama kalinya tahun ini sambutan Hari Raya Uncle Chai tidak disambut di kampung halaman Uncle Chai sendiri di Muar atau kami menyebutnya Muo.

Walaupun kemeriahan Hari Raya tetap dirasai kerana sambutan tahun ini adalah giliran di rumah Mertua di Batu Pahat, Johor. Memang sambutan Hari Raya di rumah Mertua lebih meriah dibandingkan dengan di kampung sendiri kerana keluarga isteri Uncle Chai adalah besar. Isteri Uncle Chai mempunyai 10 orang adik beradik. Semuanya telah berkeluarga. Jadi 10 adik beradik x2 (pasangan) menjadi 20 orang. Cucu dan cicit pula berjumlah hampir 30 orang. Bila sekali berkumpul tu memang penuh rumah. Kalau semua tidur di sana, tempat nak tidur pun tak Ada….

20130906-025503.jpg“Ini adalah sebahagian daripada keluarga besar isteri Uncle Chai. Ada 2 keluarga yang belum sampai waktu gambar ini diambil”

Tetapi bak kata pepatah Hujan Batu di Tempat Sendiri, Hujan Emas di Tempat Orang tetap tidak sama. Tahun ini ibu dan keluarga Uncle Chai yg lain menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur sahaja. Ibu Uncle Chai memang telah menetap di KL. Adik beradik yang lain pula malas nak balik Muo, walaupun pada mulanya ibu Uncle Chai nak balik beraya di Muo, so semuanya beraya di KL.

20130906-080451.jpg“Keluarga Uncle Chai yang menyambut Hari Raya di KL tanpa keluarga Uncle Chai, keluarga kakak ipar yang menyambut raya di Singapore dan keluarga adik Uncle Chai yang telah menetap di Perth, Australia”

Uncle Chai cuma buat ‘Pit Stop’ di Muo untuk menziarahi pusara ayahanda semasa on the way balik ke KL.

20130906-021602.jpg

Hari Raya ke Lima Uncle Chai dah ada di KL semula. Bila dah balik KL, walaupun masih bercuti, rutin kehidupan Kota pun bermula kembali. Dah tak Ada rasa beraya lagi. Tahun ni juga Uncle Chai tak attend any open house pun. Just duduk rumah, spend time with family sebelum memulakan bisnes semula.

Semasa di kampung isteri, adalah juga pergi ke rumah saudara maranya di sekitar kampung tu.

20130906-022535.jpg

Kami juga sempat menziarahi saudara Mara kami di Johor Bahru. Uniknya orang Muo seperti Uncle Chai, kami tak sebut Johor Bahru sebagai Johor Bahru, sebaliknya kami cuma sebut Johor sahaja. Jika kami katakan mahu ke Johor, bermakna kami mahu ke Johor Bahru la tu. Semasa di JB, Uncle Chai sempat singgah di the home of Johor Darul Takzim team iaitu Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos di Larkin. So apa lagi, ambil kesempatan snap snap gambar di sekitar stadium. Cuma Uncle Chai tak sempat nak masuk ke dalam Stadium walaupun stadium dibuka pada masa tu.

20130906-024907.jpg

20130906-024923.jpg

Akhir kata sempena Syawal yang melabuhkan tirainya hari ini, kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MINAL AIDIL WAL FA IZIN, Maaf Zahir dan Batin dari kami, Uncle Chai, isteri Uncle Chai, Ruzita Ayu dan anakanda Uncle Chai, Fairuz Fahiera Faisal. Semoga kita semua dipanjangkan usia agar dapat dipertemukan dengan Ramadhan dan Syawal tahun hadapan.

20130906-031421.jpg

Hari ini hari Jumaat. Walaupun Syawal telah meninggalkan kita, Uncle Chai percaya masih ada lagi open house weekend ini. Biasalah orang KL. Buat open house pada weekend dan ikut kesempatan 🙂

Wassalam

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on September 6, 2013 in Uncategorized

 

Tags: ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: