RSS

Salam Kemerdekaan 56

31 Aug

20130831-121509.jpg
SALAM MERDEKA MALAYA

Sebenarnya aku langsung tak berminat utk tulis sebarang entry sempena Kemerdekaan negara kita yang ke 56 ni. Senang citer aku langsung tak tangkap port kata org tu. You may call me unpatriotic or whatever tapi hakikatnya semangat menyambut Kemerdekaan ni macam dah tak ada lagi dalam diri aku. That’s the truth!!!

Tapi bila aku tgk FB dan blog2 lain byk status update dan entry tentang Merdeka ni, so I said to myself, why not I write something. Nak tulis apa? Aku pun tak tau….

Entah kenapa semakin lama semakin terhakis semangat menyambut Kemerdekaan ni drp dalam diri aku. Don’t get me wrong ok. Bukan Semangat Merdeka yg hilang tapi Semangat Menyambut Merdeka. Ada beza okay. Nanti ada yg cakap aku tak kenang budi ke, tak berterima kasih ke pulak.

Kalau dulu zaman Sekolah, sanggup bangun pagi dihari cuti Merdeka utk duduk depan TV menonton perbarisan menyambut Kemerdekaan yang biasanya dibuat di Dataran Merdeka. Aku masih ingat aku tak pernah miss tgk perarakan Merdeka ni especially zaman Almarhum Sultan Iskandar jadi YDP Agong. Bukan nak tgk perarakan sgt tapi nak tgk Sultan Iskandar dgn his unexpected gelagat. That’s best about him.

Tentunya ramai yg tak boleh lupa bagaimana baginda turun menahan motorsikal yg menyertai perarakan utk baginda naiki. Baginda dok pusing2 dgn motor tu. Nostalgia…

20130831-135351.jpg
Okay kita sambung pasal sambutan Kemerdekaan ni. Rasanya bukan aku sorang yg dah hilang semangat menyambut Kemerdekaan ni, ramai lagi rakyat Malaysia luar sana pun yg tak peduli sgt. Yg penting pada mereka hari ni CUTI!. Betul tak? Jangan nak bohong ok….

Kenapa sampai jadi camtu ye? Lama2 generasi akan datang makin tak sambut Merdeka Lagi kot. Bila parents dah tak interested nak sambut automatically anak2 pun tak ikut sambut. Pada parents yg bersemangat dengan bendera bagai di rumah dan kereta tu, syabas aku ucapkan.

Cuba jengok keluar jap. Ada bendera tak depan rumah kita? Kita ada kibarkan bendera Malaysia tak? Kat jalanraya Cuba tgk berapa byk kereta yg dihias dg bendera? Memang dah kurang dan tak banyak. Tak seperti beberapa tahun dulu kalau bulan Merdeka ni, bersepah bendera di tengah jalanraya. Bendera2 yg jatuh drp kenderaan…hehe.

Sudah tidak patriotic ke rakyat Malaya ni? Mana hilang semangat patriotic itu? Dan yg lebih penting lagi apa sebab semangat patriotic itu hilang???

20130831-124310.jpg
Amacam? Ada sapa2 boleh jawab? Adakah kerana kealpaan pihak Kerajaan dalam menerapkan semangat patriotic tersebut? Mungkin Kerajaan hari ini terlalu byk berpolitik dan mempolitikan. Sampai sambutan Kemerdekaan yg sepatutnya disambut oleh seantero Malaya tanpa mengira agama, kaum dan fahaman politik pun dipolitikan demi survival parti pemerintah.

Klimaksnya rasanya adalah tahun lalu bila slogan Kemerdekaan pun diambil drp slogan pemerintah Barisan Nasional iaitu JANJI DITEPATI. Apa Lancau…? Itu antara sebab org fed up. Merdeka is merdeka janganlah dipolitikan. Kadang2 mereka ni bodoh tak boleh diajar. Akibatnya rakyat muak. Sepatutnya sambutan Kemerdekaan inilah peluang terbaik utk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum, agama dan fahaman politik.

Why not semasa sambutan diadakan dijemput semua political figure Malaya tanpa mengira fahaman mereka. Barulah penyokong mereka yg jumlahnya melebihi penyokong BN berdasarkan pola pengundian PRU13 lalu, rasa tak diketepikan. Rasa spt rakyat Malaya yg lain. Terbit rasa patriotic. Mereka pun rakyat Malaya ma…..! So dgn cara tu sambutan Kemerdekaan juga menjadi salah satu acara yg dapat menyatukan rakyat pelbagai fahaman politik. Skg ni yg aku nampak, hanya sukan yg menyatukan rakyat pelbagai fahaman politik ni.

20130831-131115.jpg
Cuba tgk minah ni. Ini yg dikatakan semangat patriotisme yg tinggi. Camni yg harus dipuji dan dicontohi bukannya dikeji. Yg pelik bila lelaki pakai bendera buat baju tak kata hina bendera tapi bila perempuan berkemban kata hina bendera…

20130831-131328.jpg
Wah Panjang juga entry aku. Yang pada asalnya tak berminat nak menulis jadi berjela2 pulak….hehehe.

Okaylah aku dah over run ni. Terlebih sudah entry yg asalnya aku tak minat nak tulis ni. Akhir kalam (fullamak Bahasa gua) SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KPD SELURUH RAKYAT MALAYA. Tapi sebelum tu, mungkin ramai yg tertanya2 kenapa aku guna MALAYA bukannya MALAYSIA? Jawapan dia senang je bro… Malaysia belum wujud masa 31 Ogos 1957. Malaysia hanya wujud pada 16 September!. So sambutan HARI MALAYSIA nanti baru kita gunakan MALAYSIA.

Kalau korang rajin utk baca sejarah, why not baca entry aku yg lama tentang PENENTANGAN RAJA2 MELAYU PADA KEMERDEKAAN MALAYA. Klik SINI.

Aku tinggalkan dgn iklan Merdeka oleh PETRONAS ni. Tak best mana pun pada aku iklan ni tapi tu je la yg ada… Tapi sebelum tu terimalah kata2 hikmat Cik Bedah kita ni mewakili rakyat Malaysia yg bersyukur atas nikmat yg diterima… Mak sapa lah ni…..???

20130831-135711.jpg
SOALAN: ADAKAH KITA BENAR2 TELAH
MERDEKA???

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on August 31, 2013 in Uncategorized

 

Tags: , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: