RSS

Cinta Sabun Mandi

04 Sep

Hahaha…..akhirnya pencarian Uncle Chai selama berbelas tahun berakhir hari ini. 16 tahun lalu iaitu pada tahun 1997 semasa malam reception perkahwinan Uncle Chai dengan isteri tercinta, kumpulan Ghazal Seri Muar dengan penyanyinya S.Fauziah mendendangkan sebuah lagu yang amat catchy tune dan liriknya. Sambil menikmati makan berdamai atau disesetengah tempat dipanggil makan beradap di main table, Uncle Chai tertarik sangat dengan lagu yang didendangkan itu especially the chorus part.

20130904-105436.jpg

16 tahun lamanya Uncle Chai tercari2 apakah nama dan tajuk lagu tu. Uncle Chai pernah mendengar kawan Uncle Chai menyanyikan lagu itu semasa majlis perkahwinan dia tapi Uncle Chai tak sempat bertanya tajuk lagu itu.

Hari ni Uncle Chai dengar satu lagu kegemaran Uncle Chai juga, lagu keroncong bertajuk Bengawan Solo yang link YouTubenya dipost di Facebook oleh rakan FB Uncle Chai, Wawad Sangat Baeeq. Daripada link itu Uncle Chai cuba cari lagu misteri yg Uncle Chai suka dengar tu. Tak tau apa tajuknya, yang tau hanya bait lagu tersebut ‘Cinta Demi Nyai’.

Maka keluarlah list lagu2 yang mengandungi bait tersebut. Akhirnya misteri selama 16 tahun terungkai hari ini. Baru Uncle Chai tau lagu yg Uncle Chai dengar dimalam reception perkahwinan Uncle Chai itu tajuknya ialah Cinta Sabun Mandi!.

Bila dengar utk pertama kali, Uncle Chai tersenyum lebar sampai ke telinga kerana ianya mengingatkan Uncle Chai pada malam bersejarah perkahwinan Uncle Chai, dimalam kali pertama Uncle Chai terdengar lagu itu. Uncle Chai lebih tersenyum dan geli hati bila mendengar lirik lagunya yg mecuit hati. Ini larik lagunya…


Aduh Nyai…
Dengarkanlah…
Cintaku Tulus…
Dan Suci…
Sama Nyai…

Kalau Kaca Bisa Pecah
Kayu Juga Bisa Patah
Tapi Cinta Ku Ka Nyai
Tak Akan Bisa Berubah
Sampai Tua Cintaku Tak Akan Musnah

Cintaku Kepada Nyai
Tak Seperti Sabun Mandi
Pabila Sering Dipakai
Makin Habis Kurang Wangi
Percayalah Cintaku Suci Ka Nyai…

Ku Jual Baju Celana
Itu Semua Demi Nyai
Aku Kerja Jadi Kuli Demi Nyai…

Walaupun Madonna Cantik
Marilyn Monroe Juga Cantik
Tetapi Bagiku Lebih Cantik Nyai…

Aku Rela Korban Harta Demi Nyai…
Aku Rela Korban Nyawa Demi Nyai…

Haha…the best part ada sebut Nama Madonna dan Marilyn Monroe tu. Dahsyat juga Indon ni buat lagu.

Lagi satu yang menarik tentang lagu ni, ada banyak version rupanya. Selain original version, ada juga Rock Version and the best part ada Remix Version dan Disco Dangdut. Hebat juga penangan lagu ni rupanya. Cuma Uncle Chai wonder apakah makna NYAI tu? Isteri Uncle Chai orang Jawa. Dalam keluarga mereka NENEK dipanggil NYAI. Tak tau apa makna NYAI dalam lagu ni. Tak kan NENEK pulak…

Anyway mari kita enjoy dengar lagu yang selama 16 tahun menjadi misteri kepada Uncle Chai. Yang pertama ialah Original Version oleh penyanyi asalnya (Uncle Chai rasalah) Jaja Mihardja.

Next kita dengar Rock Version oleh Ary Fahrenheit.

Next is the Dangdut Remix Version. Enjoy…

Last sekali Disco Dangdut version…

Haha…I hope you enjoyed all the versions of Cinta Sabun Mandi as much I did. Whatever version I hear it, lagu ni masih berjaya menarik perhatian dan minat Uncle Chai. Tersangatlah catchy lagu ni. Masih seperti pertama kali Uncle Chai dengarnya 16 tahun yg lalu. Tapi sayangnya tak ada pula Ghazal Version seperti pertama kali Uncle Chai dgr lagu ni…

20130904-112821.jpg
Lama tak dengar ghazal. As Johorean I love my culture. I love listening to ghazal and certain keroncong song. Next anak buah Uncle Chai kahwin, Uncle Chai sponsor ghazal okay. Daripada ambil Hadra tu baik ambil ghazal.

TO MY BELOVED WIFE RUZITA AYU, YOU ARE MY “NYAI” – Whatever that NYAI means in this song….hehe

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on September 4, 2013 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: