RSS

Sujud Sajadah

01 Aug

20120801-021039.jpg

سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِيْ خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُبِحَولِهِ وَ قْوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِيْنَ

Bersujud wajahku kepada Tuhan yang menciptakannya, yang membelah pendengaran dan penglihatannya dengan Daya dan KekuatanNya, Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta. (HR. At-Tirmidzi 2/474. Ahmad 6/30 dan Al-Hakim)

Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Aku terpanggil untuk berkongsi pengetahuan tentang sujud sajadah ini hasil pengalamanku sepanjang Ramadhan ini. Imam jemputan dari Yemen di masjid ku iaitu Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya membaca ayat-ayat Al-Quran bermula dari solat Isya’ yang disambung ke dalam solat sunat tarawikh disambung pula semasa Qiamullail dan solat Subuh.

Begitulah setiap malam bacaan ayat-ayat suci Al-Quran ini disambung setiap hari untuk solat-solat yang aku sebutkan tadi hingga khatam di penghujung Ramadhan nanti, InsyaAllah. Maka apabila ayat-ayat suci Al-Quran ini dibaca sudah pasti akan bertemu dengan ayat-ayat sajadah, iaitu ayat-ayat yang disunatkan kita sujud serta merta.

Walaupun biasanya sebelum memulakan solat, imam tersebut akan mengumumkan kepada makmum yang kita akan bertemu ayat sajadah ini dan beliau akan melakukan sujud sajadah dan pengumumannya diterjemah kedalam bahasa Melayu oleh Bilal tetapi aku lihat masih ramai yang teragak-agak untuk sujud. Aku juga percaya masih ramai yang jahil seperti aku dulu tentang adab serta bacaan semasa sujud sajadah.

Biasanya solat subuh pada setiap hari jumaat juga imam akan membaca ayat sajadah dan membuat sujud sajadah. Bagi sesiapa yang belum mengetahui apa yang dimaksudkan dengan sujud sajadah, aku terangkan sedikit mengenainya.

Sujud sejadah itu ialah perbuatan sujud apabila seseorang itu bertemu ayat sajadah dalam bacaan al-Quran sama ada di dalam solat ataupun di luar solat. Orang yang mendengar juga dituntut sujud apabila mendengar ayat sajadah.

Ini bermaksud, orang yang dituntut sujud ialah:

1. orang yang membaca ayat sajadah dalam solat,
2. orang yang membacanya di luar solat,
3. orang yang mendengar tidak dalam solat dan tidak membaca.

Ketiga-tiga keadaan ini dituntut sujud sajadah.

Jika seseorang itu membaca al-Quran bersendirian dan sampai pada ayat sujud sajadah hendaklah dia sujud. Manakala jika seorang imam membaca ayat sajadah lalu apabila sampai pada ayat sajadah dia pun sujud, maka wajib bagi makmum mengikut imam dalam sujud.

Dalam tertib sujud pula disunatkan bertakbir sebelum sujud dengan tidak mengangkat kedua tangan dan hendaklah memelihara adab ketika sujud seperti mana sujud dalam solat.

Bacaan yang disunatkan dalam sujud sejadah ialah;

Allahumma laka sajdtu wa bika aamantu, wa laka aslamtu, sajada wajhiya lillazi khalaqahu wa sawwarahu, wa syaqqa sam’ahu wa basarahu wa quwwatihi, fa tabarakallahu ahsana al-Khaliqin.”

Adapun syarat sujud bagi mereka yang di luar solat adalah seperti berikut;
• suci daripada hadas kecil dan hadas besar,
• menutup aurat,
• berniat untuk sujud sajadah,
• menghadap kiblat,
• takbiratulihram dan takbir bagi sujud,
• memberi salam.

Sekiranya terdapat halangan yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat sujud, seperti berhadas kecil, dalam kenderaan atau mendengarnya dari corong masjid, maka diharuskan mengucapkan:

SubhanAllahi walhamdulillahi, wa laa Ilaha illahi, wallahu akbar

Ramai yang tidak mengetahui tentang sujud sajadah ini. Semasa aku di Madinah dan juga di Mekah, iman selalunya akan membaca ayat sajadah pada subuh hari jumaat. Aku perhatikan memang ramai ma’mum yang tidak sujud bersama imam semasa imam sujud tatkala bacaannya sampai pada ayat sajadah.

Mereka yang tahu, akan turun sujud. Mereka yang tidak tahu agaknya teragak-agak sama ada mahu rukuk atau sujud bersama mereka yang turun sujud. Yang rukuk lebih ramai daripada yang sujud.

Orang Malaysia sendiri ramai yang tidak tahu. Orang dari negara lain yang tidak tahu berbahasa arab macam kita, pun tidak tahu juga. Sekarang sudah tahu, kenalah buat.

Adapun ayat-ayat di dalam Al-Quran yang dituntut melakukan sujud sajadah itu adalah:

  1. Ayat 15, surah as-Sajdah;
  2. Ayat 206, surah al-A’raaf;
  3. Ayat 15, surah ar-Ra’d;
  4. Ayat 49, surah an-Nahl;
  5. Ayat 107, surah al-Israa‘;
  6. Ayat 58, surah Maryam;
  7. Ayat 18, surah al-Haj;
  8. Ayat 60, surah al-Furqaan;
  9. Ayat 25, surah an-Naml;
  10. Ayat 38, surah Fussilat;
  11. Ayat 19, surah al-’Alaq;
  12. Ayat 62, surah an-Najm;
  13. Ayat 21, surah Insyiqaaq;
  14. Ayat 24, surah Saad.

Di dalam Al-Quran juga ada ditandakan ayat-ayat sajadah ini dengan tanda-tanda seperti kubah atau sebagainya seperti contoh di bawah ini:

20120801-033451.jpg

Demikianlah serba sedikit ilmu yang dapat aku kongsikan bersama teman-teman semua semoga ianya bermanfaat untuk kita. Jika anda rasakan post ini amat berguna untuk dikongsikan, sila share post ini. Lagi banyak share lagi baik. Sesungguhnya antara amalan yang dibawa ke alam barzakh nanti adalah ilmu yang baik yang dipergunakan. Tiada copyright cuma janganlah copy and paste. Penat aku tulis dan karang. Just share sahaja.

Lagi satu aku nak minta tolong daripada teman-teman semua, jika post ini memberikan manfaat, harap dapatlah sudi mensedekahkan Al-Fatehah untuk almarhum ayahandaku Tuan Haji Mustapha Kenot sebagai penghargaan. AL-FATEHAH. Terima kasih, semoga berjumpa lagi di lain post.

 
Leave a comment

Posted by on August 1, 2012 in Agama

 

Tags:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: