RSS

Daughter’s 14th Birthday Celebration

04 Nov

Tahun ni genap 14 tahun satu-satunya permata kami Fairuz Fahiera lahir ke dunia hasil drp 15 tahun perkahwinan kami. Beliau dilahirkan pada 29 October 1998 jam 2:44pm di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Kelahirannya disambut oleh Dr Hashim salah seorang pakar O&G di sana. Skg beliau tiada lagi di DSH tetapi khabarnya berkhidmat di Hospital Damai.

Byk kenangan suka duka sepanjang mengandungkan anak kami sehingga dilahirkan dan dibesarkan. Syukur Alhamdulillah membesarkannya drp lahir hingga remaja sekarang dipermudahkan Allah. Seorg anak yg mudah dibesarkan dan dibentuk.

Tahun ini sambutan birthdaynya terpaksa disambut secara belated kerana dia sedang menjalani peperiksaan akhir tahun semasa hari lahirnya. Dan bila umur anak2 meningkat maka cara sambutannya juga berbeza. Jika di alam kanak2 mereka lebih gemar atau mengharapkan sambutan birthday cara besar2an dgn party yg dipenuhi games dan hadiah.

Masih jelas dalam ingatanku sambutan hari lahirnya yang pertama. Sambutan pertama yang kami lakukan ketika usianya genap 1 bulan. Sekadar suka2 kami menyambutnya sekeluarga dengan hanya sebiji kek.

GAMBAR

Hari lahir tahun pertamanya kami sambut di A&W Amcorp Mall PJ. Sambutan julung kali ini memang menjadi memori yg indah. Mana taknya, anak kami sudah mula berjalan dalam usia seawal 9 bulan. Ketika usia 12 bulan ni bermakna dia sudah 3 bulan ‘mendapat’ kaki.

Jalan pun dah kuat and she’s enjoying her feet. Org sibuk dgn sambutan hari lahirnya, dia sibuk berjalan Tawaf satu A&W. Tak dia hiraukan sedikit pun birthday party dia. Hilang sana sini. Dengan ketinggiannya pada masa itu tidak menjadi masalah utk dia berjalan di bawah meja. Memang indah kenangan waktu itu.

GAMBAR

Hari ulangtahun keduanya kami sambut di KFC Sg Buloh bersama jiran2 baru kami di Bandar Baru Kundang. Jika pada tahun sebelumnya anak kami langsung tak takut dengan mascot bear A&W kerana masih kecil, kali ini beliau menangis takutkan mascot Chicky KFC.

GAMBAR

Selepas itu banyak lagi sambutan2 hari lahirnya yg kami adakan termasuk 2 tahun berturut-turut sambutan just amongst the three of us sahaja kerana hari lahirnya jatuh dalam bulan Ramadhan.

Party terakhir untuknya dizaman kanak2 kami adakan secara agak besar2 juga di Kompleks Muhibah Kota Damansara. Dengan tema warna kuning dan biru, kami sediakan stalls makanan di keliling dewan, kami sediakan pentas karaoke dgn seorang DJ dan seorang badut atau clown yg kami tugaskan juga sebagai party planner. Kebetulan ia diadakan dalam bulan Raya so kami juga mengadakan open house kami diwaktu yang sama.

GAMBAR

Sesuai dengan peningkatan umur anak kami tahun2 kebelakangan ini dia tak mau lagi sambutan secara party. Lebih kepada private celebration bersama2 BFFnya. Hari lahir ke 12 kami membawa kawan2nya ke Sunway Lagoon. Sebelum itu kami sambut di Steven’s Corner Sunway Pyramid dgn makan2 and cake.

Tahun ini kami sambut birthdaynya dgn Hi-Tea di Bintang Royale Hotel Damansara bersama 9 teman2 rapatnya. Just relax, makan2, sembang2 sebelum acara wajib tiup lilin dan cake cutting. Selepas itu mereka bermain ice skating di rink hotel. Inilah kali pertama untuk anak kami and most of her friends main ice skating. So banyaklah peristiwa lucu berlaku.

GAMBAR

Sebelah malam, 3 org rakannya sleep over di rumah kami utk Slumber Party. Kami tak tau apa yang mereka lakukan kerana kami biarkan mereka semua di rumah. Kami hanya sediakan Pizza sebagai makanan utk mereka, the rest is up to them what they wanna do.

Hari kedua celebration, dia belanja 5 org rakannya menonton wayang di GSC One Utama. Mereka menonton cerita Paranormal Activity. Selepas itu mereka spend their time dengan bermain bowling.

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on November 4, 2012 in Daughter, Family

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: