RSS

Haram Jatuhkan Kerajaan Negara Islam?

19 Jul

20120718-192834.jpg
Acai tertarik dengan kenyataan Ahli Majlis Fatwa MasjidilHaram, Sheikh Dr Sulaiman Saloomi yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 18/07/2012. Pada mulanya Acai mahu ignore sahaja kenyataan yang disiarkan itu. Maklumlah siapa Acai jika dibandingkan dengan beliau. Seorang ahli Majlis Fatwa Masjid yang termulia. Bahkan beliau juga seorang doctorate.

Tetapi setelah dibaca berkali2, tidak dapat tidak hati Acai meronta2 untuk meluahkan ketidaksetujuan Acai dengan kenyataannya. Tak taulah jika kenyataannya di ‘spin’ kerana umum sekarang tahu yang spin berita memang menjadi etika kerja Warga Utusan dan digalak serta dihalalkan oleh Bos mereka sendiri.

Pertama sekali kita ikuti kenyataan beliau dalam sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan mengenai Perpaduan Sebagai Senjata Umat Islam pada program bicara tokoh di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) seperti yang dilaporkan Utusan.

20120719-031140.jpgHaram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan dalam negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak

Beliau menyebut haram menyokong kumpulan yang mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam. Ok Acai terima kenyataan itu tapi yang memeranjatkan Acai ialah katanya walaupun kepimpinan dalam kerajaan tersebut melakukan kesalahan dari hukum syarak. WTF…? Kita tidak boleh menegakan amal maaruf dan menentang kemungkaran?

Perenggan pertama kenyataan yang disiarkan ini sahaja sudah cukup membuatkan Acai tidak bersetuju dengan beliau. Acai tidak mahu mengaitkan kenyataannya dengan kerajaan Malaysia tapi Acai terus terfikir dengan kerajaan negara Islam Turki pimpinan Mustafa Kemal Ataturk.

20120718-210028.jpg

Mustafa Kemal Ataturk dengan jelas menentang segala hukum syarak dalam usaha mensekularkan Turki. Antaranya mengharamkan laungan azan dan bermacam2 lagi yang bertentangan hukum syarak. Adakah haram hukumnya menentang pemimpin seperti ini? Acai pening…..

Adakah haram jika mahu menjatuhkan pemimpin dan kerajaan Islam seperti itu dengan niat menggantikan dengan kerajaan yang lebih Islam yang menegakan hukum Allah dan berpandukan Al-Quran dan sunnah? Acai pening…..

Untuk tidak jump into conclusion Acai menghayati lagi kenyataan beliau seterusnya.

Kata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar

Beliau menguatkan hujahnya dengan disandarkan pada sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Sekiranya datang kepada kamu orang yang mahu memecah-belah kesatuan kamu sedangkan ketika itu kamu bersatu, maka hendaklah kamu pancung tengkuknya

Bersandarkan hadis tersebut beliau membuat conclusion bahawa jelas haram hukumnya menyokong kumpulan yang mahu memecahkan kesatuan yang sedia ada, iaitu kerajaan Islam.

Sebelum kita pergi lebih jauh membincangkan pandangan beliau ini, Acai cuma wonder apakah definasi sebuah kerajaan islam menurut pemikirannya. Apakah kriteria untuk merumuskan sesebuah kerajaan itu kerajaan Islam? Apakah jika sesebuah negara itu mempunyai penduduk majoriti Islam adalah sebuah negara berkerajaan Islam? Atau apakah sebuah negara yang Islam agama rasminya juga kerajaannya adalah kerajaan Islam?

20120719-031615.jpgDalam konteks negara tercinta kita yang islam adalah agama rasmi, negara kita tidak termasuk dalam kategori sebuah negara Islam. Ini bersandarkan pada kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Definasi negara yang mempunyai kerajaan islam tidak dijelaskan oleh Dr. Sulaiman.

Acai rasa beliau mentafsir hadis Nabi SAW yang beliau sandarkan untuk megharamkan menjatuhkan kerajaan islam diambil secara direct tanpa merujuk kepada situasi sesebuah negara, pemimpin atau kerajaan. Tidak ada rakyat dimana2 negara di dunia mahu menjatuhkan mana2 kerajaan yang dipimpin secara baik mengikut undang2 dan hukum2 agama.

20120719-032412.jpg
Jika kita mengikut pandangan beliau yang pada fikiran peribadi Acai adalah dangkal, maka negara2 islam yang mempunyai pemimpin2 yang memerintah secara diktator juga haram ditukar. Pemimpin2 islam yang memerintah secara kuku besi dan menzalimi rakyat sendiri juga haram ditukar. Pemimpin2 yang mengamalkan rasuah dan pecah amanah membolot kekayaan negara untuk diri sendiri dan kroni juga haram ditukar. Apa gunanya kita mengamalkan demokrasi jika kerajaan yang sedia ada haram ditukar?

20120719-032434.jpgMungkin kerana beliau berasal dari negara yang tidak mengamalkan demokrasi dan tidak pernah menukar kerajaan, mempengaruhi cara beliau berfikir. Penentangan terhadap pemerintah di negara asal beliau adalah satu kesalahan yang besar. Mungkin pegangannya yang mesti terus menyokong dan taat pada pemerintah walaupun pemerintah melanggar hukum syarak, diguna pakai di negara asal beliau. Umum tahu cara kehidupan keluarga Saud yang memegang tampuk pemerintahan Saudi, ketika berada di luar negara yang tidak mengikut syarak.

Conclusion Acai setakat ini, kenyataan beliau tidak boleh diguna pakai dan pegangannya pada hadis Nabi SAW yang dikemukannya terlalu jumud dan tidak bersandarkan pada hadis2 lain. Secara tidak langsung beliau lebih suka melihat umat islam hanya berserah kepada nasib dan menjadi Pak Turut kepada pemerintah. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa kecuali bangsa itu sendiri yang berusaha mengubahnya

Ok, we move on. Seterusnya beliau menegaskan…..
sekiranya umat islam tidak suka terhadap kerajaan yang memerintah atau mahu menegur kesalahan yang dilakukan kepimpinan mereka, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan…..

Pertama sekali jangan lakukan demonstrasi jalanan kerana ianya bukan cara untuk menukar kerajaan islam atau membetul kesilapan pemimpin…..

Cara terbaik untuk menukar pemimpin adalah dengan nasihat menasihati antara satu sama lain.

20120719-033351.jpg
Yang ini Acai setuju. Kita bukan mahu menukar sesebuah kerajaan dengan kekerasan dan pertumpahan darah. Dalam konteks negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia, medium terbaik untuk menukar kerajaan adalah melalui pengundian. Cara terbaik untuk menyampaikan mesej atau amaran kepada pemerintahan juga adalah melalui peti undi.

Ini telah dilakukan oleh rakyat Malaysia pada PRU12 yang lalu. Satu mesej jelas dan keras disampaikan oleh rakyat dengan menafikan untuk pertama kali dalam sejarah, majoriti 2/3 Barisan Nasional di dalam Parlimen. BN juga kehilangan 5+1 negeri yang menampakan rakyat benar2 mahukan perubahan. Mungkin bukan perubahan kerajaan dari BN ke PR tapi perubahan sikap dan cara kepimpinan kerajaan yang sedia ada. Acai masih ingat kata2 Pak Lah selepas terpaksa menerima mesej keras dari rakyat selepas PRU12 – “message received”.

Secara jujur Acai katakan yang Acai tidak berapa setuju dengan demontrasi-demontrasi jalanan yang diadakan. Ianya hanya mencemarkan imej negara di mata antarabangsa dan menakutkan pelabur-pelabur. Seperti kata PM Najib yang kita cintaiitu bukan budaya kita…” Tetapi Acai faham hanya inilah cara untuk menyampaikan mesej kepada pemerintah setelah pelbagai cara lain digunakan tidak memberi kesan atau diendahkan. Demonstrasi jalanan yang diadakan pula bukan bertujuan menjatuhkan kerajaan sedia ada yang dipilih secara sah melalui PRU, tetapi rentetan daripada tertutupnya segala pintu dan ruang perbincangan secara telus dan adil.

20120719-033406.jpg

Ok kita sambung balik. Seterusnya Dr Sulaiman menambah “ulama, para cendikiawan mahu pun ahli fikir perlu mengambil tanggung-jawab ini untuk menegur pemimpin mereka yang membuat salah kerana itu adalah tanggung-jawab mereka kerana jika gagal berbuat demikian mereka akan disoal oleh Allah di akhirat kelak“.

Ini adalah satu saranan yang amat baik. Sememangnya menjadi tanggung-jawab mereka yang disebutkan beliau terutama para ulama untuk menasihati pemimpin2. Tetapi apa yang berlaku di dunia realiti ialah para ulama lebih mementingkan periuk nasi dan duniawi apabila tidak berani menegur dan menikus. Lebih teruk lagi ramai ulama yang menghalalkan segala tindakan pemimpin.

20120719-034457.jpgTetapi adakah beliau terfikir bagaimana pula pemimpin2 kerajaan yang tidak boleh atau mahu menerima teguran? Masihkah haram menukar kerajaan yang dikuasai oleh pemimpin seperti ini. Adakah Saddam Hussein, Hosni Mubarak, Muammar Gaddafi atau Bashar Assad sedia menerima teguran? Apa jadi kepada mereka2 yang berani menegur pemimpin2 seperti ini? Mengapa tidak Dr Sulaiman pergi ke Syria menasihati Bashar Assad yang jika mengikut hujah dangkalnya haram ditukar walaupun membunuh rakyatnya sendiri? Secara tidak langsung kebangkitan rakyat arab menentang pemimpin2 mereka yang memerintah negara dengan cara kuku besi serta menindas rakyat sendiri yang dikenali sebagai Arab Spring adalah haram.

Akhir kenyataannya dalam sidang akhbar seperti yang disiarkan “Pemimpin perlu ditegur oleh golongan2 yang disebutnya tadi dan bukannya rakyat biasa dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Apa yang rakyat boleh buat ialah menunjukan contoh yang baik kepada pemimpin mereka

Hahaha….ini memang lawak. Rakyat biasa tidak boleh menegur pemimpin bahkan rakyat pula yang kena tunjukan contoh yang baik kepada pemimpin. Bila sampai ke sini Acai rasa Dr Sulaiman ni tak ada kelas. Dia tidak layak menjelajah ke negara2 luar untuk menyampaikan pandangan dan fikirannya.

Tahukah dia yang di Malaysia ni kita mengamalkan kepimpinan melalui teladan? On top of that siapa yang mengajar dia rakyat yang kena tunjukan contoh yang baik kepada pemimpin? Tahukah dia umat islam mengagumi dan mencontohi Rasulullah SAW? Kita sedaya upaya mengikut segala sunnahnya. Kerana apa? Kerana baginda SAW adalah pemimpin ummat. Pemimpin contoh yang dikagumi rakan dan lawan. Pemimpin yang perlu menunjukan contoh kepada rakyat bukannya the other way around.

Akhir kalam, ceh bahasa sastera, pada pandangan Acai pendapat Dr Sulaiman ni tidak relevan bahkan tak boleh dipakai langsung. Beliau seperti katak bawah tempurung yang kurang peka dengan perkembangan dunia. Suruh rakyat taat pada pemimpin dan kerajaan walaupun pemimpin dan kerajaan itu melanggar hukum syarak. Bahkan pada Acai pendapat beliau bertentangan dengan ajaran islam yang wajib menegakan hukum Allah dan mengamalkan Amal Makruf Nahi Mungkar. Bahkan beliau mengharamkan menentang kepimpinan kerajaan Islam walaupun melanggar hukum syarak adalah menyesatkan. Atau kenyataan beliau telah dispin, wallahu’alam…..

– Posted using BlogPress from my iPad

Anda juga mungkin berminat membaca:
Dr Sulaiman Salomi Kafirkan Rakyat Malaysia
Just who is this ‘prominent’ Saudi Islamic scholar?

20120718-193257.jpg

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on July 19, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: